Friday, February 22, 2013

Bangkok : Siri 2


Assalamualaikum w.b.t 

Wan-Nee(Hari ini ),aku mempunyai masalapang,alhamdulillah.
So boleh la aku menunaikan janji yang satu itu.Menyambung travelog aku di Thailand. Travelog la sangat -__-

Hari ketiga- 12 Febuari 2013 bersamaan hari selasa.Kami meneruskan kembara kami ke Jabatan Mufti,Thailand di Nong Chok.Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Tempat yang kukira tidak strategik kerana ia agak berjauhan dari bandar Bangkok.Hmm, mungkin ia ditubuhkan di tempat yang ramai muslim.Agaknyalah.

Bangunan Jabatan Mufti,Thailand @ Sheikhul Islam Office


 Dr.Witsarut Murad Lohwitee, membentangkan tentang misi,visi,tujuan dan fungsi sheikhul Islam kepada kami sebelum membuka peluang untuk kami mengajukan soalan.




Antara skop perbincangannya ialah berkaitan dengan  pendidikan.Dan sebenarnya,mereka banyak  menggunakan pendekatan yang ada diMalaysia.Walaubagaimanapun, 
kerajaan mereka tidak menawarkan biasiswa atau dana untuk menaja pelajar untuk sambung pelajaran ke luar negara.

Ada beberapa universiti yang menawarkan kursus berasaskan pengajian Islam bagi melahirkan ustaz ustazah iaitu di Open University In south Songkhla dan juga Pattani.

Selain itu, tahun ini saja mereka menghantar lebih kurang 150 orang pelajar Thai ke Malaysia bagi melanjutkan pengajian di UUM,UIA,USM dan lainlain,sekian berita dari Thai.haha:p

Seterusnya,kami ke Sasnavidya school.Dekat sini,kami diberi peluang untuk melihat persekitaran sekolah tersebut dan sama-sama beramah mesra dengan pelajar dan guru.
Kebetulan ustaz Umaq,tour guide kami sekolah ini dulu.

Ketika disambut oleh para guru dan pelajar-pelajar. Salam dan senyum


Kelemahannya adalah mereka tak pandai berbahasa melayu.dan aku tak pandai berbahasa siam.Oh rugi rugi! :( kalau dak,boleh sembang panjang.haha.bajet.Sekolah ini ada seorang student yang pandai berbahasa melayu,nama Ikram kot,berasal dari Penang. 

Sekolah in menempatkan pelajar berumur 12 tahun sehingga 20 tahun. Guru bahasa melayu sangat diperlukan. So siapa yang lepas belajar nak buat kebajikan jom jadi tenaga pengajar dekat sana.Aku teringin juga nak pergi.Hmm.Tunggu dua tahun setengah lagi.Insya-Allah.


Aku dan student di situ.Depa sangat sopan dan santun.Hmm,,


Bersama dengan tenaga pengajar. 


Mudir dan anak-anak pelajar.Mudir tu sangat terror berbhasa Inggeris.Malu pulak aku >.< 


Kantin yang kukira sangat besar.haha:p Jom sambung main polis entri wantujaga pula-.-



Sekolah mereka sangat bersih kerana mereka sangat berdisiplin.Tidak dinafikan!


 Solat Zohor berjemaah.Teringat pada SMKA(P) :') Teringat pada dewan terbuka Az-Zahra


Situasi didalam kelas.


guru mereka tersenyum pula -___-



Dah depa berdiri bila nampak aku pegang kamera,amik jelah gambaq depa. Sebenaqnya Aku bukan nak amik gambaq depa  pon --......--


Okay hari ketiga tamat disini sahaja.Yeay.Boring gila bila tulis blog saat maklumat yang dua minggu lepas terpaksa diperah keluar semula.Payah tau dak?!Haisyh.




No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...