Monday, October 29, 2012

Dia : Sahabat baik Di Um

Salam alaik ! 

Dua hari lagi Oktober bakal meninggalkan kita.November pulak bakal menjelma.
Apa yang aku harapkan semoga semua urusan diri aku,keluarga aku,adik adik aku ,sahabat baik aku ,sahabat2 yang lain dan roomate serta org yg mengenali aku akan berjalan dengan lancar.

'Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.Amin.'

Mengenai aku,Alhamdulillah hampir dua bulan menjadi pelajar UM yang semuanya mcm 'free' tapi 'heaven' .aku masih boleh bernafas dan menjalani kehidupan baru disini.Thanks Allah kerana kuatkan semangat dan tabahkan hati dan jiwaku yang kadangkala rapuh bak bisut jacobs.

Menjadi Pelajar UM sudah tentu tidak sama seperti pelajar STPM ! 
Mana-mana pon tak akan sama !
 Itu satu fakta yang perlu diterima. Baik atau Buruk.Harus terima.

Bercerita mengenai kisah aku tiada yang menyeronokkan.Cuma setiap kata-kata yang dicoretkan disini sebagai salah satu wasilah untuk aku meluahkan perasaan,melemparkan pendapat dan ect :p



Masalah yang sukar  buat aku  ketika di um yang mungkin tiada penyelasaian ialah menemui SAHABAT.

Hmm,aku bukanlah manusia yang terlalu memilih.bagi aku,selagi orang itu boleh terima baik dan buruk aku,aku on je.

TAPI aku kosong tanpa dia.dia yang banyak berkongsi dengan aku suatu ketika dahulu.Dia yang selalu dengar masalah aku.dia yang selalu bergurau dengan aku.Dia yang selalu membantu aku.Dia yang jauh di Usim* Tuan punya badan sila terharu :p
Serius rindu giler kat hiang wehhh! 

Bila aku melangkah ke fac,aku mengharapkan dia disisi berjalan bersama sambil menyembang kosong!Bergelak sinis.
Aku mengharapkan  seperti suatu ketika dahulu.
di SMKAP.................. Tapi sudah tentu ia mustahil.

Jadinya,bagi merawat keadaan ini aku terpaksa menjadi seorang yang Neutral. Kawan dengan semua orang.
Pergi fac dengan orang lain.Pergi makan dengan orang lain.Pergi library dengan orang lain.
Pergi shopping dengan orang lain. Pokok dan dedaunnya serta kayu : aku berkawan dengan siapa sahaja.

dan KADANGKALA aku berjalan sendiri kemana-mana ! alone huh?! Who cares.
Itu lebih baik buat aku.
Berkawan dengan kepentingan tertentu itu bukan cara aku !

Sahabat baik aku cuma seorang ! Moga Allah panjangkan usia dan merahmati persahabatan kami .

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you