Thursday, July 5, 2012

Iftar

Bulan Ogos sudah memasuki minggu kedua,hampir dua minggu juga umat Islam melaksanakan ibadah puasa dan hampir empat bulan Opie mengharungi hari-harinya dengan penuh sabar.


Malas memikirkan tentang persepsi negatif orang-orang tentang tingkatan enam,dia bertindak diam membisu.


Sepanjang detik itu,Opie merasakan dia sudah lali dengan segala tohmahan orang diluar sana tentang pilihannya tentang form six.Dia sudah mula memasang mood blur.


Sesiapa sahaja yang memulakan debat untuk membahannya tentang  form six,dia akan pandang orang tersebut tanpa perasaan sehingga orang tersebut seakan-akan mengangkat tangan tanda kalah ' okay okay'

" Opie kejap lagi ada perjumpaan dengan kak-kak form six." Kata-kata Puan Syarkiah membuatkan Opie tercengang-cengang.Eh dah kenapa pulak tiba-tiba dia dipanggil untuk sesi perjumpaan?Salah laku apa pula dia buat?


Dia memandang kearah Paie yang duduk disebelahnya.Dikerutkan dahinya seketika sebelum kepalanya dianggukkan perlahan tanda memahami arahan ustazahnya.


Puan Syarkiah keluar dari kelas selepas membuat pengumuman tersebut.


Jari jemarinya pantas membuat peta minda berkaitan pendapat-pendapat mantik klasik.Matanya ditajamkan supaya dia sendiri dapat mengenal pasti mana satu isi utama dan mana satu huraiannya.Dahinya kembali berkerut sebelum keluhan dilepaskan.


Paie yang sedang menghafal nota sejarah disebelahnya terganggu dek keluhan kawan baiknya.


 " tak faham ke?" Di jengukkan kepalanya melihat peta minda si Opie.


Paie menelan liur.


Mak aih!Baik punya peta minda.Beranak-panah sakan.Warna- warni pulak tu.Bukan takat tulisan je warna warni,notepad pun berwarna.Kepalanya tergeleng-geleng.


Dibandingkan dengan peta mindanya.Memanglah bezanya bagai langit dan bumi.Hanya sehelai kertas kajang putih,tulisan pen berwarna hitam.Mudah dan simple.


"Entah,aku buat je nih belum tentu faham.Nak tau aku faham ke tak,tunggu exam bulan 10 nanti" dikenyitkan matanya kearah Paie.Paie mengangkat bahu.


"weh,orang suruh buat peta minda supaya faham le.Ada pulak macam tu.Kau ni memnag la..." kata-kata Paie membuatkan Opie menjelirkan lidahnya sebelum meneruskan kerjanya.


Mantik Klasik je ada dua pendapat.Memanglah dua pendapat tu nampak macam sikit je tapi kalau satu pendapat dua muka surat penuh ala-ala buku tulis sekolah rendah,nak pendekkan macam mana.Kalau dah dua pendapat tak ke empat muka surat.Banyak tu.Tu belum masuk mantik moden lagi.Masak masak.


Sabar Opie sabar.Allah suka orang yang bersabar.Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan.

"kau rasa kau boleh teruskan form six ni?" Opie masih meneruskan aktivinya untuk menyiapkan  peta mindanya.Pen warna hijau daun digunakan untuk menulis isi penting.


Paie memandang kearah Opie pelik. "Soalan ape ni weh?"


Bahu Opie terangkat sedikit.Tanpa sedikitpun mengalih pandangannya kearah Paie.


"Terserah.Kalau kau rasa ni soalan Stpm pon okey je"


Sejenak kemudian,badan Opie disandar kebelakang kerusi kayu berwarna oren kelabu sebelum dia mengelap mukanya dengan tisu dua kupang.Walaupun mereka duduk di tepi tingkap,kalau diikut logik angin akan terjah bila-bila masa.Tapi kadang-kadang tetap berasa melekit sekitar muka.

"Kalau kau,aku tahu banyak pilihan tapi aku,aku akan teruskan walau macam mana susah sekalipun.Tapi buat masa ni aku okay lagilah.Belajar pon okay."


Paie berterus terang.Jam ditangannya menunjukkan pukul 10.40 pagi.


Dia menyambung menghafal isi-isi penting dan membiarkan Opie mencerna kata-katanya.Syafida dan beberapa kawan sekelas yang lain sudah menukar haluan.Dari menghabiskan kerja-kerja sekolah,belajar secara berkumpulan kepada membaca  Al-Quran.


Wa,Hani,dan Akmal sudahpun berlalu ke surau.Waktu-waktu begini,biasanya mereka menunaikan solat sunat Dhuha.Tambahan lagi,sekarang bulan Ramadhan dan ketika ini sepatutnya masa untuk makan digantikan untuk menunaikan amalan-amalan baik supaya beroleh faedah kelak.

"Dah lah.Jom Dhuha."Opie sudah mengemas notepadnya dan pen warna-warni.Disusun  di tepi meja yang beralaskan pembalut hadiah berwarna kuning.Dia bangun lalu mengambil beg yang berisi telekung putih.


Lazimnya,sejak ditingkatan satu lagi,mereka sudah terbiasa dengan amalan-amalan yang sebegini rupa apabila Ramadhan menjengah.


Masing-masing seakan tersedar sendiri untuk membuka dan membaca Al-quran barang sehelai dua muka surat.Ada yang lagi, baik,membaca sambil memahami tafsirnya.Sesuatu yang Opie masih belum mampu buat.


******

Kak wani sudah pun memulakan perjumpaan dengan memaklumkan beberapa maklumat terkini.Opie dan Paie baru sahaja sampai di bilik mesyuarat Kasturi terus sahaja menempatkan diri di celah-celah pelajar yang lain.Terlambat sedikit dari waktu yang sepatutnya.

"Opie kan?" tanya Kak Wani. Opie mengangguk.

Kertas berwarna putih bertukar tangan.Opie membaca sepantas kilat.'Eh tiba-tiba jadi setiausaha la pulak' Aduh.Setiausaha untuk Iftar jamai'e yang akan berlangsung hari Khamis pada minggu hadapan.

"Okey.Makanan semuanya dah setuju kan?" Semua yang ada didalam bilik tersebut mengangguk tanda setuju.

"Okay,untuk pelantikan ajk setiap tugas,sila rujuk pada kertas yang diedarkan.So kak wani harap,jalankan tanggungjawab masing-masing.Kerja biar ikhlas." sempat lagi Kak wani meninggalkan pesanan khidmat masyarakat sebelum semua pelajar bersurai.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...