Thursday, December 27, 2012

B.A.L.I (Part 1)


Assalamualaikum w.b.t

Hye hye. Selamat ber'study week' yaww -.- Sangat tak cool okayy bila kau 'jenjalan cari pasal' masa study week.Memang tempah penyakit sawan * Nauzubillah* Bila masa nak study kalau  lagi liburan mbak?!! Bukunya kemana? Apanya ke mana?

Tapi apa boleh buat? Aku terpaksa pergi jugak -.- Hahaha.Penggunaan perkataan 'terpaksa' itu seakan tidak logik difikiran yaa.. hmmm.haha

Bali ,here i comeee.Hoyeah hoyeah.Alhamdulillah.Akhirnya sampei jugak  ke Bali,Indonesia.Well, aku nak cakap, trip kali in adalah trip last minute.Dan semuanya adalah last minute punya planning, last minute punya packing.dan semuanya last minute.hahaha. Btw thankss ayah dan ibu sebab tak lupa bawak anakmu yng jauh  diperantauan ini.kehkeh. Thanks ALLAH :')

Aku sampai Bali, jam 8malam (kalau taksilap) :p  di Ngurah Rai Airport,Denpasar.Ambil taksi ,terus ke hotel bakung sari * hotel murah :p save bajet okay.Janji boleh tidur untuk beberapa hari,so that's okay.


Malam itu, dsebabkan perut masing-masing lapar kebuluq, so p keluaq sat cari makan.Dekat Bali, untuk pengetahuan readers,ada dua pilihan sama ada nak telan nasi padang atau masakan Jawa ( yang confirm HALAL) yang lain tak dijamin. so sampai Bali.pleasee berhatihati dalam bab makan2 yaa.

( jangan tanya halal pd peniaga,sebab diorang akan cakap halal automatically dan sebenarnya tak halal pon.) Aku dgn family dah terkena hokehh.Dan lepas makan,tidur.


Next day, pak wayan lagi bawain kita semua ke bali coffe & spices  Dekat sini, ada pokok kopi dan koko dan luwak ( mula-mula aku tak tahu luwak itu apa,sebenarnya dia sejens bnatang yg mengeluarkan something*ehemm,) so orang minum kopi luwak.


Masa sampai tu hujan so that's why kena guna payung kan.Karang demam acane? enggak bisa liburan seenaknya.haha di bawah ni pulak teruja tgk pokok apa eh? Aku lupa kopi ke koko entahh.Koko rasanya..


Di bali,kopinya masih .. mcm mana nak cakap eh, masih di masak,di goreng pakai manual.Dalam kuali tu kopi..


Tarrraaa ! pastu tiba-tiba dah boleh minum,haha. yang jernih tu teh ginseng dgn teh limau, yg lain kopi ( byk jenis) aku tak ingat. Minuman ini free ja.ala-ala testing gitu kann.Nak tambah,sila beli sendiri.haha ;p

Dan tengah hari nya,kitaorang pergi candi kuning. Candi kuning, tak sure tempat apa,aku tengok macam lebih kepada scenery dia yg cantik, tp kebetulan ada perayaan agama atau budaya,aku tak sure so sempat la snap gambaq yg ............


Gambar bawah tu,nampak yg pakai baju putih-putih tu kan, kiranya uniform la untuk sambutan diorang.Macam kita baju melayu+ baju kurung.Diorang ada jugak pakaian tradisi.di Bali ni, mostly, 90% hindu,10% -islam,budha dan lain-lain.( sumber pak nyouman )

kat bawah ni jugak, tgh tunggu diorang punya acara la.tak tahu la acara apa.hewhew



Yang pakai baju pink kat bawha ni pulak, diorang punya band gamaknya.hahaha Mungkin sempena acara diorang tu sbb ada musik musik.

Gambar bawah ni lagi, kalau yg lelaki baju putih dan berkain batik ( pd pemerhatian aku la) yg perempuan pulak ,kebaya ketat yaww..ehem.. haha.dan ada talipinggang mcm korang nampak tu lah..

di candi kuning ni sempat juga aku dengan family naik bot yg dipanggil bot atap.Aku tak tau sebab apa nama mcm tu. so kelilinglah tasik Batan.So nak tahu lebih lanjut,just click dekat candi kuning yang aku warnakan kat atas.mana tahu aku punya cerita salah kann...

