Wednesday, April 16, 2014

TEKANAN,









@pinterest 





dikenali sebagai stress ataupun under pressure atau bahasa greeknya stringere (ketat atau tegang).Macam semalam dan semalam dulu, kolej tiada air,makanya serta merta aku berasa stess. 

Jadi,stress ni terbentuk daripada sesuatu ransangan ataupun boleh dikatakan sebagai punca stress. ransangan tekanan ini selalunya terdiri daripada persekitaran,haiwan dan juga manusia. dan bila berkaitan dengan manusia, ia adalah satu tekanan yang sangat dominan dengan diri manusia.

contoh persekitaran :

di dalam kuliah, penghawa dingin cecah -3 celsius (okay contoh saja dan memang tipu.) kalau dah sejukan yang menggila , boleh fokus ke dalam kelas?Kalau aku memang tak ahh jawab dia. So kita akan stress tak boleh fokus.

contoh haiwan :

di dalam bilik kuliah, pintu  bilik kuliah rosak, belakang pintu ada kucing lepas bersalin duk meow meow- banyak kali,sampai manusia jadi stress. 

contoh manusia : 

manusia Amazah cakap kat manusia Bella, aku benci kau.tapi tak dek sebab. manusia Amazah pon stress sebab tahu ada orang benci dia, tambah stress tak dek punca pembenihan kebencian disitu.Bala.

Setiap ransangan yang menjadikan seseorang manusia itu tertekan akan menyebabkan fisiologi individu, berubah, contoh : tiba-tiba darah mencanak naik, sakit kepala, belakang leher rasa nak kena tarik,jantung berdegup laju.

tertekan disebabkan ransangan dari pelbagai faktor akan menyebabkan fisiologi dalam badan berubah dan hal ini boleh diatasi dengan kebolehan mengawal stress

dan kebolehan mengawal stress ini sangatlah penting untuk setiap manusia. kerana kalau kita tahu cara terbaik untuk nyahkan stress, insya-allah stress  dapat dihapuskan terus atau pun dikurangkan.


contoh common : Manusia A kena present dihadapan kelas, dengar saja perkataan presentation manusia  A dah gelabah biawak a k a stress. Jadi untuk kawal stress manusia A itu, dia perlu mempunyai kebolehan mengawal stress.Apa yang manusia A perlu buat, ialah tarik nafas, tanggalkan cermin mata,(kalau pakai cermin mata ) dan tepuk dada cakap 'All is well' dan present la bagaikan tiada siapa yang melihatmu. manusia A itu adalah aku.Okay hambar.

dalam hidup ini, mustahil lah kalau seseorang tu sikitpun tak pernah ada rasa tertekan, nak exam  pon tertekan macam ngan apa. tekanan ni boleh la kita na amik dari positif dan negatifnya. kalau tak dek tekanan, kita tak bergerak cek oi.

tapi,

stress ni macam roh. kita akan dibayangi nya kalau kita lari dari masalah, kalau kita ada cari jalan keluar mungkin dia berhenti takat tu ja, dan dia pi kat orang lain. 

kenapa aku menulis sedikit ilmiah pada hari ini? kerana aku sendiri sedang tertekan.

ya tertekan yang menyebabkan aku kena bergerak.

bergerak untuk majukan diri.

untuk menulis tentang tekanan.


Motippppp? Aku mengalami tekanan sebab tak dek sebab untuk aku tertekan. G I L A. HAHAHA!


p/s: ni nota untuk subjek pengantar psikologi.nak bagi hadam cepat kengkononnya. sebulan lebih nak exam  dah hoi. apa-apa maklumat lanjut sila google maklumat yang lebih berautoriti.terima kasih daun syioq.


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...