Thursday, February 20, 2014

# Sway Pakav Hari Ke-2 [ ROAD TO CAMBODIA ]




Good noiteeee people!!*sambil tutup suis lampu*  Ehhhh apa  ni? Malam masih remajalah.* buka suis lampu semula. Hee :D 

Disebabkan malam masih remaja (waktu aku taip ni lah.hiho), ditambah pula dengan perasaan rindu yang membuak - buak dengan suasana di kemboja , aku  up lagi entry pengalaman di Kg.Svay Pakav.Auhh kejap, yang belum baca entry awal, moh le baca entry kitew. Klik ja dekat SINI  :D 

Sambung balik.



#Hari kedua di kg Sway Pakav.

Selepas menunaikan tuntutan-Nya, kami semua bersiap untuk bersarapan pagi.Sarapan pagi kami di masak khas oleh penduduk kg sway pakav. 

"Bubur bubur ayam,bubur ayam MCd."BoikotII. Bukan bubur ayam MCd tapi bubur ayam kg sway pakav yang yummies giless. Sedap gila. Gila tak gila la, aku banyak kali tambah kot. Blurppp.Alhamdulillah :)

@ Muka gembira dapat makan bubuq ayam version kg svay pakav. HAHA 
Kiri : Yana, Atiqah,aku, Put dan Kak Zawiyah.



@ Amacam teruja nak rasa? Sila masak sendiri! 


Aktiviti  pada hari kedua adalah " membersih dan menghias surau". Hari kedua ni kami lebih fokus pada kawasan disekitar rumah yang kami duduki atau di sekitar tempat penginapan kami *sedap sikit bunyi.haha

Masa mula-mula nampak surau ni, aku teringat something.Ada hadith berkaitan amal jariah kan?

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka  terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Riwayat Imam Ahmad -



Surau dibawah baru saja dibina atas sumbangan rakyat Malaysia yang datang sebelum ini :) Alhamdulillah sebab rakyat Malaysia sangat pemurah. Apa-apa sahaja yang kita beri atas nama sedekah,insya-allah kita akan dapat pahala yang berganda-ganda,jika ikhlas lah! 

Apatah lagi kalau sumbangan kita tu di gunakan secara terus menerus, tak ke melimpah limpah pahala, itupon kalau tak riaklah!

Contosnya: Sumbang duit bina surau. 
Ka-ching *efek bunyi duit syiling= pahala.Dapat Pahala!
Sumbang tenaga bina surau
Ka-ching sekali lagi!
Orang datang solat
" Ka-ching . Ka-ching Ka-chinggg!!"

Sekian.Sedikit perkongsian dari ostajahpetanipintar.aha

Aktiviti 1 # Perasmian Wakaf Perigi

Okay. Di sekitar surau ini juga ada beberapa buah perigi yang baru saja siap di bina atas sumbangan orang ramai. Alhamdulillah :) Kami dimaklumkan ada tiga perigi kesemuanya termasuk yang sedang-di-usahakan-siap. 

Bonda telah merasmikan majlis perasmian perigi secara santai dengan melemparkan senyuman mesra! :)


...... dan bila aku baca komen dekat gambar ni  di page PROGASI  buat aku tersenyum cuma. 

" Kita duk m'sia serba cukup,nak air tinggal putar je kepala paip, guna air berlebih lebih,sampai membazir,tgk saudara2 kita kat sana, korek perigi untuk sumber air sehari hari mereka, bersyukur..sebab kita lagi beruntung dengan kemudahan dan keselesaan yang kita ada sekarang.Alhamdulillah " 

Bagi aku komen kakak ni sangat jujur dan memaksa aku untuk bersetuju.Kadang-kadang kita buka paip ayaq nak amik wudhu' pon macam buka ayaq nak buat mandi. Serius tak caya tengok peel kita.*tuju kat diri sendiri sebenaqnya ;(




Kami mengharapkan selepas ini penduduk kampung  tidak lagi sukar untuk mendapatkan bekalan air untuk  kegunaan seharian.

Gambar : Firdaus in action! 



Aktiviti 2 # Penanaman Bunga di sekitar surau! 








Aktiviti 3 # Project membasuh telekung! Weehoo..

Di sebabkan aku suka main sabun, so here we gooo. Cuci-cuci telekung sambil menimba pengalaman, macam mana nak amik ayaq dari perigi. Agak mencabar bagi orang yang tidak biasa.

Mula-mula Rozlin in action, amik ayaq dari perigi tapi tapi tapi......

@ Rozlin in action! Haha. 



tiba-tiba adik adik  pink tu tolong amik kan air dari perigi pula! Sweetkan diorang? Kitaorang tak minta tolong pon tapi depa sukarela, mungkin nampak  kitaorang tak berapa handal guna perigi gamaknye. haha atau lebih tepat nampak rozlin yang terkial kial.haha





Aktiviti 4 # Pengurusan barang sumbangan  

...... feat mengajar adik -adik ni membaca mengira dan sebagainya!
the tudung ungus si kakak salwa yang cantik memang suka budak - budak so, dialah yang ajar adik adik tu.Heww 




tudung hijau itu macam mak mak bila bagi arahan. Miss you kak matun.Uhuk uhukss :( 





Team progasi cuba sedaya upaya menguruskan pembungkusan solat kit, hygiene kit, alat tulis, permainan kanak kanak dan juga makanan ringan serta perbincangan awal untuk pengagihan semasa majlis penyampaian sumbangan nanti.

Okay.

Nanti jumpa next entry.Yang belum follow,sudi sudi follow okay?

Terima kasih sudi baca, harap nanti  baca lagi ya! 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...