Sunday, April 6, 2014

Review Novel : Kahwin Dengan Saya? Oleh Aleya Aneesa





Untuk pembaca novel yang tegar,

Nahhh ni review dari aku, novel terbaru dari penulis feveret,kak aleya aneesa! dah ada dekat bookstore hoi!

"tepuk tangan!"

Heaven gila bila dapat baca novel fizikal nih. Sebelum ni baca dekat entry blog je, lepas tu ada dekat portal ilham. So sekarang sudah boleh pegang secara realiti dan baca berulang kali! hahaha. lebih hebat rasanya bukan?

sebelum ni,duk balas komen dgn akak nak tunggu pbakl la apa la,sembang kencang..  tapi tahap kesabaran saya semakin nipis ibarat nipisnya kulit bawang.eh? haha takdek, ingat nak datang pbakl jumpa akak,dan boleh dapat signature sekali, pastu bergambo ke, tapi hari akak ada tu,saya ada hal yang lebih penting.huhu.insya-allah next time boleh jumpa kot.

disebabkan itu,saya dapatkan novel KDS di mph midvalley!

Tapi serius, dari mula sampai akhir, tak rasa nak jatuhkan novel dari tangan,dari pandangan mata. Rasa sayang kalau tak habiskan bacaan .nampak tak impak maksima kat situ?wahaha.

Penulisan akak memanglah tak mengecewakan saya,sebagai pembaca novel! dan saya rasa semua peminat novel akak akan setuju dengan saya.muahaha.

Bila saya baca prolog, saya dah jatuh suka dengan penulisan akak. yelah bicara antara adik beradik,Akid dan Haq, yang agak rapat sumpah awesome!Lepas itu , tentang haq yang ada anak tapi takde isteri buatkan saya tertanya-tanya,kira unsur suspen ke kak?hikss. Irham tu anak siapa?Anak angkat kah?Anak sendiri kematian isterikah?Anak sendiri tapi berceraikah?atau anak siapakah?

Perkenalan antara Haq dan Qara,yang merupakan watak utama itu memang cool gila la kan. Boleh pula Haq buat-buat tanya nama penuh Irham pada Qara,dan Qara macam malu gile kan lepas dia dapat tahu Haq itu bapa pada Irham?Hahaha.

lepas itu, just imagine ada ke  mak macam hajah Yasirah?Sikit pon macam takdek perasaan kasihan pada Haq dan  Irham,selalunya kalau seorang ibu tak banyak pun,mesti ada rasa kasihan,rasa sayang. Kalau ye pun marahkan Haq,pada-padalah kasihan tau pada Irham.Tapi itulah ceritanya kan, kalau lebih kurang sama je, dah tak best pulak ye dak?

Bab seterusnya!

Bab Haq dan Qara dah jadi partner,suami isteri walaupun hajah yasirah tak suka dengan Qara! Hebat betul penangan datin jalilah dengan datuk kamil! sampai hajah yasirah langsung tak nak buka hati kenal dengan menantu dia. Tapi saya suka cara haq yang bertegas nak kahwin, kalaupun cara haq macam sedikit mengugut, itu cara yang paling berhemah untuk emak-emak yang degil. ehh. yelah semua mak nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.

part haq dan Qara sangat sweet. kiranya saya suka setiap perincian dari segi cerita dari segi dialog tentang diorang, pasal teknik penghasilan susu bagi emak angkat, pengetahuan baru untuk saya. i just love the way you write.terselit pengetahuan yang kadang-kadang kena baca buku ilmiah untuk dapatkannya! Walaupun tak secara meluas,,tapi cukup sekadar.. Ohhh ada rupanya.. dan the rest boleh gugel.hekhek.

scene, haq mainmainkan qara dengan katak mainan,  lipas tipu, dan lain lain itu serius menjengkelkan.haha bukan takat pada qara tapi pada saya juga. annoying kot. macam tak boleh terima haq yang serius dan kononnya tak banyak cakap boleh berkelakuan macam itu.

Haq,suami yang baik. cuma tergelincir bila dia cemburukan syahil yang arghh rasa nak tendang je.haha. ada ke tinggalkan qara sebab harta.So baddd! kesian pada qara. thanks syahil sebab tinggalkan qara,so boleh lah haq dan qara bersama.hehe.

tapi tak adil bagi qara bila dia terpaksa terima 'ketidaksukaan' hajah yasirah.dah la sebelum kahwin datin jalilah dengan datuk kamil dah bencikan dia. Nasib ada irham dengan haq.

the rest, siapa-siapa yang belum beli lagi, boleh lah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda!
konfemmm tak menyesal tak rugi.Serius, happy ending! =D

Jujurlah, tiga kali saya baca, tiga kali juga saya menangis. Part yang air mata keluar macam hujan itu part qara kena halau, kena marah dengan haq,kena hina dnegan haq! Kenapa akak buat saya menangis?! kenapa?

Ouhhh..

back to the review... kisah haq dan qara ini,banyak benda yang kita boleh amik sebagaipengajaran. Hidup kita ni tak selamanya indah, hidup juga seprti roda, sekejap diatas sekejap dibawah!
Hmm, itu je lahh nak review pon,

Saya harap,akak terus sukses dalam bidang penulisan. Jangan pernah berhenti dari menghasilkan karya-karya yang beridentiti sendiri.haa giteww. Dan tahniah sebab KDS dapat sambutan hangat. Best of luck, may allah ease ur work!

Salam ukhwah!
Terima kasih sudi singgah!
Sudi baca!





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...