Thursday, August 2, 2012

Syafiqah Najib VS Athirah Petani Pintar


Salam alaik ! Salam Ramadhan :)



Aku berkira-kira sama ada harus atau tidak untuk aku menulis entry pada malam ini.Memandangkan entry kali ini bersifat peribadi dan blog aku ini lebih kepada blog umum. Tapi disebabkan blog ni blog kepunyaan aku sendirian berhad yang juga "blogku syurgaku",makanya aku dengan perasaan berbelah bahagi akan terus-terusan memaku seribu kenangan bersama  si dia dalam entry kali ini.

Persahabatan kami hampir 7 tahun.

Aku mengenali si dia since aku tingkatan dua.Aku rasa dia boleh bawak jadi geng memandangkan dalam kelas aku tu semuanya jenis yang ayu-ayu,lemah gemalai dan jiwang kecuali si dia yang nampak keras,gagah perkasa.Gagah ke??Hahaha.Yang lain macam tak boleh nak msuk sangat.
Bersama dia sejak tingkatan dua sehinggalah tingkatan enam atas di kelas dan sekolah yang sama perkara yang paling indah buat aku :')

Boleh bayangkan persahabatan kami?Lama tak?Mungkin persahabatan korang lebih lama lagi kan.Lebih indah.Lebih wangi.Lebih cantik.Who knows? :) Bersyukurlah!

Tapi bagi aku,itu sudah lebih dari memadai.Sejak sekolah rendah,aku takdek kawan baik sebab kerja aku pindah randah ikut parents aku kerja.Jadinya bila sekolah menengah,aku cuba membuat 'kawan yang lebih baik' dengan dia,aku rasa bertuah gila.

Dalam kelas,kami memang rapat walaupun tempat duduk aku dengan dia bagai langit dengan bumi.Aku lebih suka duduk bahagian hadapan kelas.Dia? Akan memilih tempat di belakang.*katanya senang nak memberontak.hikhikhik

Persahabatan kami penuh dengan cacat cela.

Mengenali si dia yang agak kasar dan brutal walaupun kami bersekolah agama *yang kalau korang tengok budak-budak sekolah agama mestilah ayu-ayu belaka,dululah.Sekarang ni tak tau..Tapi sedikit berbeza dengan kami yang kasar suam-suam kuku.Kadang-kadang baik,kadang-kadang jahat.Kiranya kami sekepala,bila perangai aku pun lebih kurang dia.Tapi aku rasa dia lagi kasar dari aku kot.Hahaha :p Tapi dia suka buli aku dan mendengki.

Persahabatan korang mesti manis-manis je kan?Cakap pon lemah lembut je.Main awak-awak je kan kan kan?

Mengenali si dia yang kadang-kadang pendiam berbeza dengan aku yang suka bercakap*sampai ada satu masa dia dah tak larat nak dengar aku bercakap,tapi dia buat-buat dengar juga..Kadang-kadang cakap si dia menyakitkan hati,well benda tu aku harus akui,aku pon sama ja.Dia seorang yang happy go lucky berbanding dengan aku yang serius merius.Dia seorang yang tak ikut rules sangat.Aku?Skima kot.Hahaha.Dia suka kucing.AKu tak suka sangat tapi bila kawan ddengan dia.aku jadi suka. *uhuk uhuk*

Banyak sangat bezanya antara kami.Tapi perbezaan menyatukan kami berdua.

Persahabatan kami tidak sempurna

Orang cakap,kawan yang baik akan mengingatkan kawan dia kearah kebaikan.Yeah~ Dia kawan yang baik.Pada 'luarannya' kami mungkin 'tak sesempurna mana' tapi dalam diri dia penuh dengan kebaikan.Ayat yang sehingga ke hari ini aku ingat dan takkan mungkin dilupakan.

 "Jangan mengumpat cikgu,nanti ilmu tak berkat.Agak-agak dah termengumpat tu.Istighfar balik"

Sejak kami berdua menyambung tingkatan enam rendah,dia selalu ajak aku join usrah dekat Matin.Ade tak kawan korang ajak buat benda baik?Baik korang ikut,kawan yang baik tewww.Alhamdulillah.

Orang cakap,kalau nak jadi baik,ajaklah kawan sama.

See! Terbukti tak dia kawan yang baik.?Bagi aku itu dah cukup memadai.Kami berubah bersama-sama.Walaupun perubahan itu sikit ya amat.

Ajak aku join usrah.Ajak aku buat baik.Aku dengan dia banyak kelemahan dan kekurangan.AKu dengan dia banyak kelebihan dan kekuatan.Kami saling melengkapi untuk terus sempurna.

