Thursday, March 27, 2014

#awakpakaibajumacammana?






Aku pergi kelas seawal jam 7.50 pagi.Kebiasaannya lah.Dan kebiasaannya juga, aku pergi kelas, aku pakai je apa aku nak pakai. Kalau aku rajin, aku pakai la baju kurung ke jubah ke kemeja plus long skirt ke.Kengkonon la nak nampak ayu. 

.Pffft.

tapi bila time aku malas. eh tak, bila time aku terbangun lewat. sebenarnya lewat dan malas itu sama dengan je. 

Bahahaha!

aku redah je pakai seluar jeans dengan tshirt labuh. dan tudung pon hentam je syria hitam. dah la warna berkabung,kosong pula tu. tak berseri. lagi selekeh,aku pakai je tudung corak bunga-bunga-an yang tak bergosok. hopeless gila! 

sebab malas gila nak gosok shawl takpun tudung ikan bawal forever la tu kan. 

Sapa kesah,aku nak pakai apa pon!

Tapi tadi bila jumpa salah seorang classmate aku, tiba-tiba dia cakap

"Kau ni kalau kemas, kemas gila..Tapi kalau selekeh,memang nampak selekeh gila!" 

(aku tau dia nak cakap aku cantik!kah!) (mesti korang yang baca ni pon, buat muka senget sambil berkata " Ceh perempuan ni gila perasan!Muahahaha  =P) 

gambar dari +Pinterest 


kalau orang kenal aku yang jenis macam mana, diorang faham, aku jenis tak kisah kalau kena hentam, aku tak kesah pon bila member aku cakap macam ni, 

Lepas dia cakap macam itu, aku tiba tiba terfikir untuk berfikir.heh 


1.Percayalah bahawa, orang disekeliling kita melihat kita sebenarnya. Walaupun tak kenal, diorang tetap pandang kita even kita bukan retiss pon.bahahaha! Melihat kita pakai apa, percakapan kita macam mana, bila kita marah macam mana, dan lain lain lagi lah. 

orang kata,kalau nak kenal seseorang, first impression itu penting. tapi bagi aku untuk zaman sekarang, ada benda benda yang tak boleh nak ikut juga. kalau org tu kemas, tak semestinya dia tu lah yang paling bagus, dan kalau orang tu selekeh, tak semestinya dia jahat, atau tak boleh diharap.

tak semestinya dia menjaga penampilan,kacak bergaya, dia tu kaya boleh jadi jugak sebenarnya dia 'kayap' tapi sengaja nak show off. tak semestinya orang yang selekeh, redah je ikut suka dia nak pakai apa, dia orang tak berkemampuan, boleh jadi dia low profile. Aku adalah  member yang macam ni. Sikit punya tengok, mak haihhh gila selekeh, sekali dia invite pergi rumah dia, bapakk ahh. istana. so siapalah kita nak judge orang dari luar.

2. Bila masuk bab pakai-pakaian. Yang trendy, cun, style gile, mestila dimonopoli oleh kaum hawa. Tapi tak semua trend aku bantai, sebab semakin kita meningkat dewasa, semakin kita cuba mencari personaliti yang dominan untuk kita adapt dalam diri kita, yang sesuai.yang buat kita rasa selesa. 

sudahlah dunia fashion muslimah sekarang setiap hari, up-to-date. time ni gunalah akal fikiran kita sewarasnya, tak kan setiap kali ada new trend,kau nak ikut bai, penat kot.hahaha! plus Duit habis! *kah. kenyataan bagi orang tak bela 'beruang' macam aku.

3. Niat kita sewaktu mengenakan pakaian. Ada jugak ke niat? Ehmm. Nilah nak share sebab sebelum ni pon aku tak pernah terfikir. so harus berterima kasih pada member aku yang menimbulkan isu kemas vs selekeh ni. Ai ai!

Aku tak pernah tanya diri sendiri,  kenapa aku pakai baju ni? kenapa  hari ni aku pakai  cantik gilos. dan kenapa hari ni aku selekeh gilerrs. 

Tapi apa yang buatkan aku terus menjadi diri sendiri adalah. Pakai je apa yang aku pakai, as long as menutup aurat, selagi aku selesa,aku rasa ada keyakinan, aku rasa free, aku akan terus pakai.

dan bila otak aku mula membuat persepsi sebegini jahanam.

"Nanti orang cakap kau over?!"

"Nanti orang cakap kau budak Api, apesal kau pakai seluar dowh.Haromm." 

"Kau tabaruj la woi." Padahal aku pakai jubah hitam dengan shawl plain kaler hijau je pon. hahahha! 

"Tak cantik ahh kau kelepek kanan kiri  tudung tu

"Tudung bawal tak sesuai dengan muka kau, macam indon." AKu ada darah jawa kot. Kahkah!=P

Aku terpaksalah betulkan mind set aku,

"So what?" Pakai je apa yang aku pakai, as long as menutup aurat, selagi aku selesa,aku rasa ada keyakinan, aku rasa free, aku akan terus pakai. Ayat ajaib ni aku pinjam dari dokter kaunselor aku kot. Muaha!

Serius mujarab! kehkeh.

"Girls do not dress for boys. They dress for themselves and of course, each other. If girls dressed for boys ,they'd just walk around naked at all times." - Betsey Johnson

please girls ladies, take notes dearrrr ahahaha. unless kalau untuk suami lain citer lah. 


#Homeworks untuk diri sendiri. Refer pada surah An-Nur : 31

4. Serabai mana pun aku, aku tak kan 'menjahanamkan' masa- masa yang seharusnya aku kena berfesyenista,kemas. Ahakss. Kalau ada interview, presentation, dinner, dengar talk, dan sezaman dengannya. Aku akan pakai ikut dress code la,skima maut! Hahaha. 

Just prepared And be yourself.Gihtewww.

dan apa yang lebih penting untuk disampaikan adalah,,

gambar dari +Pinterest 
Saranghae! ='D





2 comments:

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...