Wednesday, January 29, 2014

Road To Cambodia (Intro I )





@CREDIT to Nik Anwar

Kalau aku cakap,aku dah lama tak update blog memang nampak sangat aku pentipuuu!haha.Sebab baru dua hari lepas aku update entry pasal pengarah progasi aku yang muka serius tak boleh belah tu.Makanya hari ini aku terasa nak update lagi.hehe

Sebenanya since aku sampai rumah,hati berkobar-kobar nak update pengalaman aku (personally) semasa menyampaikan bantuan kepada saudara muslim kita di kemboja. Lama jugaklah aku duk fikir baik buruk sama ada aku patut atau tak patut update entry. 

Akhirnya aku rasa aku patut update.*mukadimah aku memang selalu panjang. u guys just stay cool and read! itupun kalau nak bacalah* :p 

Secara ringkasnya, road to cambodia ni bukanlah trip saja-saja melawat tempat-tempat menarik di cambodia.melancong free and easy*seperti yang orang sangkakan*Dan juga bukan tujuan utama untuk shopping songket dekat sana.Bukan.

It just. . . .

Cuba merasai.memahami.menyelami. keadaan saudara kita yang 'kurang bernasib baik' dari segala-galanya. Tak seperti kita di Malaysia yang aku kira lebih beruntung. Just depends pada kita sama ada nak bersyukur atau tak. Sama ada nak terus komplen untuk something yang tak make sense atau nak cuba untuk positif. Pilihan ditangan kita. Dari segi ekonomi,dari segi level pendidikan,dari segi taraf hidup dan macam-macam  memang berbeza.

Rata-rata yang respon, bila tau aku join trip ke kemboja, diorang cakap baguslah. "Dekat sana  hidup mencabar.susah. bla bla dan bla lagi. " komen positif.

ada jugak yang smash aku " kalau nak tolong orang, kat malaysia pon banyak.. sibuk nak ke kemboja apasal?" Aku dengar gelak-gelak je. Komen negatif.

Belum pergi cambodia pon aku dah terasa dicabar! haha.

Tapi sebelum sampai Cambodia, preparation dekat Malaysia ni pon boleh tahan mencabar. Dari segi pengurusan ( kewangan ) tak berapa stabil. Kesian dekat pengarah,bendahari s/u, Kadang-kadang kesian dekat unit dana dan tajaan kena marah bagai tapi diorang still cool je. still buat kerja. Unit lain pon sama dengan  je lah. Tapi itu lah yang membolehkan kitaorang kesana.Usaha itu tangga kejayaan. Tak rasa macam tangga pon rasa macam escalator je.haha

Dari sumbangan orang ramai dan kerjasama lain,alhamdulillah.Allah mudahkan bila progasi bekerjasama dengan Telekung Project with sister Azilah untuk dapatkan solat kit, hygiene kit, stationery, toys, jajan. Much appreciated kak.Semoga Allah memberkati usahamu dan ceo hana dan ceo sofea :") 

Nak jumpa ahli progasi sendiri pon ada kira kekangan juga, maklumlah masing-masing ada hal tersendiri.(yb-yb belaka) haha :p jadual kelas tak sama dan macam-macam masalah teknikal. Mungkin itulah yang dipanggil ujian, mungkinlah. Kalau semuanya smooth, mesti kita tak rasa susah.Biasalah nama pon buat program.Bukan makan angin sesaja.

Bila cakap pasal susah, susah yang aku alami adalah nak deal dengan manusia yang berlainan gender. Hardcore. Masalah masalah. Sebabnya dari form one sampai upper six (sekolah perempuan) bersambung dengan kuliah di um semua classmate aku perempuan. So the best thing that i can do is just gamble. hentam je lah. So if ada yang macam menyampah atau terasa dengan aku, sorry. 

Mula-mula aku tak rasa progasi macam satu family pon , sampailah hari -hari last persiapan nak  ke kemboja.Kitaorang sama-sama kemas barang,meeting sama-sama. Masa itu dapat kenal team progasi. taaruf la konon. Cerita pasal diorang best, next entry okay? Sumpah kelakar cerita pasal diorang.


N.E.X.T  ( Day 1 )








No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...