Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem !

Salam Alaik! :)

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.Hooray hooray!Mudah-mudahan ibadah kita diterima oleh-Nya.Belum terlambat lagi kut untuk aku ucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan untuk blogger dan 'pembaca senyap'.Hewhewhew.Ramadhan Kareem! :)

Sebenarnya dalam Ramadhan ni bukan puasa je yang kita boleh buat ark?Banyak lagi perkara-perkara yang baik yang kita boleh buat yg pada akhir madrasah ni pahala menyusul dgn key-wordnya 'IKHLAS' lillahitaala.

Masa Ramadhan ni lah buat aku teringat sangat sangat dekat SMkap :') rindu dengan bi'ah yang ada.Kalau bulan ramadhan,macam-macam aktiviti kitaorang buat.Dalam duk berp&p,ada je masa kitaorang  jawab soalan kuiz.*berkaitan Ramadhan.Hehe.Kuiz Ramadhan ni kadang-kadang boleh buat kita rasa mcm *eh soalan mcm ni punya senang pun aku tak leh jawab.See! Nampak tak kelemahan kita dalam mendalami ilmu-Nya.

Meh la nak flashback masa-masa di smkap ketika ramadhan :) Selain menjawab kuiz Ramadhan.Selalunya waktu pagi time rehat tu berduyun-duyunlah pelajar smkap pegi buat Dhuha.Time ni kena hak yang tak rajin sebelum ni pon tiba-tiba jadi rajin.ehe~Takpelah kan.Janji nak buat.

Lepas tu kalau waktu-waktu senggang,akan berlumba-lumba baca -quran.Akan kejar beberapa juzu' untuk habiskan 30 juzu'.Harus berkejar-kejaran.Sebab perempuan ini ada masa dia ABC.Habis 4/5 juzu' juga tertinggal.Takpe time tu dia rehat sat.

Selalunya setiap hari,monitor setiap kelas,akan pass2 kan satu bekas untuk setiap student menghulurkan sedikit derma.Derma ni tak kira berapa pun.Selagi ikhlas,selagi itulah ibadah kita cantik!

Bila sejam sebelum solat zohor,akan ada tadarus dalam kelas sebelum solat zohor berjemaah.Hmm,bila kenang balik serius rinduuuu sangat.Kualiti masa kita time ramadhan memang terjaga dan terbela berbanding kita duk rumah.wuhuu.Aku la tuu yg tak terbela.haha.



Setiap kali ramadhan pastinya aku takkan ketinggalan untuk berazam.hehe.Tapi tahun ni,disebabkan kecelaruan dalam hidup.Aku cuma ada beberapa azam antaranya 

Membaca surat cinta dari-Nya dengan tafsirnya sekali.
Qiyamulail tanpa cuti *tp dah namanya perempuan mst ada Abc.uhuk uhuk 

Dua itu ja yang aku harapkan untuk Ramadhan kali ni.Biar sedikit,tp istiqamah :)
Akhir kata.Salam Ramadhan Kareem! :)
Moga setiap amalan yang kita lakukan di berkati-Nya dan dirahmatinya :)

Take care.Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...