Saturday, August 24, 2013

Degree UM : Pendaftaran & Orientasi


Assalamualaikum :)

Aku rasa lebih kurang seminggu dua je lagi, bakal students degree nak mendaftar kan? Eeeii, apa perasaan korang? Takut ? Nervous? Teruja? Iyalah cuba bayangkan, setelah berhempas pulas habis-habisan, sampai nak terputus nyawa menelaah,untuk final (dip+matrik+Stpm). Lepas itu, berdebar-debar dengan nak tahu resultnya lagi,

Lepas itu,  isi upu online yang entah apa-apa -rumit lagi gila. Lepas itu lagi dan lagi, nak tahu korang dapat u mana. Wuu, waktu yang sangat mendebarkan lagi mencemas kan. Tak ke korang rasa macam itu? 

Tak pun aku sorang je rasa macam itu eh? ahaha. Biasalah aku, gelabah biawak ni memang keturunan. Sekarang, sure korang dah dapat tawaran, dan masa untuk mendaftar, tinggal beberapa hari je lagi. Tak kan tak rasa apa-apa? 

Ini pengalaman aku bila first time jejak universiti malaya-jejak kk8- dan segala-galanya lah.. stay tune.hahaha :p 

Pendaftaran.

Masa mula-mula aku masuk pintu gerbang Um yang maha besar itu. menggumam aku sekejap, ' Bila aku dah masuk, aku kena keluar' Tak semua paham ayat aku neh. Abaikan je lah.  Otw pergi kolej kelapan atau nama gahnya Kolej Kediaman Kinabalu, dekat tangan aku ada galaxy note ayah aku punya( on fb) dan  E71 .kahkah. Masa tengah berdebor-debor,semua orang(kawan-kawan yang aku kenal dkt fb) aku mesej tanya dah sampai kolej ke tak..Kahkah.Waktu ni memang gelabah takut tak jumpa kolej.Padahal, dah sah-sah ada abang dengan pak cik jaga tunjuk laluan ke kolej.Kihkih. Entah apa-apa. Korang jangan macam ni, chill je okai? ;)

Bila sampai kolej, bertambah rasa gementar sebab semua kena uruskan sendiri.kehkeh. Masa itu kesian tengok muka ibu, ibu macam nak teman aku pergi buat semua. Tapi , bila jumpa PM  
(pembantu mahasiswa) yang jaga terpaksalah ibu akur aje. heee :DSo bermulalah segala-galanya, aku buat sendiri. Walaupun muka PM masa tu ada yang brutal habis, tapi ada juga yang manis.haha. Pergi isi borang-daftar nama- ambil kunci bilik- ambil beg dan segala maneka untuk orientasi dan lepas itu aku angkut barang-barang masuk bilik dengan bantuan adik-adik aku dan ayah.hehe 

Jujurlah aku cakap, bilik aku tak sebesar bilik kak Jannah dekat Uia. Tak juga seluas bilik Azwa dekat Ukm dan tak sebaru bilik pikah dekat Usim. Tapi inilah UM, universti tertua, jika anda tahu apa yang saya maksudkannya.haha. Jadinya,aku kena bersyukur dan bersabar lah untuk masa sekrang dan akan datang :) Katil double decker. Aku cop katil atas. Lepas kemas sikit-sikit. Sampailah masanya untuk aku berpisah dengan keluarga tercinta. Time ni sob sob sikitlah kan. Biasalah tu, kalau sikitpun tak rasa nak sebak menyebak itu kurang normal lah kot.haha. Okay time ni terkesan sikit sebab ayah nampak sangat tahan air mata. haha :') Aku memang rapat dengan ayah,semua benda pun nak citer dengan ayah walaupun kalau aku cakap berjela, ayah akan angguk je. Tak pun okay.haha.Okay ni baru hantar aku pergi um, belum lagi nak hantar dekat bakal suami.kah. 



Gambar muka tak rela okai :3 haha


Orientasi 

Pergilah u mana pun, tidak dapat tidak orientasi itu satu benda yang ala-ala wajib. Janganlah  berangan untuk skip ye abang-abang, kakak-kakak,adik-adik. Bercita-cita untuk menyorok dalam locker ataupun duduk senyap dalam tandas, hentikan je lah. haha. Waktu inilah paling best,serius! 

