Thursday, February 27, 2014

Dewasa ini,

gambar +Pinterest 



aku semakin dewasa. 

semakin  dewasanya aku,semakin aku lelah dengan ragam manusia.
ragam manusia yang sememangnya sukar di telah.
telah aku bersama mereka.

mereka yang begitu dan begini.
begini  nampak perfect gila
gila tak gila sebenarnya aku tertipu

tertipu kerana mereka hipokrit
hipokrit kerana personaliti.
personaliti yang berbagai-bagai.

berbagai-bagai topeng yang tersembunyi,sudah terbuka
terbuka hanya kerana masalah picisan
picisan itu yang menjadikan mereka seperti zombie

zombie berwarna merah
Merah seperti epal.
Epal merah masak ranum
Ranum untuk kita makan.
Makan?Tak mungkin kerana ia keluar ulat

Ulat.

[berdiri dihadapan cermin, posisikan diri,pesan pada diri,usah hipokrasi]

Wednesday, February 26, 2014

AMARAH


Amarah. 

Apa itu amarah?

Ama.Adik kita?
Ara.Kawan kita?


Amarah itu sudah semestinya bukan sejenis nama manusia. kehkeh 
*euwww pincang samgot :3



Tetapi amarah itu dapat didefinisikan sebagai marah : tidak dapat menahan nafsu. Definisi nampak bernas. Sudah semestinya. Hal ini kerana aku merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ketiga.

Kah!

Siapa tidak pernah marah?Memarahi orang? 

Kamu ?(yang sedang membaca)  Ya kamulah.Bagus.(angguk kepala)  Itu tandanya kamu normal. 

Siapa yang tidak pernah ada rasa marah?

Kamu lagi? Bagus juga.
Itu tandanya kamu abnormal.

TAP TAP TAP! *petikan jari jemari yang kurang runcing.aha*

Aku yang dulu , seorang yang cepat rasa nak marah.Pantang je ada yang tak kena, siap kau bedebah,akan ku jahanmkan kau serta merta! Ciss kek betol.

Itu dulu. Masa itu aku rasa aku je yang betul.Masa itu aku rasa orang lain seme salah.Masa itu aku tak masuk kelas psikologi, masa tu aku tengah berdarah muda? Sekarang aku  berdarah tua kah? Oh tidak,aku masih berdarah awet muda.Haaaaaah gitewww.

Tapi sekarang aku sudah cool,datang lah topan katerina,kafeteria?Eh itu tempat aku makan bila marah,Datanglah caci maki saja dirimu, lagu shiela on 7, aku sudah mampu tersenyum dan tergelak kecil sambil berkata pada diri sendiri

" Istighfar istighfar. "

Cubalah tanya diri sendiri, siapa yang tak pernah marah?Kau? 

Jangan nak menipu. Tolong jangan sok suci berdebu sangat. Orang yang kengkononnya claim diri dia tak pernah marah, tu kemungkinan dia ada perasaan marah cuma dia mampu untuk "all is well.All is well.(sambil tepuk dada sendiri* " Dalam erti kata yang lain, dia mampu mengawal rasa amarah tu)

Disebabkan semua orang berhak untuk rasa marah tapi dalam kadar ataupun dos yang tertentu, rata rata manusia mencari formula untuk elakkan dari berkata-kata yang menyakitkan, termasuklah aku.

Dan aku telah menjumpai satu produk baru untuk kita stay cool walaupun masih terselit rasa marah tersebut, dia tak mau keluaq dalam diri, nak buat gena?

Caranya.

log in apa-apa sahaja jenis app, seperti fesbuk,tuiter,belog,wecat,wasap dan seangkatan dengannya.

dan cuba tulis apa sahaja menggunakan bahasa inggeris. Dan tips ini hanya berjaya untuk manusia yang kurang fasih atau kurang vocab dalam bahasa inggeris.

Cuba ye kawan-kawan.Cuba dulu. Tips ini for free. Dan ia mempunyai estrek. 

Not everytime, our question have their own answers.

Exp : how come, snake can drive sport bmw?

Setiap soalan tak semestinya mempunya jawapan yang tersendiri.
Contohnya: Bagai mana ular boleh memandu bmw sport?




Kerana pulut santan binasa

Kerana mulut badan binasa.

