Sunday, June 24, 2012

Penolong kanan

Suasana didalam dewan syarahan begitu bising dengan suara pelajar-pelajar perempuan tingkatan enam rendah.Sekolah ini khusus untuk pelajar perempuan sahaja oleh sebab itu sudah pasti bisingnya kerana tipikal perempuan suka bersembang.


Masing-masing masih dengan semangat asabiyah.Duduk berkumpul dengan kawan-kawan yang datang dari sekolah yang sama.Tak kurang juga Opie,Paie,Wa dan Min.


Opie meliarkan pandangannya melihat pelajar-pelajar dari sekolah yang lain.Paie dari tadi sibuk bersembang dengan Wa dan Min, menyiku lengan Opie kuat.Opie berpaling pantas.


"Apa ni?"rungut Opie.Digosok-gosok lengannya yang terasa sengal.


"Kau tengok apa?" Wa dan Min masih  rancak bersembang tanpa sikitpun rasa terganggu dengan hal-hal lain.


" tengok sifat assabiyah yang ketara" balas Opie tersengih.Paie terkekeh sambil menulis sesuatu diatas buku nota. Belum apa-apa lagi sudah buka buku nota.


 "dari tadi aku dah stalk siapa yang okay dan tak okay" tambah Paie dengan riak wajah yang penuh makna.Opie terangguk-angguk memahami.


Paie yang dikenalnya sangat lah selamba dan lawak.Sampai satu masa,Opie sendiri tidak tahu bila masanya Paie serius.Paie juga seorang yang suka melihat dari berkata-kata.Pendiam tapi sesekali bersuara ,terasa pedasnya.


Tidak seperti Opie yang suka berterus terang dan jujur dalam sesuatu perkara walaupun perkara itu akan menyakitkan hati orang lain.Baginya dia tidak perlu berpura-pura manis dihapadan,tapi dibelakang mengutuk-ngutuk.Itu bukan dia.


Berkawan dengan Paie sejak tingkatan dua mengajar dia erti sempoi,tidak terlalu skima dan lebih rasional.


"Kau rasa yang mana satu yang terlebih gigih ?"soalan Paie mencantas kembali ingatan Opie.Eh ,apa punya soalan ini.Paie yang sudah tersenyum penuh makna itu dipandang sebelum melihat kehadapan dewan.Matanya diliarkan kearah belakang,melihat pelajar-pelajar yang datang dari sekolah lain.


Opie hanya tersenyum manis saat pandangan mata bertemu dengan pandangan pelajar lain.Biar orang anggapnya peramah walaupun dia tak dek lah ramah sangat.Peramah lagi si Paie.Dikalihkan semula wajahnya kehadapan dewan.


"Yang putih-putih,barisan belakang sekali.Nampak sangat kegigihan dia  tu" bisik Opie perlahan.


"Gotcha!!


Mereka berdua tergelak besar sehingga Wa dan Min mengalih padangan kearah mereka berdua.Sudah tentu gelak mereka berdua menganggu ketenteraman awam pelajar-pelajar lain.


"Apahal korang ni?" soal Wa pelik.Min hanya menunggu jawapan.


" Tak dek apa-apa " tipu Opie.Wa mencebik kerana sudah pasti dia curiga dengan peel mereka berdua.


Wa yang ingin berkata sesuatu kepada Opie,tapi belum pun sempat,kelihatan ustaz Nasir selaku kaunselor terbaik sekolahnya itu berdiri ditepi pintu dewan.Orangnya tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek.


Ustaz Nasir yang berkemeja biru dan berseluar slack hitam pantas memandang Opie lama dengan keningnya terangkat sedikit 


"Amacam okay?" Opie yang terpinga-pinga dengan soalan ringkas itu hanya tersenyum hambar.Pelajar-pelajar lain ada yang memberikan tumpuan kepada ustaz,ada juga yang tidak kisah,masih terus bersembang.


