Thursday, July 4, 2013

Review Novel : Kau Marah Aku Suka Oleh Fatin Nabila




Assalamualaikum! 

Lama aku tak update blog.Rindu nak mengukir kata-kata tapi dek rasa malas menyelebungi diri sehingga mampu menahan diri dari tidak menggunakan laptop!Satu peningkatan yang membanggakan :p Okay.Kali ini aku terpanggil untuk mereview satu lagi novel dari terbitan alaf21. 

Penulis: Fatin Nabila 
Tajuk : Kau Marah Aku Suka




Secara keseluruhannya,aku rasa novel ni tip top.Dari awal sampai akhir. cuma ada sedikt masalah ejaan.Jalan cerita dia yang agak beza sikit.Banyak benda penulis ini try fokus tapi aku rasa part Dian yang agak kurang ajar tu yang buat aku terkesan.

Tau pasal apa?Kurang ajar disebabkan lelaki yang bernama ayah tidak pernah menunjukkan muka.Kiranya dia hidup tanpa kasih dan juga didikan seorang ayah.Kalau kita relate dengan psikologi manusia pun,dia boleh jadi faktor kenapa anak  itu boleh menjadi masalah.

Orang hanya akan fikir ,kalau takdek ayah tak kan jejas apa-apa.Tapi itu andaian yang tak betul.Seorang anak,dalam menjalani kehidupan seorang manusia,didikan dari ibu dan ayah sangat penting walaupun dari luar dia nampak macam cool tapi sebenarnya dalaman dia ada masalah.so aku rasa novel ini ada pengajaran tertentu.Siapa yag ada parents lg,mohon berkasih sayang dengan mereka.sebab siapa tahu akan-akan datang kita hanya mampu menatap sekujur tubuh yang sudah kaku.

Iskandar,lelaki yang cuba untuk melembutkan Dian dan cuba melamar Dian.Tapi silapnya di awal pertemuan mereka,mereka  bertemu dalam keadaan yang tidak harmoni apatah lagi ketika itu,parents Iskandar turut bersamanya.Dan disebabkan hal itu,mak Iskandar tidak menyukai pilihannya.

Tapi bila dah dinamakan manusia yang dilahirkan dengan sebuah fitrah untuk berkasih sayang,nafi senafinya pun,perasaan untuk disayang dan menyayangi itu tetap ada.Sukar untuk dketepikan perasaan tersebut.Dian rela dalam kebekuan.

************

Ending dia mestlah happy.Sangat menarik untuk dbaca! Fatin Nabila,tahniah untuk keluaran novel kali ini.Sejujurnya saya lebih menjiwai novel Dakapan Rindu,kalau ada sambungan macam best  je :) 

Terima kasih singgah baca ! :) Salam.



2 comments:

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...