Tuesday, January 28, 2014

Pengarah Progasi, will miss u !



Assalamualaikum.


Sebelum aku menulis dengan panjang lebar, aku amik kesempatan untuk dedikasikan  'limited edition' penghargaan buat pengarah Progasi 14. Buat kak ummu solehah, terima kasih sebab bagi peluang pada saya untuk join misi ke kemboja ni walaupun pada mulanya saya tak berminat. *ni bukan kes nak lawan amir * haha! 

Terima kasih sebab paksa diri untuk terus kuat dan tak putus asa. Personally, saya nampak akak kerja keras untuk misi ini. Akak kuat walaupun kadang-kadang tergelincir.Masa akak call saya cakap nak give up bagai. Saya rasa down sebab saya dengan team lebih perlukan kekuatan dari akak. You know what? Masa akak cakap akak tak nak teruskan misi ni, saya dah cuak. Sedangkan akak yang bersungguh sungguh dari mula perancangan sehinggalah ke saat akhir.

Bila tengok akak nangis masa dekat sekolah kemboja, tipulah kalau saya tak sebak. Masa tu saya fikir satu je. Hajat akak dah tercapai. Nak gembirakan anak-anak kemboja.Walaupun sumbangan yang diperuntukan tu hanyalah jajan dan stationary. Masa itu saya rasa hati akak dah lapangkan?

Tahniah sebab jadi pengarah yang awesome gila! Boleh melawak.Boleh menyembang sekepala. boleh berbincang dan apa saja lah. Cumanya, saya harap akak tak terlalu pendam perasaan. kadang kadang tak bagus kak :") . 

*****


Terima kasih sebab jadi kakak saya. selama tiga semester. Haha! Mula-mula tengok kak ummu, saya harap kak ummu la orang paling terakhir yang saya dapat kenal* sebenarnya tak nak kenal pon :p .Muka cekang muka serius akaklah juara.haha.Tapi itulah. Bila dah lama kenal akak, bila dah selalu sembang, saya terhutang budi dengan akak. Banyak benda yang saya belajar dari akak.

Thank you!

Ambik berat pasal saya.
Tolong tadah telinga, Dengar masalah saya. 
tolong gelak, bila dengar lawak saya walaupun tak lah lawak mana pon.Layan perangai saya yang entah apa apa ntah.
Teman saya makan..
Teman saya pegi klinik masa saya sakit.
Teman saya study.
tolong bebel-bebelkan saya.
tegur saya. marah saya. *walaupun time akak marah saya rasa nak gelak je. :p
tolong nasihat saya .. 

Saya sentiasa doakan yang terbaik buat akak. Kawen jangan lupa jemput ok?? May Allah bless u kak. will miss u..






No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...