Time nih la korang nak bergumbira dengan mencari kawan-kawan baru, Nak try cari boyfriend tak pon girlfriend pon boleh gak. Itupun kalau sempatlah. haha. Dan sebenarnya korang tak sempat pon, sebab korang akan dikerah untuk duduk dalam dewan dengar taklimat pasal hep/bendahari/ apa-apa yang penting dan masa ni lah kebanyakan student tidur( termasuk aku) tersengguk-sengguk je., bercheers dan buat aktiviti berkumpulan. Orientasi ini akan jadi seronok kalau korang  fikir dan buatnya jadi seronok, kalau awal-awal korang dah mind set kata orientasi macam tutt, so tuttt la korang rasa. haha 

Dekat Universiti Malaya, ada satu tradisi. Iaitu Cheers. Cheers ini sebenarnya untuk memeriahkan dewan DTC yang besar itu. kalau ada talk yang kena datang DTC, sebelum bermula program,mesti ada main-main balas cheers. 

Ada banyak komen negatif / bangkangan yang aku baca sebelum masuk um tentang cheers ni.dan ada juga yang menegakkan yang cheers itu so-so je. Well, apa yang aku boleh cakap, cheers ini ada sisi baik dan juga sisi kurang baik. Kalau baik, untuk meriahkan suasana dalam DTC.Itu okaylah. Yang kurang baik untuk muslimah lah, tau kan cheers ni bagaimana? Fikirlah nak buat ke tak. Masa aku dulu, aku buat juga aksi-aksi terlarang tapi slow n steady je lah tapi mulut bagi kuat.kahkah. Trick je tu, tade pulak PM denda aku ke hape ke. 

Selain cheers, selalunya bila nak kena kumpul ramai-ramai dekat DTC, bebudak kolej yang mana kolej diorang boleh dikatakan dekat dengan DTC kena jalan kaki, tapi kitaorang kk8 naik bas hoi. Masa ni kerek gila lah kan. Dan  kalau nak tau, jalan kaki/naik bas pon boleh jadi cheers nak kenakan bebudak kolej lain dalam DTC.haha. Geyla-ahh la PM.haha. 


Selain cheers dan talk penting, orientasi juga medium untuk mencungkil bakat yang terpendam mahupun terendam dan juga boleh kenal dengan bebudak kolej lain melalui acara sukan,aku join bola jaring tapi belum apa-apa lagi dah out.kakaka.Salah satu sebab ialah, lawan kolej aku tu, kolej 12 yang memang bebudaknya terror hoi. Memang makan air hujan je lah.haha Dan satu lagi sebab hujan lebat.haha.Tapi tak kisahpun, yang pentng happy! Dari sini juga, kalau performance korang okay, bila ada SUKMUM nanti,korang ada chance untuk jo-in.faham? 

Oh ya! Satu lagi, masa orientasi ini juga korang boleh analisis PM. 'Aku bukan Billy Milligan' Kisah seorang yang ada dua personaliti. haha. Masa ini kalau korang tengok PM korang bengis,kejam dan tak berperi kemanusiaan(sebab paksa korang cheers sampai jam 2-3 pagi) tapi bila dah habis orientasi,PM itulah sebenarnya paling baik. Paling suka senyum dan boleh minta tolong. Jangan tertipu dengan personaliti mereka ketika orientasi. Harap maklum. 

Ini roomate aku, Adik Mal. Adik la sebab dia muda setahun :p kah.


Kalau nak story lagi,aku rasa macam dah stuck sebab nak paksa memori aku ingat balik kisah september tahun lepas,makanya aku stop dulu. Lepas ini, insya-Allah,aku share lagi ok? Jumpa lagi :)

24 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya akan dftr utk PASUM this year dan saya ditempatkan dia kolej 8. Boleh x akak cerita sikit tentang kolej 8 ni? Tmpt makan, pengangkutan, bilik, tandas dan kemudahan2 lain

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.

    Tahniah adik (tak tahu nama) sebab dapat masuk PASUM! :) Wekcome to UM & KK8. Hiks.
    Insya-Allah.

    Dari segi pengangkutan, UM ada sediakan bas dari kolej ke tempat adik belajar. Tapi kena ikut jadual bas. Kebiasaannya, weekdays bas ada hampir 20 minit sekali * kalau tak silap*. Kena Pandai adjust masa. Dan kalau dari kk8 nak ke tempat belajar adik itu, kena naik dua bas. Jangan risau, sebabnya adik akan belajar slow-slow. Bila weekend,bas ada sejam sekali.

    Bilik - Satu bilik ada tiga orang. Dan bilik selalunya bercampur dengan non muslim, tak dek benda pon biasa ja.

