Wednesday, April 16, 2014

TEKANAN,









@pinterest 





dikenali sebagai stress ataupun under pressure atau bahasa greeknya stringere (ketat atau tegang).Macam semalam dan semalam dulu, kolej tiada air,makanya serta merta aku berasa stess. 

Jadi,stress ni terbentuk daripada sesuatu ransangan ataupun boleh dikatakan sebagai punca stress. ransangan tekanan ini selalunya terdiri daripada persekitaran,haiwan dan juga manusia. dan bila berkaitan dengan manusia, ia adalah satu tekanan yang sangat dominan dengan diri manusia.

contoh persekitaran :

di dalam kuliah, penghawa dingin cecah -3 celsius (okay contoh saja dan memang tipu.) kalau dah sejukan yang menggila , boleh fokus ke dalam kelas?Kalau aku memang tak ahh jawab dia. So kita akan stress tak boleh fokus.

contoh haiwan :

di dalam bilik kuliah, pintu  bilik kuliah rosak, belakang pintu ada kucing lepas bersalin duk meow meow- banyak kali,sampai manusia jadi stress. 

contoh manusia : 

manusia Amazah cakap kat manusia Bella, aku benci kau.tapi tak dek sebab. manusia Amazah pon stress sebab tahu ada orang benci dia, tambah stress tak dek punca pembenihan kebencian disitu.Bala.

Setiap ransangan yang menjadikan seseorang manusia itu tertekan akan menyebabkan fisiologi individu, berubah, contoh : tiba-tiba darah mencanak naik, sakit kepala, belakang leher rasa nak kena tarik,jantung berdegup laju.

tertekan disebabkan ransangan dari pelbagai faktor akan menyebabkan fisiologi dalam badan berubah dan hal ini boleh diatasi dengan kebolehan mengawal stress

dan kebolehan mengawal stress ini sangatlah penting untuk setiap manusia. kerana kalau kita tahu cara terbaik untuk nyahkan stress, insya-allah stress  dapat dihapuskan terus atau pun dikurangkan.


contoh common : Manusia A kena present dihadapan kelas, dengar saja perkataan presentation manusia  A dah gelabah biawak a k a stress. Jadi untuk kawal stress manusia A itu, dia perlu mempunyai kebolehan mengawal stress.Apa yang manusia A perlu buat, ialah tarik nafas, tanggalkan cermin mata,(kalau pakai cermin mata ) dan tepuk dada cakap 'All is well' dan present la bagaikan tiada siapa yang melihatmu. manusia A itu adalah aku.Okay hambar.

dalam hidup ini, mustahil lah kalau seseorang tu sikitpun tak pernah ada rasa tertekan, nak exam  pon tertekan macam ngan apa. tekanan ni boleh la kita na amik dari positif dan negatifnya. kalau tak dek tekanan, kita tak bergerak cek oi.

tapi,

stress ni macam roh. kita akan dibayangi nya kalau kita lari dari masalah, kalau kita ada cari jalan keluar mungkin dia berhenti takat tu ja, dan dia pi kat orang lain. 

kenapa aku menulis sedikit ilmiah pada hari ini? kerana aku sendiri sedang tertekan.

ya tertekan yang menyebabkan aku kena bergerak.

bergerak untuk majukan diri.

untuk menulis tentang tekanan.


Motippppp? Aku mengalami tekanan sebab tak dek sebab untuk aku tertekan. G I L A. HAHAHA!


p/s: ni nota untuk subjek pengantar psikologi.nak bagi hadam cepat kengkononnya. sebulan lebih nak exam  dah hoi. apa-apa maklumat lanjut sila google maklumat yang lebih berautoriti.terima kasih daun syioq.


Tuesday, April 15, 2014

[RB] : B L U E S O R A N G J E L E B U : The Libyaman








Inilah indahnya membaca buku- kita dapat sampai ke tempat-tempat yang kita tak pernah sampai. Ternyata apa yang di sinopsiskan di belakang buku itu memang benar.

Novel ni kepunyaan pak cik.Pak cik suruh aku baca entah tak tahu sebabnya. Mungkin aku bukan jenis baca buku macam ni sebab feveret aku novel cinta. Jadi dia nak bina minat aku baca buku jenis macam ni.Aku agak je.

Dah dia suruh,aku baca tanpa banyak bunyi. Tapi tak sia-sia lah aku baca,sebab aku suka baca something yang berkaitan dengan pengalaman seseorang, berkaitan sesebuah tempat yang aku tak pernah pergi . 

Cerita pasal pengalaman libyaman ke sapa entah, buat aku membayangkan situasinya. Entah itu je yang aku mampu buat.

Senang baca sebab tatabahasa dia kira ngam standard darjah enam. takdek ayat komplex. tapi ada juga term arab yang aku tak paham tapi takpa sebab dia dah bg translation.

