Monday, August 13, 2012

Bingkisan ceritera [ Iftar Warga Emas ]



Salam alaik ! Salam Ramadhan :D 
Thanks Allah for ease everything.

Thanks warga Maips
Thanks warga Rumah seri Kenangan
Thanks warga mahasiswa/siswi 

Gembira dapat bekerjasama dengan anda semua ;)

Alhamdulillah.Aku merakam berbillion-billion penghargaan buat kak tikah Md Akhir selaku pengarah program kali ini,yang memberi ruang dan kepercayaan untuk aku menyertai  program Iftar Warga Emas sempena Ramadhan Kareem yang sedang kita lalui ketika ini.

Menjadikan aku salah seorang aktivis di rumah seri kenangan(rumah orang tua-tua) membantu aku melakarkan pengalaman manis dan pahit dan membuatkan aku berfikir sesuatu serta membuka mata aku tentang ‘anugerah’ yang kita seakan-akan lupa.

Warga emas.

Hanya dengan sekali liqo’(perjumpaan) dan pergantungan dengan Allah azza wajala,kami mampu mengharungi segala-galanya dengan tenang dan tersenyum.Hampir enam jam lamanya,aku dan aktivis-aktivis lain bertungkus lumus supaya segala yang dirancang akan dipermudahkan oleh Allah dan seterusnya berjalan dengan lancar.

Doa menjadi perantaraan dan kekuatan kami dengan-Nya.

 صائم perlu banyak berdoa kerana sesungguhnya doa itu mustajab apatah lagi di bulan yang mulia ini – via kak tikah adzhar ;)

Program yang bermula pada jam 4 petang dengan berkumpulnya semua aktivis,kami sama-sama membantu antara satu sama lain.Mengemas dewan besar dengan menyusun kerusi untuk acara ice breaking/ramah mesra dan magic show(wakil dari maips) untuk hiburan warga emas disana.

Selain itu sekalung tahniah buat aktivis-aktivis dari Politeknik Sirajudin dengan nasyid dan zikir yang mampu mengembira dan melapangkan hati mereka yang ternyata sunyi dari luaran mahupun dalaman.



Orang kata ,tak kenal maka tak cinta.Apabila sudah bercinta baru kenal,mungkin kenal dengan lebih mendalam lagi.

Sedikit perkongsian untuk pembaca setia…

Bersama warga emas,Berkongsi kisah.



Aku sempat mengenali seorang tok embun atau mak cik embun,mak cik comel 
(sebab kalau jumpa orang yang baru datang,dia akan cakap “comelnyaa” sambil memeluk dan mencium kedua-dua pipi si mangsa yakni aku dan aktivis muslimah yang lain) 

Well,aku boleh cakap kalau orang yang tak biasa ,mungkin ada sedikit rasa kurang senang dihati kecil mereka.Tapi Alhamdulillah ,tidak bagi aku yang pernah menemui mereka sekitar tahun lepas(untuk aktiviti mencuci rambut dan menggunting rambut  anjuran Puspanita perlis )

Aku gembira dengan telatah warga emas yang satu ini kerana sifat peramahnya.Bukanlah dengan warga emas yang lain aku tidak gembira.Tapi masalu banyak diluangkan bersama makcik embun.

Tatkala zikir dimainkan oleh para aktivis muslimin,terkesan air mata yang bergenang di sudut tepi wajahnya membuatkan aku cuba menyelami hatinya.

Kenapa?Kenapa dan Kenapa?

Tapi sebanyak mana aku mampu menyelami hati sanubarinya kalau aku juga hanya sempat bersama dengannya tak sampai dua jam.

“ kenapa mak cik nangis?”

“Mak cik sedih bila kenangkan,tiada seorang pun adik beradik yg datang menjenguk mak cik kat sini.”

“Adik makcik tak pernah datang jenguk makcik langsung” ujar makcik sambil mengesat air matanya. Untuk pengetahuan pembaca,mak cik embun kematian suami dan anak tunggalnya.

