Saturday, August 31, 2013

Langkawi : Lima perkara yang aku tak kan lupakan.


Setiap perjalanan atau pengembaraan tak sah kalau tak meninggalkan momen indah untuk kita pahatkan dalam hati kita. Sama jugak dengan aku. beberapa tragedi menyayat hati yang berlaku masa trip ke langkawi dan diakhiri dengan lawak asbestos sungguh. 

1. Time nak pi dinner dekat Haji Ramli, Masa tolong azwa supaya masuk parking, aku tak perasan s3mini aku jatuh dekat jalan raya. Dan nak jadikan cerita, s3mini itu masih rezeki aku, sikitpon tayar tak lenjan tepon aku. Kalau dak,mungkin aku menangis keluaq ayaq hingus teroihh. * Masa makan aku diam je mengenang detik-detik telefon aku bakal jadi mangsa lenyekkan avanza*

2. Balik dinner, nak pergi dataran helang. Pqah selaku driver waktu itu guna jalan ke Kuah yang memang jarang orang duk guna. Dengan jalan raya gelap, lampu pon segan mati tak mau. Kereta yang selisih dengan kereta kami boleh kira. Jalan tu buatkan kami rasa lama la pula nak sampai ke Kuah. Jalan mana nak habaq pon tak tau. Tapi dia lalu Maritim dgn tentera. Hororrr! Nasib tak jumpa benda memutih ka berterbangan ka.. * baca apa-apa weh*hahahaaha

3. Masa dalam van menuju ke awana jeti, azwa baru perasan kunci kereta hilang. Mau tak terkezut satu van. Gi-la. Boleh mati kalau kunci kereta hilang. Yang lagi bestnya, kereta tu pon tak berkunci. Memang setai lahh. Telefon reception langkapuri inn, alhamdulillah. Rupanya Azwa tertinggal dekat situ masa nak check out. So minta tolong kakak yang kerja situ jagakan.

4. Masa dekat TDB kalau tak silap, Sekali lagi Azwa hero dalam cerita neh. Dia baru perasan telefon dia tertinggal dalam van. Grrr. Tertinggal masa dia kelam kabut cari kunsi kereta. Dia pon telefon abang van, alhamdulillah dekat pulau itu ada line.Dan alhamdulillah, abang van tu jumpa telefon dan tolong jagakan.

5. Momen terindah. Basah kuyup masa island hopping. Tak terfikir pula musim la musim hujan. Duk buat plan A.Plan B tak ketahuan. Before balik, singgah masjid tukaq baju semalam.kahkah. Dari duk wangi-wangi terus jadi busuk.hahha. 

Tapi itulah kenangan. Bila keluaq sesama. Jenjalan sesama. Tercipta berbagai bagai warna pengalaman dan pengetahuan ;) Thanks.


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...