Wednesday, January 29, 2014

Road To Cambodia (Intro I )





@CREDIT to Nik Anwar

Kalau aku cakap,aku dah lama tak update blog memang nampak sangat aku pentipuuu!haha.Sebab baru dua hari lepas aku update entry pasal pengarah progasi aku yang muka serius tak boleh belah tu.Makanya hari ini aku terasa nak update lagi.hehe

Sebenanya since aku sampai rumah,hati berkobar-kobar nak update pengalaman aku (personally) semasa menyampaikan bantuan kepada saudara muslim kita di kemboja. Lama jugaklah aku duk fikir baik buruk sama ada aku patut atau tak patut update entry. 

Akhirnya aku rasa aku patut update.*mukadimah aku memang selalu panjang. u guys just stay cool and read! itupun kalau nak bacalah* :p 

Secara ringkasnya, road to cambodia ni bukanlah trip saja-saja melawat tempat-tempat menarik di cambodia.melancong free and easy*seperti yang orang sangkakan*Dan juga bukan tujuan utama untuk shopping songket dekat sana.Bukan.

It just. . . .

Cuba merasai.memahami.menyelami. keadaan saudara kita yang 'kurang bernasib baik' dari segala-galanya. Tak seperti kita di Malaysia yang aku kira lebih beruntung. Just depends pada kita sama ada nak bersyukur atau tak. Sama ada nak terus komplen untuk something yang tak make sense atau nak cuba untuk positif. Pilihan ditangan kita. Dari segi ekonomi,dari segi level pendidikan,dari segi taraf hidup dan macam-macam  memang berbeza.

Rata-rata yang respon, bila tau aku join trip ke kemboja, diorang cakap baguslah. "Dekat sana  hidup mencabar.susah. bla bla dan bla lagi. " komen positif.

ada jugak yang smash aku " kalau nak tolong orang, kat malaysia pon banyak.. sibuk nak ke kemboja apasal?" Aku dengar gelak-gelak je. Komen negatif.

Belum pergi cambodia pon aku dah terasa dicabar! haha.

Tapi sebelum sampai Cambodia, preparation dekat Malaysia ni pon boleh tahan mencabar. Dari segi pengurusan ( kewangan ) tak berapa stabil. Kesian dekat pengarah,bendahari s/u, Kadang-kadang kesian dekat unit dana dan tajaan kena marah bagai tapi diorang still cool je. still buat kerja. Unit lain pon sama dengan  je lah. Tapi itu lah yang membolehkan kitaorang kesana.Usaha itu tangga kejayaan. Tak rasa macam tangga pon rasa macam escalator je.haha

Dari sumbangan orang ramai dan kerjasama lain,alhamdulillah.Allah mudahkan bila progasi bekerjasama dengan Telekung Project with sister Azilah untuk dapatkan solat kit, hygiene kit, stationery, toys, jajan. Much appreciated kak.Semoga Allah memberkati usahamu dan ceo hana dan ceo sofea :") 

Nak jumpa ahli progasi sendiri pon ada kira kekangan juga, maklumlah masing-masing ada hal tersendiri.(yb-yb belaka) haha :p jadual kelas tak sama dan macam-macam masalah teknikal. Mungkin itulah yang dipanggil ujian, mungkinlah. Kalau semuanya smooth, mesti kita tak rasa susah.Biasalah nama pon buat program.Bukan makan angin sesaja.

Bila cakap pasal susah, susah yang aku alami adalah nak deal dengan manusia yang berlainan gender. Hardcore. Masalah masalah. Sebabnya dari form one sampai upper six (sekolah perempuan) bersambung dengan kuliah di um semua classmate aku perempuan. So the best thing that i can do is just gamble. hentam je lah. So if ada yang macam menyampah atau terasa dengan aku, sorry. 

Mula-mula aku tak rasa progasi macam satu family pon , sampailah hari -hari last persiapan nak  ke kemboja.Kitaorang sama-sama kemas barang,meeting sama-sama. Masa itu dapat kenal team progasi. taaruf la konon. Cerita pasal diorang best, next entry okay? Sumpah kelakar cerita pasal diorang.


N.E.X.T  ( Day 1 )








Tuesday, January 28, 2014

Pengarah Progasi, will miss u !



