Sunday, March 31, 2013

Review Novel : Semerah Red Velvet Oleh Hezzy Azra


Tarik nafas panjang-panjang sebelum lepas panjang-panjang?Eh! hahaha.Bayangkanlah macam mana aku bernafas macam tu.Senak kot.haha.Okay-okay.Sekarang jom layan review novel Semerah Red Velvet karya Hezzy Azra :)

Kepada,
Kak Hezzy Azra ;)

Sejujurnya, SRV  ini memang saya nantikan.Maklumlah dah baca kat blog kennss.haha.Teruja lah.Tapi tertanya-tanya juga kenapa red velvet cuppies tak jadi penghias cover.haha
Bagi gambaq besaq-besaq sikit baru orang tertarik nak makan.Eh.Eh tertarik nak beli ! =p Then gandingkan dengan buku.Combination watak Emir dengan Raina gitueww kannn.




Perkara pertama yang saya suka,dalam SRV ada nilai kekeluargaan yang sangat tinggi.Maksudnya hubungan antara adik beradik Rania sangat awesome.Ada abang,ada kakak,ada adik yang sporting dan berkongsi suka dan duka.hmm,hubungan adik beradik yang sangat rapat dan erat.
Dan saya rasa Pak Samad merupakan bapa penyayang.
Tersentuh bila baca dialog ni : 

" Rai anak abah yang dah lakukan macam-macam untuk abah dan lain-lain.Rai jugak dan korbankan masa dan tenaga untuk pastikan rumah kita ni sama seperti ketika arwah mak masih ada"



Of course lah,saya tiba-tiba teringat ayah saya yang berada di utara sana.hewhew :') Dan lagi tersentuh bila pak Samad ucapkan terima kasih.Boleh rasa sampai kedalam hati,bila seorang ayah mengucapkan perkataan keramat'terima kasih' :') Apa perasaan korang kalau ayah korang cakap terima kasih,of course lah banjir terharu kann.sobss sobss.


" Kadang-kadang abah rasa,tak terucap perkataan terima kasih untuk Rai 

Doa seorang bapa kepada si anak yang banyak berkorban demi kebahagiaan sebuah keluarga.

 " Nama Rai tak pernah tertinggal dalam doa abah setiap hari.Abah sentiasa doakan Rai bertemu jodoh dengan orang yang benar-benar nampak keistimewaan Rai ...sama seperti apa yang abah nampak dalam diri Rai selama ini"



Selain itu, saya menyampah dengan watak syahir.Omjayy.

Gila tak matured kot.Tolong lah kak hezzy mana jumpa orang macam neh?hahaha.Dah lah berlagak.Menyombong pulak tew.Kalau saya jadi Raina,memang dah lama makan kaki si Syahir neh.*emoooonyawww* haha.



Part Syahir dah habis, mari kita masuk kisah Emir dan Raina yang euww sweet kot.hikhik.Bila Rai tinggalkan red velvet cuppies dkt tombol pintu.ehem.Bila Emir temankan Rai cari mixer.




Okay bila Emir dengan Raina lawan dialog filem Jerry Maguire.*Filem neh saya tak tengok.Tak tau pon tentang kewujudannya.Dan Rai kalah dengan dialog Emir yang menggoda.Haaa.


" What if we stay together..what if we got married ?"

Come onlah Emir,Rai tu muda lagi kot. 21 y/o. Haha.Sungguh Emir tak sabar.haha.Walaupun saya sebaya Rai, kalau saya ditanya sedemikian saya akan cakap tak lah.hohoho.
Gasaklah kalau Emir nak tunggu ke nak cari lain ke kan?hahahah * dreaming dreaming*

Okay.Macam biasa.Setiap satu kisah ,tidak dapat tidak pasti akan diselitkan dengan konflik yang mencabar minda.Konflik yang diketengahkan adalah konflik seorang mak yang mementingkan tahap pendidikan yang tinggi.hewhew.Mak Emir.Saya cuma tertanya-tanyalah ada ke mak yang camginih?haha.Time neh teringat pesanan ustazah saya masa  sekolah menengah,

"kalau kamu nak kahwin nanti,antara kriteria mak mertua cari menantu ialah pastikan kamu pass dengan jayanya tentang hukum nun  mati dan mim mati"



Time neh,gelakgelak je lah kan.Okay.Bila diorang dah kahwen-kahwen gitu,ada perselisihan faham antara Emir dengan Rai.Emir sibuk kejar phD.Rai yang macam rasa terpinggir sebab saya rasalah kan  Emir sangat skima okay.Boleh dikatakan,setiap masa dengan buku,mana tahan.kikkiki.




