Sunday, August 18, 2013

STPM : Tough Tapi Sweet




" Form six susah siot," aku rasa nak hentak kepala je.haha yang ni aku tambah ;p

Aku selalu dengar keluhan-keluhan macam ni, masa aku jadi pelajar tingkatan enam dulu( 2010-2012). Aku pon macam tu jugak.Lepas masuk U, pergi sekolah semula, jumpa junior-junior,deme pon mengeluh gini gak. Aku rasa benda ni normal. Sedikit sebanyak, aku memahami perasaan junior sekarang.(Mungkin lagi stress dengan pengubahsuaian sistem, i'm sorry. Can't help you guys. Sabor banyak-banyak Sorry lagi, ini pengalaman stpm leavers yang guna sistem lama.

Masa aku dulu pun, bukan tak pernah rasa stress, paper susah gila.Sampai sobb sobb (nanges) malam-malam, (paper Arab paling killer. Kena hafal syair la, sajak la.erghh)rasa nak quit serta merta tanpa surat peletakan jawatan tu semedang ada.  


Untuk junior form six seluruh Malaysia(bajet gila.hikss :p) yang sedang membaca entry kali ini, lapangkan dada awak-awak semua. Tarik nafas, cuba fikir semula tujuan awak masuk form six. Strive for Najah ! Okay, maybe ada yang masuk kerna tiada pilihan, kerna paksaan ataupun dengan kerelaan hati sekalipun, masuk form six, memang banyak cabarannya. 

Subjek senang, paper susah itu memang mainan form six! Belajar tak dek silibus, lagi rasa nak rebus buku,telan rebusan air buku terus. Baca benda lain, keluar soalan luar alam baik punye. Soalan pengajian am selalu camtu, tak pun soalan bm.Kelakar betul.haha :3

Tak termasuk lagi sinisan mak cik merah, perlian cikgu koma,pandangan maut hadek-hadek dekat sekolah masa itu. persepsi orang luar ,bukan orang malaysia, orang nun di afreka nun :3 (orang malaysia semua positif belaka :p),buat kita rasa kecik je. Rasa terpinggir,sob sob je kan rasanya.haha. Masa aku dulu, ada cikgu koma ni dia cakap, apesal masuk form six,kenapa tak masuk matrik? Betul ni nak masuk form six? Sambil buat muka tak percaya pulak. Cikgu ni kang..haha Abaikan apa yang mereka kata. Tekadkan niat kita,usaha dan tawakal. Insya-Allah lepas itu. depa mesti sengap.

Tapi kan, semua kesusahan itu sebenarnya ibarat guru buat kita. Serius ni, tak cakap tipu. Korang akan rasa lega, bila kesusahan  dan pengorbanan yang korang lalui, dibayar dengan kejayaan yang sangat bernilai bila tiba waktunya. ( waktu dapat result,waktu dapat surat dari U ;))






Masa aku dulu,kalau rasa give up, rasa dah tak larat, cepat-cepat  pejam mata, letak tangan dekat dada, cakap dengan diri sendiri

' Jangan give up! Aku boleh buat. Aku mesti usaha lebih untuk berjaya. Kaki sebelah dah ada dekat U, tinggal sebelah je lagi. Aku nak banggakan ayah dengan ibu dengan kejayaan Stpm aku. ' Sabar banyak banyak.


Macam itulah aku selalu buat, tampal kata-kata semangat dekat  ( tempat kita selalu belajar) dinding, atas meja, bila lelah, baca. Semangat pon nak kena jaga. 

Kalau rasa malas, pesan pada kawan sebelah ' tolong bagi kata-kata semangat'



Pesanan ikhlas dari bekas pelajar tingkatan enam, 



Untuk junior form six, bila rasa stress, bila rasa down,bila rasa terbeban, bila letih,  dalam lelah mengejar najah,jangan lupa perbanyakkan mengadu pada-Nya.

Jaga hubungan dengan Allah. 
Kita nak berjaya, tapi solat malas.Acane Allah nak bagi kejayaan?Selalu bangun malam, bukan untuk study je,tapi qiyam sekali, banyakkan baca al-quran (proses untuk menghafal akan mudah,kalau kita selalu baca al-quran) Puasa sunat jangan lupa ! ;) 

Jaga hubungan dengan ibu bapa. 
Apa yang kita buat,kita kata,kita lakukan perlukan keredhaan mereka. Keredhaan Allah pada kita terletak pada keredhaan bu bapa.Jangan berkurang ajar.Jangan sakitkan hati kecil mereka.Sebelum pergi kelas, cium tangan/pipi mereka. Selalulah pesan pada mereka ' doakan saya'. 

Jaga hubungan dengan guru. 
Guru itu anggaplah sebagai parents kita. Jaga akhlak kita dengan guru-guru, bergurau boleh tapi mesti ada batas bukanlah kena skema 24/7. Kadang-kadang sebab terkecilkan hati guru, dia tak berkat ilmu yang dia bagi tu,boleh jadi punca kenapa kita kurang berjaya. Keberkatan ilmu itu penting.

Jaga hubungan dengan kawan-kawan.
Kawan-kawan kita disekolah yang satu kepalalah yang banyak membantu kita. Berkongsila segala ilmu yang kita ada, once kita share apa yang kita tahu, Allah akan lebarkan pengetahuan kita. Jangan bermasam muka dengan kawan-kawan. 

P/s : Junior, jangan lupa buat pbs tau. ihiks :p Kurangkan Fb. Online fb untuk tgk benda-benda yang terkini. kalau sedang couple,korang rehat dulu lah. Tak kemana pon, study dan bagi result gempak, lepastu baru fikir. Jangan stress dan chill je okay? Selamat hari raye.Maaf zahir! :p

Kalau rasa nak share pengalaman  ' form six'  atau nak tambah apa-apa, sangat dialu-alukan ! :) Nak letak link blog korang pon boleh :)  Terima Kasih,


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...