Assalamualaikum.


Sebelum aku menulis dengan panjang lebar, aku amik kesempatan untuk dedikasikan  'limited edition' penghargaan buat pengarah Progasi 14. Buat kak ummu solehah, terima kasih sebab bagi peluang pada saya untuk join misi ke kemboja ni walaupun pada mulanya saya tak berminat. *ni bukan kes nak lawan amir * haha! 

Terima kasih sebab paksa diri untuk terus kuat dan tak putus asa. Personally, saya nampak akak kerja keras untuk misi ini. Akak kuat walaupun kadang-kadang tergelincir.Masa akak call saya cakap nak give up bagai. Saya rasa down sebab saya dengan team lebih perlukan kekuatan dari akak. You know what? Masa akak cakap akak tak nak teruskan misi ni, saya dah cuak. Sedangkan akak yang bersungguh sungguh dari mula perancangan sehinggalah ke saat akhir.

Bila tengok akak nangis masa dekat sekolah kemboja, tipulah kalau saya tak sebak. Masa tu saya fikir satu je. Hajat akak dah tercapai. Nak gembirakan anak-anak kemboja.Walaupun sumbangan yang diperuntukan tu hanyalah jajan dan stationary. Masa itu saya rasa hati akak dah lapangkan?

Tahniah sebab jadi pengarah yang awesome gila! Boleh melawak.Boleh menyembang sekepala. boleh berbincang dan apa saja lah. Cumanya, saya harap akak tak terlalu pendam perasaan. kadang kadang tak bagus kak :") . 

*****


Terima kasih sebab jadi kakak saya. selama tiga semester. Haha! Mula-mula tengok kak ummu, saya harap kak ummu la orang paling terakhir yang saya dapat kenal* sebenarnya tak nak kenal pon :p .Muka cekang muka serius akaklah juara.haha.Tapi itulah. Bila dah lama kenal akak, bila dah selalu sembang, saya terhutang budi dengan akak. Banyak benda yang saya belajar dari akak.

Thank you!

Ambik berat pasal saya.
Tolong tadah telinga, Dengar masalah saya. 
tolong gelak, bila dengar lawak saya walaupun tak lah lawak mana pon.Layan perangai saya yang entah apa apa ntah.
Teman saya makan..
Teman saya pegi klinik masa saya sakit.
Teman saya study.
tolong bebel-bebelkan saya.
tegur saya. marah saya. *walaupun time akak marah saya rasa nak gelak je. :p
tolong nasihat saya .. 

Saya sentiasa doakan yang terbaik buat akak. Kawen jangan lupa jemput ok?? May Allah bless u kak. will miss u..






Friday, January 17, 2014

M A K J A 2







Mak Ja sedang menghadap komputer riba. Nampak khusyuk sungguh. Aku dari tadi duduk di meja makan ,makan roti cecah milo pun tak dihiraukan. Ini tak boleh jadi. Mana tenang hidup aku kalau tak kacau mak Ja dalam sehari,bisik hatiku jahat. 

"Mak ja..." Sengaja aku leretkan panggilan. Aku duduk berlunjur diatas lantai sambil memeluk kusyen merah hitam. Tanganku sekejap bermain dengan rambut. Sekejap menepuk lantai. Sekejap-sekejap mengalih rancangan di televisyen. Bagaikan mahu menarik perhatian dari mak Ja.

Sementara itu,dalam hati mak Ja ' Kalau dah meleret panggil aku macam kucing miang tak cukup gigi ini adalah benda yang dia nak tu' 

"Mak Ja!" Kali ini panggilanku agak keras sedikit apabila mak Ja tidak peduli dengan panggilanku. Mak Ja angkat kepala sekejap sambil mengangkat kening. Tanda tanya,kenapa panggil dia.

" Esok keluar jom?" soalku sambil membuat muka comel.

"Esok Sabtu,Ulyaaaa" Suara mak Ja malas-malas je jawab. Mata mak Ja masih fokus pada skrin komputer ribanya.Banyak sungguh kerja mak Ja. Sejak perniagaan online dia menjadi -jadi dan sekarang dah buka butik sendiri,lagi lah sibuk. Dua puluh empat jam dengan komputer putih gading dia tu.

