Posts

Showing posts from July, 2013

Cornflakes Madu

Image
Selamat Malam ! :)

Kalau hari raya, korang suka makan kuih apa? biskut apa? atau apa-apa ? Haa. Aku suka makan  jagungflakes madu. Wee.Sedap kot. Manis madu. Bukan 'madu' yang satu lagi tu ok? ;)

Sebenaqnya ,aku karang kot lain nak tulis dalam blog,tapi bila dah start tulis jadi lain, ehmmm kira cincailah. So disebabkan aku suka gila makan benda nih,aku share sikit cara-cara nak buat dia gena. Mudah disiapkan.

1. Mula-mula korang kena sediakan bahan-bahan seperti  tertera di bawah. Tambah satu lagi,gula. Oh manik-manik warna warni tu boleh tukaq dengan benda lain.



2. Korang masukkan butter (api jangan kuat sangat,satg hanguihh), bila dah cair,masukkan madu dan gula. (madu+ gula, jangan byk sangat,karang raya kat hospital pulak)haha.Didihkan sekejap,lepastu masuk kan cornflake yang telah dipecah-pecahkan.Gaulkan hingga sebati. # Sukatan? Ikut masing-masing lah. Aku buat sikit-sikit so, sukatan mesti tak sama.

3. Apabila mereka sudah bergaul antara satu sama lain,makanya mereka akan …

Rumah Teduhan Kasih#Aku mangsa keadaan # Anak tidak berbapa !

Image
Kau anak siapa?

Kau anak siapa hah?

Kau tak dek bapak kan?

Kau anak luar nikah ! 


                Gelaran itu menyakitkanku.Gelaran itu menjatuhkan maruahku.Gelaran itu menyebabkan aku dipandang serong juga dihina.Gelaran itu juga buat aku malu untuk terus hidup dan hanya kerana gelaran yang satu itu,aku seperti diinjak-injak.              Aku  termanggu-manggu seketika.Siapa aku sebenarnya?Ibu ada.Ayah tiada.Kenapa kawan kawanku ada kedua-duanya?Kenapa tidak aku?Ibu,kenapa aku tiada ayah?       Sewaktu kecil,mungkin aku tak merasai tapi apabila meningkat remaja,dewasa, aku rasa sungguh terpinggir.kawan-kawan memandang pelik.Masyarakat memandang serong.             Kenapa aku diperlakukan sebegini?Kenapa aku yang dipersalahkan?Aku tidak bersalah.Aku dilahirkan bukan atas kehendakku!Yang bersalah mereka!
Mohd.Adam (bukan nama sebenar)
********** Rumah Teduhan Kasih
Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,aku diberikan kesempatan untuk  melawat salah sebuah rumah yang menempatkan puluha…

Check result exam student Universiti Malaya

Image
Malam ini,aku kira aku tamat bergelar junior.kehkeh.Bukan apa,semua orang cakap,habis exam hari itu dah tak jadi junior dah bagi yang masuk deg 2/9/2012 yang lepas.Tapi bagi aku,selagi tak dapat result,tak leh declare lg dah tak jadi junior.wakaka.Atas sebab apa pon aku tak tau.Yang pasti petang tadi,student um dah boleh check result dekat myum.Alhamdulillah.yadaa yadaa Korang dah check belum?Macam mana nak check?Haa.sini2 :)
Step 1 : Korang klik myum ,
Step 2 : Klik student login


Step 3 : ( Isi butiran yang diperlukan )



Step 4 : Klik Examination

Step 4 : Klik exam result (isi sesi/semester)



Step 5 : Tara !!  Handsome tak result aku? Comel tak result aku?kehkeh :p  Good Luck student um deg 2012/2013 !!

Review Novel Suri Ryana : 3 in 1

Image
Assalamualaikum :) 
Salam Ramadhan.Weweet :) Hopefully korang masih lagi bertenaga dalam menunaikan ibadah puasa dan lain-lain. kalau letih,minumlah milo ,jad sihat dan kuat.Ahaha.Okay,memandangkan aku banyak masa bulan ramadhan ni,aku try nak buat kelainan sikit berkaitan review novel.haha. Kelainan la sangat : 3 
Review 3 in 1.Dah macam milo three in one pule.Ye dak? :P Kalau korang perasan,lately ada seorang penulis yang agak berbakat dalam penulisan novel dan aku salah seorang peminatnya.
Suri Ryana.Aku suka ketiga-tiga novel beliau.Mungkin sebab tajuk dan jalan cerita dia yang sedikit berbeza.Aku cakap sedikit sebab,cerita dia masih mengekalkan identiti sendiri.Maksud aku, yang hero mesti mcm pernah kecewa dengan seseorang,so bertukar jadi macam tak dek perasaan ,then jumpa heroin,heroin tu buka hati hero tadi.Berbelit eh?Haha.Aku memang suka bagi belit-belit punya ayat :PP
Gambar di bawah menunjukan novel Suri Ryana mengikut turutan.MAID - ISTERI SEPARUH MASA- PLAYBOY ITU SUAMI AKU?!…