Okay okay part paling buat saya menyirap.Bila Emir gaduh dengan Rai pasal Zaynn,Pasal Zalia,pasal mak Emir sampai satu tahap terkeluar statement yang boleh sentap lima belas hari.


" Abang tak pernah abaikan keperluan Rai selama ni.Tapi Rai kena faham ..betapa pentingnya semua ni untuk abang.Abang nak dapatkan Ph.D..bukannya ambil SPM"

Time nih saya rasa, Emir sangat pentingkan diri lah.huahua.Kesian pada Rai.Kalau ye pon Rai belajar sampai Spm,tak perlulah keluarkan statement menyentap macam tu kan.Padanlah Rai merajuk.haha.Padan muka Emir.*pergh.terlebih emo pulak.hahaha.Bagi saya,dua dua kena faham la kan tugas masing-masing.

Keseluruhannya,saya rasa SRV ini memang best.Cuma kan kalau nak dibandingkan Emir dengan Ian,still Ian dekat di hati saya.hahaha.Hidup Ian Redza ! hahaha.

Oh btw, saya suka juga bila akak selitkan cerita EJ walaupun sangat sikit okay.haaa.Well,rasanya setakat ini dahulu review ikhlas dari saya.Untuk yang belum memiliki SRV,mohon korang dapatkan SRV di kedai berhampiran yeah.Eh jangan risau happy ending.kikiki

Sorry kalau ada kritikan yang kurang membina,rasanya macam tak dek.kehkehkeh :p Untuk penulis yang sangat ramah melayan peminat novelss,semoga terus sukses dalam bidang penulisan.Dengar cerita dah ada edisi kedua.Ahahaa.
Mohon buat kenduri lahh :D Nanti jangan lupa jemput. *gurau.



K.Terima kasih sudi singgah blog dan baca review SRV.

Jangan berat lagi memberatkan ! Salam. :)


Sunday, March 24, 2013

Review Novel : Kekasih Halal Oleh Orkid Edyliyne





Sejak kebelakangan nih,aku selalu je dengar sok sek sok sek pasal kawen awal.Tak kiralah  guna term kawen awal ke,kawen muda ke,kawen masa belajar ke apa-apa yang sama waktu dengannya dan sudah tentu la yang nak kawen itu muda,kalau dah tua memang taklah nak panggil kawen muda.kalau panggil juga itu namanya,perasan muda.lalalalla~

First of all, nak lah tanya korang,Kenal Orkid Edyliyne?Kenal?Good! Eh ada yang tak kenal?Okay kalau korang tak kenal dan tak familiar dengan nama penulis Fajar Pakeer ni,then korang boleh google lah.Malas nak google untuk korang.ngeh ngeh ngeh =p(Eh tak tak,just klik nama penuh orkid dekat atas tu) tengok.. baik kan hambah allah yang seorang neh :3 siap link kan lagi. *muntah*

Hye Orkid, (suka hati je aku panggil orkid kan?harhar)

Okay,ini adalah review pertama dari saya.Walaupun saya pernah membaca 'Tuan rumah Pembantu rumah' yang ohsemm tu suatu ketika dahulu,tapi saya tak mempunyai kesempatan untuk review.Apa-apa pun TRPR memang ada kelasss hokeyhh! 

Kekasih Halal.Walaupun tittle dia cathcy tapi still saya tak teruja nak baca.(apa neh,kata catchy ,pastu tak teruja lah.haha.pening)So bila saya belek-belek novel lain yang ada dekat rak  MPH Midvalley,still macam "oh i dah baca semua tu ollss" then,saya  patah balik ke rak dan mengambil kekasih halal.Lalu membaca sinopsis.Dan tatkala membaca beberapa bab sebelum ending dan endingnya.kikiki.Saya rasa macam ommjayyy.Apesal macam best? Haaa.




