Saturday, August 31, 2013

Langkawi : Lima perkara yang aku tak kan lupakan.


Setiap perjalanan atau pengembaraan tak sah kalau tak meninggalkan momen indah untuk kita pahatkan dalam hati kita. Sama jugak dengan aku. beberapa tragedi menyayat hati yang berlaku masa trip ke langkawi dan diakhiri dengan lawak asbestos sungguh. 

1. Time nak pi dinner dekat Haji Ramli, Masa tolong azwa supaya masuk parking, aku tak perasan s3mini aku jatuh dekat jalan raya. Dan nak jadikan cerita, s3mini itu masih rezeki aku, sikitpon tayar tak lenjan tepon aku. Kalau dak,mungkin aku menangis keluaq ayaq hingus teroihh. * Masa makan aku diam je mengenang detik-detik telefon aku bakal jadi mangsa lenyekkan avanza*

2. Balik dinner, nak pergi dataran helang. Pqah selaku driver waktu itu guna jalan ke Kuah yang memang jarang orang duk guna. Dengan jalan raya gelap, lampu pon segan mati tak mau. Kereta yang selisih dengan kereta kami boleh kira. Jalan tu buatkan kami rasa lama la pula nak sampai ke Kuah. Jalan mana nak habaq pon tak tau. Tapi dia lalu Maritim dgn tentera. Hororrr! Nasib tak jumpa benda memutih ka berterbangan ka.. * baca apa-apa weh*hahahaaha

3. Masa dalam van menuju ke awana jeti, azwa baru perasan kunci kereta hilang. Mau tak terkezut satu van. Gi-la. Boleh mati kalau kunci kereta hilang. Yang lagi bestnya, kereta tu pon tak berkunci. Memang setai lahh. Telefon reception langkapuri inn, alhamdulillah. Rupanya Azwa tertinggal dekat situ masa nak check out. So minta tolong kakak yang kerja situ jagakan.

4. Masa dekat TDB kalau tak silap, Sekali lagi Azwa hero dalam cerita neh. Dia baru perasan telefon dia tertinggal dalam van. Grrr. Tertinggal masa dia kelam kabut cari kunsi kereta. Dia pon telefon abang van, alhamdulillah dekat pulau itu ada line.Dan alhamdulillah, abang van tu jumpa telefon dan tolong jagakan.

5. Momen terindah. Basah kuyup masa island hopping. Tak terfikir pula musim la musim hujan. Duk buat plan A.Plan B tak ketahuan. Before balik, singgah masjid tukaq baju semalam.kahkah. Dari duk wangi-wangi terus jadi busuk.hahha. 

Tapi itulah kenangan. Bila keluaq sesama. Jenjalan sesama. Tercipta berbagai bagai warna pengalaman dan pengetahuan ;) Thanks.


Langkawi : Trip last minute.





Hye yaa people! 
Assalamualaikum :) 

Langkawi trip untuk dua hari satu malam memang gempak la. Seronok bukan main,budak-budak separuh remaja separuh dewasa neh. A million thanks : Azwa & Hani. Sebab depa dua neh yang contact sana sini. Haha. Depa dua neh memang terbaiklah. Next trip aku volunteerkan diri.heh. 

Naik ferri pukul 9.30 a.m dari jeti Kuala Perlis. Sampai Jeti langkawi dalam pukul 10. 30a.m. Tiket pergi balik rm36.Then tunggu pak cik Azhar, manusia yang bertanggungjawab untuk bagi kereta sewa. Disebabkan kitaorang pi enam orang so, avanza
 ( rm180) okay  la untuk bawa jenjalan. *Tapi bengang juga sebab pak cik mai hantaq keta lambat :3 dah wasting time *

Driver untuk sesi jelajah ke Langkawi, yang paling gagah perkasa piqah dan azwa.haha. gamat dalam keta sebab depa dua neh. Aku jadi co-driver paling lembab baca peta. sorry.eheh.

Tempat pertama kitaorang pergi, Nusntara minyak gamat, sebabnya pak cik aku pesan beli minyak gamat, lagipun tempat ni otw nak ke Langkapuri inn, tempat penginapan kitaorang, so tade hal lah. Dapatlah rasa celup tangan dalam kuali minyak gamat. 

Check in dekat Langkapuri Inn, area pantai Chenang.Bilik superior rm160. Semua tempat dekat. Pantai yang memutih dan membiru, tempat makan, chenang mall dan lain-lain lagi. Lepas zohor, gamble pergi cable car, sebab ada yang cakap rabu dia bersihkan cable car, lagi satu sebab hujan. Kalau hujan,selalunya depa tak bagi naik. and alhamdulillah, kita orang berjaya naik jugawalaupun dalam cable car itu, dengaq depa jerit macam orang sawan akibat gayat yang melampau.kahkah


@view dari stesen cable car


 @muka penat habeh menapak 

Sebelum balik, singgah Makam Mahsuri. Perghh sejarah gila kan.haha. Dulu pi (time aku form one)tak kena duet. La ni pi, dah kena rm7. Mungkin sekali dengan acara muzik yang ada dalam tu kot. Sebenaqnya kami tak masuk pon. heh. Dah tu, pi balik langkapuri inn teroih..


Lepas Asaq, kami pi mandi laut. Yeayyy. Momen terindah dan paling menggila. Mandi sambil menjerit macam orang terencat.haha. Tapi best lah. Sabit aku pon dah lama tak mandi manda kat pantai. nampak seperti sijejakun la pule.hewhew. Lepas maghrib kitaorang keluaq cari makan.sebelum tu, piqah dah survey tempat makan,area pantai chenang,ada restauran haji ramli. kalau ikut review pelancong yang datang makan kat situ, depa kata okaylah. Then, kami pon kata okay lah.haha

Keesokkan harinya, jelajah langkawi kami start jam 9 pagi. Abang van datang ambil bawa pi awana jeti untuk aktiviti island hopping. 1 boat = Rm250. Ala-ala private boat. *kononnyelah* Tapi kalau korang nak pergi, aku suggestkan tempat baru. Kilim geoforest. Nampak gaya macam lagi mengancam, sebab berhenti dekat kelong boleh bagi ikan pari makan. huii.