Seterusnya ,kami ke Tanah Lot Bali .Kalau dekat candi kuning tadi,aku ckp scenery dia cantik.Dekat tanah lot lagi awesomee.Sangat.Malangnya dekat sini gambar yang dcapture oleh aku dengan angah,tak jadi langsung.( mmg tak terror ponn) haha.Frust jugak lahh ;(

Bawah ni.Tanah Lot.




Hari Ahad, kitaorang kasik chance dekat ank bongsu dalam family kitaorang ,eby pergiBali Safari & Marine Park. Memang satu hari kitaorang jadi kanak-kanak ribena balik, perg tengok binatang la, main ape yg mcm nak roller coaster tu* aku tak tau sgt nama dia, aku naik je.haha


gambar bawah in,kalau perasan ada benda putih tu, seekor ayam yang dilesapkan oleh pirana dalam beberapa saat dan beberapa minit. Kalau letak tangan kita? apa jadi..hmm.

Gambar bawah ni tak berapa clear, pertunjukkan haiwan yg membawa mesej yang berguna.Ada ular,orang utan, burung, kucing, dan banyak lagi lahh..



Eby yang berlengaih, teruja sebab ni tempat dia.. hahaha.peace dlm keadaan malu-malu kucing,ciss. Seronok sampai tak nak balik..



Muka teruja lagikk.



Okay.Selepas dah berpeluh peluh dan berlengai lengaih dekat safari ... pak wayan bawain kami ke Jimbaran
tempat ini,pada pemerhatan aku la kan, lebih kepada tempat makan seafood. hmm kalau kat perlis,mcm area Kuala Perlis.Permandangan dia cantik. Dan tiba-tba aku terfikir ' inike tempat org selalu honeymoon ,bila lps kawen cakap nak honeymoon kat Bali' Tiba-tiba angah cakap dia nak honeymoon kat sini jugak.hahaha ;p 

Kalau inilah tempatnya,hmm not bad.Makanan dia okay lah tp harga dia agak kemahalan.Aku rasa kurang berbaloi-baloi.hahaKalau orang cop duit boleh la pi selalu.kahkah :p

Gambaq bawah ni ,ada bunga dkt telnga eby.Mmg setiap kali kita masuk restauran ni,pelayan dia akan selitkan bunga ntahapa namanya pun aku tak tahu dekat telinga,kalau yg pakai tudung selitkat tepi lipatan tuhh.haha




Keadaan ketika waktu maghrib...dan hadapan meja-meja itu adalah laut ke pantai ntah.Aku terfikir satu benda ja time nih..cuak kalau tetiba TSUNAMI datang. Seriuss. Alhamdulillah okay.tadak papa.Masa time makan,ni adalah pulak yg penyanyi jenis dtg dari meja ke meja nak dedikasikan lagu utk husband ke wife ke gelifriend ke buaya friend ke..


(Izat merenung masa depan,tahun depan aku nak masuk sekolah mana.Derma ke Agama Arau) haha :p


Satu benda yang aku belajar dari pak wayan ( supir time kitaorang stay kat bali)

Anak sulung = Wayan
Anak tengah = Madei ( kalau tak silap)
Anak ketiga = Nyouman
Anak keempat = ketut ( aku tahu apa yg korang fikir) kahkah :p

Kalau korang perempuan, kena tambah NI WAYAN fatin nurul athirah *bapak panjang nama.haha
kalau lelaki, E( e ni pon aku tak sure tp rasanya betul ) Wayan (nama korang lah )

Aku rasa ,buat masa ni cukup la nahh. Insya-AllahNanti aku update lagi untuk hari ketiga dan keempat.ni saje update buat hilang ngantuk time study*konon.hahaha :p Till then.Harap korang enjoy
thanks for reading ^^

p/s: Final -next week, wish me luck :) Allahumma Yassir rabbi yassir wala tua'ssir.


Friday, December 14, 2012

Pengucapan Dakwah -Applikasi



Assalamualaikum. 

Ustaz Roslan cakap suara aku *kasar*,maksud ustaz suara aku sedap lahh. haha.Boleh terima tak ? Tak? hokehh?!! haha.  Eh kejap,lupa nak greet anda anda semua. Hopefully korang sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi-Nya.Amin.

Oh okay,sekarang sambung baca tulisan aku balik ya.Jangan ngelat.haha.
Hari Rabu yang lepas,maknanya dua hari yang lepas lah,aku telah berjaya melepasi praktikal 'pengucapan dakwah'.Ho yeah Ho yeah ~ Eh eh.Alhamdulillah :D

Bukanlah praktikal sangat.Tapi memang praktikal la.Adeh!
Sebab sebelum ini ada teori kan belajar ,ambil notes dari ustaz dan bla bla bla,
so tiba lah masa untuk aku meng'apply' apa yang sudah ku pelajari.

