Monday, April 29, 2013

Review Novel : Sandal Bunga - Bunga Oleh Faziela





Tajuk : 'Sandal bunga-bunga' 
Penulis :  Faziela 
Terbitan : Jemari Seni.

Eh jap sebelum itu,korang pernah baca Si mangkuk Tingkat tak? Okay kalau pernah maknanya korang mesti dah boleh agak plot dan watak-watak dia acane kan?Sebab penulisnya ialah orang yang sama.




 


Ahmad Zahran diterjemahkan melalui wataknya yang pendiam-selamba-kadang-kadang buat something diluar dugaan-suka hiking,bungy jumping dan seangkatan dengannya.Bapak best kot kalau buat-buat benda nih dengan orang tersayang.kehkeh.Dan dia juga suka beri kezutan okayh

Yang selalu jadi mangsa kejutan ialah Izza.Izza yang baru dikahwini oleh Zahran atas pilihan keluarga tapi pada masa yang sama depa dua nih setuju jugak, tak macam terpaksa sangatlah sebenaqnya.Of course lah depa dah kenai-kenai dulu. Walaupun masa tu izza dah terus terang kata dia nih :

" Saya.. bukan orang yang menarik.Saya ni kuat membebel,takut gelap,takut hujan,suka makan tapi tak suka masak dan banyak lagi la yang benda tak okay pasal saya.Jadi awak okay ke dengan semua itu?" - Izza

Dalam cerita ini aku rasa dia nak mentionkan yang  'jodoh itu merupakan ketentuan dari-Nya' 

Macam mana nak habaq entah.Macam nih,kalau korang bercinta bagai nak rak pon dekat seseorang,tapi kalau Allah dah kata tu bukan jodoh korang still tak jadi kan. Kiranya macam kes Zahran dengan Izza nih jugaklah.Depa nih kira ada masa lalu yang hampir sama.

Zahran dibiarkan terkapai-kapai sendirian*dah macam budak kecik la pulak kan?kehkeh atas sebab Deena pilih untuk bertunang dengan orang lain.Tapi dia suruh Zahran tunggu,kalau aku tak dek haghi nak tunggu.kahkah.Izza pula kena main dengan Naqib,sebab dalam bercinta dengan Izza dia sempat curang dengan Nani.*Curang ? tak kasar sangat ke?Harharhar.

Aku nak share sikit je lah sebab kalau aku share banyak-banyak,nanti dah tak best sebab novel ni tak tebai sangatlah.Itu pasal la aku cepat habiskan SBB nih dengan penuh bergaya.heh -_-

Aku cuma tertarik nak berkongsikan bila seorang lelaki yang betoibetoi rasa perkahwinan itu satu tanggungjawab dia tak kan buat hal.Maksudnya dia takkan cepat tergelincir bila dia kena goda dengan ex,bila dia kena adapt situasi sebagai suami pada perempuan yang dia tak berapa kenai sangat.

" Today is the day.I'm someone's husband.A tittle that gives me a really tough responsibility. I hope that i can be a good husband and a good father to my children, Insya-Allah.

To my other half, I'll never disappoint you ,that's my promise." -  Ahmad Zahran

Aku hampir pengsan bila baca ayat nih.Touching siot.haha Kalau aku jadi wife dia nih pon ,aku dah sobb sobss sambil lap hingus kot. Terharu gituu.Auhhh :') 

Ada banyak scene lagi yang aku nak ketengahkan.Contohnya,  izza malu bila dia telanggar cermin dalam kedai kasut.kahkah.ini memang kelakar. Zahran try buat kek untuk birthday Izza,but it ended up with kek Angry bird yang Zahran beli dekat kedai.harhar.Zahran nak iguana sebagai hadiah hari jadi-err lain dari yang lain kot.Better la kot sebelum itu dia minta deodorant.haha.Izza kena paksa bungy jumping something yang dia tak pernah buat.

Jap.Dalam sesebuah cerita,kalau tiada badai melanda itu sangat fake okay.So ada juga diselitkan konflik dimana deena ada mental disorder,maybe terlalu taasub dengan Zahran sehingga sanggup menculik dan mendera mental dan fizikal Izza.Haa.Part ni ganaih.Aku pun tak sanggup aku bayangkan.pheww.

Pokok serainya,banyaklah adegan-adegan dalam cerita nih yang kadang-kadang buat korang tersenyum-senyum,tergelak-gelak,kadang-kadang sedih dan  kadang-kadang juga korang akan terfikir ' err still ada ke Zahran pelanduk lapan serupa?"Kalau ada,aku nak sorang.kahkahkah.

