Thursday, August 23, 2012

Mr & Ms Syawal : Kullu 'am wa antum bikhair !


Assalamualaikum w.b.t  

Mukadimah dan ucap raya

Ramadhan sudah pun meninggalkan kita dengan perasaan sayu tanpa menoleh pada kita berkali-kali.Syawal pula datang menjenguk kita dengan perasaan gembira sambil tersenyum manis.Apa-apa pun terus berdoa untuk kita sampai Ramadhan akan datang " Allahumma balighna fi Ramadhan " Bi iznillah.

Oh yaaaa! Terlupa sudah ! hey hey hey pembaca blog aku yang comel dan kacak,happy eid mubarak.Mohon maaf zahir dan batin . * Eh ! haha kalau ada salah silap masa aku menulis blog yang lepas-lepas,mana tahu ada yang terguris ,tergiris,dan tergilis hatinya.Berjuta-juta kupohon kemaafan,harap dapat dimaafkan.

Sesungguhnya memaafkan seseorang itu tidak menjadikan kita "kalah" atau  " hilang kemachoan atau kecunan " sebaliknya ia menjadi added value dalam diri kita ;) 

 * ada gaya seorang kaunselor cabuk kah? kahkahkah ;p Aku saje tulis camtu,supaya korang maafkan.haha ;p

Tahun ini,Teluk Intan.

Si kacak ,si comel,

Untuk pengetahuan korang dalam keluarga aku ada, buat 'turn' balik raya.Tujuan turn ini diadakan adalah untuk memahami tanggungjawab 'give and take' 'fair and squre' 'menjaga hati couple ayah dan ibu aku' dan  sejaman dengannya.haha. hahaha!*aku tipu je nih

Yang sebenarnya sejak aku faham erti eidfitri ,memang dah ada turn ini (bergilir-gilir).
Maknanya kalau tahun ini,kitaorang beraya di Teluk intan,perak (Ayah) .Next  year,turn temerloh,pahang (Ibu) pulak la... Balik kampung dari ahad ini hingga ke ahad minggu depan,adalah jarak masa yang standard sebelum balik semula ke kediaman tercinta.

okay jom menyelusuri detik-detik aku beraya di Teluk intan... *Temeloh next year punya cerita*


Kebiasaan eid fitri di Teluk Intan.


hari sebelum raya,aku dah balik kampung.Disebabkan aku dari perlis ke perak so ,apedehal dengan jammed?Memang tak la kan.Sebab duk bertentangan! Salah satu hikmah duk utagha yang aku suka.kikikiki

Harus berpuasa dan berbuka dengan sepupu-sepupu dan pakcik,makcik aku yang lain.Selalunya berkumpul dekat rumah embah(nenek) aku la.Time ni la nak kumpul sama-sama.jumpa dengan sepupu sepapat.kupu-kupu rama-rama.haha ! Kiranya acara wajib la...

 Takbir 

Malam raya itu,lepas habis terawikh,kitaorang takbir sama-sama.Part paling -paling aku suka bila paman(pak cik) aku  takbir " Allahu akbar..allahu akbar.. allahu akbar..laa ilaaha illallahu wallahu akbar.allahu akbar walillaahil hamd " Aku tak tahu sebab apa,tapi tiap kali takbir,aku dapatrasa penyatuan hati-hati untuk-Nya.Rasa sayu.Rasa sebak Ramadhan meninggalkan,
Rasa gembira kerana Syawal menjelma.

Tapi kannn... Aku rasa sesetengah  masyarakat kita,ada juga yang dah lupakan untuk mengimarah mahupun meraikan 'takbir' yang satu  ini ;(

Atas hal apa,aku tak naklah hentam terus.Yang pastinya takbir salah satu cara  kita memuliakan dan memuji-Nya ;) 

Meriam 

Bukti BOom !
Part meriam jangan dilupakan.Kalau tak kurang feel nak beraya.haha  Kalau raya kampung ayah aku memang tak akan miss main mercun dan bungan api.walaupun aku taklah seghairah dulu main mercun dengan bunga api pelbagai cap *tahun ini memang aku tak main pun.Malass. tapi aku memang teruja tiap kali bunyi meriam.Bunyi ni lah paling mahal sekali.hahaha ;p

Kalau dekat kampung ayah aku,selalunya diorang akan main balas meriam.Kiranya kg A boom ! tak sampai limat minit lepas itu kg B pulak buat sasaran Bang bang Boom ! Lagi syok kalau time pukul 5 pagi dah dengar BOOM boom boom! Bestt wooo.Rasa meriah lain macam.

