Posts

Showing posts from 2013

Jauh lagi.

Image
Sejak akhir-akhir ini otak bagaikan  menerawang jauh.

Fikirkan sesuatu yang tak pernah aku kesah sama sekali.

Ini semua gara-gara facebook ah.
Gambar kawan aku kahwen la. bertunang la.
Ciss.

Single is simple.
Double is trouble.

Eheheh.

Tipulah kalau sikitpun aku tak terlintas kann
Tipulah kalau sikitpun aku tak terfikir kannn.

Benda pun Fitrah.
Bukan Fitrah kawan aku tu.

Haihhhhh!

Memandangkan aku tak tahu nak handle camno
Loser sangat neh :3

Aku tanya doc.
Dengan kadar tiba-tiba.
Nasib kau jawab doc. *walaupun kau busy gila* ahaha

Phewww~

Aku tanya dia something yang tak masuk akal bagi aku.

"Kalau kau suka someone,apa kau buat?"

HAHAHA.


*****
Satu malam, dia whassap aku. Tapi sebelum dia jawab soalan aku yang pendek tu Banyak gilos soalan cepu kambing dia. Sampai aku yang baca ni pon nak muntah.
Doc kau nak tukar jadi kaunselor ke hape. Tak pun kau berangan nak jadi lawyer. Aku tanya satu soalan kau jawab dengan soalan lain 
Haihhh!
Perlu ke kita fikir benda tu buat masa …

Semalam.

Image
Semalam. 
Bukan semalam je nak cerita. Sebelum-sebelum ni termasuk sekali la.
Aku terjebak dengan mereka. Katanya nak minum fake cooblog. Dekat foodcourt.
Disebabkan sem ni adalah sem terakhir mereka disini Ape salahnya habiskan masa dengan diorang.
Lagi pun nak minum-minum je "Kononlah" 
Itu cerita jam 1.45 petang.

Jam 5 petang.
Aku duduk di sebuah pondok Dikelilingi bunga-bunga nan warna warni.* fefeling hindustan sangat* heh. Aku baru tersedar aku dah sampai  tasik perdana.Walaweyh. Ini kerja.Memang x berplan.
Memerhati mereka yang sedang bergelak tawa. Aku gelak sama. Memerhati mereka sedang pose ala model Aku geleng kepala. Aku yang dah kelelahan.duduk sajalah. Dah meredah hujan.terimalah padahnya Pening. * sorry ahkakss sekalian. muka kalau pening memang muka serius je keluar*
Tapi aku lagi pening dengan mereka!  Sorang dengan camera Sorang dengan payung pink! haha Sorang dengan gelaran permaisuri.ehem Sorang dengan gaya zapin.candid!
Aku gelar mereka "super dupe…

JKD

Image
Kita seringkali mendengar 'sensasi' tentang manusia lain
Kitalah yang menadah cuping  tanpa segan
Kitalah yang mendengar tanpa rasa gentar kerana takut pada-Nya 
Kitalah akan cuba menterjemah sensasi tersebut kepada sang lainya.

Kita seringkali,  terbuka mata melihat keaiban manusia lain
Kitalah yang melihat tanpa leka
Kitalah yang merenung dengan sinisnya
Kitalah yang memerhati dengan jeleknya

Kita seringkali, menokok tambah segalanya
Kita lakukan tanpa kita sedarinya
Kitalah yang buat dengan hasutan yang bertanduk juga


Kita, seringkali berkejaran untuk bercerita tentang perihal manusia lain.
Kitalah yang terpantas.
Kitalah yang terawal.
Kitalah yang  berkejaran tanpa telat

Tanpa kita sedari, kitalah JUARA dalam mengejar DOSA

Kita memang juara menilai manusia lain.
TAPI 
Kita gagal menilai diri kita sendiri.