@awana jeti

Tasik dayang bunting (TDB) yang mempunyai mitos tersendiri. Hamoihh meleleh peloh nak sampai ke tasik dayang bunting. Walking-walking.kekekeke. Ayaq satu botoi pon tak bawak,



Disebabkan dekat TDB ada masa sampai satu jam, jadi untuk mengisi masa, marilah kita mentadabbur alam, dengan mengayuh paddle boat. Rasa macam nak tercabut kaki.



@ Stop. Eagle feeding.


Next, kitaorang g Pulau Beras basah. Haa. Dekat sini memang basah lejut. Hujan baq hangg. Cuaca teruk.Stay sejam, lepas itu masa nak balik, doa tak putuih putuih takut kandas tengah laut.pheww. Alhamdulillah sampai semula dekat awana jet dengan selamatnya :D

Jam 7 ,kami selamat sampai jeti kuala perlis. yeay. Itupon lepas shopin cekelat dekat hj ismail. Cekelat je lah yang mampu nak shopping pon.kahkah :P 

@begtakmaubalik dari syafqahnajib.haa


Credit : Azwa dan hani sebab depa dua ni yang contact sana sini. Nak sewa kereta nak check inn hotel nak nak main island hopping,depa yang uruskan. Kiranya boleh jadi tourist guide yang berdedikasi. haha ;DD

Thanks pikah dengan azwa sebab jadi driver. Syafinar dan Nadia, camerawoman, time kami empat mandi pantai.heh. Rugi woo tak main sekali. Terima kasih untuk trip yang best gila neh. Next trip pulau pangkor plak. Misi mari menabung dimulakan dari sekarang.
- aku malaih nak edit.ejaan salah. mohon abaikan.

# Semua perbelanjaan ditanggung sama rata :) 


Monday, August 26, 2013

Homemaker, i love you.



Athirah kau memang cool gila kan.Cool sangat tu athirah Cool sangat. Pergi pasar batu bertangkup,bukan batu belah batu bertangkup dengan membawa purse yang tiada duit sebarang dua ringgit pun.Cool sangat tu.Well Done.*Tepuk tangan* Kau bangun pagi-pagi, nak pergi pasar dan kau tak bawak sikit pon duit melainkan purse yang kosong. Inilah padahnya, kalau semua benda ibu yang buat.

Unbelieveable.

Susah ya bila ibu takde kat rumah,semua benda aku kena arrange.Wah dah macam nak arrange music pulak. Padahal ibu pergi kursus kejap je. Walaupun kursus 'shoppinggg' (sebut macam Megan dengan Heather Vandegerld dalam cerita White Chicks) ja.Tujuh tolak tiga sama dengan empat. Empat hari je ibu tinggal rumah,aku dah macam orang bingai tak tau nak fikir. 

Siapa kata jadi suri rumah ini 'heaven', tahu goyang kaki je. Ye lah. Dengar pun, duduk kat rumah,apelah sangat  kerja yang nak kena buat. Tak weh. Wrong perception lagi unvalid. Aku rasa suri rumah kerja lagi berat dari orang bekerja atau sebenarnya sama berat atau ada pros and cons.Aku rasa statement tu kena tukar la lepas aku jadi suri rumah sekejap neh :3 

Tengok ibu je sudah, bangun solat subuh, kejut budak dua orang yang sorang nak bangun bapak punya liat,sorang lagi slow and steady siap genyeh genyeh mata. Lepas tu siapkan breakfast dan tunggu diorang pergi sekolah. Then,get ready dengan  bapak budak,ayah aku la tu. Breakfast sesama tak pun minum je, then ayah pergi kerja with love kiss dekat pipi ibu. auhh so sweet.heh.

Then, ibu akan mula lah merewang dalam rumah,nak buat itu,nak buat ini. Kejap dia kemas ruang tamu, kalau tak kena mata dia mula nak menyusun atur ala-ala Deko bersama Eric.* ha, terkejut tak terkejut tak* Lepas tu kang, ibu start basuh baju except baju aku,sebab aku reti je nak basuh sendiri.Undang-undang dalam rumah, sampai je umur  12 tahun, harap basuh baju sendiri kalau tak nak kena bebel sebab tak hantar baju ke mesen basuh.Dan aku lebih rela basuh baju sendiri dalam perkiraan seminggu sekali,aku basuh le daripada kena bebel,pftt boleh bernanah telinga.

Dah basuh kena jemur, karang bau hapak pula. Ibu juga yang buat masa aku pergi sekolah dulu except cuti,aku la yang buat. Sekarang bila aku dengan angah dekat u, sapa lagi yang buat,ibu juga. Cuti, ayah akan buat pula kalau tak ke luar daerah. Nak harapkan budak dua orang tu,cakap apa je suruh apa je, semua ya. Tapi ya takdek titiklah.Sekarang ada ampunnya lagi, sebab ada mesin pengering.heh

Kejap lagi kang, dia buka peti ais, tengok benda apa nak masak bagi budak dengan bapak budak makan,kalau takde lauk basah, dia berkejar ke pasar batu bertangkup tu hah,tapi sure bawak purse dengan terisinya duit.Tak macam aku tadi.Ngee :I tak pun kalau nak cuci mata,dia pergi pasar lagi jauh dekat kangaq nun.

Kadang-kadang, nak masak hari isnin, hari sabtu ,dia dah fikir nak masak apa. Memang macam ni eh? Masak memang bukan feveret aku la, gaya masak pon dah ' auh bengong, kena minyak,' auh,ahh.. dan segala-galanya menampakan aku fail didapur. Ibu lagi suka membebel kalau aku dekat dapur, daripada aku duduk dalam blik tak buat apa.ha.

" Apa lah kau ni long, umur dah 20  goreng ikan pon hancur. "

" Apalah long, sotong dah masak pon tak tahu"

" Goreng keropok, goreng ikan pakai minyak lain"

" bawang tu tumbuk lumat, jangan jadi selumut. bla bla bla" 

and the rest 

" Ibu dulu, umur dua puluh dah kawen dengan ayah tahu. Siapkan makan tengah hari untuk ayah" 

" Okay, kalau macam itu cepatlah, carikan calon menantu. Mesti lepas ni along pandai masak".