Satu persamaan yang kami detect bersama.Kami berdua suka bola jaring.YEah~Majulah sukan untuk negara.haha*Tapi dia paling terror main.Siap boleh jdi jurulatih lagi.haha

Kenangan dengan dia banyak.

Bercakap pasal kenangan?Berlambak-lambak.Sebut ja nak yang manis ke yang pahit,yang masin,tawar semua ada.Tipulah kalau aku cakap sepanjang persahabatan kitorng tk pernah salah faham,gaduh-gaduh,cekik mencekik, baling balas tembikai.hahaha.Semua ada.

Paling terharu bila aku merajuk dengan dia,dia paksa mak dia buat lempeng kesukaan aku.Sweet sangot.Hahaha.Well,bila dah habis lempeng tu,for sure lah aku tak merajuk dah.hewhew ;)

Kenangan paling manis*manis bagi aku,pahit bagi dia.hahaha bila aku muntah air kopi ats riba dia masa kitaorng ada seminar matematik.Cerita tu aku tak ingat ,tapi bila dia ckp baru aku angguk-angguk "Eh ade ye?"hahhaa.

Banyak kenangan yang kalau nak tulis satu per satu memang berjela entry ni.Sure sure korang nangis "bila nak habis ni?" haha

 Dia pendengar yang setia.

Bila aku ada masalah,aku kena luahkan kepada seseorang kalau tidak aku boleh jadi seorang yang sangat tidak seimbang dari segi emosi.Jadinya,aku akan cari dia.sama ada telefon dia,chat dekat ym atau fb atau skype.Then,jadilah sesi luahkan msalah dan kalau dah nazak,berlakulah drama air mata yang menyayat hati.Sobss sobss :(

and vice versa.

Apa sebab aku tulis ni semua?

Sebabnya tadi lepas iftar dengan geng LIST di kfc,aku,pikah (Syafiqah Najib)fathiah,farah dengan tikah berhenti dekat Masjid Alwi (gambar dekat ats tu) untuk solat maghrib dan tarawih.Masa duk salam-salam,tiba-tiba pikah nangis.Ahh sudah.Kenapa pulak dah?

Rupa-rupanya bersaksikan masjid alwi nan indah itu,aku dengan pikah akan terpisah sementara .tu yang sedih sangat.Kata dia,lepas ni dia dah tak boleh buli dan kacau aku,sebab lepas ni dia dah balik melaka dan terus sambung degree dekat usim.AKu?haruslah mendaftar di um.Tak jauh pun kl dengan nilai tu...Hahahaha.Aku tak nangis pon.

Siapa kata?Dalam kereta otw balik,aku nangis kot.SObss :(

Aku mengharapkan yang terbaik untuknya.Semoga persahabatan kami berdua akan kekal selamanya . . . . . Insya-Allah. 
Weh,carilah kwan baru tapi jangan lupa kawan lama ;) haha



Entry ni utk hg pikah,silalah terharu :p
Entry ni berkaitan aku dengan pikah,kalau ada yg baca rasa mcm buang masa sorry ok.

btw . . .

Thanks for reading.
Take care.
Salam.

12 comments:

  1. Replies
    1. Pah pulak yg sensitip
      kwn lama pah,sukaduka dihadapi bersama ;)

      Delete
  2. semoga persahabatan ampa berkekalan,muah2,syg hampa dua...tetiba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee.insya-Allah ;)
      syg pah.
      turn perlis cepat.iftar sesama.

      Delete
  3. ak ngis kot weyh... huuhuu..
    semoga persahabatn mp dua kekal smpai bila2...

    #syg mpa dua.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah.semoga kekal ;)
      payah nak cari kwn susah sng.

      syg mu jua ;)haha

      Delete
  4. mm..ak nangis tu x la,tp ada dh la rsa menghayat kt tekak kot.hikhik,btw,hangpa mmg sweet lah!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.sebenarnya tak suruh pon org nangis.
      rasa menyayat kott.haha

      yaya kami dua mmg sweet ;p

      Delete
  5. pewwwiittt! sweetnye lahh korang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woot woot :p
      Kak ani lagi manis.hikhik

      Delete
  6. dear kak tirah, kak pikah

    kami.nangis.kot baca entry ni. sedih.sayu.sweet. life is mean
    n, teringat dkt smkap :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kami lapkan ayaq mata? hihi
      Hmm,kami pon rindu smkap.
      lagi2 kelas badar 5 sf :')

      Delete

Thank you!

Trip He's just not that into you