Tuesday, December 24, 2013

Jauh lagi.




Sejak akhir-akhir ini otak bagaikan  menerawang jauh.

Fikirkan sesuatu yang tak pernah aku kesah sama sekali.

Ini semua gara-gara facebook ah.
Gambar kawan aku kahwen la. bertunang la.
Ciss.

Single is simple.
Double is trouble.

Eheheh.

Tipulah kalau sikitpun aku tak terlintas kann
Tipulah kalau sikitpun aku tak terfikir kannn.

Benda pun Fitrah.
Bukan Fitrah kawan aku tu.

Haihhhhh!

Memandangkan aku tak tahu nak handle camno
Loser sangat neh :3

Aku tanya doc.
Dengan kadar tiba-tiba.
Nasib kau jawab doc. *walaupun kau busy gila* ahaha

Phewww~

Aku tanya dia something yang tak masuk akal bagi aku.

"Kalau kau suka someone,apa kau buat?"

HAHAHA.


*****

Satu malam, dia whassap aku.
Tapi sebelum dia jawab soalan aku yang pendek tu
Banyak gilos soalan cepu kambing dia.
Sampai aku yang baca ni pon nak muntah.

Doc kau nak tukar jadi kaunselor ke hape.
Tak pun kau berangan nak jadi lawyer.
Aku tanya satu soalan kau jawab dengan soalan lain 

Haihhh!

Perlu ke kita fikir benda tu buat masa sekarang?

Doc jawab : 
Tak salah. Be it tomorrow or next month maybe next year or in five more years, 
theres no harm to start preparing  from now. *Preparing to become a good wife* 

Aku percaya pada jodoh.Jodoh memang dah ditetapkan Allah. Tapi kau tak rasa ke kita kena usaha?

Doc jawab : 
Perempuan punya usaha tak sama macm lelaki punya usaha.
Bagi  aku sebagai perempuan usaha kita is to build up a good character dulu. Build up good  relationship dengan Allah etc. u name it dan juga doa lah semestinya.

* Kalau kau pun jenis tinggal solat, aurat tak terjaga. Mangkit lambat.Acano?

Kalau boleh aku nak kenal dan faham dengan sorang je lelaki, macam mustahil kan?

Doc jawab :
Kann. Semua nak macam itu. Tapi. bagi aku kena mahalkan diri kita. Bukan ego tapi jangan murah. kalau ada yang approach nak bagi hint bagai, biar je. biar dia approach dengan cara yang betul. Jangan risau  takut takde orang suka kita. Yakin dengan janji Dia.Semua orang ada jodoh masing-masing. Just usaha perbaiki diri kita .Jaga dari pelbagai aspek. Mudah-mudahan Dia datangkan orang yang sama  jugak usahanya.


Kadang-kadang,aku rasa aku naif gila
Sangat gila! 


Bila aku dah baca explaination doc, aku rasa lega. 
Benda yang aku nak dengar adalah seperti yang tertera diatas. 

Terus aku terfikir.
Memang jauh lagi perjalanan nak sampai ke tahap itu
Hidup pon terumbang ambing
Herher

Tapi itulah nak cakap, bila discuss benda-benda hidup macam ni,
dengan orang yang boleh aku katakan ada ilmu dan same level dengan aku.
Rasa macam bernyawa sangat tak lah lalai fikir benda yang gedik-gedik.

Hahaha.

Tetiba aku rasa nak hug  kau je Doc.
Lama aku tak jumpa. Lebih kurang 10 tahun.
Tapi once kau bagi nasihat, perghh aku rasa kau 
bermaju maju kehadapan.



TAS241213

Saturday, December 21, 2013

Semalam.



Semalam. 

Bukan semalam je nak cerita.
Sebelum-sebelum ni termasuk sekali la.

Aku terjebak dengan mereka.
Katanya nak minum fake cooblog.
Dekat foodcourt.

Disebabkan sem ni adalah sem terakhir mereka disini
Ape salahnya habiskan masa dengan diorang.
Lagi pun nak minum-minum je "Kononlah" 

Itu cerita jam 1.45 petang.


Jam 5 petang.

Aku duduk di sebuah pondok
Dikelilingi bunga-bunga nan warna warni.* fefeling hindustan sangat* heh.
Aku baru tersedar aku dah sampai 
tasik perdana.Walaweyh.
Ini kerja.Memang x berplan.