Tergamam.

Mengusap sedikit bahunya “Takpe mak cik Allah kan ada,Allah sayang semua orang.Allah sayang mak cik yang comel,Allah sayang saya yang comel ini”pujuk aku sambil membuat lawak.Mungkin tidak lawak sampai mampu berdekah-dekah tapi mungkin mampu membuatkan si tua tersenyum manis,terpujuk sedikit hatinya.

Kisah makcik embun sedikit berbeza dengan kisah warga emas yang lain.

Kebanyakannya mereka ditinggalkan di rumah orang tua-tua kerana anak-anak yang sudah “Berjaya” tidak mahu menjaga ibu bapa mereka.Ada yang anak-anak Berjaya menjadi profesional.Juruterbang ada,jurutera ada,Doktor ada,Akhirnya  ibu bapa ditinggalkan sepi  di rumah orang tua-tua.

Anak Berjaya di dunia tapi akhiratnya bagaimana? Muhasabah diri kita ;)

Hampir sejam lamanya berkenalan bersama mak cik embun,aku dan kak huda terpaksa ke ruangan dewan makanan untuk menjalankan amanah yang diberi.



Sekilas tentang amanah kecil
Ajk makanan yang akan memastikan makanan terhidang di atas meja vip,memastikan makanan untuk warga emas diberikan kepada warga emas,dan memastikan para aktivis mengambil tamar dan segelas air untuk berbuka nanti.

Bagi aku tidaklah terlalu berat amanah yang diberi,walaubagaimanapun aku dan kak huda buat sehabis baik.Segala apa yang aku pelajari semasa ditingkatan enam(cara nak laksanakan tugasan),aku praktikan di dalam program ini.Bagi aku program seperti ini mengajar kita  bagaimana nak menguruskan sesuatu majlis seumpama ini.

Ujian itu untuk pada yang mampu- ujian sekecil zarah
Jam 7 Malam,warga emas berkumpul untuk sesi penyampaian cenderahati kepada warga emas (yang  dimaklumlam pada para aktivis  ialah duit raya) dan sesi berbuka puasa.Ketika dan saat untuk berbuka puasa,kami para aktivis akan mendahulukan warga emas terlebih dahulu.

Adab dan nilai murni yang dianjurkan Islam “yang muda dahulukan yang tua”.

Saat ini aku teruji dengan sifat atau sikap dua orang warga emas yang mempunyai sikap yang sedikit berbeda dengan warga emas yang lain.

Aku berkonsi cerita bukan untuk mengaibkan tetapi lebih kepada berkongsi rasa supaya pembaca yang membaca entry kali ini mampu menyelami mereka jua dan menguasai sifat Sabar yang tinggi.

Memandangkan aku seorang kurang penyabar,apalagi yang aku mampu buat hanya istighfar didalam hati.

Saat pertanyaan aku ,dijawab dengan palingan muka kearah berlainan.

Dan saat aku bertanyakan sesuatu yang diperlukan ,aku dimarah tanpa aku faham butir perkataan yang diucapkan.

Aku termangu-mangu.Tatkala hati merusuh geram,aku teringat sesuatu ‘mereka ini golongan warga emas yang mana fitrahnya sudah kembali pada fitrah kanak-kanak” 
Ya.Hanya berpegang dengan kata-kata yang satu itu aku mampu tersenyum tawar.Mujur aktivis yang lain sempat menyabarkan hati aku.Thanks kak huda dan muslimat yang lain :')


Ujian itu dibalas dengan sebuah kemanisan

Belumpun sempat berbuka dgn semaksima mungkin.Heh~ mak cik ton yang berpaling saat aku bertanyakan sesuatu,sudah selesai berbuka.
Aku pun mengambil tray beliau perlahan-lahan,tapi pantas sahaja di halang oleh makcik tersebut.Beriya-iya nak buat sendiri.Mak cik ton memang terkenal dengan sifat independent yang sangat tinggi.