Review Novel : Cintaku Bukan Murah Oleh Aleya Aneesa

Image
Assalamualaikum :) Salam Ramadhan.
Alhamdulillah.so macam mana hari pertama Ramadhan? Mesti berkobar-kobar nak berbuka kan? kihkih. Mestilah tak kan. Bulan Ramadhan kan satu-satunya bulan yang mempunyai kemuliaan dan keberkatannya tersendiri.Haruslah mengumpul pahala ye dak? :) 
Okay. Sebenarnya,entry kali ini pulak,ni share sikit lah review novel kak Aleya Aneesa yang terbaru.Yang terhangat di pasaran. Come on guyss,kalau korang peminat tegar tak kan tak tahu.kehkeh.


Novel kali ini memang dinanti-nantikan.Sebab ada baca dekat blog kak aleya sendiri.Bab demi bab.So sebab nak tahu keseluruhan cerita , tidak dapat tidak memang kena beli la Novel nih. Mujur dekat Perlis ada, wa suka wa suka.hahaha :p
Tulisan yang menarik. Bukan hanya cinta semata-mata tapi banyak diselitkan berkaitan keluarga.Sekarang ini banyak sangat cerita pasal cinta,sampai naik jemu.So sesekali kita baca tentang kekeluargaan pule.hihi
Nadra- bagi aku mempunyai sifat yang berani,baik dan penyabar. Berani,sebab dia boleh m…

HAT YAI 2013

Image
Assalamualaikum :) Ramadhan Kareem 
Salam Ramadhan buat semua yang membaca blog aku. Ramadhan kali ini,aku masih diberi kesempatan untuk menunaikan badah dirumah,Alhamdulillah :) Angah yang baru je masuk Uitm Melaka pun gagah balik juga sebab dapat cuti 5 hari.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dar Ramadhan yang lalu. Mungkin amalan yang kita lakukan masih ditahap minima tapi ia tetap bermakna sekiranya kita istiqamah dalam melakukannya :) 
Sebenarnya entry kali ini,aku nak share pengalaman aku ke Hat Yai.Jalan-jalan cari makan sebelum Ramadhan menjelma. Aku ke Hat Yai dengan geng-geng ibu. Pergi pun sehari je. Kita orang pergi pukul 10 pagi,balik lebih kurang jam 10 malam.
Perjalanan ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam.Tak terasa pun,sebab dalam van mak cik makcik tu semua kaki sembang.Aku yang muda nih senyap je lah.Orang gelak,aku gelak.Orang tidur ,aku tidur.haha :p
Tempat menarik pertama yang kitaorang singgah ialah Samila Beach.Sebenarnya ,pantai Samila ini ada …

Review Novel : Kau Marah Aku Suka Oleh Fatin Nabila

Image
Assalamualaikum! 
Lama aku tak update blog.Rindu nak mengukir kata-kata tapi dek rasa malas menyelebungi diri sehingga mampu menahan diri dari tidak menggunakan laptop!Satu peningkatan yang membanggakan :p Okay.Kali ini aku terpanggil untuk mereview satu lagi novel dari terbitan alaf21. 
Penulis: Fatin Nabila  Tajuk : Kau Marah Aku Suka



Secara keseluruhannya,aku rasa novel ni tip top.Dari awal sampai akhir. cuma ada sedikt masalah ejaan.Jalan cerita dia yang agak beza sikit.Banyak benda penulis ini try fokus tapi aku rasa part Dian yang agak kurang ajar tu yang buat aku terkesan.
Tau pasal apa?Kurang ajar disebabkan lelaki yang bernama ayah tidak pernah menunjukkan muka.Kiranya dia hidup tanpa kasih dan juga didikan seorang ayah.Kalau kita relate dengan psikologi manusia pun,dia boleh jadi faktor kenapa anak  itu boleh menjadi masalah.
Orang hanya akan fikir ,kalau takdek ayah tak kan jejas apa-apa.Tapi itu andaian yang tak betul.Seorang anak,dalam menjalani kehidupan seorang manusia,didika…