Soalan kaunselor itu sudah pasti berkaitan pendaftaran tingkatan enam.Sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di tingkatan enam,dia selalu berjumpa dengan ustaz Nasir bertanyakan pendapat,atas sebab itu ustaz bertanyanya hari ini.


"Kalau tak okay pun ustaz,saya kena buat-buat okay lah" Ustaz hanya tergelak-gelak mendengar jawapan Opie yang separuh rela itu.


"Ada pulak macam itu,Insya-Allah semuanya akan okay" bersungguh-sungguh ustaz meluahkan kata-kata sebelum berlalu ke blok tingkatan enam yang baru tahun ini wujud.Kalau dulu,tingkatan enam tiada blok khas.Suatu kemajuan apabila tingkatan enam sudah mempunyai bloknya tersendiri.


Seketika kemudian,Puan Syarkiah selaku Penolong kanan tingkatan enam masuk kedalam dewan syarahan dengan pengetua dan beberapa orang guru tingkatan enam.


Dimulakan ucapan alu-aluan oleh puan Syarkiah,diikuti dengan ucapan tahniah kerana seramai lebih 50 orang pelajar mendaftar untuk mengikuti pengajian di tingkatan enam dan selanjutnya penerangan sedikit sebanyak berkaitan tingkatan enam.


Yang pastinya,tidak semua yang mengikuti tingkatan enam ini dengan kemahuan diri sendiri.Ada yang memilih tingkatan enam kerana tiada pilihan lain.


Ada juga atas sebab desakan keluarga,ada juga yang memasuki tingkatan enam sementara menunggu peluang belajar yang akan dibuka oleh politeknik atau kolej-kolej swasta yang lain.


Ada juga yang masuk ke tingkatan enam ini,walaupun mendapat tawaran di universiti,cumanya kos yang ditawarkan itu tidak diminati mahupun tidak berkenan dihati.


Apa yang boleh dikongsi disini,tingkatan enam ini bukan satu medium pembelajaran untuk pelajar yang lemah kerana majoriti di sekolah ini keputusan SPM mereka sangat membanggakan.


Bagi Opie,dia memilih tingkatan enam kerana dia mempunyai target tersendiri.Dia ingin melanjutkan pelajarannya di universiti dalam bidang agama.Itupun kalau ada rezekinya disitu.


Opie yang masih bermain-main dengan pennya ditangan hanya merenung kosong papan putih dihadapan dewan.Paie disebelahnya juga membuat kerja sendiri.Cuma Wa,Min dan pelajar-pelajar lain masih tekun mendengar penerangan.


"Boring ahh" bisik Paie.Tapi matanya merenung kehadapan dewan seolah-olah dia sangat fokus dengan apa yang sedang berlaku sekarang.


"Tahu tak pa." 


Penerangan serba padat itu diusai dengan kata-kata terakhir penolong kanan tingkatan enam yang lembut sahaja bicaranya.


"Anggap inilah peluang kedua yang kamu takan dapat lagi selepas sini.Peluang untuk kamu semua buktikan yang kamu juga boleh berjaya pada masa akan datang "


Opie seakan tersedar sesuatu.Ya inilah peluang yang orang lain tak dapat,tapi dirinya dapat.Allah masih berinya peluang untuk terus menuntut ilmu.Di toleh sebelahnya,Paie masih leka dengan buku notanya.


Hanya contengan yang terlakar didalam buku nota milik Paie.Opie tergeleng-geleng.Wa dan Min masih fokus dan mungkin sudah mula berazam untuk pecah rekod tahun hadapan.


Pengetua,penolong kanan tingkatan enam,dan guru-guru tingkatan enam mula keluar dari dewan dan melepaskan pelajar-pelajar untuk rehat.Waktu rehat seperti biasalah hanya 20 minit.Opie segera mengemas mejanya sebelum mengajak Paie ,Wa dan Min pergi ke kantin sekolah.


******

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...