Thursday, June 28, 2012

Kelas

Di dalam bilik,Opie sedang merenung dinding tanpa rasa.Kosong.Meja belajar yang disusun rapat ke dinding itu buatnya terasa bosan.Baru selesai bersarapan bersama ibu,babah dan adik-beradiknya.

Jadual waktu yang ditampal menggunakan sticker note berwarna kuning itu dipandang lama.Esok hari pertama untuk mereka memulakan sesi pembelajaran.

'hmmm' keluhan dilepaskan lemah.Opie bersandar ke belakang kerusi.Malas.

Tepi mejanya,ada rak jenis kayu yang menjadi tempat dia menyimpan buku-buku sekolah dan novel-novelnya.

File peribadinya yang bersepah diatas meja,diambil lalu dibelek perlahan sambil meneliti maklumat yang diisi didalamnya.Sudah menjadi kebiasaannya,untuk mempunyai file peribadi yang akan diisi dengan surat-surat dari pihak sekolah,kertas-kertas semasa orientasi dan kini, senarai tugas sebagai seorang pelajar tingkatan enam dan ketua tingkatan.

Lama dia berjeda sebelum dia mengambil buku rujukan Pengajian Am kertas 1.Opie mula membaca tulisan yang dicetak di dalam buku tersebut perlahan-lahan.Konsep kenegaraan.Opie mengeluh lemah seketika apabila memikirkan subjek ini lebih kurang sejarah.Subjek yang tidak pernah digemarinya sejak di tingkatan satu lagi.

Namun begitu,dia tetap membaca walaupun kelas akan bermula pada esok hari.Dia akan membaca sebagai persediaan kelas esok.Tidak seperti di tingkatan lima,dia hanya akan membaca ketika masanya sudah tiba.Kesilapan yang di rasakan perlu dibaiki sekarang.

Hampir sejam dia menghabiskan masa untuk membaca bab satu.Pintu biliknya diketuk perlahan dari arah luar "Tuk!! Tuk !!"

"Masuklah"Arah Opie kuat sedikit.Pintu dibuka perlahan.

Terjengul wajah babahnya " How's your school?" 

Opie menoleh kearah babahnya memandangkan meja belajarnya membelakangkan pintu bilik.

"Hmm,bolehlah." balas Opie lemah.

Seperti biasa,babahnya  yang sering bekerja ke luar daerah akan menyebabkan babahnya banyak tertinggal cerita berkenaan anak-anaknya.Jadi,babahnya akan mencari masa untuk berkongsi cerita dengan anak-anaknya.Hari minggu seboleh-bolehnya babah akan meluangkan masanya untuk bersama anak-anak.

Babah sudahpun duduk diatas katil queen size yang beralaskan cadar bercorak abstrak.
Opie menarik kerusi supaya duduk berhadapan dengan babahnya.

"Dah start belajar?" soal babah.

Opie menggeleng,lambat-lambat.

"Bila start?" soalan kedua babah.

"Esok lah kut" jawab Opie ragu-ragu.

"Nah...." 

Babah menghulurkan satu set pen berwarna-warni dan sebuah buku yang kulitnya dihiasi dengan pemandangan yang cantik.Set pen berwarna -warni dan buku tersebut bertukar tangan.

"Thanks babah."Ucapnya sambil menghadiahkan ciuman di pipi babahnya.Babahnya tersenyum.

"Tadi buat apa?" 

"Ouh.Saja baca-baca." kepala babah terangguk-angguk.

"Baguslah.Selalunya,bila kita dah baca dulu sebelum belajar,dia cepat sikit melekat dalam otak kita.All the best ya.I know you can do it." nasihat babah.

Iya.Opie menyedari perkara itu sejak dahulu.Kalau ikutkan,setiap kali bertukar tahun untuk memasuki sesi persekolahan,babahnya akan menyuruhnya untuk membaca dahulu isi-isi yang ada didalam sesebuah buku sebelum tiba waktu belajar.Katanya,senang nak ingat dan faham.Tapi macam biasa Opie tidak pernah mengambil kisah tentang itu.



******

Perhimpunan mingguan baru sahaja selesai.Opie dan Paie segera ke kelas yang berada di belakang kawasan keseluruhan sekolah.Mereka satu kelas,hanya akan berpisah pada waktu sejarah dan usuluddin.

