Sunday, June 3, 2012

Meet Anis Ayuni,Hasreeyati di Jitra Mall

Assalamualaikum ;)

28 Mei lepas,aku yang sememangnya penganggur tak jual anggur ni,rajin sangat duk check facebook.Apelagi tekan HOME,nak tengok ape yang best,scroll dari atas sampai bawah,tup tup aku jumpa status Kak Anis Ayuni yang macam kat bawah ni.


Disebabkan aku memang dah lama teringin nak jumpa Kak Anis,novelis yang sangat awesome ni,so aku duk telek-telek tarikh dengan tempat.Hmm,Jitra dengan chuping,perlis bukan telinga sat ja kalau nak pi.Dengan kepala yang terangguk-angguk menghadamkan apa yang tersirat di minda,aku ajak ayah aku pergi lah.Sebab kalau aku pi sendiri,for sure ayah tak bagi punya.
He he he ;)

Sebelum tu,aku duk bersoal jawab dengan Kak Anis.hew hew hew.Macam bagus je kan.Mujuq jugak Kak Anis mau jawab soalan budak tadika yang aku tanya.


Tengah hari tadi,lepas pi kenduri kahwin,aku ajak ayah aku pi Jitra dulu sebelum sambung pi kenduri tempat lain.Haha.Tak berperikemanusiaan giler aku ni kan.Tapi nasib baik ayah aku nak bawak juga,sebab ayah aku tahu aku memang gila sangat dengan benda-benda yang berkaitan novel.So ayah aku bawa aku pi Jitra Mall petang tadi,Ho yeah Ho yeah.Sayang ayah ;D

Bertemankan angah,kami pun masuk ke Jitra Mall yang happening,aku dah macam excited gila lah cari mana lah Kak Anis ni padahal sebelum ni tak pernah jumpa pon.Over kann?Hahahaha.Pusing-pusing ruang legar Jitra Mall ni,barulah jumpa bannner kat bawah ni.

Taraaa.


Akhirnya,terlunas jua hajatku ingin menemui penulis feveret aku ni.Yelah dari Pbakl hari tu aku menyimpan hasrat untuk ketemu sama penulis -penulis yang berwibawa ni.Aku habaq kat hampa yang suka baca novel mahupun tak suka baca novel,novel kak Anis ni dia menepati citarasa aku.*Eh dah kenapa pulak aku cakap utagha?hahaha.Oh tu sebab aku duk kat perlis.

Setiap novel yang ditulisnya,ada pengisian yang berbeza.Perbezaan yang ketara.Tidak stereotaip seperti sesetengah novel lain.Latar tempat,plot cerita,latar belakang watak-watak dan setiap yang dikisahkan didalam novel nampak real.Mungkin cerita benar melalui dari pengalaman Kak Anis sendiri,dan mungkin juga direka.Mungkin.Tapi bagi aku novel-novelnya memang seperti beraksi di dunia yang nyata!


Suka aku lagi bertambah-tambah dengan karya kak Anis disebabkan beberapa novelnya berlatarkan tempat disekitar Turki(Cinta yang kurasa ),Beijing (Kau kekasihku) dan terbaru ni diTerengganu(Kejora DiLangit Cinta)yang kalau nak disamakan dengan aku,aku berkesempatan melancong ke tempat-tempat tersebut.


Jadinya setiap bingkisan ayat dalam novel kak Anis,kiranya aku baca dengan sepenuh jiwa.Menjiwai watak gituuu.Dah macam pelakon pulak kensss.?Konon-kononya aku la yang ada dalam novel tu.Sekaligus aku boleh bayangkan tempat-tempat yang kak Anis cerita tu sebab aku dah pernah sampai tempat-tempat tersebut.Memang awesome lah.Hahaha.Perasan gila kan?Tak pe aku perasan,aku tak kacau orang.


Bila first time aku jumpa,aku kenalkan diri.

Aku :saya athirah yang dekat fb teww.
Kak Anis : oh ya.Athirah yang petani pintar tu kan? 
Aku :Angguk berkali-kali 'Whoaaa~~kak anis ingat dowh' haha
Kak Anis ; Eh kenapa nama macam tu?
Aku:Er,banyak cerita di belakang sebari nama tu.


Sedikit sebanyak permulaannya macam tu la sebelum aku mengeluarkan sejumlah novel-novel aku  untuk ditandatangan oleh Kak Anis.


Masa ni,aku bagi peluang orang lain pi minta autograph dari Kak Anis untuk sebuah novel,sebab sian pula kat depa nak tunggu kak Anis sign 9 novel aku.
Memang niaya je la kan? :P

Aku  kembali menunggu penuh sabar dan setianya,melihat halaman pertama novel ku diconteng -conteng penuh ikhlas ;)
Bersama novelis yang sangat peramah,tak lokek dek senyuman,yang sempoi layan aku borak-borak,
Anis Ayuni,Seorang guru 

Anis Ayuni,Aku dan Hasreeyati Ramli.Dua-dua penulis ni memang ramah tamah sampai aku pulak yang macam malu-malu nak cakap bende kan?walaupun pada awalnya,akulah yang kepoh sana sini sebab keciwi dapat jumpa penulis novel.Ciss.jakun.Haha.
Salah dua novel yang diconteng khas oleh kak Anis,lagi tujuh aku simpan bawah bantal.hewhewhew :P "Terharu"


Hampir setengah jam juga,duk bertapa dekat ruang legar Jitra Mall.Sempat juga capai satu lagi novel terbaru karya Kak Hasreeyati Ramli,tajuk Sayang sekelip mata.Kak Hasreeyati cerita sikit,novel ni berkaitan anak-anak remaja yang berkahwin lari disempadan,dan ada banyak kesan-kesan yang terjadi lepas tu kan..So aku rasa macam interesting pulak so aku rembat lah.Melayang lagi duit.


Dah tu perasan tak,bunga hitam merah yang comel tu,kak Hasreeyati yang bagi.Kira macam hadiah kecil-kecilan,so cute kan?Hmm,Terima kasih daun keladi,nanti saya nak lagi.he he he ;)


Overall,aku sangat puas hati sebab dapat jumpa mereka berdua.Entah mungkin sebab aku dah memang lama teringin nak jumpa kan?Aku rasa sejak tingkatan empat kot,since aku start pergi pbakl,tapi tiap-tiap tahun juga tak berpeluang atas sebab aku tak sanggup nak redah lautan peminat novel yang lain.Pheww.
Sesak kot.


Akhirkata,semoga novelis-novelis ni terus sukses dalam berkarya.Dalam menghasilkan novel yang berkualiti.Novel yang masih relevan dengan realiti kehidupan hari ini.Novel yang ada pengajaran dan panduan dalam mengemudi hari-hari akan datang.Best of Luck!


Sms-Terima kasih untuk parents aku yang sanggup drive dari perlis ke Jitra.Semata-mata ingin melunaskan impian kecil anak mereka.Terima kasih untuk angah,sebab temankan kakak mu ini,ce ce ceyhh dan untuk gambar yang cantik!Thanks penganjur,sebab korang adakan Temu Mesra antara peminat novel dan novelis.Terima kasih million-million ,kak Anis dan kak Hasreeyati sebab sangat sempoi borak-borak dengan kita ;) Love <3


Okay.Take care.Salam.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you