Tajuk :  B L U E S O R A N G J E L E B U
Penulis : The Libyaman
Terbitan : Dubook Press
Rating : 5/5

 Tajuk  yang best start dari,Jordan, raja hussein dan secebis nota fantasi dengan page yang seterusnya sampai habis. Nak taip setiap tajuk itu,aku malas.

Selamat membaca!


Monday, April 14, 2014

#Kawan- KLAB 2014 # [ JOIN SEGMENT BLOGWALKING BY DAYANG DENO]


Kawan.


Aku banyak kawan. Tapi paling rapat diantara yang terapat-padat-sangat adalah mereka! Yaaaa.

ehh sat.sebelum tu








semula-semula!

Aku banyak kawan. Tapi paling rapat diantara yang terapat-padat-sangat adalah mereka! Yaaaa.


Mereka dibawah ini. Muka paling blur,far tepi far yang macam gangsta kampung dusun tu nama dia pikah dulu dia termasuklah geng-parti bukan tupperware tapi bawal forever ,sekarang dah berhijrah kepada bawal chiffon pulak.ada kahkah.bawah pikah,skima maut nampak macam kurang waras tu,ehemm abaikan. dan tudung biru muka bulat nama,nampak macam innocent tu,nama dia ed. ehhh dak dak. Nama dia edah. saja letak ed,baru rasa macam cool



Sebelum aku cerita apa yang best dan tak best pasal depa. Ada lagi dua orang tak dak dalam gambaq nih sebab depa punya busy kalah obam bam ma! Serius tak tipu.fathiah,tikah!

back to stoghyy.


Depa ni aku kenai secara rambang malah boleh dikatakan secara rawak kecuali yang gangsta tuh. Kalau ikutkan sejarah dgn depa nih,aku kenai dengan edah masa formone-kelaih-satu-jenab laie.aku duk depan edah kali edah duk belakang aku,makna kata aku dengan edah duk ( X ) bersilang. Paham?

Haha! 

duk tak duk, mula lah tahun baru yakni aku dan edah dah formtwo-kelaih2 umi kalthum.(baca kalsum bukan kalthhkkkhum) Masa ni hubungan aku dengan edah masih baik walaupn kami terpisah dek jarak meja yang panjang.Long distance punya persahabatan.eceh.


@klab2014. pasar seni. smkap.

Time nih baru kenai dengan gangsta taman hijrah.meja belakang memang tempat dia lah.Aku duk depan sebab skima kan.kah.edah duk belakang baris ke enam hujung tepi kelas. Pengalaman paling best gila ketawa berdekahss dekahss, adalah, main lari-lari dalam kelas, sampai baju edah rabak tepi poket.Kahkahkah (sumpah weh aku tergelak-gelak lagi time tulis ni pon, edah hoihh) Itulah kenangan diabetes bagi aku.

Okay sudah lah cita pasai depa. Hampa bukan kenai pon. 

Cita farah,aku kenai time form4 kenai camtu-camtu jalah sebab dia kelaih sebelah kelaih budak pandai.kikiki (time tu mentaliti suma dah jahanam) Bila masuk form5,kami satu kelaih, taim nih,aku kagum dengan kesabaran beliau sebab setiap kali waktu rehat,aku mesti paw ayaq teh o ais kat dia, kalau bukan dia pon, ramai lagi mangsa aku, antaranya pikah, fathiah, dan ramai lagi lah.Wahaha!

 edah tak dak lah(dia pindah mrsm dah la nih) 

aku paw ayaq orang atas sebab aku minum siket ja pon. Kahkah! Padahai sekali slurppp ayaq oghang tak beirngat.Heww.Maapkan patikkkk. 


@klab2014 pasar seni.smkap


Sebnaqnya,cerita baru nak start.Haha! Dua minggu lepas,dating dengan depa, dekat pasaq seni. tempat best tuh. tempat art-jalanan- yg mmg awesome gila! Walopun aku taklah ber-art-seni-jalanan sangat tapi menghargai bakat orang tu boleh serah pada aku!

So, jenjalan dengan depa,pikah dengan farah,aku tengok memang ralit la,rambang pon ye gak rasanya nak beli fixi la dubook la punya novel. Aku layan je lah, tengok kekreatifan depa memang cool yaw.

dari segala maneka cerpen,novel,button badge yang smart gilez,t-shirt dan banyak la lagi,semua ada! aku beli cerpen dari fixi dengan button badge. nak beli frame yang ada kata-kata hikmahss tu tak berduit pulakk.sobb angat.

tapi cter paling best,

psstt pasal edah, edah macam orang sesat dalam gua. bagaikan tercari-cari dimanakah aku sekarang? diamna? muka blur,macam sepatah hapa pon dia tak paham.. kahkah! Andaikata aku mampu merakam detik-detik itu,akan aku rakam edah.

okay dah boring ahh.. bila boring kitaorang gi klcc,lepak jap amik gambau,tawaf cari masjid.haha. langsong tak tau masjid tgh undersontruction.pffftt. tawaf lagi dalam hujan, masuk klcc balik solat kat surau.


tirah-edah-pikah-farah ... takdak dalam gambaq tikah,fathiah.. - A-Ahhh'ss generation.

