Friday, July 26, 2013

Cornflakes Madu




Selamat Malam ! :)


Kalau hari raya, korang suka makan kuih apa? biskut apa? atau apa-apa ? Haa. Aku suka makan  jagungflakes madu. Wee.Sedap kot. Manis madu. Bukan 'madu' yang satu lagi tu ok? ;)

Sebenaqnya ,aku karang kot lain nak tulis dalam blog,tapi bila dah start tulis jadi lain, ehmmm kira cincailah. So disebabkan aku suka gila makan benda nih,aku share sikit cara-cara nak buat dia gena. Mudah disiapkan.

1. Mula-mula korang kena sediakan bahan-bahan seperti  tertera di bawah. Tambah satu lagi,gula. Oh manik-manik warna warni tu boleh tukaq dengan benda lain.



2. Korang masukkan butter (api jangan kuat sangat,satg hanguihh), bila dah cair,masukkan madu dan gula. (madu+ gula, jangan byk sangat,karang raya kat hospital pulak)haha.Didihkan sekejap,lepastu masuk kan cornflake yang telah dipecah-pecahkan.Gaulkan hingga sebati. # Sukatan? Ikut masing-masing lah. Aku buat sikit-sikit so, sukatan mesti tak sama.

3. Apabila mereka sudah bergaul antara satu sama lain,makanya mereka akan menjadi sepert gambar dibawah.



4. Seterusnya, isi cornflakes td ke dalam paper cup yang kecik tu.Lepas tu,untuk menampakkan cornflakes yang telah dimadugulakan nampak ceria riang ria dipagi raya,kita taburkan manik-manik tu ikut suka kita.haa.Cantik kan?

5. Masuk kan kedalam oven, 150C selama 3-4 minit.Pastu sejukkan sekejap.



5. Seterusnya lagi, berapa banyak seterus daa.. Masuk kan kedalam bekas kedap udara. Dan korang boleh makan sambil  tunggu waktu berbuka.Eh? Puasa.ahakss :P




Aku happy gila bila dapat buat sendiri. Selama ni tempah dekat sepupu je,sebalang sebalang tetiap tahun.Sekarang dah tau,buat sendiri.Mak aku cakap " Tahniah la dah pandai buat cornflakes madu sendiri,tu pon umuq dah 21." wahahahaha :P Pencapaian yang membanggakan nehhh :3

Cornflakes madu,senang dibuat,sedap dimakan.hahaha. Okay. Ramadhan Kareem. Yang nak try buat,selamat mencuba :D
Terima Kasih singgah baca ! ;)


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...