"So, kenapa dengan Sabtu?" Aku sedang menguji kesabaran mak Ja.

" Hari korang kena balik rumah babah dengan mama.Jangan lupa." Mak Ja mengingatkan.Jari jemari mak Ja yang runcing laju sahaja menaip. 

Aku mengeluh sambil meraup muka. Bukan aku tak ingat tapi malas la balik. Kalau balik pon mama dengan babah bukan ada kat rumah. Selalu kalau balik, muka bibik Jumah jugak yang aku dan Uria kena hadap.

" Takpe. Sabtu ni je. Esok bowling je ,please?" Aku kena pandai pujuk mak Ja. Kalau tak aku bakal mati kebosanan duduk dekat rumah mama dengan babah.

Mak Ja menggelengkan kepala. Arghh punah harapan aku.

"Mak Ja,janji bowling sahaja." pujuku sambil mengangkat tangan semacam orang sedang bersumpah.

"Uria mana?" soal mak Ja tiba-tiba.

Aku mengangkat kepala bagaikan tercari-cari makhluk tuhan yang tidak seksi itu. Manalah kau Uria.Waktu kritikal macam ni lah kau nak menghilang.Haih.

"Err,dia cakap nak ambik angin dekat luar." Bantai jelah.

"Mak Ja.Jangan nak tukar topik pulak." Rungutku mengerti. Ingat aku tak tahu ke taktik mak Ja nak pesongkan keadaan. Aku ni anak buah mak Ja tau menuntut dari sifu

" Okay-okay. Dengan syarat mak Ja tak nak drive and tak nak shopping.Bowling s.a.h.a.j.a"

Aku menepuk tangan serupa perempuan gedik.

Aku tersengih lebar. Pasal mak Ja dah setuju. Kalau mak Ja tak nak drive, senang aje. Aku kambing hitamkan Uria.Hahaha. Tak dek hal. Shopping? Hmm Aku pon bukan jenis kaki shopping. Eh ye ke Ulya?

" Dengar tak?" Soal mak Ja tegas. Eleh buat tegas je tu.Aku angguk kepala berkali-kali. Serasa nak tercabut kepala. Segera aku bingkas mendekati pintu rumah.Aku nak bagitahu Uria.hehe. 

Melihat Ulya meninggalkannya serta merta,buatkan mak Ja tersenyum nipis. 'kalau sehari tak kacau aku tak senang hidup dia'

*****

Di luar rumah teres bercat biru muda itu, Uria hanya mengangguk apabila aku memberitahu plan untuk esok hari sebelum aku masuk kedalam rumah. Lama-lama kat luar tak jadi kerja, nyamuk banyak.

Tinggal Uria yang masih bertenggek di atas tembok simen depan rumah. Itulah hobi Uria kalau bermalam di rumah mak Ja. Malam-malam macam ni,selalu nya jiran sebelah aka lelaki durjana yang digelar oleh adiknya, Ulya akan muncul. 

Uria senang dapat bersembang dengan lelaki itu walaupun dengan gelaran lelaki durjana itu memang macam jauh menyimpang. 

'Lagi lima minit.Kejap lagi mesti muncul.' Bisik hati Uria. 

Tepat seperti yang dibisik oleh Uria. Preve hitam sudah terparkir didalam garaj sebelah rumah. Uria usha je, lelaki bersluar slack cokelat gelap dan berkemaja putih keluar dari bahagian pemandu.


" Buat apa duk luar?" Lelaki itu keluar mendekati Uria.Bersandar di belakang pintu pagar yang separuh ditutup. Kedua-dua belah tangannya disilangkan.

"Ambik angin abang Jaz. Baru balik kerja?" Konon meneka la Uria kan. Tapi memang tu skema jawapan dari abang Jaz pon,kalau dia bertanya.

"Haa. tu dah hafal skema jawapan." Abang Jaz jawab.Nadanya macam kelakar-kelakar sikit.

" Esok buat apa je?" Soal abang Jaz tiba-tiba buat Uria tersenyum penuh makna.

Bukan dia tak perasan, setiap malam abang Jaz akan keluar semula setelah siap menyegarkan diri. Pura-pura ambil barang dalam kereta yang kononnya tertinggal. Duduk lama dalam kereta tapi mata tu mata pandang ke rumah mak Ja.

