Thursday, July 11, 2013

Review Novel : Cintaku Bukan Murah Oleh Aleya Aneesa



Assalamualaikum :) Salam Ramadhan.

Alhamdulillah.so macam mana hari pertama Ramadhan? Mesti berkobar-kobar nak berbuka kan? kihkih. Mestilah tak kan. Bulan Ramadhan kan satu-satunya bulan yang mempunyai kemuliaan dan keberkatannya tersendiri.Haruslah mengumpul pahala ye dak? :) 

Okay. Sebenarnya,entry kali ini pulak,ni share sikit lah review novel kak Aleya Aneesa yang terbaru.Yang terhangat di pasaran. Come on guyss,kalau korang peminat tegar tak kan tak tahu.kehkeh.



Novel kali ini memang dinanti-nantikan.Sebab ada baca dekat blog kak aleya sendiri.Bab demi bab.So sebab nak tahu keseluruhan cerita , tidak dapat tidak memang kena beli la Novel nih. Mujur dekat Perlis ada, wa suka wa suka.hahaha :p

Tulisan yang menarik. Bukan hanya cinta semata-mata tapi banyak diselitkan berkaitan keluarga.Sekarang ini banyak sangat cerita pasal cinta,sampai naik jemu.So sesekali kita baca tentang kekeluargaan pule.hihi

Nadra- bagi aku mempunyai sifat yang berani,baik dan penyabar. Berani,sebab dia boleh melamar Raqib.wa tabik wa tabik.haha.Aku yang orang cakap sporting ni pon akan fikir limaenam kali untuk melamar lelaki:p 

Baik sebab mampu bertahan dengan perangai Idlan yang kalau aku jd kakak ipar dia memang aku balun cukup2lah.
haha.Durhaka tak hengat.tak deknya aku nak bebaik dengan Idlan.


Penyabar dengan karenah Raqib yang cemburu dengan Ghazlan.Kadang-kadang meroyan sendiri.Sabar dengan Tuan Haji Yunus,kopi pon nak jd hal.haha.Sabar dengan Idlan tapi sesabar manapun seseorang itu pasti ada had-had tertentu,tak kena gaya bom! Memang perang duniaaaa daaa.

Raqib-  dia macam tak tetap pendirian.Haha.Dia macam percaya dengan Nadra tapi at certain time dia macam gelabah sendiri.Aku pun tak tau nak describe mcm mn.Tapi satu sikap lelaki yg aku noticed pd kebanyakan lelaki adalah dia tak kan mudah percaya kalau ahli keluarga dia buat jahat pd isteri.Haha.

Macam Raqib yang 50-50 nak percaya Idlan buat jahat pd Nadra.Tapi aku tetap yakin,kalau nak hubungan harmoni , percaya antara satu sama lain memang penting.Kalau rasa macam tak percaya, baik jangan ada komitmen la. buat serabut kepala je.herher

Part paling meyedihkan, masa Nadra mula cerita semua perangai Idlan atas tangga,uhuu sedih kot.Kalau kita tahu ada orang benci kan kita walaupun dah jadi keluarga.Stress kot.
Nadra kehilangan along,baby ..pada masa yang sama.Hmm sedih sedih sedih. 

Dalam sesebuah novel tak mungkin hanya ada dua watak sahaja kan? Harus banyak watak untuk meraikan jalan cerita so, kalau nak baca sesuatu  tentang kekeluargaan,persahabatan.Harus grab ini novel haaa.

Akhir sekali, aku tak kan nak tipu kalau cerita ini memang best.So aku rekomenkan kat korang yang nak baca something yang lain dari yang lain.Carilah Cintaku Bukan Murah :) Memang terbaiklah.

Kak Aleya, congrats lagi dan lagi :) Masuk CBM ini ada 10 kan karya keluaran alaf21?Heee.Semuanya ada cerita tersendiri.Kadang-kadang tertanya-tanya mana dapat idea-idea yang luar biasa?Pengalaman,pembacaan? Tetiba busy body pule.hewhew.Ok2.Itu je kot.

Terima Kasih Singgah Baca.Ramadhan Kareem :) 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...