Friday, February 14, 2014

Aktiviti cuti semester!



Kejap lagi dah nak gerak balik KL walaupun cuti aku habis 16 Feb nanti.Kejap je cuti. Tapi kali ini aku tak rasa sedih sangat nak tinggalkan rumahku syurgaku sebab rasa berkoba-kobar nak balik UM macam hape je. Aku pon tak tahu benda apa yang dah merasuk diriku ini. Padahal UM tu biasa je :p Ahhaaa! 

Alhamdulillah.

Sebelum cuti hari itu,adalah aku listkan beberapa benda yang aku nak buat dalam masa cuti.Cuti kan sebulan..Kononnyelah. Haha. Jadi antara benda yang aku nak buat,ada yang memberi faedah dan ada juga yang tak beri faedah.haha! 

Antara perkara yang aku berjaya laksanakan. Road To Cambodia.Cari barang untuk project seterusnya, Telekung Project UM (TPUM), go-cart, bowling, ..........


1. Road To Cambodia (RTC)



Misi bantuan ke Kemboja bersama,kawan-kawan, abang-abang dan kakak kakak aku yang terdiri daripada pelbagai fakulti.Misi yang berjalan dari 15-26 Januari termasuk persiapan terakhir hinggalah selesai semuanya. Nak baca lebih lanjut.


Akan ada episod seterusnya. Insya-Allah.Stay tune.Ahakss :p 

2. Telekung Project UM (TPUM)



Memperkenalkan project secara berterusan,insya-Allah. Telekung Project UM di inspirasikan oleh Telekung Project,kak Azilah. Tujuan utama TPUM untuk menggalakkan kite-kite semua untuk membersihkan telekung,disamping solat dalam keadaan bersih dan khusyu'. 

TPUM bukan project menjual telekung ye kawan-kawan.maaf tapi TPUM memerlukan telekung sama ada baru atau terpakai untuk diwakafkan dan juga  digunakan untuk projek cuci-cuci kami.

Untuk adik-adik junior,kawan-kawan,kakak-kakak senior Um disetiap fakulti,adakah anda peka dengan telekung di surau fakulti anda? Jom menjadi salah seorang sukarelawan dalam TPUM.

Untuk maklumat lebih lanjut, Clickable


Antara aktiviti yang kurang berfaedah tapi meningkatkan semangat untuk bersaing dan berlumba bukan haram.adalah go cart.haha

3. Go- cart.

Last week, pergi go cart dengan family tapi yang joinnye ayah,aku dan makmi je. See,makmi dah betulkan helmet nak ajak race. Haha! Takdelah. Main pon tak pandai nak race bendenye.haha.Yang kitaorang naik ni untuk biasa-biasa je, bukan untuk race ke apa.lalala. Kita orang main-main sebagai rekreasi.

Oh, go cart ni dalam UUM. Bertuahkan student UUM? Hee. Untuk orang luar macam kita, main lima lap RM30 sahaja. Okay la kan. Dan go cart UUM ni beroperasi  pada hari Ahad sampai Khamis,start Jam 9 pagi sehingga 6.30 petang.





....... dan menjadi maid dirumah sendiri, driver kepada adik dua orang (pergi tusyen,pergi mengaji) dan juga menjadi penjaga haiwan peliharaan yang penyayang :3 

Okay.Itu saja. marilah kita berkemas. kerena selepas solat zohor kita nak gerak balik KL.Ohh sobnyahhhh! :p 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...