" Hang out dengan dua orang mak cik tu lah." jawab Uria ringkas

"Err..." Seperti dapat membaca persoalan abang Jaz yang seterusnya. Uria segera menambah.

" Kitaorang nak lepak main bowling je lah" 

Abang Jaz mengangguk perlahan. Kepalanya tertunduk memandang kelantai seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Abang Jaz, nak join?" 

Persoalan Uria  membuatkan abang Jaz mengangkat kepala dengan mata yang bersinar. Uria tergelak jahat didalam hati. Tanpa menunggu jawapan dari abang Jaz, Uria segera bangun meninggalkan abang Jaz. Tapi sempat lagi, dia berpesan

" Esok pukul 12.30, Midvalley."



Wednesday, January 15, 2014

M A K J A 1









Tahun 2013

" Gila lah lelaki durjana sebelah rumah ni." Rengusku dengan termengah-mengah sambil mencampak bag sandang ke sofa. Uria dari tadi sibuk ketawa.Kunci kereta dan kunci rumah di sangkut pada tempatnya.

"Kau dah kenapa? Aku bukan masuk maharajalawak pon" ujarku sambil memandang ke belakang. Aku sentap. Muka dah terasa membahang. Uria memang tak boleh diharap.

"Kau tu cuba bawak bertenang. Dulu kata mak Ja pemarah la, sekarang kau pun dua kali lima macam mak Ja."

"Cehh.Aku lain.Mak Ja memang macam singa" Bantahku geram.  

Dalam geram itu boleh lagi mengutuk mak Ja.Uria geleng kepala sebelum terbaring di atas lantai yang berlapik. Seperti biasa, balik dari kuliah, mesti nak terbongkang.

" Apa hal? Balik-balik bising. Tadi mak Ja duk sorang, tenang je. Korang balik terus macam puting beliung." 

Tegur mak Ja kuat dari tingkat atas. Dia sedang menuruni anak tangga. Kan aku dah kata, mak Ja memang suka cakap kuat-kuat. Ingat suara macam Jaclyn Victor gamaknya.

Mak Ja menghulurkan tangan. Aku salam malas-malas mataku masih kearah televisyen. Mak Ja mencebik sambil duduk disebelahku. Mak Ja memang suka buat aku rasa serba salah. Mak Ja cakap aku anak saudara derhaka. Sebab selalu buat mak Ja stress.

"Mak Ja, jiran sebelah itu macam sewel je." Aku berkata selamba.

Uria yang tadi terlentang terus meniarap sambil mendongak. 

"Ada orang kena ngorat mak Ja" celah Uria sambil terkekeh ketawa.

"Hoi!" Tanpa isyarat, aku membaling kusyen kearah Uria.Rasakan. Uria hanya ketawa. Dan ia sangat menjengkelkan hati aku.Mak Ja buat tak tahu saja. Dia bingkas bangun melangkah ke dapur. Tapi masih dengar suara dia melaung.


" Sewel macam kau juga Ulya hoi!" Serta merta aku terdengar suara Uria gelak kuat sambil menepuk lantai.  Aku terkedu sesaat.Cis, macam mana mak Ja boleh menyatakan pendapat yang langsung tidak valid?

*****

Aku menelan liur. Lauk pauk yang memenuhi meja makan memang menyelerakan. Ada ikan keli goreng, sup sayur, telur masak sambal dan ulam-ulaman. Ekor keli goreng yang garing,aku patahkan sedikit sebelum tangan ku di tepuk kuat oleh mak Ja.

"Mak Ja!!" Nasib ekor ikan itu tak terbang.Tadi aku rasa line dah clear. Aku memandang mak Ja tajam. Mak Ja membalas tenunganku selamba.Uria di kepala meja sudah berdehem sambil  menadah tangan. 

"Bismillah..." Mak Ja mula menyuap nasi putih kedalam mulut.Satu tabiat mak Ja yang aku sudah lali. Mesti makan nasi putih kosong sebelum dia isi lauk pauk.

