Friday, June 1, 2012

Review : Smile By Irma Hasmie

Assalamualaikum ;)

13 Mei lepas,cikgu aishah@mugmerah singgah blog aku dari fanpage Kak Irma Hasmie.Reaksi aku macam 'Oh! okay.' lepas itu,kawan-kawan semakin bertambah,eh terasa macam pelik sikit.Yea lah blog yang hidup segan mati tak mahu ni,mana ada daya penarik ark?

So aku pun ronda-ronda dekat google,kononnya nak cari punca lah kan.
Sekali!Eh eh eh !Rupa-rupanya,kak Irma yang cumel bertudung biru ini telah menghupdate status dan dia letak link blog aku.

Fuyoo.terasa macam femes sekejap.Keh keh keh.Itu tandanya kak Irma baca lah yek blog aku.Thanks kak
Best best best,Hahaha ;) Ini pon aku cilok dari facebook kak Irma hasmie

'Preve: Look it to belive it.haha'

Resensi Buku SMILE.

SMILE:BY
IRMA HASMIE
   ZAMRI MOHAMAD
  MOTIVASI
 RM 13.00
 PTS.COM

Alhamdulilah,akhirnya aku berjaya juga mengkhatamkan buku ni.Walaupun buku ni nipis je,lebih kurang 130 muka surat,tapi aku ambil keputusan untuk baca one by one.Slow slow.Biar aku khadam satu  satu cerita ni untuk dijadikan panduan.

Untuk pengetahuan korang buku ni mengandungi 16 kisah.Yang bagi aku, rata-ratanya kisah yang dimuatkan dalam buku ni sangat bagus untuk golongan yang memerlukan motivasi secara alkisah.

Yang lagi bestnya,setiap satu kisah ada cerita dan pengajaran yang tersendiri.Boleh jadi inspirasi kepada sesiapa yang membacanya.Di akhirnya setiap kisah juga,ada kit tindakan,yang memerlukan kita buat sesuatu;) So time ni boleh cuba try test.Kiranya macam aplikasikan dalam hidup kita.Berjaya kah kita.Baca buku senang,tapi nak buat tu yang payah kan? ;)

Aku nak kongsi sikit dengan korang,dalam 16 kisah tu,kisah paling terkesan,adalah kisah 3-Siapa didalam sana?m/s14-21

Kisah seorang si boyot kerana gemuk merasa rendah diri,dan selalu diejek oleh kawan-kawan sekolah.Sampai satu tahap,dia ni akan jadi orang last utk apa-apa aktiviti.

Dia rasa macam,dalam diri dia tak dek kelebihan satu apa,sampailah dia berbual-bual dengan seorang cikgu.Dalam perbualan itu cikgu tu sebut satu ayat yang buatkan aku terfikir banyak kali.

"Dalam diri kamu ada ibu bapa kamu'

Betul! Dalam diri kita ada ibu bapa kita.Tak perasan?*Kit tindakan yang kak Irma ajar*Cuba listkan kelebihan-kelebihan ibu dengan ayah kita.Dan padamkan kelebihan yang kita tak boleh buat,so yang tinggal kelebihan-kelebihan yang kita boleh buatkan?

Maknanya kita ada kelebihan yang sama macam ibu ayah kita tinggal lagi kita tak sedar,atau tak perasan.Tak payah nak merasa rendah diri,tapi rendah hati tu perlu sampai orang lain boleh pijak kita.Allah jadikan kita ada kelebihan dan kekurangan.Setiap kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan-Nya pasti ada hikmahnya kan?^^Be positive.

Btw,ada siapa-siap nak beli buku ni?Kalau ada,boleh pergi link ni untuk isi form.Mana tau kan,dekat kedai buku area rumah korang tak dek lagi.So enjoy your reading.Thanks
Take care.Salam.

1 comment:

  1. Assalam*
    mugmerah pon dapat kunjungan, bila cek referral keluar entry ni. hehe. syukran ya.. :D

    ReplyDelete

Thank you!

Trip He's just not that into you