Monday, April 29, 2013

Review Novel : Sandal Bunga - Bunga Oleh Faziela





Tajuk : 'Sandal bunga-bunga' 
Penulis :  Faziela 
Terbitan : Jemari Seni.

Eh jap sebelum itu,korang pernah baca Si mangkuk Tingkat tak? Okay kalau pernah maknanya korang mesti dah boleh agak plot dan watak-watak dia acane kan?Sebab penulisnya ialah orang yang sama.




 


Ahmad Zahran diterjemahkan melalui wataknya yang pendiam-selamba-kadang-kadang buat something diluar dugaan-suka hiking,bungy jumping dan seangkatan dengannya.Bapak best kot kalau buat-buat benda nih dengan orang tersayang.kehkeh.Dan dia juga suka beri kezutan okayh

Yang selalu jadi mangsa kejutan ialah Izza.Izza yang baru dikahwini oleh Zahran atas pilihan keluarga tapi pada masa yang sama depa dua nih setuju jugak, tak macam terpaksa sangatlah sebenaqnya.Of course lah depa dah kenai-kenai dulu. Walaupun masa tu izza dah terus terang kata dia nih :

" Saya.. bukan orang yang menarik.Saya ni kuat membebel,takut gelap,takut hujan,suka makan tapi tak suka masak dan banyak lagi la yang benda tak okay pasal saya.Jadi awak okay ke dengan semua itu?" - Izza

Dalam cerita ini aku rasa dia nak mentionkan yang  'jodoh itu merupakan ketentuan dari-Nya' 

Macam mana nak habaq entah.Macam nih,kalau korang bercinta bagai nak rak pon dekat seseorang,tapi kalau Allah dah kata tu bukan jodoh korang still tak jadi kan. Kiranya macam kes Zahran dengan Izza nih jugaklah.Depa nih kira ada masa lalu yang hampir sama.

Zahran dibiarkan terkapai-kapai sendirian*dah macam budak kecik la pulak kan?kehkeh atas sebab Deena pilih untuk bertunang dengan orang lain.Tapi dia suruh Zahran tunggu,kalau aku tak dek haghi nak tunggu.kahkah.Izza pula kena main dengan Naqib,sebab dalam bercinta dengan Izza dia sempat curang dengan Nani.*Curang ? tak kasar sangat ke?Harharhar.

Aku nak share sikit je lah sebab kalau aku share banyak-banyak,nanti dah tak best sebab novel ni tak tebai sangatlah.Itu pasal la aku cepat habiskan SBB nih dengan penuh bergaya.heh -_-

Aku cuma tertarik nak berkongsikan bila seorang lelaki yang betoibetoi rasa perkahwinan itu satu tanggungjawab dia tak kan buat hal.Maksudnya dia takkan cepat tergelincir bila dia kena goda dengan ex,bila dia kena adapt situasi sebagai suami pada perempuan yang dia tak berapa kenai sangat.

" Today is the day.I'm someone's husband.A tittle that gives me a really tough responsibility. I hope that i can be a good husband and a good father to my children, Insya-Allah.

To my other half, I'll never disappoint you ,that's my promise." -  Ahmad Zahran

Aku hampir pengsan bila baca ayat nih.Touching siot.haha Kalau aku jadi wife dia nih pon ,aku dah sobb sobss sambil lap hingus kot. Terharu gituu.Auhhh :') 

Ada banyak scene lagi yang aku nak ketengahkan.Contohnya,  izza malu bila dia telanggar cermin dalam kedai kasut.kahkah.ini memang kelakar. Zahran try buat kek untuk birthday Izza,but it ended up with kek Angry bird yang Zahran beli dekat kedai.harhar.Zahran nak iguana sebagai hadiah hari jadi-err lain dari yang lain kot.Better la kot sebelum itu dia minta deodorant.haha.Izza kena paksa bungy jumping something yang dia tak pernah buat.

Jap.Dalam sesebuah cerita,kalau tiada badai melanda itu sangat fake okay.So ada juga diselitkan konflik dimana deena ada mental disorder,maybe terlalu taasub dengan Zahran sehingga sanggup menculik dan mendera mental dan fizikal Izza.Haa.Part ni ganaih.Aku pun tak sanggup aku bayangkan.pheww.

Pokok serainya,banyaklah adegan-adegan dalam cerita nih yang kadang-kadang buat korang tersenyum-senyum,tergelak-gelak,kadang-kadang sedih dan  kadang-kadang juga korang akan terfikir ' err still ada ke Zahran pelanduk lapan serupa?"Kalau ada,aku nak sorang.kahkahkah.

Jujurnya, kalau baca SBB,korang tak rasa boring tak rasa mengantuk dan tak rasa menyampah dan tidaklah ia meleret-leret macam cerita seberang.ehem.

0kaylah,sebelum terlupa.Seperti biasa,aku tak kan lupa untuk promote novel yang aku rasa best supaya korang dan korang yang  pencinta novel tegar cepat-cepat dapatkan di pasaran.Weh Sekarang ada book fair kan,pegi je rembat satu
Lepastu review kan.aahahhaa.

Faziela, tahniah tahniah dan tahniah dengan kehadiran novel terbaru.Hee.Err tidak keterlaluan kan kalau saya habaq yang cerita ini menepati selera saya.harhar. so tak perlu takut.kikiki. Tuntasnya, semoga ahkak terus melahirkan novel-novel  yang berkualiti.Peace yaw !


29 April 2013, 
1.52 pagi, Kuala Lumpur 




2 comments:

  1. tq sebuah review yang straight to the point. akak nak pergi beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye kak has.
      Sandal BungaBunga memang sweet :)
      Harap review sy dapat membantu.

      Delete

Thank you!

Trip He's just not that into you