[  INTROSPEKSI : KITALAH JUARA mengejar DOSA]

Menilai manusia lain itu lebih mudah dari menilai diri sendiri.
[ hotchocolateplushotspicy]








KOREA. BE INSPIRED. DAY 2

Image
Assalamualaikum! Hey you you! Yes you. Apa khabar?  Alhamdulillah,fine? Cool ;)
Aku rasa malam ni jiwa aku terkacau atau pun terkesan sikit sehingga ia menimbulkan kestressan dibenakku. Aku pernah dengar,kalau kita tengah stress,hold dulu dengan benda yang rumit yang kita sedang buat sebaliknya kita buatlah perkara yang boleh buat kita enjoy. Macam sekarang,aku tengah update blog, ini disebabkan dengan update blog,sedikit sebnayak,stress aku bagaikan melambai-lambai untuk pergi.Heh.
"Macam tipu jerp... macam tipu jerp.." Haha! Gurau ja lah =p

Bagi mengcoolkan balik jiwa aku, aku nak bentangkan pengalaman aku bercuti ke Korea. Mungkin tak semua tempat aku pergi,  Dan mungkin juga hati aku tak recover sepenuhnya dengan entry useless nih tapi sikit sebanyak korang boleh rasa macam korang dah pergi lah. 
Honestly, bila aku pergi Korea,aku tak rasa teruja sebagaimana perasaan aku pergi ke Istanbul,Turki walaupun tika itu aku seakan -akan mempunyai konflik dengan ayahnda tercinta. …

Korea.Be Inspired. NAMI ISLAND

Image
Assalamualaikum! :) 

Cuti mid sem kali ni,alhamdulillah aku ke seoul, Ada ke yang tak tau seoul kat mana?Takpa-takpa, jangan malu-malu  untuk bertanya.eheh! Seoul dekat korea ye adik-adik!. Alahh tempat yang korang suka Oppaaaangg tew. 
Haha! 
Aku pergi dengan family macam biasa. Flight jam 8.50 ke Saigon,Vietnam. (Transit) But then, flight delay dekat sejam lebih la jugak. Dugaan sungguh. Bayangkan kitaorang bertapa dekat KLIA sejak  5 petang.Pheww. Akhirnya,Jam 10.30  kitaorg fly. 
Sampai Vietnam, berduga-dugaan dengan staff Vietnam pulak!Sudahlah lagi 40 minit flight nak terbang ke seoul memandangkan kitaorang dah terlepas flight yg awal akibat dari delay oleh Vietnam Airline. Idk. Depa punya sistem ni main redah ke camna. Ada ke nama panjang kitaorang, dijadikan isu? Ciss bedebah sungguh! Yang pastinya,depa tak tau family name la hape kann.. Lepas tu nak scan beg pon satu hal, sorang cakap kena scan,sorang lagi cakap tak payah. Kena marah dengan pengetua yang dalam group kitaora…

Bertemu penulis alaf21 : Damya Hanna & Lynn Dayana

Image
Assalamualaikum. 
Dear novelholic,
Ini cerita minggu lepas. Tapi dienterykan hari ini pasal boring plus dalam dilema. Tak nak cerita pasal dilema pun. Buat buang mood ke laut je. Tapi nak cerita juga pasal 'temu mesra bersama'  penulis. Jadi sudi-sudikanlah baca entry ni sampai habeh >.<  
Ahad lepas, bila sepupu aku ajak keluar dan kebetulan aku tengah sekeghol(scroll) facebook, aku pun mencadangkan kepada beliau, jom kita lepak alamanda je weh. Haha sebenarnya masa dia call aku tu, aku tengah baca wall alaf21 pasal Kak Damya Hanna dan Kak Lynn Dayana ada dekat MPh Alamanda dari jam 2 sampai 4 petang,huu aku pon apa lagi.Bagai dicita ,ulam mendatang.Eh?! Lewlsss
Gila nak berkisah,aku nana, dgn aini gamble je nih keluar dari kolej pukul 2.30 padahal nak pergi putrajaya tu pon,satu hape pon kitaorang tak tau.hahaha. kewsian sangot kan =p So berbekalkan mulut aku yang macam murai ni, tanya pak cik tepi jalan, tanya aci tepi toilet, tanya kak kaunter bas akhirnya kitaorang…