Meriam meriam juga,jangan korang memeriamkan tubuh badan korang pulak ! 

Keselamatan wajib dijaga.ahaaa ~

Solat sunat eidfitri



Lepas subuh,mandi sunat,sarapan dan jum siap siap solat sunat pulak!

Solat sunat eidfitri di masjid yang baru reno memang style.haha Tapi jemaah muslimat tak penuh sangat.Tu yang macam hem hem hemm tu.haha Best ! Tiap tahun kalau tak "bercuti-cuti malaysia'memang aku akan solat sunat eidfitri.Setahun sekali je kan kan kan?! Kalau tak pergi memang rugi.

solat sunat eidfitri - sunat muakad

Maaf-maafan.

Bab maaf-maaf ini part paling lemah sekali.Haha.Sebab kena prepare eyemore banyak2.haha
Tapi aku eyemore semula jadi.Bila salam dan minta maaf tu tetiba je muncul la setiap salah dan silap yang kitabuat especialy pada parents.konon2nya terlayar di minda kannn.Ala-ala korang silde touch screen korang tu kenn?huahuahua.
Tu yang nangis menginsafi tu. Sobss sobss.

Well cakap pasal maaf-maafan ni.Aku pernah la dengar kan orang cakap buat apa lah nak bermaaf-maafan time raya .Bukan sunnah .Bukan itu.bukan ini. Hmm,pendapat aku senang je.Kalau pun dia bukan sunnah.Hanya semata-mata adat atau tradisi,selagi benda itu tak salah,selagi benda itu bawak kebaikan pada kita ,why not kita tak teruskan je? 

Mari kita bermaaf maafan ! 

Pic 1 : ayah aku dengan embah aku tengah bermaaf-maafan
pic 2 : ibu dengan ayah aku ;)
pic 3 : abg Idir dengan mak saudaranya.
pic 4 : aku dan ayah
pic 5 : Angah dan ayah 
Pic 6 : Ibu dengan kakak iparnya ( mbok dey aku )
ijat dengan embah



Yang bertudung biru itu embah aku ( nenek ) . My leplyy jiddah.aha ! Embah aku tak pandai membaca.Yang dia pandai hanya baca Quran semata-mata.Tak macam orang sekarang yang pandai serba serbi tapi bab quran culas ! Tapi satu perkara penting yang buat aku rasa bezanya orang dahulu dengan orang sekarang.

Walaupun orang dulu tak pandai belajar tapi mereka hidup dan belajar melalui 'pengalaman'.Gunakan akal yang dikurniakan-Nya dengan sebaik-baiknya.Mereka banyak memerhati dari bercakap kosong.Mereka penuh dengan kata-kata yang membina walaupun diorang tak amik kos kauseling untuk jadi pakar motivasi !

Tapi mereka Rasional !

 Tak macam orang sekarang yang belajar tinggi-tinggi tapi failed ! bab pikir memikir ini.
* Macam aku lah yang selalu failed bila cerita bab sebab dan akibat.haha

Satu fakta yang korang kena tahu tentang aku ! * Eh tiba-tiba pulak.Apedehal?! puii.haha

Tak -tak .Maksud aku kalau-kalau benda ni boleh dorong korang untuk jadi cucu lebih baik dari sebelum ini.Tapi tak bermakna aku ni cucu mithali.kehkehkeh ;p

Kalau korang still ada nenek.jiddah,opah,embah,atok,tok wan,tok  dan seangkatan dengannya ,sila lah hormati mereka selayaknya.telefon mereka sebulan beberapa kali mcm korang telefon parents korang. Lima minit pon jadilah.