Mungkin jalan cerita KH (kekasih halal bukan kemahiran hidup kayy.haha)dia yang buat saya rasa novel ni masyukk kot.Hmm, jalan cerita yang mengisahkan pelajar universiti yang membina 'mesjid'.Terpaksa atau tak,saya  tak nak sentuhlah.Yang pastinya,dua-dua ikutkan keputusan parents mereka sebab tak nak kecilkan hati.Hmm.Yang saya tahu jalan cerita seperti ini lah yang saya idam-idamkan.Mengisahkan tentang perkahwinan semasa belajar.*ehem*

Feroz Ejaz dan Lutfa Shirin Mawar watak utama yang saya kira sangat kontra antara satu sama lain.Feroz yang macam caring,bila dah kawen,feroz yang romantik bila dah kawen,feroz yang bertimbang rasa bila dah kawen.Feroz yang ajarkan Lutfa  memasak.Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki lelaki diluar sana.Suami mendidik isteri Inche soami tak boleh menggunakan kuasa veto dan berlagak macam bos bagi perintah aje kayy.

Lutfa pula,bagi saya watak seorang yang pendiam kadang-kadang macam naif pula,Lutfa  yang menerima Feroz seadanya,kemudian jatuh cinta yang sangat-sangat,ibaratkan hatinya diserahkan semua pada Feroz which is not good sebenarnya.Saya pernah dengar ,kalau kita bercinta,jangan serahkan hati kita 100 % pada our spouse.Sebab incase ada ombak yang melanda hubungan,still boleh berfikir dgn waras dan teruskan hidup.


Pada awal penulisan, saya rasa saya faham cerita yang disampaikan sampailah waktu Lutfa mendapati bahawa Feroz tak pernah menerimanya.Okay.Time nih macam pending seketika.

What the hell yaw?! Dah kahwen,sampai Lutfa pregnant,then Feroz boleh declare 'terlanjur' kalau Feroz ni ada dialam realiti memang terasa nak bagi penyepak je.*emo emo* haha

Kasihan pada Lutfa yang mencintai Feroz sangat-sangat ,bila dalam diam, Feroz tak mencintai dia dengan kata lain still cintakan Irin.Mana dia tahu,selama ini semua yang Feroz lakukan untuknya hanyalah sebuah lakonan.Ya! Masa ni saya cuba kaitkan dengan kehidup an realiti.

Sebenarnya kawen muda ini ada pros and cons, unless dua-dua memang kenal hati budi (sy tak menyokong hal-hal dating dua-duan,pegang-pegang tangan semua tu.maksud saya,kenal bawa jumpa parents then istikharah,.)dan nak kahwen atas kemahuan diri sendiri,then should be okay lah.Kalau lelaki tak dek kekasih gelap dan perempuan pun sama tak dek kekasih gelap juga.Insya-Allah,ikatan tu kuat lah kut.

Lain hal,kahwen muda ini banyak tanggungjawab.Ya! kawen muda atau tua atau tak kawen pun still bergelumang dengan tanggungjawab.Tak dinafikan.Cuma kalau dah kawen muda ni,kau kena berlapang dada lah nak bertanggungjwb sbgi anak,menantu,ipar,pelajar dan bla bla bla.Oh ! menjaga hati pelbagai pihak jangan dilupakan.huuu.

Kisah yang berpanjangan tapi tak dek istilah boring,sampailah Feroz tersedar yang Irin  sebenarnya bukan jodoh dia.Feroz mula mendekati Lutfa semula.Dalam rajuk Lutfa,dia tetap menyayangi Feroz.Dalam marah lutfa,dia tetap memerlukan Feroz.Hmm mungkin sebab Lutfa isteri mithali lagi taat?haha,

End  of  this story, happy ending ! Suka tak suka tak?! haha So,sapa-sapa yang tak tahu KH ni,tak baca Kh lagi,boleh terjah kedai berhampiran. Tak rugi :) eh manfaatkan lah baucer buku teww.kikikiki.