Jujurnya, kalau baca SBB,korang tak rasa boring tak rasa mengantuk dan tak rasa menyampah dan tidaklah ia meleret-leret macam cerita seberang.ehem.

0kaylah,sebelum terlupa.Seperti biasa,aku tak kan lupa untuk promote novel yang aku rasa best supaya korang dan korang yang  pencinta novel tegar cepat-cepat dapatkan di pasaran.Weh Sekarang ada book fair kan,pegi je rembat satu
Lepastu review kan.aahahhaa.

Faziela, tahniah tahniah dan tahniah dengan kehadiran novel terbaru.Hee.Err tidak keterlaluan kan kalau saya habaq yang cerita ini menepati selera saya.harhar. so tak perlu takut.kikiki. Tuntasnya, semoga ahkak terus melahirkan novel-novel  yang berkualiti.Peace yaw !


29 April 2013, 
1.52 pagi, Kuala Lumpur 




Saturday, April 27, 2013

KLi BookFair 2013


Assalamualaikum :)


Penat tapi berbaloi-baloi.Itulah yang kurasakan sekarang hoi. Penat berjalan kaki,letih berlari mengejar lrt. Disebabkan book fair sudahpun menjelmakan diri, tibalah masa untuk aku memanjakan diri.

Adakah korang tahu bahawa book fair sedang berlangsung di pwtc sekarang? Apakah? Tidak. Oh ini sungguh malang bagi korang yang tidak mengetahui.Kahkahkah :p 

Book fair kali ini bekerjasama dengan pavilion of kingdom of saudi arabia dan book fair ini akan berlangsung dari hari ini 26 April sehingga hari mengundi yaw yakni 5 Mei.Ohoiiii.Lama kottt.tak pi rugi lah weyy.

So bagi memanfaatkan baucer buku aku yang tak tersentuh lagi masih suci tu,so aku pon gunalah dengan sebaik mungkin- bak pesanan  mak aku " belanja tu berhemah sikit nanti lari budget pula" Baiklah ibuku.Anakmu ini telah menggunakan baucer sahaja tanpa mengeluarkan barang sepuluh dua cuma untuk makan dan tambang.hahaha

Okay.Kali ini aku pi dengan siapa?Ha kali ni aku pi dengan   sapa lagi  kalau bukan budak neh.Aku ni mana ada orang lain dah,dialah penawaq,dialah pemaneh.ceh.hahaha. mesti korang dah boring kan tengok muka hok tudung hijau neh.Haisyh.boring-boring.Tapi terimalah hakikat ini sahabat aku yang aku paling menyampah.*semoga kami berkawan sehingga ke heaven la nah?!haha

@KL sentral.



oh nak tambah lagilah,kali ini misi aku hanya untuk ke book fair untuk menghabiskan baucer makanya tidaklah aku berasa kecewa menonggeng bila tidak ketemu sama penulis feveret.

Lagi cerita,aku jumpa Hilal Asyraf banyak kali siot.haha tapi apakan daya kerana menjaga ikhtilat tidaklah aku menegur beliau,kalau tegur pon tidak maneh la sebab somi orang kan.kehkeh.

Apa yang bestnya klibf neh,sebab first day tak ramai orang so,bolehlah aku memilih novelsss dan juga kitabsss sambil membaca dengan bersenang lenang tanpa perlu menolak -nolak.Haiyakkk!! Okay aku tak suka rebut-rebut,apatah lagi ribut-ribut.Aku tak suka tempat sesak.Tapi tulah sebab Anthem punya pasal aku mencemar doli jugalah pi beratoq dekat sejam kot waktu nak bayaq.berharga sungguh!

ineh jelah yg aku mampu beli guna baucahh gittuww.
terima kasih baucahh.haha



Beberapa benda yang aku patut puji dan komen mengenai booth khususnya booth kaki novel,karya seni,jemari seni, karangkraf(oh dan yaaa ini semua booth novelss.)So just chill okay sebab ini hanyalah pandangan peribadi aku walaupun aku tak dok pengawal peribadi kahkah :p


@Kaki Novel
 *gambaq pelik sikit maklumlah camera nak warm up dolu.

Okay booth pertama aku pi, kaki novel.Hmm bagi aku sama saja.Tak sesak sangat dan aku perasan yang kaki novel akan berjauhan dengan booth novel-novel yang lainlah.tapi mungkin KN menyediakan banyak booth KN berlainan aras so tu tak dek hal.dan aku rasa daya penarik untuk KN novel biarkan ym terus berbicara :) Sambungan kepada biarlah ym berbicara.