"Hello embah sihat?Embah dah makan?"  For sure diorang rasa dihargai.

Selain itu ,korang minta doakan untuk korang dunia akhirat. Doakan untuk korang apa sahaja.

Sesungguhnya doa-doa yang cepat dimakbulkan-Nya salah satunya doa orang-orang tua ;) 

Insya-Allah kalau kita hormat mereka,sentiasa tanya khabar, bercerita dengan mereka Walaupun kadang-kadang mereka tak faham pon term-term yang kita gunakan tapi sebenarnya ada kesan yang kita tak nampak.Diorang ini sayang dengan cucu mereka !

Mari menjadi cucu yang terbaik ~ lalala

Baraan : Ziarah menziarahi

Kalau dulu ,aku tak baraan bersama parents sebab aku duk ghairah baraan bersama sepupu aku dengan merempit motor sepupu aku.Kiranya baraan mengikut jantina.Group lelaki,lelaki.Perempuan perempuan.Kalau nak usha pon takat usha bila selisih di jalan yang tak berapa nak besar kat kampung aku tu.hehehe ;p

tahun ini baraan bersama familia yang tersayang.Jalan kaki ke rumah-rumah yang dekat - dekat.Memang klasik ahh.

1 Syawal 


Kami beraya dulu la yek sementara nak tunggu 'dayuh' datang.hehehe ;p

pic 1 - sepupu aku melantak sambal goreng seperiuk besor!
pic 2 - sepupu den lagi.Balun kuih raye.
pic 3 & 4- kuih raya je yek.
pic 5- tu amah  di pagi raya.Stress weh pagi2 ,ayor pulak hidup segan mati tak mahu.

 2 Syawal - ziarah
pic 1 :bwh pokok manggis pon layan.
pic 2 : sepupu den yaw. kakak shima (ciss) ai  dan cikgu pj
pic 3 : sepupu dan paman gua ;D
pic 4 : kelapa sawit.
pic 5 : jumpa bangku rumah baraan.layan jugak.

Baraan dari sawah padi ke bendang.Eh ada beza ke?

Kali ini ,kena naik kereta weh.Peluh menitis kalau jalan kaki.hewhew.Kampung adik embah aku so,wajib pergi.Scenery dia cantik tau.Tau tau ! Sebenanrya keciwi sebab dapat gambar dekat dengan bendang2 yang menghijau tu.

Tapi frust juga tak dapat masuk dalam sawah tuuuu :(



Selamat hari raya,kuucapkan kepada semua setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini.jeng jeng jeng ~
Aku rasa raya aku dengan raya korang lebih kurang je.Mungkin raya korang lagi best la kan! Tapi kalau entry raya korang ada lagi yang best dan unik ,tinggalkan link blog korang ! AKu suka blogwalking ;)

Raya aku tetap sama seperti tahun-tahun sebelum ini.Sederhana saja ! Cuma tahun ini aku dapat merasai feel nikmat ziarah menziarahi tu lebih .Sebelum ini aku malas nak ziarah sangat.Teruk gile perangai kan? Ciss.Angguk sapa suruh?! haha *joke maa*

Syawal bulan penyambung

Akhir kata,jangan biarkan ISM di bulan ramadhan berakhir ,biarkan ia disambung dengan IS di bulan syawal dan bulan-bulan seterusnya.Apa yang kita dah jadikan amalan biar terus istiqamah hendaknya.Jauhkan diri kita dari menjadi hamba Ramadhan.Bila ramadhan ,kita buat.Bila habis ramadhan,kita tinggalkan segala-galanya.

happy eid mubarak yaw yaw sekalian !
kullu 'am waantum bikahir
take care.Salam.

Thanks for reading

1 comment:

  1. Thanks for this beautiful post i like this very much this is the nice one. I too like to visit the many new places and enjoy it along with my friends and the classmate.
    http://www.shimlakullumanalihoneymoon.com/

    ReplyDelete

Thank you!

Trip He's just not that into you