Friday, June 1, 2012

Last day -Kerja

Assalamulaikum ;)

Alhamdulillah,Dua hari lepas pukul 7.15 malam,aku dah pun selamat menamatkan jawatanku sebagai pekerja kepada usahawan toko buku Ustaz sattar,Kaizen Thinker Enterprise.Hmm,mesti pelik kan aku kerja tak sampai seminggu pun!

Macam aku bagitahu sebelum ni,aku kerja sekejap sebab aku tukang jaga pameran buku secara kecil-kecilan so kiranya pameran tak dek la sampai dua tiga minggu.Cukuplah takat lima hari.So Last day,rasa macam sedih la pulak.Rasa macam nak sambung kerja.

Mula-mula dulu rasa macam awkward gila,sebab tak biasa.Dengan nak ketik kalkulator lagi,nak tulis resit bagai,nak susun buku macam mana lagi,kalau time makan,eh aku nak makan kat mana?Nak bawak bekal atau nak tutup pameran sat,aku keluar p makan?,dengan customer yang macam-macam kerenah yang mampu mengeluarkan soalan gilang gemilang bitara lagi.Phewww.~Sampai aku pon werrrr~

Tapi itulah yang dinamakan pengalaman.Kalau aku tak kerja,aku tak tahu la macam mana kan?So siapa yang masih ada masa,pergilah bekerja untuk mencari pengalaman yang mungkin orang lain tak dapat merasai.Bekerja untuk meningkatkan skill atau pun sikap kita.Buang yang negatif untuk tinggalkan yang positif.

Pernah dengar:Kalau kita kerja,kita tahu tanggungjawab?

Benda tu betul.Let's say kita manusia yang suka bangun lewat,tapi kalau kita kerja,mesti kena ikut waktu yang ditetapkan?,so masa tu kita bertanggungjawab untuk bangun awal.He he he! Kiranya,kita kena paksa diri kita mula-mula,untuk bangun awal kan.By hook or by crook,memang kena buat.
Tapi itu semua depends on kita juga.Kalau jenis yang tak mau cuba berubah,akan susah juga.Tapi aku percaya,dalam dunia ni semua orang nak berubah kan?

Bekerja:belajar menghormati orang.Layan orang dengan sebaik mungkin.

Bekerja.Lagi-lagi pekerja yang jual buku macam aku,terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis manusia.Ada yang begini,ada yang begitu.Ada yang kecil,besar,tua,muda.Lelaki,perempuan.Ada yang peramah,ada juga yang diam tak berbunyi *Kena pandai baca body language*kemain kau athirah! haha
Ada yang senyum,ada yang masam.Macam-macam ada.Time nila kena pandai-pandai memainkan watak.Perlu realisti,tapi bukan hipokrit.

Kiranya kalau yang datang tu tua,kena lah berbudi bahasa,cakap elok-elok sikit senyum lebih ke,kot-kot salah seorang tu jadi mak mertua.keh keh keh :P *guraugurau*
Kalau yang muda,sama jugalah tinggal lagi,boleh selitkan gurau sikit-sikit.
kalau kanak-kanak,tanyalah soalan yang membolehkan dia tertarik dengan korang. "Eh adik dari sekolah mana?' Nampak mesra tak?Tak?Okay.

Kiranya tak timbul lah,bila customer datang,yang peniaga buat muka masam mintak lempang kan.Kalau letih sekalipun,kena pandai cover sebab kita ni nak tarik customer untuk beli buku kan?!Paling penting,kalau korang kerja yang membabitkan customer.key-word: Kena senyum ;)

Banyak benda yang aku dapat bila aku bekerja.Pengalaman,ilmu,dan macam-macam lagi.Kiranya tak sia-sia aku jadi penjual buku walaupun sekejap cuma.
Tapi Itu perkara yang sangat bernilai dalam hidup aku untuk sepanjang hidup aku.

Bila aku mengadu dekat ayah:

Aku   : Letih la yah kerja ni..
Ayah : Hmm,macam tu lah orang nak cari rezeki.Cari duit.Tu baru kerja dekat kedai buku.Ada aircond kagi.Yang jadi buruh tu macam mana citer?
Aku  : T.T

Take care.Salam.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...