Senyap.

Lepas masak, bersihkan dapur. Aku sure yang tu penting kalau tak dapur busuk pula. Tapi since aku cuti dekat tiga bulan neh, aku la punya kerja kemas membasuh,menghilangkan daki dekat singki tu.Kerja aku la tu.hah.Tapi bila aku takde,ibu yang buat.Ibu lagi,suri rumah lagi.

Petang karang, ibu lepak kejap means (tak a nap) itupun kalau sempat, kalau tak dek meeting puspanita.kalau tak dek talk atau ceramah. Petang pula, ibu selalunya nak bermesra dengan pokok bunga. Bagikan je lah. Orang cakap, kalau kita stress tak leh bebel banyak-banyak, sila cakap dengan pokok-pokok. Sumpah setia depa tu. Tapi jangan cakap benda negatif, sebab depa akan layu serta merta tanpa notis. Tak percaya cuba try.

Malam, ibu akan hantar budak berdua itu pergi mengaji. Dulu sebelum,aku masuk um, aku ajar. Lepas itu depa give up. Sebab aku garang sangat. Belum apa-apa aku dah balun.Haha. Sorry.Balik amik depa, ibu sambung lipat kain. Lipat kain, benda paling horror bagi aku lah. Gi.la. Nak lipat kain memang lah senang tapi kalau berbakul dan pulak tu kena duduk membongkok,tak ke dah berlaku zalim pada si tulang belakang. 

heh,Iron baju jangan lupa. Dulu aku, darjah lima dah start belajar iron sendiri. Dapat ke dua budak tu, yang sorang tu memang fail logik lagi, yang sorang lagi kalau bagi,memang jahanam la. Hari tu suruh iron, iron terhempas. Sekali lagi bagi chance gosok sendiri, seluar baju melayu koyak,hadoi. Ibu cakap, bak sini ijat ibu buat, bagi kau buat, kau kerja nak bagi kaya tokey kedai letrik,kedai apek dekat bazar.hahaha. Sabar je lah ibu,anak lelaki memang macam itu. Cuti ni, part gosok baju masuk pasrtime aku juga, baju budak dua orang tu dengan baju ayah. Ha, baju ayah ,aku ada ampunnya lagi, boleh gosok sambil tersenyum, gosok slack,warghhh,aku rasa muka aku macam kena cuka kot.Slack memang susah ke nak gosok? 

" Buuu, along memang tak suka gosok slack neh.Serius susah. Nah ibu buat lah"

" Heh,nanti kau kawen,laki kau gosok sendiri?"

"boleh juga,nanti along deal dengan dia awal-awal. Semua along boleh buat dalam erti kadar(sederhanalah) janji boleh buat tu,boleh tapi dak lah sesempurna mana. Tapi bab yang satu neh,along surrender! " 

" Cakap tak leh blah.Tungguh la kau kawen nanti ibu nak tengok"

Okay.Dan lepas itu,baru ibu lepak sikit lah. Ibu akan tidur selepas, dah habis mengaji. Itulah ibu dan rutinnya. 

Dan aku kagum lah. Bukan setakat kagum dengan ibu sendiri tapi kagum dengan wanita yang spesis homemaker dalam erti kata sebenar , kagum dengan ibu yang surirumah plus bekerja sama ada secara profesional ataupun bekerja menoreh, lagi hebat kot depa punya letih,lelah semua.,lagi haru dan lebih lebih lagi, ibu tunggal. Ibu tunggal lagi la kena respect with love sebab depa lah emak yang menguruskan hal rumah, depa jugalah bapak yang uruskan hal kerja dapat gaji nak sara orang-orang dalam rumah.

Appreciate and love your mother. Jangan sesekali membelakangkannya dalam buat apa-apa keputusan pun, Nak buat apa pun, let her know so that, dia restu,dia redha. Keredhaan ibu,doa ibu itu 'kuasa sakti' tu. 


untuk aku. Sayanglah ibu kau thirah, jangan degil sangat walaupun 
( ibu cakap kat kawan-kawan dia,akulah anak yang paling menurut kata.kah.perasan.)Ibu tu sorang je dunia dan akhirat. Jangan nak melawan je walaupun kau berlawan kata nak menegakkan kebenaran,sikit je lagi kau nak menang, akhirnya goalll!! ibu  yang menang juga.hah. Err sayang ayah jugak thirah, karang dia baca merajuk lak tak mention sayang dia.haha. 

Homemaker, I love you.
Very much.





Saturday, August 24, 2013

Degree UM : Pendaftaran & Orientasi


Assalamualaikum :)

Aku rasa lebih kurang seminggu dua je lagi, bakal students degree nak mendaftar kan? Eeeii, apa perasaan korang? Takut ? Nervous? Teruja? Iyalah cuba bayangkan, setelah berhempas pulas habis-habisan, sampai nak terputus nyawa menelaah,untuk final (dip+matrik+Stpm). Lepas itu, berdebar-debar dengan nak tahu resultnya lagi,

Lepas itu,  isi upu online yang entah apa-apa -rumit lagi gila. Lepas itu lagi dan lagi, nak tahu korang dapat u mana. Wuu, waktu yang sangat mendebarkan lagi mencemas kan. Tak ke korang rasa macam itu? 

Tak pun aku sorang je rasa macam itu eh? ahaha. Biasalah aku, gelabah biawak ni memang keturunan. Sekarang, sure korang dah dapat tawaran, dan masa untuk mendaftar, tinggal beberapa hari je lagi. Tak kan tak rasa apa-apa? 

Ini pengalaman aku bila first time jejak universiti malaya-jejak kk8- dan segala-galanya lah.. stay tune.hahaha :p 

Pendaftaran.