Kita cuba nak tulis dalam bahasa inggeris perumpamaan ni, dan kita sibuk mencari cari perkataan, pulut dalam bhs inggeris, santan, binasaa? Haaa disaster. Eh??

Mau dekat setengah jam cari perkataan inggeris tak ke hilang rasa marah??


(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

[Ali Imran : 134]







Thursday, February 20, 2014

# Sway Pakav Hari Ke-2 [ ROAD TO CAMBODIA ]




Good noiteeee people!!*sambil tutup suis lampu*  Ehhhh apa  ni? Malam masih remajalah.* buka suis lampu semula. Hee :D 

Disebabkan malam masih remaja (waktu aku taip ni lah.hiho), ditambah pula dengan perasaan rindu yang membuak - buak dengan suasana di kemboja , aku  up lagi entry pengalaman di Kg.Svay Pakav.Auhh kejap, yang belum baca entry awal, moh le baca entry kitew. Klik ja dekat SINI  :D 

Sambung balik.



#Hari kedua di kg Sway Pakav.

Selepas menunaikan tuntutan-Nya, kami semua bersiap untuk bersarapan pagi.Sarapan pagi kami di masak khas oleh penduduk kg sway pakav. 

"Bubur bubur ayam,bubur ayam MCd."BoikotII. Bukan bubur ayam MCd tapi bubur ayam kg sway pakav yang yummies giless. Sedap gila. Gila tak gila la, aku banyak kali tambah kot. Blurppp.Alhamdulillah :)

@ Muka gembira dapat makan bubuq ayam version kg svay pakav. HAHA 
Kiri : Yana, Atiqah,aku, Put dan Kak Zawiyah.



@ Amacam teruja nak rasa? Sila masak sendiri! 


Aktiviti  pada hari kedua adalah " membersih dan menghias surau". Hari kedua ni kami lebih fokus pada kawasan disekitar rumah yang kami duduki atau di sekitar tempat penginapan kami *sedap sikit bunyi.haha

Masa mula-mula nampak surau ni, aku teringat something.Ada hadith berkaitan amal jariah kan?

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka  terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Riwayat Imam Ahmad -



Surau dibawah baru saja dibina atas sumbangan rakyat Malaysia yang datang sebelum ini :) Alhamdulillah sebab rakyat Malaysia sangat pemurah. Apa-apa sahaja yang kita beri atas nama sedekah,insya-allah kita akan dapat pahala yang berganda-ganda,jika ikhlas lah! 

Apatah lagi kalau sumbangan kita tu di gunakan secara terus menerus, tak ke melimpah limpah pahala, itupon kalau tak riaklah!

Contosnya: Sumbang duit bina surau. 
Ka-ching *efek bunyi duit syiling= pahala.Dapat Pahala!
Sumbang tenaga bina surau
Ka-ching sekali lagi!
Orang datang solat
" Ka-ching . Ka-ching Ka-chinggg!!"

Sekian.Sedikit perkongsian dari ostajahpetanipintar.aha

Aktiviti 1 # Perasmian Wakaf Perigi

Okay. Di sekitar surau ini juga ada beberapa buah perigi yang baru saja siap di bina atas sumbangan orang ramai. Alhamdulillah :) Kami dimaklumkan ada tiga perigi kesemuanya termasuk yang sedang-di-usahakan-siap. 

Bonda telah merasmikan majlis perasmian perigi secara santai dengan melemparkan senyuman mesra! :)


...... dan bila aku baca komen dekat gambar ni  di page PROGASI  buat aku tersenyum cuma. 

" Kita duk m'sia serba cukup,nak air tinggal putar je kepala paip, guna air berlebih lebih,sampai membazir,tgk saudara2 kita kat sana, korek perigi untuk sumber air sehari hari mereka, bersyukur..sebab kita lagi beruntung dengan kemudahan dan keselesaan yang kita ada sekarang.Alhamdulillah " 

Bagi aku komen kakak ni sangat jujur dan memaksa aku untuk bersetuju.Kadang-kadang kita buka paip ayaq nak amik wudhu' pon macam buka ayaq nak buat mandi. Serius tak caya tengok peel kita.*tuju kat diri sendiri sebenaqnya ;(




Kami mengharapkan selepas ini penduduk kampung  tidak lagi sukar untuk mendapatkan bekalan air untuk  kegunaan seharian.