Hmm,, kiranya aku mangsa terakhir lah.Sebab  daripada 18 orang yang ada dalam kos aku tu,
aku adalah orang yang ke 16 dipanggil untuk praktikal ini.
ehem ehem....  * nampak tak yang aku ni memang tak femes dalam kelas?haha *kaitan?

Sorry to sayy tak ade hokehh!! 

Masa dapat task tu aku memang gelabah biawak la kan? *tibatiba biawak jadi mangsa pulak? :p

Mana nak cari something yang boleh bagi benefits pada orang lain.
Mana nak cover penyakit 'nebess' aku ni hah yang  tahap kritikal.
Mana nak relatekan tajuk aku dengan dalil naqli ( ayat Al-Quran dan al-hadith) 
Mana nak masukkan tone seorang pendakwah... *kononnye lahh.

Ohhh Mmg stress sangat sangat sangat.

Untuk task ini aku telah memilih tajuk : Sahabat Sejati 
Ahaa.bajet bagus je aku nak cerita pasal sahabat ,tapi aku bukannya sahabat yang baik sangat ponn
*jangan percaya statement ni hokeh?* Ni kes aku yang rendah diri. kahkahkah :p

Well,aku rasa tajuk aku ni tak berat sangat tak ringan sangat.Masa nak pilih tajuk ini,aku fikir banyak kali jugak,kalau aku pilih tajuk berat, kesahnya ilmu aku tak cukup banyak dan aku kurang menghafal dan memahami dalil-dalil kan.Karang ceramah-ceramah kang ,salah  faham,Lagi Niaya je.

So aku pilih tajuk yang dalam seharian aku apply la benda-benda yang sepatutnya * kenapa ayat aku macam tali yang simpul-simpul ni ha? haisy -.-

Alrite,so bila dah decide tajuk ,aku pon bagitau tajuk aku dekat ustaz.
"Nah ustaz ni tajuk yang saya pilih untuk pengucapan dakwah'
aku pon carilah rujukan.

rujukan dari internet,buku 101 rekreasi hati dan sumbang saran dari kawan-kawan kos ,video dan juga pengalaman sendiri.ehem...


Situasi sebenar * Ahh tutup muka* :p
so memang tak dek muka control ayu lah kannn..





Gambaq yang pertama tu  alahh  yang senyum sampai ketelinga tu,,aku tengah cover perasaan 'nebes' yang teramat sangat.Sampai sejuk beku tangan aku Tau?!!

Gambaq kedua dan ketigaqq*haha ;p,gambaq  yang muka selekeh gila tu,gambar terima kritikan membina dari ustaz Roslan.

Nak tau dak ustaz Roslan kritik apa?

-Muka aku dari awal ceria habiss la kan.
-suara aku kasaq sikit berbanding kawan-kawan aku yang lemah lembut *ehem -ehem*
maksud kasaq tu kiranya jelas dan terang la sesuai jadi pendakwah.haha *eh ni ustaz yang habaq hokehh,bukan saja puji diri :p *percayalah korang !
-Ustaz habaq lagi ,kalau dia kira perkataan "errr" "ehmm" itu ada kot dalam 60 kali...kahkahkah :p
Sorry ustaz,sy tak sedar masa cakap 'err' tu.
- lagi ?  sikit sikit dah kot.



Apa-apa pun,alhamdulillah.Kiranya aku telah settlekan apa yang sepatutnya dengan jayanya*jaya dari definisi aku lahh* haha :p Banyak perkara yang aku belajar dari Ustaz Roslan dan kawan-awan sekelas aku yang memang ohsemm sangat.Ada yang macam pendakwah betoi pon ada.Aku memang tabikk ahh. dekat bawah ni korang boleh tengok gambaq-gambaq coursemate aku.* Tapi ada yang tak dek.sorry aku lupa aku letak mana gambaq tu.huhu -.- lagi best kalau korang boleh tgk vid kan?
Tapi lambat la nak hapeloadd vid.so tak dek rezeki la. hahahaha. Till then.*tetiba omputih pulak.W.a'lam.K bye.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Allah
Terima kasih ibu ayah 
Terima kasih ustaz Roslan
Terima kasih coursemate 
 dan terima kasih diri sendiri
* sebab kau tak pengsan masa present. :p



Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...