Masa mula-mula aku masuk pintu gerbang Um yang maha besar itu. menggumam aku sekejap, ' Bila aku dah masuk, aku kena keluar' Tak semua paham ayat aku neh. Abaikan je lah.  Otw pergi kolej kelapan atau nama gahnya Kolej Kediaman Kinabalu, dekat tangan aku ada galaxy note ayah aku punya( on fb) dan  E71 .kahkah. Masa tengah berdebor-debor,semua orang(kawan-kawan yang aku kenal dkt fb) aku mesej tanya dah sampai kolej ke tak..Kahkah.Waktu ni memang gelabah takut tak jumpa kolej.Padahal, dah sah-sah ada abang dengan pak cik jaga tunjuk laluan ke kolej.Kihkih. Entah apa-apa. Korang jangan macam ni, chill je okai? ;)

Bila sampai kolej, bertambah rasa gementar sebab semua kena uruskan sendiri.kehkeh. Masa itu kesian tengok muka ibu, ibu macam nak teman aku pergi buat semua. Tapi , bila jumpa PM  
(pembantu mahasiswa) yang jaga terpaksalah ibu akur aje. heee :DSo bermulalah segala-galanya, aku buat sendiri. Walaupun muka PM masa tu ada yang brutal habis, tapi ada juga yang manis.haha. Pergi isi borang-daftar nama- ambil kunci bilik- ambil beg dan segala maneka untuk orientasi dan lepas itu aku angkut barang-barang masuk bilik dengan bantuan adik-adik aku dan ayah.hehe 

Jujurlah aku cakap, bilik aku tak sebesar bilik kak Jannah dekat Uia. Tak juga seluas bilik Azwa dekat Ukm dan tak sebaru bilik pikah dekat Usim. Tapi inilah UM, universti tertua, jika anda tahu apa yang saya maksudkannya.haha. Jadinya,aku kena bersyukur dan bersabar lah untuk masa sekrang dan akan datang :) Katil double decker. Aku cop katil atas. Lepas kemas sikit-sikit. Sampailah masanya untuk aku berpisah dengan keluarga tercinta. Time ni sob sob sikitlah kan. Biasalah tu, kalau sikitpun tak rasa nak sebak menyebak itu kurang normal lah kot.haha. Okay time ni terkesan sikit sebab ayah nampak sangat tahan air mata. haha :') Aku memang rapat dengan ayah,semua benda pun nak citer dengan ayah walaupun kalau aku cakap berjela, ayah akan angguk je. Tak pun okay.haha.Okay ni baru hantar aku pergi um, belum lagi nak hantar dekat bakal suami.kah. 



Gambar muka tak rela okai :3 haha


Orientasi 

Pergilah u mana pun, tidak dapat tidak orientasi itu satu benda yang ala-ala wajib. Janganlah  berangan untuk skip ye abang-abang, kakak-kakak,adik-adik. Bercita-cita untuk menyorok dalam locker ataupun duduk senyap dalam tandas, hentikan je lah. haha. Waktu inilah paling best,serius! 

Time nih la korang nak bergumbira dengan mencari kawan-kawan baru, Nak try cari boyfriend tak pon girlfriend pon boleh gak. Itupun kalau sempatlah. haha. Dan sebenarnya korang tak sempat pon, sebab korang akan dikerah untuk duduk dalam dewan dengar taklimat pasal hep/bendahari/ apa-apa yang penting dan masa ni lah kebanyakan student tidur( termasuk aku) tersengguk-sengguk je., bercheers dan buat aktiviti berkumpulan. Orientasi ini akan jadi seronok kalau korang  fikir dan buatnya jadi seronok, kalau awal-awal korang dah mind set kata orientasi macam tutt, so tuttt la korang rasa. haha 

Dekat Universiti Malaya, ada satu tradisi. Iaitu Cheers. Cheers ini sebenarnya untuk memeriahkan dewan DTC yang besar itu. kalau ada talk yang kena datang DTC, sebelum bermula program,mesti ada main-main balas cheers. 

Ada banyak komen negatif / bangkangan yang aku baca sebelum masuk um tentang cheers ni.dan ada juga yang menegakkan yang cheers itu so-so je. Well, apa yang aku boleh cakap, cheers ini ada sisi baik dan juga sisi kurang baik. Kalau baik, untuk meriahkan suasana dalam DTC.Itu okaylah. Yang kurang baik untuk muslimah lah, tau kan cheers ni bagaimana? Fikirlah nak buat ke tak. Masa aku dulu, aku buat juga aksi-aksi terlarang tapi slow n steady je lah tapi mulut bagi kuat.kahkah. Trick je tu, tade pulak PM denda aku ke hape ke. 

Selain cheers, selalunya bila nak kena kumpul ramai-ramai dekat DTC, bebudak kolej yang mana kolej diorang boleh dikatakan dekat dengan DTC kena jalan kaki, tapi kitaorang kk8 naik bas hoi. Masa ni kerek gila lah kan. Dan  kalau nak tau, jalan kaki/naik bas pon boleh jadi cheers nak kenakan bebudak kolej lain dalam DTC.haha. Geyla-ahh la PM.haha. 


Selain cheers dan talk penting, orientasi juga medium untuk mencungkil bakat yang terpendam mahupun terendam dan juga boleh kenal dengan bebudak kolej lain melalui acara sukan,aku join bola jaring tapi belum apa-apa lagi dah out.kakaka.Salah satu sebab ialah, lawan kolej aku tu, kolej 12 yang memang bebudaknya terror hoi. Memang makan air hujan je lah.haha Dan satu lagi sebab hujan lebat.haha.Tapi tak kisahpun, yang pentng happy! Dari sini juga, kalau performance korang okay, bila ada SUKMUM nanti,korang ada chance untuk jo-in.faham? 

Oh ya! Satu lagi, masa orientasi ini juga korang boleh analisis PM. 'Aku bukan Billy Milligan' Kisah seorang yang ada dua personaliti. haha. Masa ini kalau korang tengok PM korang bengis,kejam dan tak berperi kemanusiaan(sebab paksa korang cheers sampai jam 2-3 pagi) tapi bila dah habis orientasi,PM itulah sebenarnya paling baik. Paling suka senyum dan boleh minta tolong. Jangan tertipu dengan personaliti mereka ketika orientasi. Harap maklum. 

Ini roomate aku, Adik Mal. Adik la sebab dia muda setahun :p kah.