Gambar : Firdaus in action! 



Aktiviti 2 # Penanaman Bunga di sekitar surau! 








Aktiviti 3 # Project membasuh telekung! Weehoo..

Di sebabkan aku suka main sabun, so here we gooo. Cuci-cuci telekung sambil menimba pengalaman, macam mana nak amik ayaq dari perigi. Agak mencabar bagi orang yang tidak biasa.

Mula-mula Rozlin in action, amik ayaq dari perigi tapi tapi tapi......

@ Rozlin in action! Haha. 



tiba-tiba adik adik  pink tu tolong amik kan air dari perigi pula! Sweetkan diorang? Kitaorang tak minta tolong pon tapi depa sukarela, mungkin nampak  kitaorang tak berapa handal guna perigi gamaknye. haha atau lebih tepat nampak rozlin yang terkial kial.haha





Aktiviti 4 # Pengurusan barang sumbangan  

...... feat mengajar adik -adik ni membaca mengira dan sebagainya!
the tudung ungus si kakak salwa yang cantik memang suka budak - budak so, dialah yang ajar adik adik tu.Heww 




tudung hijau itu macam mak mak bila bagi arahan. Miss you kak matun.Uhuk uhukss :( 





Team progasi cuba sedaya upaya menguruskan pembungkusan solat kit, hygiene kit, alat tulis, permainan kanak kanak dan juga makanan ringan serta perbincangan awal untuk pengagihan semasa majlis penyampaian sumbangan nanti.

Okay.

Nanti jumpa next entry.Yang belum follow,sudi sudi follow okay?

Terima kasih sudi baca, harap nanti  baca lagi ya! 



Friday, February 14, 2014

Aktiviti cuti semester!



Kejap lagi dah nak gerak balik KL walaupun cuti aku habis 16 Feb nanti.Kejap je cuti. Tapi kali ini aku tak rasa sedih sangat nak tinggalkan rumahku syurgaku sebab rasa berkoba-kobar nak balik UM macam hape je. Aku pon tak tahu benda apa yang dah merasuk diriku ini. Padahal UM tu biasa je :p Ahhaaa! 

Alhamdulillah.

Sebelum cuti hari itu,adalah aku listkan beberapa benda yang aku nak buat dalam masa cuti.Cuti kan sebulan..Kononnyelah. Haha. Jadi antara benda yang aku nak buat,ada yang memberi faedah dan ada juga yang tak beri faedah.haha! 

Antara perkara yang aku berjaya laksanakan. Road To Cambodia.Cari barang untuk project seterusnya, Telekung Project UM (TPUM), go-cart, bowling, ..........


1. Road To Cambodia (RTC)



Misi bantuan ke Kemboja bersama,kawan-kawan, abang-abang dan kakak kakak aku yang terdiri daripada pelbagai fakulti.Misi yang berjalan dari 15-26 Januari termasuk persiapan terakhir hinggalah selesai semuanya. Nak baca lebih lanjut.


Akan ada episod seterusnya. Insya-Allah.Stay tune.Ahakss :p 

2. Telekung Project UM (TPUM)



Memperkenalkan project secara berterusan,insya-Allah. Telekung Project UM di inspirasikan oleh Telekung Project,kak Azilah. Tujuan utama TPUM untuk menggalakkan kite-kite semua untuk membersihkan telekung,disamping solat dalam keadaan bersih dan khusyu'. 

TPUM bukan project menjual telekung ye kawan-kawan.maaf tapi TPUM memerlukan telekung sama ada baru atau terpakai untuk diwakafkan dan juga  digunakan untuk projek cuci-cuci kami.

Untuk adik-adik junior,kawan-kawan,kakak-kakak senior Um disetiap fakulti,adakah anda peka dengan telekung di surau fakulti anda? Jom menjadi salah seorang sukarelawan dalam TPUM.

Untuk maklumat lebih lanjut, Clickable


Antara aktiviti yang kurang berfaedah tapi meningkatkan semangat untuk bersaing dan berlumba bukan haram.adalah go cart.haha

3. Go- cart.

Last week, pergi go cart dengan family tapi yang joinnye ayah,aku dan makmi je. See,makmi dah betulkan helmet nak ajak race. Haha! Takdelah. Main pon tak pandai nak race bendenye.haha.Yang kitaorang naik ni untuk biasa-biasa je, bukan untuk race ke apa.lalala. Kita orang main-main sebagai rekreasi.

