Friday, September 13, 2013

Review Novel Anthem : Hlovate



DEAR  A.N.T.H.E.M,




Akhirnya, aku baca juga. Itupun setelah aku membebaskan hati,jiwa dan otak dari ancaman dan kritikan yang tak berapa enak didengar,konon konon tak berapa nak menggapai jiwa la anthem neh.eheh.
Tapi,
Bila dah baca,aku rasa macam biasa. Macam duk baca novel-novel Hlovate hak dolu dolu, hak lain lain tu je la.Semuanya dah baca kecuali Contengan Jalanan. (Sebab aku masih tak tertarik lagi nak baca walaupun novel tu sebenaqnya ada ja  tersimpan rapi dalam rak.)






Anthem, berisi,berilmiah itu mestilah walaupun watak hero dengan heroin kalau bukan engineer mesti doktor.haha. Dan mesti kes budak perempuan tak pun budak lelaki yang 'rebel' .. mencari- cari makna ISLAM yang sebenar.

Bagi aku, Anthem tertarik ada beberapa sebab. 

Pertama, Ada watak baru dan juga selingan watak lama.
Seronok dan menggembirakan bla baca dialog-dialog yang aku rasa aku sendiri pun tak berapa nak faham sangat tapi aku try untuk fahamkan juga. Betapa gigihnya aku! heh. Disamping, aku menghayati watak-watak Dash dengan Lee,johan,haikal, watak zaman dulu kala pon ada. Jade dengan Trisy (rooftop Rant),kalau tak silap meyh.Wuu,aku suka kot.haha. Jo dengan along, jebat... (5 tahun 5 bulan ) Kiranya ada kesinambungan cerita lah kan. Lagi meriah nak baca.

Kedua, Anthem macam baca travelog.

Aku tak pernah baca travelog khusus lah. Tapi kalau baca Anthem, sekejap kauorang akan rasa macam dekat Malaysia,Kuantan sekejap kang macam dekat Taj Mahal, Agra,.Tetiba pula, kau dah boleh sampai Abeerdeen. Perghh, bapak heaven hidup kalau cmgini punya jalan cerita. Memang kelas kau jah hidup macam nih, travel sambil menghidupkan jiwa-jiwa yang hampir mati.

Ketiga, berisi berilmiah,berilmu (Dah macam moto sekolah dah gayanye) haha
Jujur la kan, novel Hlovate banyak buat kita fikir 'lebih'  kearah yang lebih matang. Dan sebenarnya macam nak suruh kita banyak fikir.Fikir.Fikir dan fikir untuk tentukan piliham kita kat atas muka bumi ni, kau nak jadi baik ke? adi jahat ke? Senang certa la kan, bagi yang liat nak baca buku motivasi ayat formal berkajang-kajang tu, aku rekomenkan kauorang baca novel Hlovate. Paling ringan tapi still ada mesej  5 tahun 5 bulan ke, Tunas ke..

Serius! Tak rugi baca. Baca bajet santai je tapi mesej dia fuhhh. Kalau tak terkesan sikitpun, memang abnormal la. Tak tau la nak kata apa kan. Nak berubah jadi baik itu boleh kalau kita yang start dulu. Wu :]

Tu je dulu. Daa. Salam.  

p/s : Thanks weh sapa yang dah follow I tu. I pon dah follow korang juga. :]

2 comments:

  1. Bacala Contengan Jalanan!! Bagi saya buku tu buku Hlovate yang paling best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Rayyan N.

      Thanks. Tapi saya suka semua novel Hlovate kecuali Contengan Jalanan. Hmm.

      Delete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...