Kalau nak story lagi,aku rasa macam dah stuck sebab nak paksa memori aku ingat balik kisah september tahun lepas,makanya aku stop dulu. Lepas ini, insya-Allah,aku share lagi ok? Jumpa lagi :)

Sunday, August 18, 2013

STPM : Tough Tapi Sweet




" Form six susah siot," aku rasa nak hentak kepala je.haha yang ni aku tambah ;p

Aku selalu dengar keluhan-keluhan macam ni, masa aku jadi pelajar tingkatan enam dulu( 2010-2012). Aku pon macam tu jugak.Lepas masuk U, pergi sekolah semula, jumpa junior-junior,deme pon mengeluh gini gak. Aku rasa benda ni normal. Sedikit sebanyak, aku memahami perasaan junior sekarang.(Mungkin lagi stress dengan pengubahsuaian sistem, i'm sorry. Can't help you guys. Sabor banyak-banyak Sorry lagi, ini pengalaman stpm leavers yang guna sistem lama.

Masa aku dulu pun, bukan tak pernah rasa stress, paper susah gila.Sampai sobb sobb (nanges) malam-malam, (paper Arab paling killer. Kena hafal syair la, sajak la.erghh)rasa nak quit serta merta tanpa surat peletakan jawatan tu semedang ada.  


Untuk junior form six seluruh Malaysia(bajet gila.hikss :p) yang sedang membaca entry kali ini, lapangkan dada awak-awak semua. Tarik nafas, cuba fikir semula tujuan awak masuk form six. Strive for Najah ! Okay, maybe ada yang masuk kerna tiada pilihan, kerna paksaan ataupun dengan kerelaan hati sekalipun, masuk form six, memang banyak cabarannya. 

Subjek senang, paper susah itu memang mainan form six! Belajar tak dek silibus, lagi rasa nak rebus buku,telan rebusan air buku terus. Baca benda lain, keluar soalan luar alam baik punye. Soalan pengajian am selalu camtu, tak pun soalan bm.Kelakar betul.haha :3

Tak termasuk lagi sinisan mak cik merah, perlian cikgu koma,pandangan maut hadek-hadek dekat sekolah masa itu. persepsi orang luar ,bukan orang malaysia, orang nun di afreka nun :3 (orang malaysia semua positif belaka :p),buat kita rasa kecik je. Rasa terpinggir,sob sob je kan rasanya.haha. Masa aku dulu, ada cikgu koma ni dia cakap, apesal masuk form six,kenapa tak masuk matrik? Betul ni nak masuk form six? Sambil buat muka tak percaya pulak. Cikgu ni kang..haha Abaikan apa yang mereka kata. Tekadkan niat kita,usaha dan tawakal. Insya-Allah lepas itu. depa mesti sengap.

Tapi kan, semua kesusahan itu sebenarnya ibarat guru buat kita. Serius ni, tak cakap tipu. Korang akan rasa lega, bila kesusahan  dan pengorbanan yang korang lalui, dibayar dengan kejayaan yang sangat bernilai bila tiba waktunya. ( waktu dapat result,waktu dapat surat dari U ;))






Masa aku dulu,kalau rasa give up, rasa dah tak larat, cepat-cepat  pejam mata, letak tangan dekat dada, cakap dengan diri sendiri

' Jangan give up! Aku boleh buat. Aku mesti usaha lebih untuk berjaya. Kaki sebelah dah ada dekat U, tinggal sebelah je lagi. Aku nak banggakan ayah dengan ibu dengan kejayaan Stpm aku. ' Sabar banyak banyak.


Macam itulah aku selalu buat, tampal kata-kata semangat dekat  ( tempat kita selalu belajar) dinding, atas meja, bila lelah, baca. Semangat pon nak kena jaga. 

Kalau rasa malas, pesan pada kawan sebelah ' tolong bagi kata-kata semangat'



Pesanan ikhlas dari bekas pelajar tingkatan enam, 



Untuk junior form six, bila rasa stress, bila rasa down,bila rasa terbeban, bila letih,  dalam lelah mengejar najah,jangan lupa perbanyakkan mengadu pada-Nya.

Jaga hubungan dengan Allah. 
Kita nak berjaya, tapi solat malas.Acane Allah nak bagi kejayaan?Selalu bangun malam, bukan untuk study je,tapi qiyam sekali, banyakkan baca al-quran (proses untuk menghafal akan mudah,kalau kita selalu baca al-quran) Puasa sunat jangan lupa ! ;) 

Jaga hubungan dengan ibu bapa. 
Apa yang kita buat,kita kata,kita lakukan perlukan keredhaan mereka. Keredhaan Allah pada kita terletak pada keredhaan bu bapa.Jangan berkurang ajar.Jangan sakitkan hati kecil mereka.Sebelum pergi kelas, cium tangan/pipi mereka. Selalulah pesan pada mereka ' doakan saya'. 

Jaga hubungan dengan guru. 
Guru itu anggaplah sebagai parents kita. Jaga akhlak kita dengan guru-guru, bergurau boleh tapi mesti ada batas bukanlah kena skema 24/7. Kadang-kadang sebab terkecilkan hati guru, dia tak berkat ilmu yang dia bagi tu,boleh jadi punca kenapa kita kurang berjaya. Keberkatan ilmu itu penting.

Jaga hubungan dengan kawan-kawan.
Kawan-kawan kita disekolah yang satu kepalalah yang banyak membantu kita. Berkongsila segala ilmu yang kita ada, once kita share apa yang kita tahu, Allah akan lebarkan pengetahuan kita. Jangan bermasam muka dengan kawan-kawan. 

P/s : Junior, jangan lupa buat pbs tau. ihiks :p Kurangkan Fb. Online fb untuk tgk benda-benda yang terkini. kalau sedang couple,korang rehat dulu lah. Tak kemana pon, study dan bagi result gempak, lepastu baru fikir. Jangan stress dan chill je okay? Selamat hari raye.Maaf zahir! :p

Kalau rasa nak share pengalaman  ' form six'  atau nak tambah apa-apa, sangat dialu-alukan ! :) Nak letak link blog korang pon boleh :)  Terima Kasih,


Saturday, August 17, 2013

5years Blog's Birthday Contest~


Assalamualaikum ! 

