Sunday, November 10, 2013

Korea.Be Inspired. NAMI ISLAND




 Assalamualaikum! :) 


Cuti mid sem kali ni,alhamdulillah aku ke seoul, Ada ke yang tak tau seoul kat mana?Takpa-takpa, jangan malu-malu  untuk bertanya.eheh! Seoul dekat korea ye adik-adik!. Alahh tempat yang korang suka Oppaaaangg tew. 

Haha! 

Aku pergi dengan family macam biasa. Flight jam 8.50 ke Saigon,Vietnam. (Transit) But then, flight delay dekat sejam lebih la jugak. Dugaan sungguh. Bayangkan kitaorang bertapa dekat KLIA sejak  5 petang.Pheww. Akhirnya,Jam 10.30  kitaorg fly. 

Sampai Vietnam, berduga-dugaan dengan staff Vietnam pulak!Sudahlah lagi 40 minit flight nak terbang ke seoul memandangkan kitaorang dah terlepas flight yg awal akibat dari delay oleh Vietnam Airline. Idk. Depa punya sistem ni main redah ke camna. Ada ke nama panjang kitaorang, dijadikan isu? Ciss bedebah sungguh! Yang pastinya,depa tak tau family name la hape kann.. Lepas tu nak scan beg pon satu hal, sorang cakap kena scan,sorang lagi cakap tak payah. Kena marah dengan pengetua yang dalam group kitaorang,dah dia pulak nak menangis. Gasaklah korang!

Aku tukang gelak je hoi! =D

So flight ke seoul ambik masa lebih kurang enam jam. Dalam flight macam biasa la, aktiviti wajib, tidoq,sebab sampai je incheon, kitaorang tak check in hotel terus, sebaliknya terus mengembara! mengembara sangat! haha 

@finally, arrived at incheon airport ;)



Dari incheon airport, tourist guide kitaorang Jang YUMI terus bawak pegi Nami-OK untuk makan tengah hari! Aku rasa dalam dua jam lebih kot nak sampai. AKu tak ingat sebab aku tdoq dari airport,tau-tau je dah sampai.ahakksss! 




@NASI GORENG KOREA,aku rasa! haha :p Rasa dia boleh tahan.
nasi +seaweed+kobis+potongan ayam
then, goreng dalam kuali itu panas-panas!



Next, selepas mengenyangkan perut. Kitaorang ke Nami Island, perjalanan amik masa lebih kurang 10-20 minit dari tempat kitaorang makan tu.Dari jeti ke Nami Island kena naik feri la kot,ala-ala je pon around 7 minutes.



@feri aka kapal selam.Hah!


Nami Island, bagi aku salah satu tempat yang sangat menarik! Menarik sebab daun-daun yang berjingga tu lah! Nasihat untuk korang nak ke Korea, better pegi time autumn in my heart.Heh.Sebab weather is nice tak sejuk gila! tak panas gila! so so je. Haha. Lagi satu time ni lah boleh snap gambaq daun-daun yang menawan hati! Allah itu berkuasa kan? Tukar warna daun ikut musim? Kun fayakun.

Selain daun yang jingga jinga neh, korang boleh masuk library bapak best gila macam gambar at bawah ni.(Kan best kalau aku ada almari sebesaq dan setinggin ni untuk aku simpan novelss aku kat umah tu :) ) Aku rasa ni sebagai simbolik rakyat korea memang suka membaca kalau tak, tak deklah student  primary school diorang stay sampai jam 8 malam, secondary sampai jam 10 dan uni sampai jam 12 malam. 



Banyak-banyak gambaq,aku suka yang ni. Hmm, warna daun itu yang memukau! Love this pic so much! 


Selain itu, korang juga boleh berpiknik dekat sini. Boleh main lari-lari sambil menghirup udara nyaumann! Hmm, sangat mendamaikan.kan kan kan? Tak tau nak gambarkan macam mana kalau Malaysia ada daun yang super cantik macam ni.Tapi Malaysia ada daun yang menghijau macam Hulk. Lagi cantik kot! :p



Nami Island ni lebih tepat lagi untuk korang yang penchenta alam semula jadi, dekat sini ada surau dan makanan untuk muslim. so dont worry. Korang juga boleh jumpa winter sonata punya pelakon.Tapi aku tak jumpa pon. Loser sungguh rasnaya.hahwahahahawahha =p Oh sebenarnya kitaorang kesuntukan masa! =p

@ gambar group POTO. Kali ni travel guna khidmat POTO TRAVEL 
Thanks POTO!



Malam ni,aku update Nami Island dulu k? Next entry, Everland pulak! Kalau semua aku nak cerita  dalam satu entry je .. woooo boleh hang blog aku.Heh. Esok start kuliah semula. Allahumma Yassir wala tuassir :")


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...