"Takpe makcik,saya buatkan.Jangan risau hari ini saya tolong mak cik" kataku sambil tersenyum memandang kearahnya.Dalam hati,dup dap dup dap buatnya dia marah kat aku memang naya.

Saat mata merayap kewajah mak cik ton,aku terasa mahu menjerit "yesss yess mak cik ton senyum pada aku" Yahoo ~ Seriously,kalau tadi tanya soalan,dia paling muka.Tapi kali ini dia senyum manis pula.

Hmm,kekuatan sabar dan senyuman itu sangat luar biasa.

Hampir jam 8 ,baru sempat menikmati juadah yang dihidangkan.
Bukanlah kerana mereka minta disuapkan ketika berbuka puasa,bukan juga mereka minta  disisipkan minuman ke mulut mereka tapi kerana aku sudah setkan minda "kata aku kena dahulukan warga emas dahulu." Makanya nasi separuh dengan ayam masak merah ku tinggal sepi.

Membantu warga emas mengangkat  tray mereka untuk sesi basuhan.Sehingga semuanya selesai.

Sharing is caring  ;)
Seusai solat magrhrib,isya’ dan terawikh bersama,satu perkongsian ilmu dilaksanakan oleh kak tikah adzhar.Nanti aku sharekan dilain entry.Next entry maybe? Insya-Allah.

Pengalaman semakin luas bila sempat bertukar cerita tentang keadaan senior-senior,Mereka Berjaya dalam pelajaran setakat ini.Alhamdulillah.Ada yang  sedang belajar di Jordan,Mesir,India dan local university.Aku gembira kerana mereka tidak lokek untuk berkongsi cerita yang sememangnya berbeza antara satu sama lain.

Sehingga ke jam 10.Kami ke blok penghuni warga emas untuk mengucapkan selamat tinggal dan berpamitan.

Sedekah dengan tenaga dan kasih sayang
"Tak nak sedekah ke?" tanya si A

"Alaaa.Aku tak dek duit la" jawab si B.

Nak bersedekah itu bukan dengan duit sahaja.Guna lah apa sahaja yang diberikan-Nya kepada kita untuk terus berbakti (sedekah).Tenaga ada? Ada.

Kasih sayang ada ? Ada.Yang jawab tak dek,sudah pasti nikmat yang satu itu ditarik-Nya semula.Ahaa~ Baik jawab ada kasih sayang ;)

Apakata kalau korang manfaatkan tenaga dan kasih sayang korang untuk join badan-badan kebajikan yang ada di Malaysia ini dan terus menjadi sukarelawan ;) (Yang dah join,bersyukur kerana anda orang terawal untuk terus berkasih sayang dengan mereka ;)
Insya-Allah.Semua orang mampu ;)

Khalas
Berakhirnya "odyssey" kami sebagai aktivis membantu warga emas yang upayanya sangat terhad.Semoga kehidupan kalian (aktivis-aktivis baik muslimin mahupun muslimah) sentiasa dirahmati dan dan diberkati oleh Allah.Semoga dengan apa yang para aktivis lakukan ini ada didalamnya sedikit kebaikan .Sebagai aktivis yang baru merangkak ,aku seronok dan gembira dapat bekerjasama dengan para aktivis yang lain.


sms-Hargai ibu bapa anda sementara mereka masih ada :') Kadang-kadang kita terlupa tentang insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk kita.

Ya Allah ampuni bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibubapa ku dan kasihanilah mereka kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihani dan mendidik aku ketika masih kecil
 .Allahumma amin.

 pssstt : (entry kali ini skima kan?lepas itu ayat macam berbunga-bunga bak kisah chenta didalam novel~heee.Haruslah kalau tak,tak menjiwai watak pulak.hewhew :p)

Thanks for reading.
Take care.
Salam.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...