Friday, January 17, 2014

M A K J A 2







Mak Ja sedang menghadap komputer riba. Nampak khusyuk sungguh. Aku dari tadi duduk di meja makan ,makan roti cecah milo pun tak dihiraukan. Ini tak boleh jadi. Mana tenang hidup aku kalau tak kacau mak Ja dalam sehari,bisik hatiku jahat. 

"Mak ja..." Sengaja aku leretkan panggilan. Aku duduk berlunjur diatas lantai sambil memeluk kusyen merah hitam. Tanganku sekejap bermain dengan rambut. Sekejap menepuk lantai. Sekejap-sekejap mengalih rancangan di televisyen. Bagaikan mahu menarik perhatian dari mak Ja.

Sementara itu,dalam hati mak Ja ' Kalau dah meleret panggil aku macam kucing miang tak cukup gigi ini adalah benda yang dia nak tu' 

"Mak Ja!" Kali ini panggilanku agak keras sedikit apabila mak Ja tidak peduli dengan panggilanku. Mak Ja angkat kepala sekejap sambil mengangkat kening. Tanda tanya,kenapa panggil dia.

" Esok keluar jom?" soalku sambil membuat muka comel.

"Esok Sabtu,Ulyaaaa" Suara mak Ja malas-malas je jawab. Mata mak Ja masih fokus pada skrin komputer ribanya.Banyak sungguh kerja mak Ja. Sejak perniagaan online dia menjadi -jadi dan sekarang dah buka butik sendiri,lagi lah sibuk. Dua puluh empat jam dengan komputer putih gading dia tu.

"So, kenapa dengan Sabtu?" Aku sedang menguji kesabaran mak Ja.

" Hari korang kena balik rumah babah dengan mama.Jangan lupa." Mak Ja mengingatkan.Jari jemari mak Ja yang runcing laju sahaja menaip. 

Aku mengeluh sambil meraup muka. Bukan aku tak ingat tapi malas la balik. Kalau balik pon mama dengan babah bukan ada kat rumah. Selalu kalau balik, muka bibik Jumah jugak yang aku dan Uria kena hadap.

" Takpe. Sabtu ni je. Esok bowling je ,please?" Aku kena pandai pujuk mak Ja. Kalau tak aku bakal mati kebosanan duduk dekat rumah mama dengan babah.

Mak Ja menggelengkan kepala. Arghh punah harapan aku.

"Mak Ja,janji bowling sahaja." pujuku sambil mengangkat tangan semacam orang sedang bersumpah.

"Uria mana?" soal mak Ja tiba-tiba.

Aku mengangkat kepala bagaikan tercari-cari makhluk tuhan yang tidak seksi itu. Manalah kau Uria.Waktu kritikal macam ni lah kau nak menghilang.Haih.

"Err,dia cakap nak ambik angin dekat luar." Bantai jelah.

"Mak Ja.Jangan nak tukar topik pulak." Rungutku mengerti. Ingat aku tak tahu ke taktik mak Ja nak pesongkan keadaan. Aku ni anak buah mak Ja tau menuntut dari sifu

" Okay-okay. Dengan syarat mak Ja tak nak drive and tak nak shopping.Bowling s.a.h.a.j.a"

Aku menepuk tangan serupa perempuan gedik.

Aku tersengih lebar. Pasal mak Ja dah setuju. Kalau mak Ja tak nak drive, senang aje. Aku kambing hitamkan Uria.Hahaha. Tak dek hal. Shopping? Hmm Aku pon bukan jenis kaki shopping. Eh ye ke Ulya?

" Dengar tak?" Soal mak Ja tegas. Eleh buat tegas je tu.Aku angguk kepala berkali-kali. Serasa nak tercabut kepala. Segera aku bingkas mendekati pintu rumah.Aku nak bagitahu Uria.hehe. 

Melihat Ulya meninggalkannya serta merta,buatkan mak Ja tersenyum nipis. 'kalau sehari tak kacau aku tak senang hidup dia'

*****

Di luar rumah teres bercat biru muda itu, Uria hanya mengangguk apabila aku memberitahu plan untuk esok hari sebelum aku masuk kedalam rumah. Lama-lama kat luar tak jadi kerja, nyamuk banyak.

Tinggal Uria yang masih bertenggek di atas tembok simen depan rumah. Itulah hobi Uria kalau bermalam di rumah mak Ja. Malam-malam macam ni,selalu nya jiran sebelah aka lelaki durjana yang digelar oleh adiknya, Ulya akan muncul. 

Uria senang dapat bersembang dengan lelaki itu walaupun dengan gelaran lelaki durjana itu memang macam jauh menyimpang. 

'Lagi lima minit.Kejap lagi mesti muncul.' Bisik hati Uria. 

Tepat seperti yang dibisik oleh Uria. Preve hitam sudah terparkir didalam garaj sebelah rumah. Uria usha je, lelaki bersluar slack cokelat gelap dan berkemaja putih keluar dari bahagian pemandu.


" Buat apa duk luar?" Lelaki itu keluar mendekati Uria.Bersandar di belakang pintu pagar yang separuh ditutup. Kedua-dua belah tangannya disilangkan.

"Ambik angin abang Jaz. Baru balik kerja?" Konon meneka la Uria kan. Tapi memang tu skema jawapan dari abang Jaz pon,kalau dia bertanya.

"Haa. tu dah hafal skema jawapan." Abang Jaz jawab.Nadanya macam kelakar-kelakar sikit.

" Esok buat apa je?" Soal abang Jaz tiba-tiba buat Uria tersenyum penuh makna.

Bukan dia tak perasan, setiap malam abang Jaz akan keluar semula setelah siap menyegarkan diri. Pura-pura ambil barang dalam kereta yang kononnya tertinggal. Duduk lama dalam kereta tapi mata tu mata pandang ke rumah mak Ja.

" Hang out dengan dua orang mak cik tu lah." jawab Uria ringkas

"Err..." Seperti dapat membaca persoalan abang Jaz yang seterusnya. Uria segera menambah.

" Kitaorang nak lepak main bowling je lah" 

Abang Jaz mengangguk perlahan. Kepalanya tertunduk memandang kelantai seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Abang Jaz, nak join?" 

Persoalan Uria  membuatkan abang Jaz mengangkat kepala dengan mata yang bersinar. Uria tergelak jahat didalam hati. Tanpa menunggu jawapan dari abang Jaz, Uria segera bangun meninggalkan abang Jaz. Tapi sempat lagi, dia berpesan

" Esok pukul 12.30, Midvalley."



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...