@ Jemari Seni
*nampak dak aku habaq dah beratoq panjang,tak mau caya


Booth seterusnya, jemari seni.Aku hanya listkan anthem sebagai novel yang patut aku beli. Tapi waktu aku dengan syimmi pegi teww,mak haihh bapak panjiangg nya orang beratoq.dari dalam sampai ke luaq.Memang tersenyum Hlovate mengira untung.kehkeh.But its worth la kalau beli pon.
Pi beratoq jugaklah, tapi yg istimewanya layanan yang diberikan warga JS memang ohsemm mangg.Bagi cekelat  lagi,peramah dan mana-mana customer yang hampir terbalik menonggeng bawak novelss yang banyak,depa bagikan bakul.Memanglah benda biasa ja tapi still nampak kan mereka-menghargai-customer.dah cukup puji JS.Aku tak dibayar untuk memuji mereka.kahkah :p


@Karya Seni 
*makcik ni kecewa kot tak dapat my precious iris.



.

Booth seterusnya,karya seni.Okay aku memang nak beli tapi aku taklah akan menangis air mata darah kalau tak dapat beli novel karya seni.Tapi disebabkan classmate aku pesan, latest punya novel karya melur jelita 'My Precious Iris' aku pi jugaklah.Alang-alang aku nak beli calon isteri Jutawan.Aku?Calon isteri doktor.harharhar :p Tapi sayang MPI habeh langsung,sisa-sisa pon tak kutemui.Hmm,aku tunggu lah jugak kalau-kalau warga KS nak tambah MPI dekat rak buku,tapi malang tidak berbau.Eh?! tak dak kaitan.Malangnya depa tak letak yg baru.Jujur katakan,sayang la,depa rugi,peminat pon peghasss(frust) kot.Pikiaq la balik,peminat tak kan datang banyak kali unless depa memang kaki novel,depa mai lah kot.Awat depa tak restock eh?Mungkin tak habeh cetak lagi kut.takpa-takpa aku khusnuzon kali neh.kikikiki.

And last sekali,karangkraf.Tahun ni aku tak ghairah sangat nak pi sebab,novel yang latest semua aku dah sapu dekat mph midbali so yg lain tu tak menarik minat aku.Tapi aku still pi jugaklah.Booth wajib. Dan mungkin hari pertama,karangkraf nampak tak busy lah.Tapi aku percaya hari seterusnya bakal dipenuhi lah dengan manusiawi-manusiawi.haha.

@Lejen press
*malam neh aku tidoq pelok buku fixi cek oi.haha


Booth yang lain,aku pi dubook,lejen,mana hala lagi lah.Tapi tak pi pon sampai tingkat lima.Tak larat la kot.Berlengaih habeh.Pinggang pon rasa nak putuih.

Ohh asyik cita pasai aku ja nah.Memang lah dah blog aku tak kan nak cita pasai hampa pulak.Herher,okay pikah layan fixi dan dubook.sekian.nampak dak perbezaan kami.Tapi yg sama,kami minat hlovate.hmm terbang lah jugak baucer aku lima puloh untuk belanja dia.Hoi mak cik aku nak confess something sebenaqnya aku nak versus tu thats why lah aku suh hg amik versus.hahah.dah tu hg pulak loading tak paham pulak.Tapi takpa aku dah ikhlaskan hati untuk memberikan versus itu kepada mu :p 

Okaylah.takat ni je lah yang mampu kukongsikan.Tak ada  apa sangat pon.Cuma mimpi sudah menjadi nyata.Alhamdulillah ;') Sebagai tips korang yang baru nak pi tew ,jangan lupa bawak :

1. beg roda,supaya tak sakit jari dan bahu nak bimbit mahupun sandang buku yang korang beli.
2. bawaklah payung kalau korang pejalan kaki yang tegar,musim la musim hujan.tak pon buat senjata.
3.Bawak ayaq masak la,kot dahaga.kahkah.Motip? :p Ayaq depa juai mahai kot.herher
4.selamat membeli belah lah.Takecare uolsss :)

Terima Kasih singgah baca :) Salam.


Friday, April 12, 2013

Warong Laksa Tepi The Store

Assalamualaikum :')

Hey yaw so called 'blogger' or 'reader' (sorrylah pkah,aku baru baca belog hiang so secara tidak langsung berlakulah plagiat kata :3).Ahahahaha.Ya ya.Aku tau mesti ada orang cakap ,boring lah asyik baca belog orang yang start mesti dengan salam.Messsti.Messsti.
Tak rare langsung.Stereotaip!Huh.

Well,aku pon menyampah jugak.Kahkah =p Dak-dak sejujurnya ,aku tak kisah pon.Itu hak masing-masing lah.Krik krik.Sebab dari salam itu sebenaqnya kita mendoakan kesejahteraan orang yang sedang membaca belog kita itupon kalau dia jawab salam lah.Kalau dak,tak tau la jugak camnekan.

