Sunday, August 4, 2013

Iftar



Happy Iftar !


Semalam, berkesempatan jugaberbuka puasa dengan ex- smkapian. Alhamdulillah. Hee :D  Nak ceritanya, agak payah nak jumpa sebab salah sorang daripada enam orang ni, cuti sem semanjang tak pernah nak sama!! Enam orang tapi, dalam ni ada empat sebab dua orang lagi ada hal yang tak dapat dielakkan ( alasan ) :3 haha.

Rancangan last minute selalunya lebih menjadi daripada rancangan yang dirancang.Ahaha! Rancang nak iftar bagai, kfc juga jadi pilihan!! :p



Mudah kawan dengan depa nih, sebab depa jenis yang sempoi dan santai. Tak memilih bulu ketika berkawan dan juga tak memilih sayap? Eh! :p (depa tak dak blog,sebab tu aku berani puji.kahkahkah :p) Bila dengan depa ni, aku selalu rasa yang aku bertuah gila. Bertuah sebab perangai kami lain-lain.haha. Ada jenis kelam kelibut.keke. Ada jenis rock habeh. Muka kental tak hengat. Hati beku pon ya. Ada yang sinis. Ada yang otak memang kullu innama. 

Dengan depa nih, aku rasa bebas nak jadi diri aku sendiri. Aku rasa bebas nak cerita apa pun. Tak semua benda kita boleh certa dengan family atau adikberadik. Mungkin sebab level umoq kita kan? Macam iftar semalam, aku rasa masalah aku berat sikit, berbanding masalah tikah hak pasai cicak teww :PP

Aku cakap, since aku dah bersekolah agama perempuan dari form one sampai upper six, buat aku awkward dengan jantan (bahasa kasaqnya yang digunapakai oleh edah ataupun dikenali dengan nama lelaki atau laki-laki.kekekeke.

Aku  habaq la, cuba mpa bayangkan. aku sekolah perempuan semua, bila masuk u, tidak dapat tidak aku mesti jumpa lelaki. Aku boleh jadi mcm orang dungu sebab tak tau macam mana nak interact dengan depa. Dan lebih malang lagi, aku rasa aku  langsung tak faham depa. (nak paham lelaki-lelaki yang ada kat umah aku ni pon, aku tak berapa nak faham.) apatah lagi lelaki yang aku jumpa kat kolej, fac, dan seluas um tuh.

Farah kata itu normal, sebab masa asasi pon dia gitu. Dia cakap 'friendzone' kan je.

Edah habaq bagi, masa dia lps pmr,dia masuk mrsm pon begitu juga.

Tikah? Dia diam. Jawapan tiada dalam skima.ahakss..

So konklusinya, itu normal untuk pelajar yang sekolah perempuan semua ? Aku harap begitulah! Sebab aku bukan stok yang pemalu sangat sampai muka kena serius duapuluhempat jam kalau jumpa jantina bertentangan.yadaa-yadaa. Benda ni jadi payah + susah sebab masa aku join projek, aku kena deal dengan lelaki. Ada beberapa benda buat kepala otak aku, tergendala kalau aku deal dgn lelaki.

1. Panggilan. 

(aku tak sure, berapa byk lelaki yang suka beraku-kau, kalau depa suka. Baguihhlahh.sebab memang aku bahasakan macam itu pon.. Kalau depa tak suka, hmm, gena nak buat tak tau... Kalau senior,dependslahh,, kadang-kadang aku rasa mcm kuangjiaq gak, depa tua, tapi panggil aku,kau.. lagi kalau student master ke, aku hentam ja panggil kau ,aku... rasa mcm tak bertamadun gak.hailah hailah ) 

Ibu ajar ,kalau senior panggil abang.. tapi nanti depa salah anggap kata aku gatai pula. Padahal ,itu separuh daripada hormatkan orang. 

2.  Topik.

Classmate aku semua bunga. Sem satu dulu ada juga sekor kumbang, tapi sat ja :3. Kalau aku dengan senior jabata aku sendiri  pula, aku tak tau nak cerita apa ( untuk hidupkan suasana.) tak kan aku nbak cerita pasal novel.kahkah. memang juling la mata depa. Bola? Aku pulak yang failed.

Bila dah cerita dekat depa, depa nasihat aku. Aku rasa macam ohh leganya. Kalau dak, duk pendam dalam hati. Boleh sewel aku rasa. 
Depa cakap, tidak dapat tidak ,kena berkawan juga. AKu pon menerima nasihat depa dengan hati terbuka. Aku nak duk um ni lama lagi hoi. 

 *****

Semalam sembang pasal cita-cita. Walaupun aku dengan depa dapat kos yang disukai. Tapi semua dah buat backup plan. Edah,duk buat engineering. Tapi dia nak buka bisnes juga. Aku tak heran sebab family dia,family bisnes. Nak tergelak bila dengaq edah cakap ' tak kan sampai aku dah pregnant nanti aku nak duk bawah kapal terbang juga, mau angkat brg berat, terberanak terus." AKu setuju gak lah. Kerja edah mencabar juga.

Farah, amik law.Tapi dia neh memang minat habeh dengan korea. Lps habeh law, dia habaq nak sambung bhs korea yang diiktiraf so, dia boleh jadi touristguide. tak pun jadi translater. Impian dia lagi, dia nak buka cafe dengan bookstore sekali. Menarik!! 

Tikah- Student bio dekat UTM. Dia banyak diam. Mungkin sebab dah habeh modal cerita pasal cicak.haha. Tapi aku rasa balik rumah semalam, dia bertafakur untuk buat plan masa depan juga.

Aku? Selain kos pembangunan insan dan dakwah yang aku ambik ni, aku rasa aku nak teruskan menulis. Mula dari bawah. Tapi aku nak start dengan novel dulu.Aku tak kisah,kalau novel -to- be aku tu lambat lagi, tapi aku akan buat untuk e-novel dulu. Entah, buat benda yang kita minat ni,kita rasa lebih berkobar-kobarkan?

So enrty ni aku tinggalkan dengan 'cakap mereka'.Ada yang cakap, kerjaya nanti belum tentu bersandarkan kos yang kita amik dekat u. Dan ada yang cakap, jangan biarkan orang lain tentukan apa yang kita nak buat. Ada lagi yang cakap 'you are what you love, not who loves you'




No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...