Oh, go cart ni dalam UUM. Bertuahkan student UUM? Hee. Untuk orang luar macam kita, main lima lap RM30 sahaja. Okay la kan. Dan go cart UUM ni beroperasi  pada hari Ahad sampai Khamis,start Jam 9 pagi sehingga 6.30 petang.





....... dan menjadi maid dirumah sendiri, driver kepada adik dua orang (pergi tusyen,pergi mengaji) dan juga menjadi penjaga haiwan peliharaan yang penyayang :3 

Okay.Itu saja. marilah kita berkemas. kerena selepas solat zohor kita nak gerak balik KL.Ohh sobnyahhhh! :p 



Friday, February 7, 2014

Today is my birthday



Alhamdulillah.

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku. *Please wish me yeahhh* haha.Deseprate nak mampus.Okay.cuma nak cakap hari ni birthday aku yang ke 22. Huu. Muda lagi ni.Hekhek.

Eh tak sebenarnya nak tulis banyak benda. Semalam kawan-kawan aku cakap, result dah boleh check,tapi aku check asik error je.

" Sorry your account is incorrect" 

Memanjang benda ni keluar last-last aku dah fed up. Aku membuta terus.Aku sebenarnya cuak p l u s gelabah kambing siket kalau tak boleh check result walaupun orang cakap tak kan lari  gunung di kejar eh? Masalahnya sekarang result,bukan gunung. Haihh.

Aku merajuk dengan sistem myum.Kejadahnya aku merajuk dengan sistem.Haha.Sampailah member aku update status yang dia dah boleh check,so mencipang lah aku check result jugak.Ahakss.

Login -Loading-Result : Bla bla dan bla.

Mula-mula tengok result.Aku tekup muka. Rasa nak menangis.Tak.Aku dah menangis pun. Murah siket air mata aku sejak kebelakangan ini.kesah ke? 

Tak kesah.haha

Alhamdulillah. Rezeki aku kali ini selepas dua sem yang lalu tak dapat penuhi target.pheww. Gembira tidak terkata apatah lagi hari ini birthday aku.Gila tak happy? *pinjam ayat kak pah.haha

Puas hati dapat menggembirakan hati parents aku dengan result yang aku kira cemerlang la kot, walaupun semester lepas aku agak sibuk dengan beberapa program tapi sekarang aku percaya study pada awal waktu, berkawan dengan lecturer, study group dengan classmate, doa dari parents dan paling penting dekati-Nya

Insya-Allah. Everything will be fine.

Aku cakap result  salah satu benda yang penting untuk happykan parents aku. Walaupun orang cakap result itu hanyalah sekeping kertas dan dunia semata-mata tapi aku percaya setiap anak ada keinginan buat parents yang disayangi happy dengan result yang membanggakan.

Benda  apa yang aku belit belitkan ini. Sudahlah..

Terima kasih Allah. Terima kasih pensyarahII terima kasih classmate,jdpi~girls generation. Kelas aku tiada sang kumbang.hahha! Terima kasih untuk diri sendiri sebab kau dah gigih berusaha.

Ia baru bermula, teruskan usaha.Chaiyo'








# Sway Pakav [ ROAD TO CAMBODIA ]


ROAD TO CAMBODIA. DELEGASI KEMANUSIAAN  KE KEMBOJA.2014

CREDIT @ NIK ANWAR 



# Svay Pakav 

Dari Phnom phenh international airport,dengan menaiki bas kuning yang tak begitu luas sarat dengan barang-barang,kami bersempit sempitan di dalamnya. Menuju ke kampung Sway Pakav  sudah semestinya destinasi kami.

Selama tiga jam di dalam bas, rasanya aku dah collapse awai sebab penat giler sehinggalah aku tersedar apabila tiba di sebuah kampung. Bas menyelesuri halaman kampung yang gelap gelita. Tiada lampu  di sepanjang kampung  mengingatkan aku suasana kampung sebelah ayah di surabaya yang lebih kurang sama. Gelap tidak berlampu di sepanjang jalan.Kalau setiap rumah itu, adalah satu lampu itupun rasany menggunakan bateri. 