    Tandas- ada tapi dekat luar bilik tapi jangan risau sebab still dalam blok! Hihi.

    Dalam kk8 ada warong makan tapi dia buka waktu malam saja. Dan juga koperasi, untuk beli roti ke magi ke, kertas, ke ada la.

    Dewan makan- ada juga tempahan makan untuk kita berjimat. Dia kira, 1 hari rm3 = 10 hari , rm30. Dan dia akan bg kad makan, so bila kita nak amik makanan time petang, tunjukan kad tu la.

    Itu je la kot. Kalau nak tahu apa-apa lagi,tanya je ok?

    Selamat mendaftar!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak :) mmg nk tnya byk pon sbb sya dah search byk blog dan kebanyakan entri pasal kk12 so saya lega sgt bila jmpk blog akak hehe.
      Bas ada x time mlm? Dobi ada disediakan x? So kena bwk sabun basuh baju la ye? Maknanya untuk breakfast dgn lunch boleh mkn kat dewan makan tu la? Satu bilik tu dia akan campur2 student asasi dgn degre or asing2? Student asasi ada eh non muslim?

      Delete
    2. Kalau weekdays, waktu malam bas ada sejam sekali, start 8.30,9.30 dan 10.30 (tapi itu kalau takdek perubahan la) Weekend, bas sampai jam 7 saja.

      Dobi ada. Yup bawak la sabun basuh. prepare ur thing macam nak duduk kat rumah. tapi jangan la semua benda nak bwk. hehe.

      breakfast, dgn lunch selalunya kena cari sendiri, kat foodcourt area kk3. atau dekat cafe tempat awak belajar nanti. Dewan makan itu untuk malam saja.

      pasal bilik, akak tak pasti sangat. so far, kalau degree dia letak budak budak degree saja.
      eh ada saja non muslim. :)

      Delete
    3. Ohh kenderaan student asasi blh bwk x akak? Kalau nak bawak motor ke dibenarkan tak? Bas waktu pagi plg awal pukul brp ye? Cadar selimut bantal kena bwk sendiri ka? Tak susah ke akak kena cari breakfast dgn lunch sendiri?

      Delete
    4. Akak nak tanya ni. Kalau nanti daftar kan diorang selalu penuhkan student kat bilik aras atas dulu ke bawah dulu? Ke random je bagi bilik

      Delete
  3. Salam. Nk tanya. Kalau dlm offer letter tu kita kena daftar kat kolej 10 means nnti kita stay kt kolej10 tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Kebiasaanya macam itu lah. daftar kolej ikut offer letter. Kolej 10 tepi kolej 8! :) hee

      Delete
    2. ohh ok thanks a lot senior-to-be! :) So lepas pendaftaran, terus stay sana & orientasi la kan?

      Delete
    3. yerp. haha. Noproblem! haah stay sana dan selamat menjalani orientasi dengan jayanya! haha

      Delete
  4. Degree in um, kena ambik english class ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semester2 sebelum ni, memang kena ambik. Tapi sekarang tak sure :)

      Delete
  5. Kompem lecture, esaimen n soalan2 exam dalam bahasa omputih kan? Mmg x bleh k dlam bhasa melayu¤

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada jurusan yang diambil :) Cth ; kalau ambik islamic studies, belajaq ,exam,esaimen ada dua, sama ada bhs melayu atau bhs arab.

      Delete
  6. Asslm kak. Sya ni tgh menunggu panggilan ijazah. Ada la jugak berangan nk masuk UM. Tapi dgr nya UM ni ada diskriminasi markah oleh lecturers. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hai Miss cupcake :)

      Semoga dapat masuk UM, jyeahh. Dengar dari mana lecturer um diskriminasi dari segi markah? :)Sejujurnya, akak tak perngah mengalami situasi 'diskriminasi markah oleh lecturers"

      Selama 3 tahun setengah belajar dekat UM, akak okay je lah. selagi kita buat tugasan yang lecturer bagi, buat yang terbaik, ikut apa yang lecturer nak, insya-Allah. Tak berlaku.