Memerhati mereka yang sedang bergelak tawa.
Aku gelak sama.
Memerhati mereka sedang pose ala model
Aku geleng kepala.
Aku yang dah kelelahan.duduk sajalah.
Dah meredah hujan.terimalah padahnya
Pening. * sorry ahkakss sekalian. muka kalau pening memang muka serius je keluar*

Tapi aku lagi pening dengan mereka! 
Sorang dengan camera
Sorang dengan payung pink! haha
Sorang dengan gelaran permaisuri.ehem
Sorang dengan gaya zapin.candid!

Aku gelar mereka "super duper senior"
Super duper senior maksudnya diorang dah nak grad.
Diorang dah tahun akhirlah!

Tetiba macam nak nangis.Wiwiwiwi.


How i wish diorang akan stay lama lagi.
I'll miss them so much. Bila diorang dah grad nanti.
Awal-awal aku masuk um,masuk jabatan dakwah.
Aku kenal dengan diorang nilah yang memang tahap cool diorang memang tak leh blah
Walaupun awal-awal muka masing-masing serius tak nak kalah.
YelahSenior kan.
Sekehmaa je.
Ade aku kesah?Wiwiwiw :p

Tapi diorang ni kalau time gila.Aku rasa aku yang gila-gila ni pon kalah.
Aku akan rindu diorang sebab aku takdek kakak.
So rasa disayangi dan dilindungi sangat.harhar

Diorang yang banyak layan kerenah aku, 
Diorang yang banyak dengar aku potpet. (mengarut)
Diorang yang banyak terguris dengan aku.
*walaupun diorang tak cakap* 

Diorang yang tanpa sedar akan tegur aku,marah sikit akak membebel kalau aku buat salah.
Diorang yang akan nasihat aku,when i need it. 
Diorang yang banyak tolong aku especially dalam bab belajar,esaimen.. ect
Diorang yang hantar aku g klinik.Bila aku sakit.haha 

Entah.

Benda ini akan jadi lebih sweet kalau aku cakap depan-depan kan?
Unfortunately, 
i'm not the one yang boleh buat muka senyum simpul hujung tudung dan sambil cakap benda-benda sweet cemgini.

Ahah, 

Buat muka bodoh sambil, cakap, saya nak pisang goreng  rm3.

Yeap. thats my kepakaran!


Dear, kak matun yang happy go lucky! ,walaupun i alwayss kutuk-kutuk you i mean, yesterday i said u bertan la, berat sama dipikul ringan sama dijinjing la, please jangan kecik hati.cause i love u so much. Really do. Miss u ,bila dapat sembang utagha.hahaha. and please kalau jadi permaisuri, bo la! 

Kak siti,  yang always control cun *ahahaha* nanana. Thanks ya. Selalu tolong saya. Okay part kemboja banyak sy minta tolong.Ehehehe. 

Kak Pah, hmm, x banyak kenangan sangat.Lol. 

Kak ummu, my serius merius ahkaks. Appreciate every single things yang kak ummu dah buat untuk saya. i'm gonna miss u. Banyak benda yang saya belajar dari akak, tentang 'kehidupan', An sorry for everything, And love u kakak.




Gotenmorgan: 21122013

Sunday, December 1, 2013

JKD






Kita seringkali mendengar 'sensasi' tentang manusia lain

Kitalah yang menadah cuping  tanpa segan

Kitalah yang mendengar tanpa rasa gentar kerana takut pada-Nya 

Kitalah akan cuba menterjemah sensasi tersebut kepada sang lainya.


Kita seringkali,  terbuka mata melihat keaiban manusia lain

Kitalah yang melihat tanpa leka

Kitalah yang merenung dengan sinisnya

Kitalah yang memerhati dengan jeleknya


Kita seringkali, menokok tambah segalanya

Kita lakukan tanpa kita sedarinya

Kitalah yang buat dengan hasutan yang bertanduk juga



Kita, seringkali berkejaran untuk bercerita tentang perihal manusia lain.

Kitalah yang terpantas.

Kitalah yang terawal.

Kitalah yang  berkejaran tanpa telat


Tanpa kita sedari, kitalah JUARA dalam mengejar DOSA


Kita memang juara menilai manusia lain.

TAPI 

Kita gagal menilai diri kita sendiri.


[  INTROSPEKSI : KITALAH JUARA mengejar DOSA]


Menilai manusia lain itu lebih mudah dari menilai diri sendiri.

[ hotchocolateplushotspicy]









Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...