Aku makan dengan penuh berselera. Walaupun mak Ja garang tapi bila mak Ja masak,umppp! Ada kelas. Kedai pon kalah! Tapi jangan harap lah aku nak puji depan depan kan?Ego mesti mau jaga.

Aku meneguk air sirap sambil melirik kearah Uria. Amboi ,abang aku ni dapat makan terus diam. Menikmati sangat la tu. 

"Mak Ja..." panggilku perlahan. 

"Hmm,, " sahut mak Ja sambil mengangkat pandangan kearahku.Sekejap sebelum dia meneruskan suapan.

"Bila nak kawen?" Entah kenapa,soalan itu berlegar-legar dalam kepala otak sejak minggu lepas.Selepas itu, semua bagaikan terpaku. Masing-masing senyap. 

Umur mak Ja dah dua puluh sembilan kot.Tak takut kena cop anak dara tua ke?Bisik hati kecilku

" Dengan ada anak saudara jenis derhaka macam kau, Ingat ada ke yang nak jadi bapak saudara kau Ulya?" 




M A K J A




Tahun 2003.

Imbas kembali.

Aku, Ulya mempunyai seorang abang yang tingginya sudah tentu lebih sedikit dari aku. Nama abang aku Uria. Ulya Hannah dan Uria Hannan. Kami berdua tinggal bersama seorang mak saudara yang kadang-kadang emosi dia okay,kadang-kadang tidak.

Kenapa aku tinggal dengan mak Ja? Oh ya,kami panggil  mak Ja! Sebab nama dalam surat beranak,nama dia  ialah Jariati Binti Jufri. Kalau ikut orang Jawa, maksud Jariati ialah waspada! Memang aku dan Uria sentiasa berwaspada dengan mak Ja! 

Aku pernah cakap pada Uria " Mak Ja itu Hantu!" Sebab mak Ja selalu jeling-jeling aku.

Uria balas dengan tazkirah pendek. "Tak baik cakap macam itu. Lupa pesan mama, mak Ja itu pangkat mama .Kena hormat." 

Aku menyeringai lebar. Aku dengan Uria jauh berbeza. Aku suka cakap lepas. Uria cakap punyalah lemah lembut.

Kembali kepada soalan diatas.Kenapa aku dengan Uria tinggal dengan mak Ja? Sebab yang paling mudah, babah dan mama nak sambung belajar ke luar negara. Dan ketika itu keadaan kewangan mereka tidak stabil,makanya kami berdua merelakan diri untuk dijaga oleh mak Ja. Ketika itu juga,mak Ja baru berusia 18 tahun. Muda gila kan? Boleh ke mak Ja jaga kami? Sedangkan diri dia pon tok abah yang jaga.hahaha!

*****


Kenapa babah dengan mama tidak titipkan kami berdua pada tok abah? Oh itu sebab, kata mama , tok abah sangat manjakan kami. Takut aku dengan Uria jadi 'lemak'.Selalunya, tok abah akan layankan kehendak kitaorang. Bagi mengelakkan hal itu berlaku, mak Ja akan jaga kami. 


Tapi sebenarnya, bukan hanya sebab itu... 



D E M A M E X A M D A H T A M A T



D E M A M E X A M D A H T A M A T

D E M A M E X A M D A H T A M A T

D E M A M E X A M D A H T A M A T


Alhamdulillah. exam dah selesai dua hari lepas. Aku bersyukur kehadrat-Nya sebab sem ni, semua paper alhamdulilah boleh jawab dengan jayanya walaupun ada tiga subject tough . Dipermudahkan  urusan, perasaan dan segala macam lah. Thank you Allah :") 
 Tak macam sem 1 sem 2 dulu. Ada subject yang susah gila aku nak tackle sampai nangeh nangeh telepon ibu.Hoho. 

Aku mengharapkan result sem 3 ni mencapai target lah. HewHew. Kalau tak kena fire la dengan parents aku. Join sana sini punya project sampai study kemana apa kemana. Eheh. 

Kalau nak cerita pasal exam, semua orang akan cakap susah. Kalau dia cakap senang gila- boleh jawab sambil pejam mata. Serius aku nak pergi menuntut dengan dia.Oh maybe dia jenis kaki study. K.