Aku join contest untuk pertama kalinya. Mohon percaya. Selama ini ada rasa ragu-ragu untuk join.ahaks. Bukan sebab hadiah. Hadiah letak tepi sat,walaupun orang kata, bajet baguslah tew tak kesahkan hadiah. Ada aku kesah? Sikit pun tak.haha Tapi kalau dapat, aku terima saje. syukur alhamdulillah.kiki :p 

Kali ini aku rasa sifat ingin mencuba dalam diri aku ni berkobar-kobar pulak. ahaks lagi. Nak rasa pengalaman join contest. Ini semua poyo. haha. Tapi betul lah, aku nak rasa juga perasaan orang join contest dekat blog nih.hihi. Walaupun macam simple gile, tapi ok apa. peace !

1) Saya memang dah follow akak lama :) Tapi tak aktif dalam melontarkan buah fikiran. Lebih banyak membaca secara random( atas faktor berblog bila lapang) 

2) Entry done! 

3) Cadangan sahaja :) 
 Blog mungkin perlukan kekemasan. Maybe dari segi penggunaan font dan perenggan. Untuk isi setiap entry, not bad. Thumbs up. Bagi saya, bila baca blog seseorang kalau dapat belajar something yang kecik pon dah besar rahmat :) Ada pengalaman dan pengajaran yang boleh dicedok untuk sehari-harian.

4) Semoga cikgu Aini dirahmati dan diberkati-Nya. & Salam aidilfitri. Masih dibulan syawal lagi kan? Krik krik ;)

Now,peace yaw! Moga cikgu Aini meneruskan sesuatu pekerjaan selagi ia membawa kebaikan. Maaf,kalau entry ni ada sumbang sana sini. Maklum sajelah, first time join contest XD

' Setiap kebaikan, adalah sedekah [ HR Al-Bukhari & Muslim]


Aku tak tau kalau join contest kena tag dekat blogger lain. 
haha. so Fathiah, hg jadi mangsa aku.om join contest neh weyy.hahaha 


Korang yang lain pergi join ok? :) Boleh tambah rakan blogger. Semoga Najah! :D


5th Blog's Birthday Contest@ainblogger

Syarat-syarat birthday contest ni:


1. Hanya untuk followers (yang masih belum follow u have to follow first)
2. Buat 1 entri, copy tajuk seperti yang tertera..
3. Sila beri komen penambahbaikan & cadangan #apa-apa sahaja tentang blog cikgu aini.. @ainblogger
4. Dah siap, sila paste URL awak dalam ruangan comment entri ini... 

Ok senang je kan? Tanpa gambar... Cikgu nak permudahkan.. Hadiah? Cikgu akan update kemudian... insyaAllah berupa kredit topup seperti yang pernah dijanjikan... 

Penyertaan sebelum 30 September 2013, jam 12mlm. Pengumuman pemenang Alan dilakukan sebelum 15 Oktober 2013.

Ok, G.Luck!!




Friday, August 16, 2013

Raya Lumut & Pulau Pangkor

Perlis.Yup,aku sebenarnya baru sampai rumah setelah 10 hari bercuti untuk raya.Eceh.cakap macam aku bekerja dan kena apply cuti bagai. Tak sedar diri memang dah cuti sejak bulan enam lagi hoi. hahahaha :p

Selamat hari raya.Maap zahir dan batin yo! Raya aku tahun ni bersambung dengan cuti-cuti malaysia secara mengejut. Ayah ada meeting dekat Lumut so off to lumut.taratatata....  dari tempat kitaorang menginap ke pulau pangkor,ambik masa lebih kurang 15 minit (naik speed boat ) naseb dekat..

So, bila ayah kerja,kitaorang pon bekerjalah jugak. kerja berjalan.Ukur jalan.kakaka. Pulau pangkor sangat cantik. Sangat. Cuma aku kempunan la, kitaorang pergi sekadar jamu mata ja, Tak dan nak mandi manda sangat pon. Nak try watersport pon,sob je lah jawabnye.huhu

Sebelum pergi pangkor, kitaorang menggunakan segala maneka aktiviti yang ditawarkan pihak hotel secara freeeeeeeee! Yeahhh
Antara benda yang free ang menarik untuk dicuba adalah, Archery ( benda neh aku penah main sekali je, masa dekat genting.)


Abang Izzat menunjukkan skill memanah.
Okaylah. Memang adik aku yg ni terror pon :3



Benda kalau dah free,sah-sah terhad.haha. Itupun abang yang jaga bagi masa tambahan.kakaka. Lepas  kitaorang tak pulang-pulangkan,dia tuntut cek hoii.haha.

Next, try Atv pulak. Atv neh benda kat bawah ni lah. Aku pon tak tau sangat, yang pasti dia tulis Atv, Aku pun tulis lah aaatv,kalau deme menipu, kra aku menipu la yek,tapi bukan salah aku yek.haha.15 minutes for rm35. 





Best la jugak naik benda neh, tapi tak puas sangat sebab route dia pendek sangat,kata orang tak mencabar.cis. berlagak. kaka :p Okay okay la. Puas hati sangott :3

After lunch,kitaorang gerak gi private jetty swiss garden & Damai Laut.Kejap je dah sampai.Tunggu speed boat dan terus ke Pulau Pangkor yeah. Eh sebelum tu,pergi 




Satay Factory.





Nipah Bay


Next time, harus pergi sini, untuk berjimba. Sumpah rasa nak nanges je sebab tak dapat lelama dekat sini.sobbss ;( Banyak benda boleh main dekat sini.Hewhew






Dutch Fort





Time balik, lalu area TLDM, kalau aku tak silap lah. 
Okay. Bye itu je.




Saturday, August 10, 2013

Aidilfitri tahun ini,


   aku sambut dekat teluk ira,temerleh paheng.(temerloh,pahang) ;p ,kampung sebelah ibu.Tahun ni turn ibu. Tahun depan, baru raya dekat kampung ayah teluk intan,peghok. Macam biasa,family aku kalau raya ikut TURN. (nanti bila aku dah menikah macam ginih gak.kahkah :PP )

        Aku rasa pasangan baru kawen perlu buat plan macam gini ,supaya tiada kesah baling periok belanga,memasam muka bagai sebab nak balik kampung memasing.haaa. Lagi aku tak paham,kalau suamiisteri gadoh2 sebab nak balik kampung padahei kampung dokat je hah!!Sebelah ghomah je hah! Dah kenapa aku cakap gayo negeri sembilan? Petanda kah? kahkah puiii!!


