Tuesday, January 29, 2013

Review Novel : Dia Tak Tanya Oleh Aleya Aneesa


Assalamualaikum.

Hello hello. Siapa disana? Aku disini ! wohooo. Akhir-akhir ni,walaupun aku mempunyai peluang,ruang dan kesempatan tapi aku tetap juga malas nak meng'update' blog aku yang memang ' selenge' ni. 

Nak tahu kenapa? Pheww ~ mestilah disebabkan cuti sem aku yang telah kujalani bermula minggu lepas. Uhuk uhuk*
Macam itu lah aku. Bila tak ada masa, minta bagi ada masa supaya boleh update blog. 

Tapi 

Bila dah diberikan masa oleh-Nya,malas malas malas dek hasutan syaitan. A'uzubillah hi mnasyaitonirajimmm.ehemm.

Okay. Tak payah nak ceramah kat sini pulak.Tujuan aku menulis entry ni adalah untuk mengkhabarkan berita gumbira buat penchenta novel. Di ulang sekali lagi, penchenta novel ok? Bukan penchenta manusia.hahaha :p okay langsung tak lawak -.-

Berita gumbiranya ialah aku telah membeli DTT sebaik sahaja aku habis final paper pada tarikh 16 Jan 2013 jam 10.30 pagi.Amekauuu. terus naik bas rapid ke MPH Midvalley. Nampak tak kesungguhan dan kegigihan aku??Haaa.Nampak tak pe.kalau tak nampak, hmmm .... Lantak kau lahh.haha.
Punyalah aku tahan nafsu dari terbeli DTT sebelum aku habis final.hewhew



Komen aku sebagai pembaca  ;) 

" Assalamualaikum buat kak Aleya Aneesa yang berkaca mata.Saya selaku pembaca novel tegar yang telah membaca karya akak sejak di bangku sekolah rendah (darjah 6,time tu baca semusim rindu :)) juga dikatakan sentiasa mengambil tahu tentang karya-karya terbaru akak  ( terbitan alaf21)  melalui blog dan fb akak,ingin mengulas bahawa DTT ini sangat menarik,tertarik ,DTT memang terbaiklahhhhh !! :D

Sebelum saya meneruskan ulasan saya dengan lebih panjang lebar lagi,ingin saya katakan bahawa DTT mengubat hati saya yang lara tatkala novel akak yang bertajuk :

'Terus Cintai Aku'

Tidak menepati citarasa saya. Oh jangan salah anggap mahupun salah faham okay. Bukan salah akak, tapi salah hati saya yang keras lagi degil untuk mengakui bahawa TCA sebenarnya Best cuma tang ending sahaja yang rasa macam sangat pendek.Kaitan? Tak dek. TCA akan lebih mesra pembaca kalau endingnya dilebarkan sedikit. 

*ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata :)*

Saya sangat menyukai semua watak dalam DTT kerana watak-watak tersebut memainkan peranan yang sangat penting.Bagi saya,ia saling melengkapi.*apehal skima sangat?ehehehhe* 

Najid- saya suka Najid bila part awal-awal.Dia sangat caring dengan Najihah. Maybe time tu dia ada perasaan suka, yelah mana ada orang berkawan tapi tak suka pulak kan... Najid yang selalu mengutamakan Najihah. Tapi kualiti yang positif pada Najid bertukar sedikt negatif bila dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan Najihah.

Jadinya saya mula menukar perasaan suka saya pada Najid kepada perasaan menyampah.hahaha.Saya menyampah dengan Najid.bila suka-suka jiwa dia nak marah-marah Najiha walaupun kesalahan yang najihah buat itu kicik maaa. Sikap Najid berubah selepas berkahwin. Saya rasa ini semua sebab dia ego untuk mengakui perasaan dia kepada Najiha,sebenarnya dah lebih dari seorang kawan baik !

Najihah -  watak gadis yang bagi saya kebudak-budakan dalam sedikit kematangan. Eh ye ke? Bagi saya, dia macam budak-budak,manja kerana dia dimanjakan oleh papanya, Datuk Bazli.kerana dia anak tunggal datuk Bazli dan puan Juhani.

sedikit kematangan,tu saya refer apabila dia buat keputusan nak kahwin ! Ahaa. Tak dek calon cemana nak kahwin. Tapi seperti mana penulis mengatakan ,dia ingin mencuba sama ada berjaya macam perkahwinan ayah atau gagal macam perkahwnan papanya. Tapi dalam hidup realiti,kalau ada yang buat macam tu macam bakal menanggung risiko pulak.hehehe.

Datuk Bazli,Datuk Hakkan.Ilham, watak sampingan lain macam geng fotografi dan lain-lain bagi saya turut menjadi penambah perisan dalam karya akak yang terbaru ni.

DTT ini tidaklah tergolong dalam  karya picisan* ehemmm.* kerana didalam kandungannya terdapat pelbagai elemen positif yang membuatkan saya terfikir banyak kali. 

Contohnya hal-hal kahwin, tiada istilah mencuba. Bagi yang nak kahwin. perlu tahu banyak benda macam hak-hak seorang suami/isteri ,tanggungjawab dengan keluar mertua dan hal-hal lain.bukannya malam pertama ja. Bukan hanya fikir perkara-perkara yang menyeronokan sahaja.

Perkahwinan ini ada dua sisi yang berbeza.Elemen yang membuatkan saya cuba selami,macam mana perasaan anak-anak yang tiada salah seorang penjaga sama ada ibu atau bapa. Tak kira disebabkan penceraian atau pun kematian. 

Apa-apa pun, tahniah buat kak Aleya Anessa kerana berjaya mencipta watak dan jalan cerita yang memang terbaeklahh !
Semoga terus sukses ! Saya berharap saya dapat berjumpa dengan akak pada pbakl akan datang.ehehehe.Good Luck !
sekian terima kasih " 

Bagi siapa-siapa yang belum baca, weyyy tunggu apa lagi, pi cari dekat kedai buku berhampiran pastu rembat la. Happy ending kot. Tak rugi- tak rugi !  :p

Minta maaf,semua kenyataan diatas adalah review dari hati yang ikhlas :) Jangat berat lagi memberatkan eh?! K Terima kasih kerana singgah baca! Salam.




2 comments:

  1. alhamdulillah... terima kasih athirah sebab sudi menulis N3 yang sangat manis. akak senyum sekarang ni sebab... nilai yg nak akan sampaikan pada pembaca, sampai akhirnya. mmg tujuan akak mengajak pembaca berfikir, khususnya golongan remaja supaya dalam apa pun keadaan, tak boleh buat keputusan mudah dan ringkas sehingga lupa yang hidup bukan setakat untuk hari ini dan hidup kita bukan setakat kita aje, tapi keluarga juga... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kasih.Sorry lambat reply.
      so ,saya rasa akak dah berjaya buat saya terfikir byk kali.
      especially tentang kawen muda, try and error maybe.hehehe.
      thanks also sbb sudi baca review :) Ta sya raf na !

      Delete

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...