SEMBANG CEKODOK XPRESI UM

Image
Assalamualaikum! :) 
 to all readers, happy eid adha! :) 
Baru-baru ini, jabatan pengajian media telah mengadakan satu program ' SEMBANG CEKODOK XPRESI UM' Event ni diadakan pada Khamis minggu lepas di Dewan Tunku Canselor, (DTC)  Universiti Malaya. Buat pertama kalinya aku join event sebegini rupa, kalau sebelum ni aku rasa malas gila, kali ni tetiba aku rajin gila. Sanggup redah jambagai! Haha. First intention aku, nak grab t-shirt 'This is our Voice'  je.Haha.Gelabah gila kan? Well,
Thanks to Lela, sebab teman aku redah jam.Padahal dalam UM je pon, tapi sebab waktu maghrib,waktu puncak so taram jelah! Parking dekat Bank Islam.then bermaghriban di surau comel rumah U. Dan berjalan kaki keseberang. Aku dan lela sampai time orang tengah  beratur panjang depan gate utama DTC. Masa tu aku dah nak balik, sebab ramai gila orang! Tapi memandnagkan aku dah redah jam, semata-mata nak kan t-shirt fgheee! Haha redah ja. 
Okay, time ni, Benda yang aku perasan dan buat aku sakit…

Sesi bertemu penulis ,kak Herna Diana di jualan gudang alaf21

Image
Sekarang Karangraf tengah buka jualan gudang hoi! Bagi peminat setia alaf21, korang patut pergi. Rasanya sampai esok kot.Esok 6/10 kan? Haaa. Pergi cepat.

Macam mana aku boleh pergi?, semalam masa aku tunggu nak  buat passport dekat jalan duta, aku scroll fb, tetiba nampak eh alaf21 buat jualan gudang lahhh. Yang bestnya jualan gudang ni kalau pergi dapat 80% kot... Gila tak pergi kan? Aku pun dr taman wahyu terus naik ktm dengan kak put g shah alam. Nampak tak menggilanya aku? Heh..Haaa. 

Sampai shah alam, aku mnx tlg pak ngah pick up.pick up.haha. Naseb la kan sapa suh dia cuti time jumat. Maceh pak ngah! 

Sampai karang kraf, gila naseb tak sawan. Memang la murah tapi tak rama orang snagat! Cool.Aku tak suka dtg time ramai org. Boleh pitam tetiba.

Banyak murah.Tapi disebabkan sem ni, aku rasa duit aku mengalir bagaikan air paip, aku pon beringat ingat lah! Kalau nak beli pakej, latest punya novel  4 buah = RM58.Murah hoi! Kalau beli satu-satu= 20 %.
Takpelah. Pasrah dengan kos hidup seka…

Review Novel : Eksperimen Cinta Oleh Anjell

Image
Assalamualaikum!

Overall cerita dia menarik untuk dibaca! Kiranya kalau korang menimbang-nimbang sama ada nak beli atau tidak, aku suggestkan kaurang beli. Tak rugi pun.Malas lah nak cerita jalan cerita ke apa ke, tapi aku nak cakap yang best lah cerita ni,aku baca pon asyik tergelak je.
Haaa. tu jelah. kehkeh!

Aku bagi 4/5 bintang! 4 tu kira mumtaz la hoi.haha  Selamat membaca ! :)
Short review please,kata otak lalu salur kepada jari. Heh. Aku kesuntukan masa dan juga idea. Terima Kasih.

I'rab,benda paling aku cuak dalam kuliah Arab.

Image
Nampak tak muka adik gugel neh? Muka yang menyedihkan!  Bayangkan aku dalam kuliah Arab.Haa.giteww :(
Stress,

buatkan aku rasa down.Buatkan  migrain menjengah tetiba. Buatkan aku tak boleh buat satu kerja apa pon. Kecuali tidur! Serius, minggu ni aku stress gila bila dua kali aku masuk kuliah bahasa Arab. Aku takdek masalah belajar b.Arab sebab dari form one aku belajar walaupun tak dek lah terror mana tapi still aku gumbira kalau belajar arab. 
Tapi kuliah arab yang aku lalui ni memang disaster habeh la :( HORROR! Ustaz Nik baik tade masalah,dengan lawak beliau yang memang saja nak bagi aku gelak nampak gigi, so kay. Tapi part I'rab tu aku macam clueless siket. Siket?Banyak sebenarnya! Dan sebab itulah jugaklah aku sakit kepala bila fikir turn aku kena i'rab, bila dah tau turn,aku dah sedia dengan berbekalkan jawapan yang aku konfem betol, ustaz melencong panggil orang lain pulak.Adehh! Malapetaka betul.
I'rab ni macam, zahaba,sebutnya zahaba, so kenapa kena baca zahaba?…