Raya kat kampung sebelah ibu, simple. Sebab adik beradik ibu ramai gilaa!. Ada tiga orang.wahaha :p Au punya sepupu  ramei gilos,Campur adik beradik aku,hah!! Aku,angah,iddin,ijat,dengan amani.limo je lah..haha. Memang lolzz raya dekat kampung ibu,ibu pon tahu anak-anak tak suka sangat balik raya umah tok dengan umi.kahkah. sebab aku  sudah berterus terang lagi jujur. :=XD Nasib ayah tak amik kesempatan,ajak raya kampung dekat famili sebelah dia tetiap tahun.kehkehkeh :p

Nak cerita lebih-lebih  pasal raya aku pon bukannya syok sangat pon..

Dah kate tadi,raya aku simple je. Subuh ayah lead takbir.
Sampai matahari dah gosok mata, masing-masing bersihkan diri,pakei baju raye.
pastu sarapan... masakan tok dengan umi tiada bandingan..
Umphhh... payah nak cari.

Pergi semayang raya, baru imam kata marilah kita sama-sama, setan dan main gayut-gayut kat mata (kuanghaja punya setan.mentang-mentang terlepas dari ramadhon,berjimba eh? ) Dah habis khutbah,pandailah pulak mata aku buka.lagi kuanghajo..


Raya pertama, commonlah kan maaf-maafan. Tahun ni aku tak nangis sebab tak rasa banyak dosa.(statement kemain derhaka.kakakaka) Aku minta maaf dengan ayah dengan ibu, siap pesan 'ibu along cakap serius neh, tolong carikan menantu auu.along tak sempat nak cari.kahkah" tok aku dah gelak terbahak-bahak.mujur tak keluar kahak jew.Euwww.haha

Lepas bermaafan-maafan, masa untuk ambil gambar bersama.. Itu tradisi. Lagi-lagi umi(nenek aku) memang suka gila kumpul gambo famili+ dia akan framekan lalu dipantakkan ke dinding. Senang katanya, nak promote cucu dara,Kah. Pundi kencing rasa nak kena tetak.

Habis dua benda kat atas, sesi beraya ke rumah saudaramare... Tara.Sumpah gilapunya meriahkan.Erghh.Pincang..

Selamat hari raya rakan blog dan juga pembaca senyap!! Yippy :) Semoga semuanya selamat.Eh? 


Monday, August 5, 2013

Murtabak Maggi !



Happy trying ! ahakss :p

Berbuka petang semalam, aku try resepi baru. ahakss. Ni lah masalah orang tak reti masak. Mesti nak kena try dulu, Kalau dak. Try resepi lain, mesti jadi lain punya!haha. Nak buat Murtabak Maggi ala-ala macam shiela rusli duk buat dalam ' Ketuk-ketuk Ramadhan.' (sebut macam aunty shiela sebut ya.Baru mengancam ! :) kekekeke. 

Bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah : peace yaw!!

1. Maggi (ikut suka la maggi pilihan masing2)
2. Ayam yang dipotong kecil-kecil ( boleh tukar kepada udang,daging,ect)
3. Telur 2 biji = satu paket maggi
4.Daun seuupp.
5. Cili merah
6. Bawang putih/ merah ( ditumbuk lumat)
7. Garam dan perencah.




Ting!! 

1. Maggi, daun sup, cili merah,ayam, bawang merah dan putih yang ditumbuk tadi, gaulkan semuanya sehingga mereka mesra! haha

2. Pecahkan telur.( buat macam telur dadar + garam secukup rasa+ perencah tambahan ( kalau nak)

3. Tuangkan pecahan telur keatas bahan-bahan yang sudah digaul ( rujuk gambar bawah)

4. Goreng !


Dan selepas goreng, boleh makan! wahaha. Aku tau aku punya murtabak tak bape menjadi. Tak kisahlah. Parctise make perfect. tetiba. haha!!  Dan sebenarnya, tak semacam pon dengan yang auntie shiela buat, sebab aku tak ingat sangat macam mana dia buat, tapi bolehlahh kalau nak try. woot woot. Selamat mencuba! hiks. :p





Sunday, August 4, 2013

Iftar



Happy Iftar !


Semalam, berkesempatan jugaberbuka puasa dengan ex- smkapian. Alhamdulillah. Hee :D  Nak ceritanya, agak payah nak jumpa sebab salah sorang daripada enam orang ni, cuti sem semanjang tak pernah nak sama!! Enam orang tapi, dalam ni ada empat sebab dua orang lagi ada hal yang tak dapat dielakkan ( alasan ) :3 haha.

Rancangan last minute selalunya lebih menjadi daripada rancangan yang dirancang.Ahaha! Rancang nak iftar bagai, kfc juga jadi pilihan!! :p



Mudah kawan dengan depa nih, sebab depa jenis yang sempoi dan santai. Tak memilih bulu ketika berkawan dan juga tak memilih sayap? Eh! :p (depa tak dak blog,sebab tu aku berani puji.kahkahkah :p) Bila dengan depa ni, aku selalu rasa yang aku bertuah gila. Bertuah sebab perangai kami lain-lain.haha. Ada jenis kelam kelibut.keke. Ada jenis rock habeh. Muka kental tak hengat. Hati beku pon ya. Ada yang sinis. Ada yang otak memang kullu innama. 

Dengan depa nih, aku rasa bebas nak jadi diri aku sendiri. Aku rasa bebas nak cerita apa pun. Tak semua benda kita boleh certa dengan family atau adikberadik. Mungkin sebab level umoq kita kan? Macam iftar semalam, aku rasa masalah aku berat sikit, berbanding masalah tikah hak pasai cicak teww :PP

Aku cakap, since aku dah bersekolah agama perempuan dari form one sampai upper six, buat aku awkward dengan jantan (bahasa kasaqnya yang digunapakai oleh edah ataupun dikenali dengan nama lelaki atau laki-laki.kekekeke.

