Friday, February 7, 2014

# Sway Pakav [ ROAD TO CAMBODIA ]


ROAD TO CAMBODIA. DELEGASI KEMANUSIAAN  KE KEMBOJA.2014

CREDIT @ NIK ANWAR 



# Svay Pakav 

Dari Phnom phenh international airport,dengan menaiki bas kuning yang tak begitu luas sarat dengan barang-barang,kami bersempit sempitan di dalamnya. Menuju ke kampung Sway Pakav  sudah semestinya destinasi kami.

Selama tiga jam di dalam bas, rasanya aku dah collapse awai sebab penat giler sehinggalah aku tersedar apabila tiba di sebuah kampung. Bas menyelesuri halaman kampung yang gelap gelita. Tiada lampu  di sepanjang kampung  mengingatkan aku suasana kampung sebelah ayah di surabaya yang lebih kurang sama. Gelap tidak berlampu di sepanjang jalan.Kalau setiap rumah itu, adalah satu lampu itupun rasany menggunakan bateri. 

Bas berhenti dan kami terpaksa menaiki benda alah ni (aku tak tau nama apa) .Dan masa ni aku dah start rasa macam nak menangis. Rasa macam nak balik Malaysia semula pon ada.Haha!Rapuhnya aku bila dah selalu senang.



Tapi aku tengok orang lain cool je. Maka aku pun pura-pura untuk terus cool.eceh. Sepanjang jalan sememangnya gelap. Tidak mampu meneka jalan apa yang sedang dilalui. Merentasi malam ke kampung mengambil masa lebih kurang 10hingga ke 20 minit ditemani bulan dan bintang sahaja,peh macam hindustan sangat.Tapi angin malam yang menerejah ke mukaku sungguh aku tak kan lupa,tenang! 


Naik benda macam ni pon aku dah terasa disaster habes! Tapi apa yang aku rasa resah,gelisah,tak tenang itu sekejap je bila sampai kampung. Orang kampung sambut kitaorang meriah walaupun tak faham bahasa diorang tapi riak muka mereka, memang diorang gembira dengan kedatangan kitaorang.Mungkin diorang seronok sebab kata ustaz Ibrahim, ni batch pertama dari Malaysia yang datang menziarahi kampung svay pakav.





Selesai beramah mesra dengan mereka, itupun sekadar berbalas senyuman kerana kami mempunyai masalah bahasa. Mujur ada ustaz ibrahim, kak zawiyah dan habmat. Jadi bolehlah mereka tranlslate serba sedikit.

Sebenarnya aku tak pernah membayangkan hidup mereka sesusah ini. Kesusahan di surabaya pon mereka masih mampu memiliki rumah kampung yang berbatu tapi dekat sini dhaifnya mereka. Belum sampai seminggu duduk pon,aku dah terasa insaf. Hidup di bumi malaysia, yang serba serbi mencukup malah selesa buatkan aku terlalai dari memikirkan saudara kita yang masih hidup seadanya malah mungkin tidak mencukupi. 

Hidup kita di rumah yang selesa,ada bilik seorang satu ada elektrik,lampu,tv,internet,penghawa dingin,tak cukup itu tambah lagi dengan kemewahan disekeliling kita. Semuanya buat kita hampir lupa saudara kita yang serba kekurangan.

Oh okay. Memandangkan kita dah hidup selesa di rumah kolej  kita. Ada bilik sendirian berhad, Ada tilam yang empuk,ada selimut tebal,ada aircond atau paling cikai kipas gear lima.aha Sekarang mari kita rehatkan diri dalam keadaan yang serba serbi kekurangan. Tikar nipis *yang kalau berbaring diatasnya pasti terasa papan papan yang jarang atau kalau kau tarik tikar tu untuk melihat kebawah,kau boleh skodeng krew lelaki.oh aku tak buat kerja terkutuk tew.hahha!?*,bantal sebiji sorang *itupun aku tidur macam tak nak bangun p l u s dengan suasana dan keadaan waktu itu sejuk macam dekat Istanbul.Pheww. 

Tapi inilah antara benda yang aku rindu. Balik je dari kemboja, dua tiga hari juga aku tidur atas lantai tapi guna toto la.Haha.Sweet memory giteww. kehkehkeh.






Nama pun datang atas tiket nak membantu saudara kita, nak menolong tak kan nak lepak hotel lapan bintang pulak kan? Sekadar ini pun dah terasa nikmat bagaikan disyurga. dapat merasai kesejukan yang mencengkan segala tulang temulang.


Walaupun aku gembira dapat tidur dengan lena dengan krew wanita didalam rumah tapi jauh disudut hati aku,aku tetap rasa kesian dekat krew lelaki yang tidur di bawah. macam beranda la kot.Dengan guna kanvas je tutup.. Takpelah waktu camginilah korang nak tunjuk korang lelaki sejati sanggup bersusah payah .hiks. Tapi rasa sedih itu lagi bertimpa-timpa bila aku perasan ada penduduk kampung yang tidur dekat luar rumah,dengan kesejukan tanpa selimut ='[


Tak tahu juga  memang ada yang terpaksa tidur luar atau atas sebab kami datang tapi itulah salah satu pemerhatian dan pengalaman aku disanaSusahnya mereka kadang kala tak tercapai dek akal. Tapi mereka tetap dengan kuat dan tabah. 

Entry ini akan bersambung bila aku free pulak... untuk kali ini.. slow macam siput aku tulis.hahakss :P


Pengalaman bersama mereka banyak yang terpahat di hati.Dan tak kan berhenti hanya entry ni.Bakal menyusul lagi selepas ni. Cuma nak cakap, selama seminggu dengan mereka, aku dah tak tau nak cakap apa tapi aku dah anggap depa macam happy family.


Ni lah family progasi 14.




Iwan,farith,fitri,firdaus,nadzwan.rozlin,hafriz
kak seha,kak wa, kak matun, kak ummu ( pengarah ) kak ct,kak amal, fauzi, amir, anwar
liyana, kak tikah, kak pah, kak put, and that is so me.ahakss! 

Saja kenalkan korang dengan kawan-kawan baru aku! nanti next entry korang tak terpinga-pinga bila aku sebut nama diorang. Teehee :D




1 comment:

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...