Bas berhenti dan kami terpaksa menaiki benda alah ni (aku tak tau nama apa) .Dan masa ni aku dah start rasa macam nak menangis. Rasa macam nak balik Malaysia semula pon ada.Haha!Rapuhnya aku bila dah selalu senang.



Tapi aku tengok orang lain cool je. Maka aku pun pura-pura untuk terus cool.eceh. Sepanjang jalan sememangnya gelap. Tidak mampu meneka jalan apa yang sedang dilalui. Merentasi malam ke kampung mengambil masa lebih kurang 10hingga ke 20 minit ditemani bulan dan bintang sahaja,peh macam hindustan sangat.Tapi angin malam yang menerejah ke mukaku sungguh aku tak kan lupa,tenang! 


Naik benda macam ni pon aku dah terasa disaster habes! Tapi apa yang aku rasa resah,gelisah,tak tenang itu sekejap je bila sampai kampung. Orang kampung sambut kitaorang meriah walaupun tak faham bahasa diorang tapi riak muka mereka, memang diorang gembira dengan kedatangan kitaorang.Mungkin diorang seronok sebab kata ustaz Ibrahim, ni batch pertama dari Malaysia yang datang menziarahi kampung svay pakav.





Selesai beramah mesra dengan mereka, itupun sekadar berbalas senyuman kerana kami mempunyai masalah bahasa. Mujur ada ustaz ibrahim, kak zawiyah dan habmat. Jadi bolehlah mereka tranlslate serba sedikit.

Sebenarnya aku tak pernah membayangkan hidup mereka sesusah ini. Kesusahan di surabaya pon mereka masih mampu memiliki rumah kampung yang berbatu tapi dekat sini dhaifnya mereka. Belum sampai seminggu duduk pon,aku dah terasa insaf. Hidup di bumi malaysia, yang serba serbi mencukup malah selesa buatkan aku terlalai dari memikirkan saudara kita yang masih hidup seadanya malah mungkin tidak mencukupi. 

Hidup kita di rumah yang selesa,ada bilik seorang satu ada elektrik,lampu,tv,internet,penghawa dingin,tak cukup itu tambah lagi dengan kemewahan disekeliling kita. Semuanya buat kita hampir lupa saudara kita yang serba kekurangan.

Oh okay. Memandangkan kita dah hidup selesa di rumah kolej  kita. Ada bilik sendirian berhad, Ada tilam yang empuk,ada selimut tebal,ada aircond atau paling cikai kipas gear lima.aha Sekarang mari kita rehatkan diri dalam keadaan yang serba serbi kekurangan. Tikar nipis *yang kalau berbaring diatasnya pasti terasa papan papan yang jarang atau kalau kau tarik tikar tu untuk melihat kebawah,kau boleh skodeng krew lelaki.oh aku tak buat kerja terkutuk tew.hahha!?*,bantal sebiji sorang *itupun aku tidur macam tak nak bangun p l u s dengan suasana dan keadaan waktu itu sejuk macam dekat Istanbul.Pheww. 

Tapi inilah antara benda yang aku rindu. Balik je dari kemboja, dua tiga hari juga aku tidur atas lantai tapi guna toto la.Haha.Sweet memory giteww. kehkehkeh.






Nama pun datang atas tiket nak membantu saudara kita, nak menolong tak kan nak lepak hotel lapan bintang pulak kan? Sekadar ini pun dah terasa nikmat bagaikan disyurga. dapat merasai kesejukan yang mencengkan segala tulang temulang.


Walaupun aku gembira dapat tidur dengan lena dengan krew wanita didalam rumah tapi jauh disudut hati aku,aku tetap rasa kesian dekat krew lelaki yang tidur di bawah. macam beranda la kot.Dengan guna kanvas je tutup.. Takpelah waktu camginilah korang nak tunjuk korang lelaki sejati sanggup bersusah payah .hiks. Tapi rasa sedih itu lagi bertimpa-timpa bila aku perasan ada penduduk kampung yang tidur dekat luar rumah,dengan kesejukan tanpa selimut ='[


Tak tahu juga  memang ada yang terpaksa tidur luar atau atas sebab kami datang tapi itulah salah satu pemerhatian dan pengalaman aku disanaSusahnya mereka kadang kala tak tercapai dek akal. Tapi mereka tetap dengan kuat dan tabah. 