Aku  habaq la, cuba mpa bayangkan. aku sekolah perempuan semua, bila masuk u, tidak dapat tidak aku mesti jumpa lelaki. Aku boleh jadi mcm orang dungu sebab tak tau macam mana nak interact dengan depa. Dan lebih malang lagi, aku rasa aku  langsung tak faham depa. (nak paham lelaki-lelaki yang ada kat umah aku ni pon, aku tak berapa nak faham.) apatah lagi lelaki yang aku jumpa kat kolej, fac, dan seluas um tuh.

Farah kata itu normal, sebab masa asasi pon dia gitu. Dia cakap 'friendzone' kan je.

Edah habaq bagi, masa dia lps pmr,dia masuk mrsm pon begitu juga.

Tikah? Dia diam. Jawapan tiada dalam skima.ahakss..

So konklusinya, itu normal untuk pelajar yang sekolah perempuan semua ? Aku harap begitulah! Sebab aku bukan stok yang pemalu sangat sampai muka kena serius duapuluhempat jam kalau jumpa jantina bertentangan.yadaa-yadaa. Benda ni jadi payah + susah sebab masa aku join projek, aku kena deal dengan lelaki. Ada beberapa benda buat kepala otak aku, tergendala kalau aku deal dgn lelaki.

1. Panggilan. 

(aku tak sure, berapa byk lelaki yang suka beraku-kau, kalau depa suka. Baguihhlahh.sebab memang aku bahasakan macam itu pon.. Kalau depa tak suka, hmm, gena nak buat tak tau... Kalau senior,dependslahh,, kadang-kadang aku rasa mcm kuangjiaq gak, depa tua, tapi panggil aku,kau.. lagi kalau student master ke, aku hentam ja panggil kau ,aku... rasa mcm tak bertamadun gak.hailah hailah ) 

Ibu ajar ,kalau senior panggil abang.. tapi nanti depa salah anggap kata aku gatai pula. Padahal ,itu separuh daripada hormatkan orang. 

2.  Topik.

Classmate aku semua bunga. Sem satu dulu ada juga sekor kumbang, tapi sat ja :3. Kalau aku dengan senior jabata aku sendiri  pula, aku tak tau nak cerita apa ( untuk hidupkan suasana.) tak kan aku nbak cerita pasal novel.kahkah. memang juling la mata depa. Bola? Aku pulak yang failed.

Bila dah cerita dekat depa, depa nasihat aku. Aku rasa macam ohh leganya. Kalau dak, duk pendam dalam hati. Boleh sewel aku rasa. 
Depa cakap, tidak dapat tidak ,kena berkawan juga. AKu pon menerima nasihat depa dengan hati terbuka. Aku nak duk um ni lama lagi hoi. 

 *****

Semalam sembang pasal cita-cita. Walaupun aku dengan depa dapat kos yang disukai. Tapi semua dah buat backup plan. Edah,duk buat engineering. Tapi dia nak buka bisnes juga. Aku tak heran sebab family dia,family bisnes. Nak tergelak bila dengaq edah cakap ' tak kan sampai aku dah pregnant nanti aku nak duk bawah kapal terbang juga, mau angkat brg berat, terberanak terus." AKu setuju gak lah. Kerja edah mencabar juga.

Farah, amik law.Tapi dia neh memang minat habeh dengan korea. Lps habeh law, dia habaq nak sambung bhs korea yang diiktiraf so, dia boleh jadi touristguide. tak pun jadi translater. Impian dia lagi, dia nak buka cafe dengan bookstore sekali. Menarik!! 

Tikah- Student bio dekat UTM. Dia banyak diam. Mungkin sebab dah habeh modal cerita pasal cicak.haha. Tapi aku rasa balik rumah semalam, dia bertafakur untuk buat plan masa depan juga.

Aku? Selain kos pembangunan insan dan dakwah yang aku ambik ni, aku rasa aku nak teruskan menulis. Mula dari bawah. Tapi aku nak start dengan novel dulu.Aku tak kisah,kalau novel -to- be aku tu lambat lagi, tapi aku akan buat untuk e-novel dulu. Entah, buat benda yang kita minat ni,kita rasa lebih berkobar-kobarkan?

So enrty ni aku tinggalkan dengan 'cakap mereka'.Ada yang cakap, kerjaya nanti belum tentu bersandarkan kos yang kita amik dekat u. Dan ada yang cakap, jangan biarkan orang lain tentukan apa yang kita nak buat. Ada lagi yang cakap 'you are what you love, not who loves you'




Thursday, August 1, 2013

Dua orang yang suka mengarut.


            

           Malam tadi, aku berharap, aku dapat siapkan sekurang-kurangnya dua chapter untuk e-novel aku. ( Harapan... harapan menjadi layu... uuuyuuyuuu) haha. Itulah terjadi kepada aku. Harapan tinggal harapan je lah bila aku terjebak ke kancah mari mengarut dengan bestfrensforevahh!!  (kononnyewlahh) :P

Dah lama juga, aku tak  merapu dengan dia. Dia nih kawan aku since form2 dekat smkap. Alahh malaih la nak citer pasai dia,sebab otak dia bukan betoi sangat pon. Dah la berlagak dengan aku, masa sem lepaihh. Macam tu ahh kawan..(pasrah) Friends benefit.. kahkah ( uknowwhatimean.. eceh) 

PINK : Bincangkan. ( 20 markah) :P




KALER KUKU : Hujahkan ( 20 markah) 



FEMININ VS MASKULIN . kahkah



RANDOM : D



PAN ASIAN VS PANCAKE.






KEJUTAN BAHASA :  DOWHH.. KEKEKE



          Mengarut yang mampu merapatkan ukhwah(ukh ukh) Eceh.. 

      Seriousaaa! Dah lama aku tak menggila,sejak masuk um kot. mungkin aura Um yang tertua tu buat aku jadi tua sama.kekeke. Dak2. Mungkin aku ja yang kurang sosial buat aku rasa aku takde kawan.wahaha. Ape ntah merepek ! 


        Itu ja. Itu ja. Takde benda pon. Jom pekena milo dulu sebelum mangkit sahoq esok... Waa.Jangan lupa bangun sahur ! :D

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...