Congrats OE sebab hasilkan novel yang menarik! Moga terus sukses dalam bidang penulisan.weee

Review ikhlas dari saya.Jangan berat lagi memberatkan.
Terima kasih sudi singgah dan baca.! K.Salam.



Saturday, March 23, 2013

Routine !





Aku yang bernama siswi.Semenjak menjadi siswi pada tanggal 2 September tahun kepas (tahun kepas pon  boleh.Lepas weh lepas =p) di universiti tertua,aku telah berjaya menjalani beberapa rutin.Rutin seperti pergi kekelas pada hari isnin,selasa,rabu dan khamis.(mengikut jadual semasa)

Jumaat,Sabtu,Ahad,-Cuti.Tapi selalunya,hari Jumaat aku akan luangkan masa untuk berjimba-jimba,tak kiralah berjimba dengan siapa pun,dan fakta! aku selalunya berjimba secara individual.hewhew

Sabtu-Hari untuk siswi mengemas bilik,loker, mengelap meja belajar,melipat baju,membasuh baju,menjemur baju dan menyeterika baju untuk pakai pergi kuliah seminggu.dan menyapu sampah sarap.AKtiviti -aktiviti yang dijalankan ini menjadi salah satu praktis ya untuk menjadi isteri yang solehah hah! kah kah =p

Ahad-Masa untuk siswi review apa benda yang dah belajaq seminggu yang lepas sambil melayari internet dan selalunya internet itu lebih aula untuk di layar daripada menelaah  ya. hahaha



Selain itu,siswi juga telah mengambil langkah bijak untuk menyertai kelas perbualan bahasa arab (sip3) student international program. tapi sebenarnya siswi dah silap tafsir sip3 tu yang sebenar ialah self- improvement program.kehkeh

Seronok sebab siswi telah berkenalan dengan international student dari japan,kaghestan,india dan juga malaysia.wuuu.


Dan rutin terakhir adalah memakai kad matrik setiap masa.Nasib tak bawak tidoq dengan mandi ja.haha
Nampak tak muka skima tew? =p


Last but not least,lalalalala =p K bye.


Peraduan Review Novel

 Salam alaik !

copy paste dari HNAMF

Ambil kesempatan,menaip dimalam hari.Nak share something related to novel.Yippy!Aku masuk peraduan review novel bersama HNAMF (Hantu Novel Alam Maya Fanpage) Selama ini aku memang tak pernah masuk peraduan-peraduan camginih.hewhew

Aku cuma nak bagitahu la,macam mana aku boleh terjebak dengan peraduan nih.Sebenaqnya poster dia nih dah lama keluaq,tapi aku yg hesitate nak join ke dak kan.Ini disebabkan level kekonfidenan aku berada ditakat yang amat rendah.Aku selalu rasa mcm,aku tak layak nak join something.Dush!

So lepas,aku tengok balik cara-cara peserta  lain review,so semangat aku bertambah-tambah la nak join.Kalau menang,dapat hadiah misteri nusantara.hekhek.Aku tak kisah pasal hadiah misteri tu,cuma aku nak cuba serlahkan bakat penulisan (tak daklah menulis sangat,just review pasal novel yang kita baca je pon) yang aku rasa aku dah rendam lama kot since aku sekolah rendah.Macam biasa,bila aku start menulis,aku rasa macam tulisan aku macam sampah la kan.Kan dah cakap tadi,keyakinan aku mmg rendah.pheww~

Biasanya,aku review jugak tapi dekat blog ini jelah.Kali ini aku,hantar review sebagai peraduan.Well,benefit pada orang lain, orang lain boleh tahu sedikit sebanyak lah tentang pandangan kita tentang novel yang kita review.So review,biarlah jujur dari hati yang suci lagi murni.ehehehehe :)

So, are you interested nak join peraduan nih?Jom-jom,pergi dekat link atas tuh,then klik.Baca syarat-syarat peraduan ! Dan jom join sesama.Mari semarakan budaya membaca! Eh!