Penat tawaf taman, rehat lima suku minit dekat playground. Bila dah rehat,citer dia tamatlah entry nih.hikshokssssss.Sudah bye. Aku tahu aku tengah stress esok aku presentation.Please doa untuk kelancaran pembentangan esok. ketaqq seyhh! 



p/s: kawan dengan depa ni,berlapang dada jelah kena terima nasehat , kena kutuk ,kena bahan,kena gelak terbahak-bahak,kena jerkah , kena laser,kena smash lapanbelas-kosong.tu adatlah. tapi best ahhh. tak tau lah takat mana boleh tahan hubungan ni, tapi aku harap tahan sampai mati. 

Apatah lagi tak lama lagi nak kena tinggal kan perlis yang sudah ku chenta sepenuh hati ='(
dah tak leh lepak dengan depa, kat ladnag kuda. sobbbbbbbbbbb square-triple

" if you have crazy friends, you have everything"


ohhh japp.nak ajak lagi sekali join segment neh =D kehkeh


JOM JOIN SEGMENT BLOGWALKING BY DAYANG DENO




Wednesday, April 9, 2014

[RB] Cerpen : Faizal Sulaiman







Setakat sekali baca, apa yang boleh dikatakan, buku yang mengandungi 30 isi cerpen ini mampu mengharu birukan pemikiran pembaca.  Kisah kisah pendek yang didalamnya ada pro dan kontranya. Ada yang boleh dicedok nilai manusianya.

Tajuk : Cerpen
Penulis : Faizal Sulaiman 
Terbitan : Fixi
Rating : 5/5

 Antara cerpen yang ada dalam buku ini yang boleh di highlightkan : 
Sulai.Adha.Pintas.Jeff. Tumpang.Kasih Suci.Tiga Lelaki dan cangkir kopi.Adam.

Selamat membaca! 

Monday, April 7, 2014

Bekal pembakar semangat buat ayah!




Selalunya, kalau kita nak dapatkan inspirasi untuk buat sesuatu, mesti ada barang yang kita akan gantungkan,framekan ke dinding. macam lakalau kita nak sentiasa semangat untuk study, kita akan gantung quotes , gambar family kita kat board study kita, so bila macam dah leka lalai seangkatan dengannya, mesti kita tak jadi nak buang masa!

so, citer dia hari ini, pagi tadi aku hadiah kan someting untuk ayah.
Bekal buat dia bawak ke ofis. Bekal untuk ayah supaya sentiasa bekerja keras.
Bekal supaya dia tak down, bila kena lecture dengan bos besau dia.
Bekal itu bukanlah berupa makanan!

aiseyhh..

so, apa yang aku bekalkan?



 frame aje.Bukannye apa pon.Haha! 

terima kasih pada Nik yang sudi printkan gambar tew.haha! 
Yang lain aku cuma beli frame  5R di kedai dan insert lah gambar tu.
senang dan mudah, mampu buat ayah tersenyum gembira di pagi hari sebelum ke ofis.






dan sebagai tambahan.aku hadiahkan ayah quran terjemahan,



entahlah! aku dah lama tak bagi hadiah pada ayah. mungkin sebab aku tengok ayah semua benda pon dah ada, dan selalunya kalau bagi hadiah, ayah akan cakap ayah tak nak apa-apa pun.

tapi pagi tadi siap whassap gambar sebab dia dah letakkan frame kat ofis dia, gembira nau. tu tandanya dia appreciate la tew. hehehe!

Okay lah.. itu je. Semoga Allah permudahkan urusan ayah! Love u ayah.





Sunday, April 6, 2014

Review Novel : Kahwin Dengan Saya? Oleh Aleya Aneesa





Untuk pembaca novel yang tegar,

Nahhh ni review dari aku, novel terbaru dari penulis feveret,kak aleya aneesa! dah ada dekat bookstore hoi!

"tepuk tangan!"

Heaven gila bila dapat baca novel fizikal nih. Sebelum ni baca dekat entry blog je, lepas tu ada dekat portal ilham. So sekarang sudah boleh pegang secara realiti dan baca berulang kali! hahaha. lebih hebat rasanya bukan?

sebelum ni,duk balas komen dgn akak nak tunggu pbakl la apa la,sembang kencang..  tapi tahap kesabaran saya semakin nipis ibarat nipisnya kulit bawang.eh? haha takdek, ingat nak datang pbakl jumpa akak,dan boleh dapat signature sekali, pastu bergambo ke, tapi hari akak ada tu,saya ada hal yang lebih penting.huhu.insya-allah next time boleh jumpa kot.

disebabkan itu,saya dapatkan novel KDS di mph midvalley!

