Wednesday, January 15, 2014

M A K J A 1









Tahun 2013

" Gila lah lelaki durjana sebelah rumah ni." Rengusku dengan termengah-mengah sambil mencampak bag sandang ke sofa. Uria dari tadi sibuk ketawa.Kunci kereta dan kunci rumah di sangkut pada tempatnya.

"Kau dah kenapa? Aku bukan masuk maharajalawak pon" ujarku sambil memandang ke belakang. Aku sentap. Muka dah terasa membahang. Uria memang tak boleh diharap.

"Kau tu cuba bawak bertenang. Dulu kata mak Ja pemarah la, sekarang kau pun dua kali lima macam mak Ja."

"Cehh.Aku lain.Mak Ja memang macam singa" Bantahku geram.  

Dalam geram itu boleh lagi mengutuk mak Ja.Uria geleng kepala sebelum terbaring di atas lantai yang berlapik. Seperti biasa, balik dari kuliah, mesti nak terbongkang.

" Apa hal? Balik-balik bising. Tadi mak Ja duk sorang, tenang je. Korang balik terus macam puting beliung." 

Tegur mak Ja kuat dari tingkat atas. Dia sedang menuruni anak tangga. Kan aku dah kata, mak Ja memang suka cakap kuat-kuat. Ingat suara macam Jaclyn Victor gamaknya.

Mak Ja menghulurkan tangan. Aku salam malas-malas mataku masih kearah televisyen. Mak Ja mencebik sambil duduk disebelahku. Mak Ja memang suka buat aku rasa serba salah. Mak Ja cakap aku anak saudara derhaka. Sebab selalu buat mak Ja stress.

"Mak Ja, jiran sebelah itu macam sewel je." Aku berkata selamba.

Uria yang tadi terlentang terus meniarap sambil mendongak. 

"Ada orang kena ngorat mak Ja" celah Uria sambil terkekeh ketawa.

"Hoi!" Tanpa isyarat, aku membaling kusyen kearah Uria.Rasakan. Uria hanya ketawa. Dan ia sangat menjengkelkan hati aku.Mak Ja buat tak tahu saja. Dia bingkas bangun melangkah ke dapur. Tapi masih dengar suara dia melaung.


" Sewel macam kau juga Ulya hoi!" Serta merta aku terdengar suara Uria gelak kuat sambil menepuk lantai.  Aku terkedu sesaat.Cis, macam mana mak Ja boleh menyatakan pendapat yang langsung tidak valid?

*****

Aku menelan liur. Lauk pauk yang memenuhi meja makan memang menyelerakan. Ada ikan keli goreng, sup sayur, telur masak sambal dan ulam-ulaman. Ekor keli goreng yang garing,aku patahkan sedikit sebelum tangan ku di tepuk kuat oleh mak Ja.

"Mak Ja!!" Nasib ekor ikan itu tak terbang.Tadi aku rasa line dah clear. Aku memandang mak Ja tajam. Mak Ja membalas tenunganku selamba.Uria di kepala meja sudah berdehem sambil  menadah tangan. 

"Bismillah..." Mak Ja mula menyuap nasi putih kedalam mulut.Satu tabiat mak Ja yang aku sudah lali. Mesti makan nasi putih kosong sebelum dia isi lauk pauk.

Aku makan dengan penuh berselera. Walaupun mak Ja garang tapi bila mak Ja masak,umppp! Ada kelas. Kedai pon kalah! Tapi jangan harap lah aku nak puji depan depan kan?Ego mesti mau jaga.

Aku meneguk air sirap sambil melirik kearah Uria. Amboi ,abang aku ni dapat makan terus diam. Menikmati sangat la tu. 

"Mak Ja..." panggilku perlahan. 

"Hmm,, " sahut mak Ja sambil mengangkat pandangan kearahku.Sekejap sebelum dia meneruskan suapan.

"Bila nak kawen?" Entah kenapa,soalan itu berlegar-legar dalam kepala otak sejak minggu lepas.Selepas itu, semua bagaikan terpaku. Masing-masing senyap. 

Umur mak Ja dah dua puluh sembilan kot.Tak takut kena cop anak dara tua ke?Bisik hati kecilku

" Dengan ada anak saudara jenis derhaka macam kau, Ingat ada ke yang nak jadi bapak saudara kau Ulya?" 




No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you