Wednesday, January 15, 2014

M A K J A




Tahun 2003.

Imbas kembali.

Aku, Ulya mempunyai seorang abang yang tingginya sudah tentu lebih sedikit dari aku. Nama abang aku Uria. Ulya Hannah dan Uria Hannan. Kami berdua tinggal bersama seorang mak saudara yang kadang-kadang emosi dia okay,kadang-kadang tidak.

Kenapa aku tinggal dengan mak Ja? Oh ya,kami panggil  mak Ja! Sebab nama dalam surat beranak,nama dia  ialah Jariati Binti Jufri. Kalau ikut orang Jawa, maksud Jariati ialah waspada! Memang aku dan Uria sentiasa berwaspada dengan mak Ja! 

Aku pernah cakap pada Uria " Mak Ja itu Hantu!" Sebab mak Ja selalu jeling-jeling aku.

Uria balas dengan tazkirah pendek. "Tak baik cakap macam itu. Lupa pesan mama, mak Ja itu pangkat mama .Kena hormat." 

Aku menyeringai lebar. Aku dengan Uria jauh berbeza. Aku suka cakap lepas. Uria cakap punyalah lemah lembut.

Kembali kepada soalan diatas.Kenapa aku dengan Uria tinggal dengan mak Ja? Sebab yang paling mudah, babah dan mama nak sambung belajar ke luar negara. Dan ketika itu keadaan kewangan mereka tidak stabil,makanya kami berdua merelakan diri untuk dijaga oleh mak Ja. Ketika itu juga,mak Ja baru berusia 18 tahun. Muda gila kan? Boleh ke mak Ja jaga kami? Sedangkan diri dia pon tok abah yang jaga.hahaha!

*****


Kenapa babah dengan mama tidak titipkan kami berdua pada tok abah? Oh itu sebab, kata mama , tok abah sangat manjakan kami. Takut aku dengan Uria jadi 'lemak'.Selalunya, tok abah akan layankan kehendak kitaorang. Bagi mengelakkan hal itu berlaku, mak Ja akan jaga kami. 


Tapi sebenarnya, bukan hanya sebab itu... 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...