Review Novel Anthem : Hlovate

Image
DEAR  A.N.T.H.E.M,



Akhirnya, aku baca juga. Itupun setelah aku membebaskan hati,jiwa dan otak dari ancaman dan kritikan yang tak berapa enak didengar,konon konon tak berapa nak menggapai jiwa la anthem neh.eheh. Tapi, Bila dah baca,aku rasa macam biasa. Macam duk baca novel-novel Hlovate hak dolu dolu, hak lain lain tu je la.Semuanya dah baca kecuali Contengan Jalanan. (Sebab aku masih tak tertarik lagi nak baca walaupun novel tu sebenaqnya ada ja  tersimpan rapi dalam rak.)





Anthem, berisi,berilmiah itu mestilah walaupun watak hero dengan heroin kalau bukan engineer mesti doktor.haha. Dan mesti kes budak perempuan tak pun budak lelaki yang 'rebel' .. mencari- cari makna ISLAM yang sebenar.
Bagi aku, Anthem tertarik ada beberapa sebab. 
Pertama, Ada watak baru dan juga selingan watak lama. Seronok dan menggembirakan bla baca dialog-dialog yang aku rasa aku sendiri pun tak berapa nak faham sangat tapi aku try untuk fahamkan juga. Betapa gigihnya aku! heh. Disamping, aku menghay…

Langkawi : Lima perkara yang aku tak kan lupakan.

Setiap perjalanan atau pengembaraan tak sah kalau tak meninggalkan momen indah untuk kita pahatkan dalam hati kita. Sama jugak dengan aku. beberapa tragedi menyayat hati yang berlaku masa trip ke langkawi dan diakhiri dengan lawak asbestos sungguh. 
1. Time nak pi dinner dekat Haji Ramli, Masa tolong azwa supaya masuk parking, aku tak perasan s3mini aku jatuh dekat jalan raya. Dan nak jadikan cerita, s3mini itu masih rezeki aku, sikitpon tayar tak lenjan tepon aku. Kalau dak,mungkin aku menangis keluaq ayaq hingus teroihh. * Masa makan aku diam je mengenang detik-detik telefon aku bakal jadi mangsa lenyekkan avanza*
2. Balik dinner, nak pergi dataran helang. Pqah selaku driver waktu itu guna jalan ke Kuah yang memang jarang orang duk guna. Dengan jalan raya gelap, lampu pon segan mati tak mau. Kereta yang selisih dengan kereta kami boleh kira. Jalan tu buatkan kami rasa lama la pula nak sampai ke Kuah. Jalan mana nak habaq pon tak tau. Tapi dia lalu Maritim dgn tentera. Hororrr! Nasib t…

Langkawi : Trip last minute.

Image
Hye yaa people!  Assalamualaikum :) 
Langkawi trip untuk dua hari satu malam memang gempak la. Seronok bukan main,budak-budak separuh remaja separuh dewasa neh. A million thanks : Azwa & Hani. Sebab depa dua neh yang contact sana sini. Haha. Depa dua neh memang terbaiklah. Next trip aku volunteerkan diri.heh. 
Naik ferri pukul 9.30 a.m dari jeti Kuala Perlis. Sampai Jeti langkawi dalam pukul 10. 30a.m. Tiket pergi balik rm36.Then tunggu pak cik Azhar, manusia yang bertanggungjawab untuk bagi kereta sewa. Disebabkan kitaorang pi enam orang so, avanza  ( rm180) okay  la untuk bawa jenjalan. *Tapi bengang juga sebab pak cik mai hantaq keta lambat :3 dah wasting time *
Driver untuk sesi jelajah ke Langkawi, yang paling gagah perkasa piqah dan azwa.haha. gamat dalam keta sebab depa dua neh. Aku jadi co-driver paling lembab baca peta. sorry.eheh.
Tempat pertama kitaorang pergi, Nusntara minyak gamat, sebabnya pak cik aku pesan beli minyak gamat, lagipun tempat ni otw nak ke Langkapuri inn, te…