Tapi serius, dari mula sampai akhir, tak rasa nak jatuhkan novel dari tangan,dari pandangan mata. Rasa sayang kalau tak habiskan bacaan .nampak tak impak maksima kat situ?wahaha.

Penulisan akak memanglah tak mengecewakan saya,sebagai pembaca novel! dan saya rasa semua peminat novel akak akan setuju dengan saya.muahaha.

Bila saya baca prolog, saya dah jatuh suka dengan penulisan akak. yelah bicara antara adik beradik,Akid dan Haq, yang agak rapat sumpah awesome!Lepas itu , tentang haq yang ada anak tapi takde isteri buatkan saya tertanya-tanya,kira unsur suspen ke kak?hikss. Irham tu anak siapa?Anak angkat kah?Anak sendiri kematian isterikah?Anak sendiri tapi berceraikah?atau anak siapakah?

Perkenalan antara Haq dan Qara,yang merupakan watak utama itu memang cool gila la kan. Boleh pula Haq buat-buat tanya nama penuh Irham pada Qara,dan Qara macam malu gile kan lepas dia dapat tahu Haq itu bapa pada Irham?Hahaha.

lepas itu, just imagine ada ke  mak macam hajah Yasirah?Sikit pon macam takdek perasaan kasihan pada Haq dan  Irham,selalunya kalau seorang ibu tak banyak pun,mesti ada rasa kasihan,rasa sayang. Kalau ye pun marahkan Haq,pada-padalah kasihan tau pada Irham.Tapi itulah ceritanya kan, kalau lebih kurang sama je, dah tak best pulak ye dak?

Bab seterusnya!

Bab Haq dan Qara dah jadi partner,suami isteri walaupun hajah yasirah tak suka dengan Qara! Hebat betul penangan datin jalilah dengan datuk kamil! sampai hajah yasirah langsung tak nak buka hati kenal dengan menantu dia. Tapi saya suka cara haq yang bertegas nak kahwin, kalaupun cara haq macam sedikit mengugut, itu cara yang paling berhemah untuk emak-emak yang degil. ehh. yelah semua mak nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.

part haq dan Qara sangat sweet. kiranya saya suka setiap perincian dari segi cerita dari segi dialog tentang diorang, pasal teknik penghasilan susu bagi emak angkat, pengetahuan baru untuk saya. i just love the way you write.terselit pengetahuan yang kadang-kadang kena baca buku ilmiah untuk dapatkannya! Walaupun tak secara meluas,,tapi cukup sekadar.. Ohhh ada rupanya.. dan the rest boleh gugel.hekhek.

scene, haq mainmainkan qara dengan katak mainan,  lipas tipu, dan lain lain itu serius menjengkelkan.haha bukan takat pada qara tapi pada saya juga. annoying kot. macam tak boleh terima haq yang serius dan kononnya tak banyak cakap boleh berkelakuan macam itu.

Haq,suami yang baik. cuma tergelincir bila dia cemburukan syahil yang arghh rasa nak tendang je.haha. ada ke tinggalkan qara sebab harta.So baddd! kesian pada qara. thanks syahil sebab tinggalkan qara,so boleh lah haq dan qara bersama.hehe.

tapi tak adil bagi qara bila dia terpaksa terima 'ketidaksukaan' hajah yasirah.dah la sebelum kahwin datin jalilah dengan datuk kamil dah bencikan dia. Nasib ada irham dengan haq.

the rest, siapa-siapa yang belum beli lagi, boleh lah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda!
konfemmm tak menyesal tak rugi.Serius, happy ending! =D

Jujurlah, tiga kali saya baca, tiga kali juga saya menangis. Part yang air mata keluar macam hujan itu part qara kena halau, kena marah dengan haq,kena hina dnegan haq! Kenapa akak buat saya menangis?! kenapa?

Ouhhh..

back to the review... kisah haq dan qara ini,banyak benda yang kita boleh amik sebagaipengajaran. Hidup kita ni tak selamanya indah, hidup juga seprti roda, sekejap diatas sekejap dibawah!
Hmm, itu je lahh nak review pon,

Saya harap,akak terus sukses dalam bidang penulisan. Jangan pernah berhenti dari menghasilkan karya-karya yang beridentiti sendiri.haa giteww. Dan tahniah sebab KDS dapat sambutan hangat. Best of luck, may allah ease ur work!

Salam ukhwah!
Terima kasih sudi singgah!
Sudi baca!





Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...