Bila ada masa,perasaan datang " Ya Allah susahnya subject esok , dah la tak dek gap.bla bla bla..." Terus teringat kata-kata hamba Allah ni " Kau jangan kira nak capai target je. Kau usahalah dulu, struggle sebab Allah tengok pada usaha, then barulah dia bagi kau hasil.Tapi make sure la berusaha dengan gigih, kalau kau nak result macam ni macam ni tapi usaha nan hadoo.. Camno!"Angguk kepala tanda paham. cerita dia nak cakap, jangan give up la wey! haha.

Tapi susah macam mana pun, mestilah kita struggle gila-gila baca   p l u s hafal key-word, isi-isi penting sebab tak nak masuk exam hall dengan kepala blank, bila nak jawab, toleh kiri kanan tengok orang jawab laju kemain.Haha! Susah macam mana pun, mesti ada usaha juga. Tak kan dah tahu susah tapi still boleh lepak minum kopi tengok movie.Ye dak? :3

Time exam macam ni jugak stress dengan entah hapahapa kan? Aku stress sebab paper aku berderet. Macam lah tak boleh diselang selikan. Kekejaman berlaku disitu :p  Tapi aku tetap besyukur sebab yang pertama,paper aku satu je untuk satu hari. Satu lagi sebab,ada member aku, ada dua paper dlm satu hari. Lagi hangit! So,kalau aku rasa aku dah stress susah gila, aku kena ingatlah ada orang lain yang lagi stress  mengggelegak otak, makanya, 

"berlapang dadalah dengan ketentuannya! Mesti ada sebab tersembunyi kenapa takdir kita macam tu haaaa"

Dan masa minggu exam ni la. Macam-macam perasaan nak datang. Resah-gelisah-takut-down-nak give up pon ada tetibe rasa nak kawen awal pon ada *ni memang ajegile* haha! Tapi sebab kawan-kawan aku semua macam kaunselor, so diorang banyak "menasihati" membebel macam mak-mak pon. ada. Ahhh so semua yang aku rasa tu macam ahh lepaskann semuaaaaaa! *imaginasi : aku tengah terbang" Menjadikan setiap hai aku berkobar-kobar nak buat yang tebaik." bunyi macam nerd abesss* lalallaa.

Dan yang tak tahan beberapa "saket" yang menjelma waktu nak exam adalah : Tetibe je kan datang 

Nak tengok movie yang kau dah tengok. Nak tengok movie yang kau tak penah tengok lagi. Tetiba kau  nak baca something yang kau tak teringin nak baca pon sebelum ni :3 Tetiba kau nak pergi sana sini. Tetibe kau nak main game fb sebelum ni kau tak layan pon.Hahha! Simptom orang saket masa exam. Buat benda yang kau tak pernah buat. Masa ni rasa takpe-takpe. sikit je.Erghh..

Itu jelah kot luahan aku untuk petang ni. Sebenarnya aku nak cakap aku rasa free gila bila exam dah habeh.Rasa happy rasa tenang abeh exam sampai tak dan dan tunggu esoknya untuk window shopping. Habis paper isnin tu, terus aku chow pegi Ts la.Saje jenjalan tenangkan fikiran. "Kononlah" 

Merepek panjang nampaknya.Okaylah selamat memanfaatkan cuti semester lebih kurang sebulan.Aku tak balik lagi hoi, ada je kat bumi UM yang terchenta ni. Huuu. Rindu peghelih dah ni <3<3<3




Sunday, January 5, 2014

Final Exam

< Final exam>

Alhamdulillah.
Settle tiga subjek.

Tiga-tiga subjek ni target la.
Harapan menggunung nak dapat cemerlang gemilang dan terbilang giteww.
Eceh.
Harap-harap Lagi tiga paper yang akan datang ni pon okay juga.
Mudah-mudahan terus dipermudahkan oleh Allah.

Mudah-mudahan nikmat sihat ni masih terus berkekalan.
Mudah-mudahan nikmat semangat nak study tu masih berkobar-kobar.

Tak sabar nak habeskan final.- 13 Januari nanti
Tak sabar nak fly ke kemboja. Jumpa saudara kita semua.
Tak sabar nak balik rumah. Jumpa ibu dengan ayah.

Well. Good luck diri!


Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...