      Tapi kalau betul ada, wallahualam. :)

      Delete
  7. Salam akak saya dapat kk8
    betul ke double decker?
    3 org satu bilik mean 1 double decker and 1 single bed?
    Kalu boleh akak boleh tangkap gambar bilik
    Hehehe nk amik feel
    Terima kasih
    Harap DPT reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hai farysa :)

      Hai junior hekhek (Tapi akak dah habis, so tak dek kat kolej dah)
      Pengalaman akak sendiri, duduk di kolej kediaman kinabalu (KK8), memang satu bilik, kongsi tiga orang. Satu bilik ada satu katil (double decker), satu lagi single bed. kebiasaannya, single bed ni untuk senior (tak tahulah tradisi ni masih diteruskan ke tidak. hehe)

      Untuk gambar bilik, akak takde tapi, Jemput LIKE page di FB MINGGU HALUANSISWA UNIVERSITI MALAYA - RASMI , dekat situ Insya-Allah info semua lengkap :)

      All the best :)

      Delete
  8. salam, kak saya inshaAllah bakal student UM . tapi saya dalam dilema antara nk pilih um or ukm. buat semnetara ni saya nk buat research dulu. one of my friends cakap UM punya lecturer banyak yg racist terutama lecturer cina which is banyak nk jatuhkn melayu. (i dont know is it true or what cause i have no experience) . do u mind to share pendapat. And kalau akak kat tempat saya akak rasa saya patut pilih yang mana ? and why. i need your help cause serious sekarang ni dalam dilema gila sebab course yg saya dapat tu sama dengan ukm. hope u'll reply this as soon as possible. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Hai Fida :) Tahniah :)

      Boleh akak cadangkan idea supaya Fida boleh buat pertimbangan?

      1. Solat istikharah. Insya-Allah Fida dah buat kan.
      2. Cuba senaraikan kebaikan/keunikan UM dan Ukm *sekarang pun akak percaya awk tengah buat kan? mungkin dr segi. cita-cita nak masuk U mana?, keberangkalian yang lain, dr segi lokasi ke, apa-apa saja.


      berhadapan dengan lecturer yang racist, sejujurnya akak tak pernah mengalami situasi macam itu sebab mungkin akak dari akademi pengajian islam, yang rata rata lecturer hampir semua melayu, kalau ada yang beza pun dari arab.

      tapi alhamdulillah semuanya okay.

      kalau di fakulti lain, akak tak berani nak cakap. wallahualam. maaf sangat.

      Akak tak boleh jadi awak. Tapi akak percaya, awak akan buat keputusan yang tepat untuk masa depan awak. dengan istikharah dan melihat kepada senarai pertimbangan kedua- dua universiti.

      Harap dapat membantu. Kalau masih ingin bertanya. silakan. jangan segan-segan :) Good luck! Semoga Allah mudahkan urusan awak Fida.

      p/s: Mana pun Univeristi yang awak pilih. Itu tidak menjadi masalah, yang paling penting kesediaan awak untuk menuntut ilmu :) Goodluck junior-to-be.

      Delete
  9. Salam akak, saya baru nk daftar msok UM 28/8 nih. Saya dapat kk5, akak taw x apa2 pasal kk5 ? Saya teringin juga nk taw sblom masuk. Saya dapat kos biokimia, akak dapat kos apa ? Saya nak sgt carik senior yg dapat lead saya dekat UM. saya takot saya lost kat sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Hai Lyna :)

      Tahniah kerana dapat masuk Um :) Maaf, Akak tak boleh nak mention apa-apa pasal KK5,sebab akak tak pernah tinggal dekat sana. Tapi Lyna boleh ke Page FB https://www.facebook.com/mingguhaluansiswaUM/?fref=ts, untuk dptkan info lengkap.Jangan risau dah masuk Minggu Haluansiswa nanti, sure boleh cari senior yang best2 :) Goodluck!

      Delete
  10. Salam akak, saya baru nk daftar msok UM 28/8 nih. Saya dapat kk5, akak taw x apa2 pasal kk5 ? Saya teringin juga nk taw sblom masuk. Saya dapat kos biokimia, akak dapat kos apa ? Saya nak sgt carik senior yg dapat lead saya dekat UM. saya takot saya lost kat sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Tahniah Lyna, sebab berjaya ditempatkan di UM. Selamat mendaftar. Tbh, Akak tak dek idea pasal KK5, yg pasti KK5 terkenal dengan student sukan. Akak dah grad last year, Usuluddin. But no worries Lyna, Insya-Allah everything will be fine. Nanti dah orientasi, Lyna akan jumpa senior yang baik baik. InsyaAllah Tak lost, kalau pegang niat nak belajar dan cari kawan yang yang baik dan positif! Good Luck okay :)

      Delete

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...