Sunday, November 18, 2012

Allah pilih aku sebenarnya !

                            
 Aku keberatan untuk kesana.
Atas sebab? Aku sendiri bagaikan ingin pecah kepala memikirkan sebab dan alasan yang munasabah.
Tak jumpa.Tapi yang pastinya ,jauh di sudut hatiku,aku merusuh dalam diam.
Aku tak nak sebenarnya.Tak nak.Faham tak? TAK NAK apa?!
TAK nak PERGI 
MANTAP!


Cuti midsem seminggu yang sepatutnya aku habiskan bersama keluarga,aku korbankan untuk ke mantap.Hati meronta-ronta tidak mahu tapi akal memujuk ku untuk pergi.
Mana satu nak ikut ni?Hati atau akal?
Entah.Yang pastinya,aku pergi dalam keterpaksaan.

First time,sampai ALIM aku rasa kosong. "Omg apa yang aku buat dekat sini?"
*sigh*Tanpa disedari oleh orang lain.
Aku hanya senyum pada luarannya tapi dalamannya aku menangis sendu.

Hari pertama sepatutnya,aku lalui dengan perasaan gembira.
Namun ia berlalu dengan perasaan hambar.

Lama aku terdiam sejenak.Buang masa.Sia sia kalau aku pergi tapi aku tak enjoy.
Apa nak buat? Nak berkongsi dengan siapa?Entah.
Dalam keadaan semua happy dengan Mantap,still ada ke yang nak dengar 
masalah aku yang 'nonsense' ni?

come on otak,aku nak buat mcm mana ni?
Ibu.

Nokia dicapai.Jari jemari mula menaip.
"Salam ibu.U tolong doakan i dekat kem  ni. I rasa tak ikhlas langsung nak pergi.
I tak tau kenapa i rasa kem ni tak best sgt.Tapi sebenarnya kem ini best jaa."

Tak sampai lima minit.Nokia bergetar.Sms masuk.
Inbox : 

" Ibu doakan untuk u sekarang.Adik adik semua tengah aminkan.Kenapa u rasa macam tu? 
Sabarlah dakwah memang memerlukan penorbanan.I love u.

Air mata mengalir tanpa ada yang menyedari.
seperti biasa,meluahkan apa yang terbuku dengan orang yang aku sayang.akan memberi kan ketenangan.

Dan selepas hari pertama...
Aku rasa lebih ' free' untuk  kem mantap ini.
Mantap is awesomeeee yaw !
Banyak benda yang aku dapat sebenarnya dan aku sangat bersyukur,
aku berpeluang untuk pergi ke kem ni. 
Sebenarnya ,Allah pilih aku !



Kem ini mendedahkan aku tentang cara-cara untuk menjadi daei yang fleksibel.

Walaupun aku rasa aku tak layak pegang tittle daie itu.Aku meletakan tempat aku sebagai seorang pelajar biasa yang masih memerlukan bimbingan dan didikan.

Tapi aku : 

Teruja dengan modul dakwah yang digunakan
Teruja dapat ketemu sama daie yang mantap dari pelbagai segi.
Teruja dapat ketemu geng2 daie yang stylo,lawakss,dan relax
Teruja jumpa dengan fasi-fasi yang luar biasa.
Teruja dapat melihat kehidupan orang lain.

Pengalaman luar biasa apabila bertemu mad'u di lapangan Kampung Delek.

Aku menghargai setiap detik yang berlalu di kem mantap ini ! :')

Semua yang aku dapat ini berkat doa Ibu dengan izin-Nya.
 I sayang u ibu.Sangat sangat.

___________________________________________________________________________________

Mantap ini program yang :
Bertempat di PULAPES,Jugra Banting
bertarikh 13-16 November 2012

Terima kasih untuk semua yang terlibat.Moga Allah membalas jasa kalian.

Sunday, November 4, 2012

Rindu mereka :")

Novemberku bermula dengan kesibukan dan kesakitan......
Ya Allah saat aku dilanda kesibukan duniawi.kau  uji aku dengan sebuah kesakitan 
yang sangat kecil.

Kesakitan buat penghapus dosa? 

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Bukankah sepatutnya aku bersyukur? 
Allah beri peluang untuk membersihkan titik titik hitam?
Tapi aku 
tetap mengeluh ,mengeluh dan terus mengeluh !
Siapa aku ingin mengeluh dengan takdir -MU?
Ya Allah bantu aku untuk terus kuat ,tabah dalam mendepani ujian-ujian-MU.



Masa yang sibuk diuji dengan sebuah kesakitan...
Terdera minda !
Kena mengaku.Saat aku ditimpa kesakitan,hanya dua orang yang bermain di fikiran ku yang benar-benar memahami ku.

ibu
ayah 

Ibu cakap dah demam baru teringat.Tak ! Along ingat setiap hari.
Tipulah kalau seorang anak tak teringat langsung pada ibu bapanya walaupun sehari kan?Mesti terfikir eh diorang sihat ke tak?Sama macam aku.Setiap hari selepas solat dan sebelum tidur teringat ibu dengan ayah dan langsung terus berdoa.

"Ya Allah ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sepertimana mereka memelihara dan mendidiku di masa kecil."

Tanpa mereka siapa kita!

Ibu dan ayah  tempat aku berkongsi segalanya.

Allah bagi aku sakit sebab Allah nak aku rindu pada ibu dengan ayah .Supaya aku ingat selalu pada mereka.Supaya aku tak leka dengan peredaran yang berlaku dr semasa ke semasa dan Allah nak aku capai cita-cita dunia dan akhirat seperti yang mereka harap-harapkan.

Allah jadikan sesuatu dengan melimpahkan pelbagai hikmah disebaliknya !
Aku nampak disaat mata hampir terhalang dengan kabus-kabus duniawi.

Allah berikan kesakitan supaya aku selalu dekat dengan-Nya.Selalu mengadu kepada-Nya.
Ya Allah !

Selalunya bila sakit,aku akan heret kaki cari ibu dengan ayah.
Baring atas riba ayah sambil ayah tgk berita.
Hanya keempukan ribaan seorang ibu dan ayah saja yang dapat merawat kesakitan dengan izin-Nya.
Elusan lembut tangan ibu memicit kepala .Eslusan tangan ayah mengusap rambutku.
Saat kedua-dunya begitu mengambil berat tentang aku ! Nikmatnya hanya Allah yang tahu.
Alhamdulillah.Ini bahagian ku.
Salah satu hikmah-Nya aku lebih menghargai detik-detik bersama mereka.


Ya Allah,aku rindu ibu  dan ayah sangat sangat :")

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...