Saturday, January 5, 2013

NEW YEAR : TAHUN HIJRAH



Jam 11 malam.Opie yang masih menghadap KELABU sesekali memerhati tingkah Paie yang sedang menyiapkan diri. Jeans, t-shirt long sleeves dan shawl hitam sudah lengkap dikenakan.Make up sikit.

          "Keluar ke ? " soal Opie. Paie mengangguk lambat lambat.

          " Kejap lagi countdown" Kepala Opie pula yang terangguk angguk faham.
         Paie memandang Opie yang sedang membaca novel karya Nadia Khan dengan penuh khusyuk. Paie duduk diatas lantai sambil mengenakan sneakersnya.

         " Kau tak nak join sambut tahun baru sekali ? Meriah kot"
Opie tersenyum.
" Aku dah sambut "
Paie terdiam. " Bilanya? kau sambut apa ja?"

          " Tahun Baru Hijrah" Paie terdiam. Terasa aneh disitu.

Sneakers dicabut dan dia terus menanggalkan tudungnya. Di tarik kerusi cokelat, di capai nota law lalu membaca seperti biasa.

          “ Tadi kata nak keluar?”

           “Tak jadi,esok aku start final”

“ Oh okay. All the best. Aku doakan untuk kau” Opie menyambung bacaannya yang tergendala sebentar tadi.

------------------------------------------------------------------------------

Hye gang ! Cerita kat atas itu tak dek kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya sebuah cerita pendek yang tersangatlah pendek . Idea ini pulak datang bertandang saat aku tengah study TITAS untuk final exam ( itu sebab macam banyak benda tak logik.haha) Berlatar belakang kan bunyi motor-motor yang berderum derum keluar dari kolej,mungkin menyambut tahun baru dan mungkin juga ke library untuk menelaah.Khusnuz Zhon.

Dan aku tak kata tahun baru haremm untuk disambut cuma mungkin cara kita menyambut itu perlu diedit semula.Mungkin ada yang kata, 

'hak tu pi habaq kat 'autoriti' berkenaan.

Dak lah yang hangpa pon pi buat apa. lain kali toksah pi.Biaq depa ja yang pi.Pahemm?Hahaha.

Hanya aku yang faham.ya ya.Aku ja.Sebab ni blog aku.Ini pon aku yang tulis.

Pengajarannya : Ramai gila orang alert dengan tahun baru ( MASIHI ) daripada orang alert tahun baru (HIJRAH).Aku pon kadang-kadang sama ja. *sigh*

Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang *semalam*. Sebagaimana pesanan aku seperti sebelum -sebelum ini *ada ka?*untuk aku dan pembaca yang budiman mahupun budimanita,kalau kita tak mau berubah ,kita jangan jadi penghalang  orang untuk berubah.Okay.Salam yaww !



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you