Copy and paste dari : http://www.facebook.com/HNAMfanpage

Peraduan ini di adakan sekadar untuk menceritakan keseronokan kita bila membaca satu2 novel. Mungkin dengan info yg diberi dapat membantu hantu2 novel lain untuk mencari novel kegemaran mereka dan boleh kita berkongsi dan menarik minat pembaca yang lain untuk turut sama membeli dan membaca buku berkenaan. Sama2 kita memeriahkan industri penulisan Malaysia…
Jangan lepaskan peluang cuba mengasah bakat anda.. Pastikan anda fahami terma & syarat di bawah.. ♥

Syarat-Syarat Peraduan:

1. Terbuka pada semua Geng Hantu Novel & pada semua yang minat membaca. Termasuk admin2 page & group.
2. Like Page HNAMF : https://www.facebook.com/HNAMfanpage 
3. Peraduan bermula Januari 2013 – Disember 2013.
4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan ulasan (review) tanpa had. (lagi banyak hantar lagi peluang cerah untuk menang.)
5. Setiap review/ulasan mestilah kreatif, asli matang dan jujur.Tidak dibenarkan mengutuk atau cuba menjatuhkan mana2 novel atau penulis atau syarikat penerbitan melainkan kritikan membina dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
6. Minimum sekurang-kurangnya 100 patah perkataan atau lebih.
7. Hantar review/ulasan anda berserta gambar novel yang ingin di review ke inbox page : https://www.facebook.com/HNAMfanpage ( admin akan memasukkan penyertaan anda di dalam album peraduan) 
8. Pemilihan pemenang akan di pilih berdasarkan secara random ( Cabutan Bertuah setiap 3 bulan sekali. Hanya seorang sahaja yang akan menjadi pemenang dalam masa 3 bulan) lagi banyak review/ulasan novel yang di hantar lagi banyak nombor cabutan yang akan memberi peluang untuk anda memenangi.)
9. Admin HNAMF akan memilih pemenang & membuat pengumuman pemenang peraduan ini pada tarikh-tarikh berikut:
31 Mac 2013
30 Jun 2013 
30 September 2013
31 Disember 2013

Pemenang akan memenangi: ♥ HADIAH MISTERI ♥

Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, Facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan..

Selamat Mencuba!! (n_n)

Salah satu review aku.Nah! Karya Rania Firdaus Okay peeps! Selamat mencuba :) K.Terima Kasih sudi singgah dan baca!
Salam.


Wednesday, March 13, 2013

Review Novel : Hati Kita Satu Oleh Rania Firdaus


Stress menjelma,
Disaat esaimen tiba.

Tatkala minda kelu,
HKS menjadi terapi bagiku.


Wah wahh wahh pantun dua kerat,dua kerat giteww! haha:p saja saja mencuba bakat yang dah lama terendam.So malam ini,disebabkan aku stress dengan esaimen aku yang berlambak.Jadi ,aku ingin menulis review, khas untuk HKS.
Sebelum tu, u guysss nak tahu esaimen aku ada berapa?

Sikit je.0fficially ada tujuh.officially teww,kemain lagi.kah kah kah :p Tapi aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas mendepani hari hari ku... Alhamdulillah.Dan aku masih mempunyai kesempatan dan kelapangan untuk menulis review.Aku memang hebat kan?Tau tau!(ni riak tipu-tipu.keh keh :p)

Okay okay.Mesti you guyss dah tak sabau kan nak tahu review kali neh.Hemmmm..Okay let me introduce, novel ke enam untuk tahun ini,taraaaaaaa.....

' HATI KITA SATU '

Hati memang satu weh.
         Yang satu itulah yang sukar untuk dijaga.
                         Penuh maksiat,hitam.Penuh amal,jernih. :')




Cerita ini mungkin digarap mengikut pemahaman  dan pengalaman penulis sendiri.Tapi sebagai pembaca, tak salah bukan kalau saya memberi  sedikit komen yang saya kira membina lah.Bukan saya orangnya untuk menyatakan komen-komen yang menjahanamkan.Penulis itu manusia.Manusia itu dilahirkan ada kelebihan dan kekurangan.

