Tuesday, December 24, 2013

Jauh lagi.




Sejak akhir-akhir ini otak bagaikan  menerawang jauh.

Fikirkan sesuatu yang tak pernah aku kesah sama sekali.

Ini semua gara-gara facebook ah.
Gambar kawan aku kahwen la. bertunang la.
Ciss.

Single is simple.
Double is trouble.

Eheheh.

Tipulah kalau sikitpun aku tak terlintas kann
Tipulah kalau sikitpun aku tak terfikir kannn.

Benda pun Fitrah.
Bukan Fitrah kawan aku tu.

Haihhhhh!

Memandangkan aku tak tahu nak handle camno
Loser sangat neh :3

Aku tanya doc.
Dengan kadar tiba-tiba.
Nasib kau jawab doc. *walaupun kau busy gila* ahaha

Phewww~

Aku tanya dia something yang tak masuk akal bagi aku.

"Kalau kau suka someone,apa kau buat?"

HAHAHA.


*****

Satu malam, dia whassap aku.
Tapi sebelum dia jawab soalan aku yang pendek tu
Banyak gilos soalan cepu kambing dia.
Sampai aku yang baca ni pon nak muntah.

Doc kau nak tukar jadi kaunselor ke hape.
Tak pun kau berangan nak jadi lawyer.
Aku tanya satu soalan kau jawab dengan soalan lain 

Haihhh!

Perlu ke kita fikir benda tu buat masa sekarang?

Doc jawab : 
Tak salah. Be it tomorrow or next month maybe next year or in five more years, 
theres no harm to start preparing  from now. *Preparing to become a good wife* 

Aku percaya pada jodoh.Jodoh memang dah ditetapkan Allah. Tapi kau tak rasa ke kita kena usaha?

Doc jawab : 
Perempuan punya usaha tak sama macm lelaki punya usaha.
Bagi  aku sebagai perempuan usaha kita is to build up a good character dulu. Build up good  relationship dengan Allah etc. u name it dan juga doa lah semestinya.

* Kalau kau pun jenis tinggal solat, aurat tak terjaga. Mangkit lambat.Acano?

Kalau boleh aku nak kenal dan faham dengan sorang je lelaki, macam mustahil kan?

Doc jawab :
Kann. Semua nak macam itu. Tapi. bagi aku kena mahalkan diri kita. Bukan ego tapi jangan murah. kalau ada yang approach nak bagi hint bagai, biar je. biar dia approach dengan cara yang betul. Jangan risau  takut takde orang suka kita. Yakin dengan janji Dia.Semua orang ada jodoh masing-masing. Just usaha perbaiki diri kita .Jaga dari pelbagai aspek. Mudah-mudahan Dia datangkan orang yang sama  jugak usahanya.


Kadang-kadang,aku rasa aku naif gila
Sangat gila! 


Bila aku dah baca explaination doc, aku rasa lega. 
Benda yang aku nak dengar adalah seperti yang tertera diatas. 

Terus aku terfikir.
Memang jauh lagi perjalanan nak sampai ke tahap itu
Hidup pon terumbang ambing
Herher

Tapi itulah nak cakap, bila discuss benda-benda hidup macam ni,
dengan orang yang boleh aku katakan ada ilmu dan same level dengan aku.
Rasa macam bernyawa sangat tak lah lalai fikir benda yang gedik-gedik.

Hahaha.

Tetiba aku rasa nak hug  kau je Doc.
Lama aku tak jumpa. Lebih kurang 10 tahun.
Tapi once kau bagi nasihat, perghh aku rasa kau 
bermaju maju kehadapan.



TAS241213

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...