Kelas yang tadinya sunyi sepi kembali bising dengan suara-suara pelajar tingkatan 6 rendah1.Kelas yang memuatkan lebih kurang 17 orang pelajar.Kelas sebelah,6 rendah 2 hanya ada 16 orang.

Bilangan pelajar semakin berkurangan apabila beberapa orang pelajar keluar dari tingkatan enam mengikut haluan maisng-masing.Ada yang ke politeknik,ada juga yang ke kolej swasta dan macam-macam.

Kelas yang kusam tanpa hiasan ini,Opie pandang lama.Paie yang duduk disebelahnya menolak bahunya perlahan.

"Apehal?" tegur Paie.

Tangannya masih menyapu mejanya dengan tisu.Penuh dengan habuk.Meja kayu yang masih belum dialasnya di sapu-sapu lagi.

"Kau tak rasa muka kau tebal masa assembly tadi?" soal Opie tidak puas hati.

Opie sudahpun memalingkan wajahnya kearah Paie.Biar bertentangan.Paie yang bersandar di tingkap belakangnya hanya angguk-angguk.

"Rasa la jugak.Tapi tak setebal kau.Lainlah kau duduk depan.Ketua tingkatan la katakan" 

Ketawa Paie bergema seketika.

"Bengong la kau!!"

"Semua cikgu macam duk usha je siapa yang masuk form six." keluh Opie lagi.

"Yalah.Form six ni mana standard.yang standard tu matrik dengan asasi je" sinis Paie.

Perbualan mereka terhenti saat melihat  cikgu Fakhruddin masuk ke kelas dengan santainya.

Kemeja kotak-kotak merah dan slack hitam yang dipakainya  benar-benar mampu mencairkan hati pelajar-pelajar kelasnya.

Nahas lah siapa -siapa yang belum tahu sebenarnya cikgu awet muda ni dah beristeri.Masak kalau jatuh cinta dengan cikgu sendiri.

Buku rujukan pengajian am kertas satu dibuka mengikut muka surat yang telah diberitahu cikgu Fakhruddin sebentar tadi.Hampir lima belas minit,cikgu Fakhruddin membiarkan pelajar-pelajarnya membaca,dia mula menerangkan satu persatu tentang konsep kenegaraan.

Opie memandang paie sekilas sebelum berbisik ke telingaPaie"Kau faham ke weh?"

Paie mengangkat bahu. "Entah.Boleh la kut sikit-sikit.Kenapa?"

"Suara perlahan macam  tak nak bagi aku dengar je penerangan dia.Aku cakap lagi kuat kut." rungut Opie.

Paie tersengih.Matanya masih lagi memberi sepenuh perhatian kearah penerangan cikgu Fakhruddin.

Cikgu Fakhruddin yang masih santai duduk di kerusi menyoal ringkas smabil memandang kearah pelajar-pelajarnya." Kamu semua faham tak ?"

Ada yang mengangguk faham.Ada yang menggeleng tidak faham.

Syafida menjawab selamba. "Macam mana nak bagi faham cikgu?"

Satu kelas hampir tergelak dengan keselambaannya.Opie dan Paie tergelak sama.

"Yang tu kena tunggu kamu jawab soalan tahun depan."

"Tahun depan??" terjerit kecil semua pelajar yang berada didalam kelas.

"Tahun depan,baru saya bagi latihan topikal.Buat masa ni,saya cuma nak ajar kamu sampai habis bab." ringkas dan padat jawapan cikgu Fakhruddin.Kata-katanya disambut dengan pelbagai reaksi pelajarnya.

"Habis tu cikgu,nanti nak exam macam mana?" tanya Syafida.

"Pandai-pandailah cari soalan. Tak kan tu pun nak kena ajar"perli cikgu Fakhruddin sudah berdiri sebelum berlalu meninggalkan kelas.Masa Pengajian am sudah habis.Aduh terasa.Muka masing-masing sudah bera.

Paie memberi isyarat.Opie menepuk dahi perlahan."jazakallahu khairan kathira" sebelum semua pelajar lain mengikutinya.Cikgu Fakhruddin mengangguk perlahan sebelum meninggalkan kelas yang sudah mula bising kembali.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...