Entry ini akan bersambung bila aku free pulak... untuk kali ini.. slow macam siput aku tulis.hahakss :P


Pengalaman bersama mereka banyak yang terpahat di hati.Dan tak kan berhenti hanya entry ni.Bakal menyusul lagi selepas ni. Cuma nak cakap, selama seminggu dengan mereka, aku dah tak tau nak cakap apa tapi aku dah anggap depa macam happy family.


Ni lah family progasi 14.




Iwan,farith,fitri,firdaus,nadzwan.rozlin,hafriz
kak seha,kak wa, kak matun, kak ummu ( pengarah ) kak ct,kak amal, fauzi, amir, anwar
liyana, kak tikah, kak pah, kak put, and that is so me.ahakss! 

Saja kenalkan korang dengan kawan-kawan baru aku! nanti next entry korang tak terpinga-pinga bila aku sebut nama diorang. Teehee :D




Thursday, February 6, 2014

Review Novel Sah, Aku Cinta Kamu! | Hezzy Azra






Hai novelholic.


Hari ini turn SACK untuk direview. Sah, Aku Cinta Kamu tulisan kak Hezzy Azra! :) Dah lama tak review mana-mana novel dlm jangka masa dua ke tiga bulan ni, sebab sibuk siket. Tapi malam ni review jugak sebab SACK ni novel yang dinanti-nantikan. Selalu sangat baca 'tepek-tepek' cerita dkt status kak Hezzy buat hati rasa tak tertahan nak tahu jalan cerita keseluruhannya macam mana. Plot cerita dia camna, yang penting ending dia! (:


Bagi sesiapa yang  nak baca SACK, mohon baca Aku Pilih Dia. Dia  lebih kurang kesinambungan cerita Raif Imran. Sweet talker eh? yang dear sana dear sini. haha.

Kak Hezzy Azra 

Selepas membaca berulang kali, rasanya tak overdose kot kalau nak cakap Raif Imran telah mencairkan hati saya walaupun dulu saya cakap hanya Ian sahaja dihati.eceh.Pernah tak saya cakap, akak seorang penulis yang hebat dalam men'describekan' seseorang punya watak. Cara dan olahan yang buat saya rasa macam oh, Raif ni macam ni, kiranya gambaran jelas. Erk ,saya tahu saya bukan orang yang layak untuk tulis camnih, tapi inilah yang saya rasa setiap kali saya baca novel dari tulisan akak. 

Jalan cerita yang menarik. Ada sebab yang logik untuk Raif dan Irdina bersatu. Tragedi minyak panas ' yang menyebabkan mereka bersatu.Part kena minyak panas itu macam saya pulak yang rasa sakit.Auhhh. Akak suka imagine scene yang tak pernah orang lain fikirkan kan ?haha. Tak pernah orang fikirkan tapi still logik dan tak  mengarut! hehe 

Overall, tulisan akak kali ni memang terbaiklah. Jalan cerita yang dari mulanya happy( Irdina dan Raif kahwen) Lepas itu , diorang happy sampai masa diorang tahu mama Idin sakit, kena tahan sikitlah kalau tak boleh banjir.hehe. Waktu ni, Raif macam banyak mengalah dengan Idin, sukalah watak  Raif selepas kahwin dari sebelum.haha! Dia macam berubah pula. Lagi matured, lagi memahami.haha. Okay part Delisha memang out la. Tak sukala. Saya harap tak semua pa or s/u macam delisha cepat perasan.Hikhok! Idin yang nakal, dan saya rasa sweet sangat, idin yang give up lepas mama meninggal, Idin yang tenggelam dalam kesedihan sampai lupa Raif Imran  itu siapa, dia macam rencah hidup kita, Dalam hidup ada masa kita rasa happy,ada masa kita sedih tepaksan berhadapan ujian,so sama lah dengan Raif dan Idin. Tapi diorang sangat cool laa.. 

Dan lagi cool sebab ada watak Ian, Johana, Fariq, dan Ganesh. Haha. The best novel ever.hoho.Oh ya kali ini saya baca dari awal bab tak macam selalu baca part ending dulu.hikss :) May Allah bless u kak, Moga terus menghasilkan karya yang terbaik. Love you. XOXO





Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...