Okay lupakan soal salam-itu-stereotaip-dan-juga-tidak-rare.

Sekarang jum lepak baca entry gua sesaat cuma.Entry ni start dinukilkan saat member gua apelod gambaq dibawah eni dan gua menyedari kewujudan gambaq eni setelah dua jam berlalu.Oh mangg sungguh.

Nak dijadikan cerita,pagi tadi gua pegi library awam kangaq untuk siapkan assigment yang gua sengaja tangguh, tertangguh dan ditangguh.Sepatutnyalah.Tapi dek kekangan masa ataih jalan,gua telah melencong kewarong lakso yang duk tengah-tengah antara the store(yg dulunya macam pavilion.kahkah) dengan kedai kain maryam(aku mention sebab kedai ni ja yang femes.hauhua)


muka insan-insan yang banyok berjaso selama setahun setengoh
 *tipikal azwa cakap banyok.hahaha :') miss uolsss like orang gilakkkk.


Selalunya benda yang tak dirancang itu lah yang menjadi.Serius.Ini bukan dusta.Haha.Selalunya tu kalau plan bagai nak rak nak jumpa,mesti ada benda yang spoil.Oh.Itu namanya takdir.Okay fine.Tak tak.Itu namanya sehebat mana pun perancangan manusia,lagi maha hebat perancangan-Nya kan :)

Masa time kumpul reramai macam nih la dapat gali cerita panas.Ce teka?Cerita pasal apa?Movie terpanas?Dak dak.Dekat peghlih takdak sinema tapi itu tidak bermakna kami loser -_-

Lepas stpm,masing-maisng terabuq pi meghata.Belah ataih,ada dekat usim sorang,lagi dua dekat ukm (ada lagi lima orang kot dekat ukm)Belah bawah,aku diapit uum(ada tigaorg) dan ump (ada sorang lg) punya student.

So bila jumpa balik,macam-macam lah timbul.Pasal belajaq la,pasal kolej la,pasal kenangan lama lah,pasal plan nak pegi langkawi taim cuti sem nanti lah bla bla dan bla.Haa.Part paling depa suka,part rusuk kiri ka rusuk kanan,aku tak tau.haha.Perempuan perempuan.Dan dalang disebalik topik ini ofkossslah si fragile anak pak jib.Gishhhahhh..

Pulak si fragile neh memang keji,yang si azwa dengan hani kerja melayan lagi  la menjadi. Intro dia best "Weh mpa mesti dah 'ada' kannn?" tak ke tuttt punya starting dialog.

Depa mula la duk tolak-tolak."Hg la dah ada (10x)" ( asyik ulang banyok kali.semak pala aku -.-) Bila turn aku kena "wehh dia dah ada weyh".Suara tu kalau aku boleh record,aku record cek hoiiii.Hahaha.

"Aku mana nak ada.Tengok wall aku pon orang ingat aku lesbiyaneh.kahkah"  -.-Gila mana ada lesbiyaneh mengaku.Itu namanya sengaja cari pasal.

Time bising neh aku dah konfius dah skrg dekat warong makcik laksa ka warung kami.haha.Tapi rasanya apa yang kami cakap tu semua orang yang duk tepi-tepi bagaikan melukut ditepi gantiangg tuh semua pakat dengaq.Masing-masing guna volume max kan.

Sesi endng jejak kasih nih, bila semua ada hal masing-masing.Kalau dalam cerita novel,kalau nak hapuskan watak antagonis,kita matikan sama ada guna scene kemalangan atau pun kena bunuh.Kalau dalam entry aku neh,aku rasa aku nak habiskan entry dengan kata-kata hikmah yang tak berapa berhikmah snagatlah sebenaqnya.

"Kadang-kadang bila kita tak dapat kan sesuatu itu,kita beriya-iya nak kan ia.Tapi bila kita dah dapat,kita akan rasa lebih baik kalau kita tak dapat" Faham?

Macam nilah,dulu kami selalu cakap "tak sabaq lah nak masuk u" Dah la nih,dah masuk u "aku rasa duk sekolah lagi syiok kot".Faham? Nampak tak statement kami yang kurang bersyukur neh?

Haaaa.Adik-adik yang berada dialam persekolahan lagi,sila manfaatkan dan hargainya sebaik mungkin.Sesungguhnya alam persekolah merupakan alam yang penuh dengan rencah yang kita boleh makan dgn kawan-kawan :')

K lah.Terima kasih singgah baca :D 


Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...