Saturday, February 23, 2013

Review Novel : One day You'll Be mine Oleh Inawza Yusof




Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini,aku masih sendiri lagi didalam bilik.Seperti semalam.Tiada apa yang menarik akan berlaku,kalau aku tak on laptop,tak log in blog dan tak menulis entry walaupun sepatah dua askara. Roomate aku,Abby pergi retreat dekat Melaka. Amalia busy dengan projek Minggu Explorasi Minda.Aku bersenang lenang dihadapan skrin.Wallah~sangat awesome hidup aku sekarang.

Untuk menghairahkan hidup aku lagi,makanya malam ini,review "0ne day you'll be mine" akan menghiasi dinding blog aku yang kusam neh.


Terima kasih daun keladi,
diucapkan buat ecah esani,
atas kerelaan beliau menjadi model novel ini.




Biar aku mula dari awal supaya semuanya clear dengan apa yang aku rasa.Masuk Mph midvalley,aku terus ke bahagian highlight novel melayu dengan angah.Nampak Odybm,baca sinopsis then aku letak balik.Cover menarik,sinopsis lame.



Honestly,itu yang aku rasa.Lepas sejam,baru ada satu novel dekat tangan iaitu Cud (cinta untuk disewa) tidak dapat tidak,aku kembali mencapai Odymb.Angah tersenyum sinis.


"Tadi berlagak,kata tak best"haha=p

Aha!Bukan berlagak tapi tak terbuka hati nak beli lagi.Ambik lagi,dan belek-belek sampai puas hati.Dan terus bayar.Bila sampai kolej terchenta,aku memulakan pengembaraan aku.

1. Skima
Odybm ,aku baca sambil tidur.Bapak skima punya ayat.Bila terlalu skima,aku seolah-olah sedang belajar dewan tatabahasa dengan cikgu norizan.hmm..

Tapi ada juga baiknya bila ayat-ayat ditulis secara skima,ia dapat membantu kita dalam menguasai bahasa melayu dengan betul,khususnya dalam perbualan seharian mahupun penulisan,seperti yang berlaku tika ini.ehem-.- 

2.Jalan cerita yang menarik.
Macam mana aku tahu jalan cerita ini menarik?Of courselah aku baca,setelah beberapa kali memujuk diri ini " cepatlah baca.novel ini best-manis-masam-semua cukup"Gila kau,kalau aku tak baca,dahla poket ayah aku rabak RM33 tau.Buat membazir ja ,kalau tak baca.Aku baca dalam masa dua hari.

Well,tahniah inawza,kau buat aku rasa kagum gila dengan kau.sebab jalan cerita dia yang sangat berbeza daripada novel yang aku pernah baca sebelum ini.Walaupun tema cinta tak dapat nak dielakkan,tapi still kau berjaya menyembunyikan elemen cinta itu.Syabas.

Lagi satu jalan cerita dia,buat aku rasa macam arghhh rasa nak hantuk kepala,kalau aku skip satu-satu bab.Maknanya memang aku kena baca setiap bab lah kan?Lagi-lagi kalau skip time,Nahda kena sumbat ubat sampai terlebih dos oleh nik,memang perghh..Lepas tu mesti kau rasa,yg penulis ni entah apa-apa tapi sebenarnya aku yang tak baca.haha:p



Jalan cerita yang bersegi-segi.Tak dapat nak didescribekan. Bila Ehsan kawen dengan Fitri,lepas tu ada Aya tiba-tiba.Macam turun dari langit.Ada pula nik,nahda,firasya,Jun dan mcm-mcm lagi lah.Lepastu,ada zarith and last2 korang boleh pengsan kalau tak baca setiap perkataan,setiap isi,setiap muka,setiap bab.nasihat aku baca elok-elok.take your time.jangan baca mcm korang sedang dikejar anjing gila.

dan baca novel ni memerlukan kesabaran,konsentrasi dan imaginasi yang amat tinggi.harap maklumlah.

3.Watak.
Ehsan dan Fitri,kalau dua-dua orang nih hidup aku nak pergi stay dengan diorang.kahkah:p Gila apa tetiba nak menumpang.Entah.Diorang ni dicipta dengan sifat yang  sengal,beku,keras kepala, perasaan yang separa, dan beberapa sikap mazmumah yang lain.haha:p tapi diorang tetap sweet dengan cara mereka sendiri.

4.Bad impression 
Selepas aku beli Odybm,aku baca separuh.Lepas tu,bila aku baca komen pasal odybm dekat facebook,aku rasa geram la pulak dekat pengkritik or apa-apa jelah nama mereka.

Banyaknya cakap tak best,pasal ayat skima la, tebal ,meleret-leretla dan ada yang cakap tak best.So aku pun terfikir-fikir la jugak kan.Aku rasa yang baca Odybm,yang kutuk tak beragak tu sebab diorang still budak-budak bawah umur yang nak semua novel-cinta yang tak dek isi je kot.cinta mesti nak sweet sweet.Oh come onlah dalam hidup ini,mana ada semua benda manis je.Tak thrill la hidup kalau tak dek masam mcm konflik.Berasas?Ya! Sangat.

5. Kepada penulis inawza yusof.Tahniah sis.kau memang kaku dan beku. i like it yaww :) Cerita best walaupun ayat skima. Teruskan berkarya dan hopefully,kau sorang yang ramah dan jangan lupa baca blog aku neh -___-



Okay.review aku memang tak ketahuan so look do i care?nahhh.Siapa nak usha blog penulis,klik inawza.Happy reading yaw mangai!Ksalam.

8 comments:

  1. Hai Athirah ^^
    Terus-terang saya katakan yang review ni buat saya sangat terharu. Terima kasih untuk ulasan yang cukup panjang dan sempoi ni. Sweet sangat~

    Dan ya, terima kasih sebab sudi memiliki ODYBM + bertahan dengan semua kekurangan yang ada. Juga, terima kasih kerana memahami apa yang cuba ODYBM sampaikan... That means a lot to me :)

    p/s: Mohon share review ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Inawza.
      Oh ya nak tau umur berapa?sesuka jiwa je beraku kau.haha.sorry.
      review ikut apa yang ada dekat otak ,so ni jelah.hehehe
      Welcome :) Komen sebab sy paksa baca review ni ke?haha

      p/s: Nak share review.Ok.Kalau ada kebaikan,No hal.

      Delete
  2. Hye, saya pon dah lama jugak beli ODYBM nie, masa pesta buku harituh, tp baca lmbt sikit, habiskan yg lain2 dulu.
    Saya pon baca komen kt FB mmg geram tau, sbb dorg komen tk best, dh la saya nie mudah distracted kalau org komen cenggitu. So, terima kasih byk2 sbb buat review yg sgt mendorong! Happy ending? dgn ehsan la nie. Ahakz! loike:DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.happy ending ^^ don't judge a novel by komen orang.wasalam.haha

      Delete
  3. Beli dah lama. Jadi koleksi je. Adala dekat setengah tahun kot. Baru baca 4 ke 5 bab dah rasa otak beku..terus stop simpan dulu buat koleksi..nampaknya dah sampai masa untuk keluarkan semula ODYBM dari terus diperam. Hihiii, btw thanks for ur review.

    ReplyDelete
  4. Beli dah lama. Jadi koleksi je. Adala dekat setengah tahun kot. Baru baca 4 ke 5 bab dah rasa otak beku..terus stop simpan dulu buat koleksi..nampaknya dah sampai masa untuk keluarkan semula ODYBM dari terus diperam. Hihiii, btw thanks for ur review.

    ReplyDelete

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...