"Hye kak Rania,ehehehe ;)

Untuk kali ini,sejujurnya saya merasakan bahawa cover novel HKS sangat menarik.Menarik kerana mungkin ia berlatarkan pepohon hijau dengan kotak yang penuh dengan gambar-gambar,dan kalau tak silap saya, gambar-gambar tersebut sebagai simbolik kepada jalan cerita yang digarapkan oleh akak. (tapi cover novel sebelum sebelum ini pun tak pernah mengecewakan saya :))

Saya tertarik membaca kisah Sara kerana disifatkan dirinya yang sangat dingin dan beku terhadap lelaki.Malang nya korang yang bernama lelaki. keh keh keh. Hanya ada dua lelaki yang boleh di terima nya, Anas ,anak saudaranya dan arwah tok. 

Hati Sara benci tatkala mengenangkan peel ayahnya..... meninggalkan dia,kakak dan uminya suatu ketika dahulu. Setelah bertahun-tahun si ayah mencari sara dan kakak untuk memohon maaf dan menyesali atas kekhilafannya.Sara cuba lari dari berhadapan dengan ayahnya tapi bak pepatah melayu, air yang dicencang tak akan putus .

Menyelusuri cerita ini,buat saya faham sedikit perasaan kawan-kawan saya yang mempunyai masalah seperti ini.tak semua datang dari keluarga yang bahagia dan harmoni.


Dan hati saya bertambah riang ria di pagi raya apabila dapat meneruskan bacaan pada part,Sara jumpa Kuz Kusyairi  dan lelaki itu menegurnya memakai baju terbalik! 
* part ini memang lawakss.Gila first day kerja,pakai baju terbalik.keh keh :p*


Dengan Luthfi,dia tetap beku.Tapi dengan Kuz boleh pula bercerita,berkisah! Ajaibnya Kuz.ehehehhe Saya memang suka Kuz dari awal (walaupun tak baca lagi..)so ini dikira bias.haha.

Bagi saya,ego stat Sara tak stabil kerena didescribekan sebagai seorang yang degil,keras kepala dan lain lain dan sehingga sanggup mempergunakan Kuz untuk kepentingan diri.Ya bila kita terpaksa,apa sahaja yang terbentang dihadapan kita,kita gamble saja.Masa ni tak kira dah betoi ke tak tindakan yang diambil.Mungkin dia lebih bersifat IB kritikal dan KK menentang disebabkan hidup dia yang lepaskann...

Well, macam mana kita tak suka lelaki pun, kena terima juga suatu hari nanti kita tetap akan berdampingan dengan lelaki juga kalau tak nak jadi eljibiti lahh.ehehhe.

Kuz Kusyairi pula saya pandang seolah-olah dia mirip dengan Izhar.Mungkin sebab dia sangat natural kot.Natural?(mungkin akak kena cipta watak lelaki yang lain lain sikit?ehehe)Entah tak dapat nak describekan sebab macam payah nak jumpa lelaki yang macam ni,hmm.Kuz yang rasional walaupun pernah kehilangan Misya dan keluarga tapi dia meneruskan hidup tanpa menoleh kebelakang.Kuz yang sangat memahami dan pada yang sama egonya tidak tinggi melangit walaupun dia dipergunakan tanpa sedar dalam perkahwinannya.

Luthfi  pula pada perkiraan saya,terlalu takut untuk cuba meluahkan perasaan hanya kerana sifat dingin sara.Cepat mengalah ,dan hanya tersedar untuk berterus terang disaat Sara dan Kuz bakal diijabkabulkan.Kan dah terlepas.eheheh(Mohon lepas ni,buat novel pasal luthfi pula.eheheh).

Dan saya rasa sifat berterusterang,memahami dan saling menerima antara satu sama lain yang digarapkan dalam cerita ini merupakan elemen -elemen yang sangat penting bila dah berumahtangga ya..Kalau tak de memang,cepat roboh 'rumah' tu.

Seikhlasnya,saya seronok membaca HKS dan tahniah untuk kak Rania Firdaus atas hasil kejayaan melahirkan baby baru ini.ahakzzz :) Semoga akak terus sukses dalam menghasilkan karya-karya yang berkualiti ^^ 

Okay, for those yang tak baca lagi,hatta tak beli lagi sila dapatkan di bookstore berhampiran anda.haha.Rugi tau kalau tak baca.Happy ending yaww...

Minta maaf.Ini semua adalah review dari hati saya sendiri setelah membaca HKS.Jangan berat  lagi memberatkan okay? :)Terima Kasih kerana singgah baca ! Salam.



Sunday, March 10, 2013

Kuliah : Seerti-seia dan sekata


Semester dua sudahpun berlalu hampir satu bulan. Apa? Baru satu bulan? Pheww.Aku dah rasa macam 1 sa puluh ratus tahun kot. Dan kali ini sukacita untuk memaklumkan pada korang semua yang kelas-kelas sem dua ini adalah yang terbaekkk!!

Kenapa? Kejap.Kejap.Tarik Nafas dulu.
Dah tarik,hembus.
Tarik lagi,hembus.

Bagus adik adik ku Insya-Allah Boleh ;)

Jawapannya seperti berikut :


  1. Sem dua aku ambik 20 jam kredit termasuk hafazan.Pheww.Menggelegak otak.Tipu.ni namanya tak tahan dugaan dan cobaan hidup.
  2. Kuliah sem dua lebih awesome dari kuliah sem satu.Ke 'awesome'man kerana subjek tu aku minat walaupun tak semua.Menipu sangat kalau aku cakap aku suka semua.Menipu kuat.kahkah :p
          Antara subjek yang aku suka dan minat :p :


         - Teori Kaunseling Perbandingan.
         - Pengantar Syariah
         - Akhlak wa tasawwuf
         - Madkhal ila falsafah
         - Bahasa Arab
         - writting English
         - Hubungan etnik 
          * Hafazan juzuk 29 

   #  ini namanya aku tgh mindsetting *positif la konon* Kita sebagai pelajar tidak elok ya 
      untuk menganak tirikan mana-mana subjek, kita ya seharusnya ya perlu adil dan saksama ya
      dalam mendalami ilmu ya. *Pengguna perkataan 'Ya' Mungkin ada titik.Mungkin juga tiada titik.
      Makna kata ,aku memang ambik subjek subjek ini dan aku akan meminati dan mencintai
      mereka.Fullstop.
    *Otak sedang beratik * Positif  positif : subjek subjek  itu semua kacang ja. I can do it yawww. :p
     * Ini semua dunia.Ini semua dunia*    Hentak hentak kaki. sobbss sobss.

  3. Lecturer paling hot and spice? 

--- > Dr.Anuar ( P.Syariah ) Sinis dan penuh dengan keperlian.kahkah.kena je sedas dua.

Situasi 1:

Dr.Anuar : Sebagai seorang muslim,antara solat isyak nak ke solat subuh itu, 
                kita sepatutnya penuhkan dengan solat apa lagi ?  

Satu dewan ,part lelaki : Solat sunat istikharahh ustazzz... ( sambil gelak-gelak)
Dr.Anuar :  Ini memang desperate ya.Hmm Bagus bagus.

Kahkah ;p ( Aku ja yang boleh gelak sebab aku  ada masa kejadian.)

Situasi 2 :

Dr.Anuar : Apa maksud komprehensif ( masdar ) ? 

Satu dewan : Syumulllllllll.. ( sumber )

Dr.Anuar : Apa maksud syumul pula? ( sumber )

Satu dewan : Komprehensiff ( masdar ) ustazzzz.hahaha.


Sama juga dengan soalan ustaz berkaitan  " masdar ". benda -benda macam ni sekurangkurangnya menghilangkan rasa kebosanang dan keboringangg.hahaha

Lecturer lain pun style jugak. prof Kamil,dr.yusmini,ustaz manawi,prof zarina,Mrs Uma, ustaz lutfi Amir,,. pokoknya sem dua ni walaupun sedikit berat ,tapi memandangkan aku menyukai.Insya-Allah aku akan lebh bersemangat.Haaa.Harap-harap bersemangat secara stiqamah la yek.

K lah.Aku dah penat nak tulis banyak-banyak.Semoga sem dua ni sem yang mampu memberikan kejayaan yang luar biasa buat aku dan kawan-kawan sejabatan dan kawan yang berada di sana.haha.



Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...