Friday, June 1, 2012

Kasih Abeer - 9

Rafa dan Abeer masih diam membisu,walhal sudah setengah jam berada diruangan restauran segera di tengah bandar Kuala Lumpur.Ayam goreng  masih berbaki didalam pinggan putih.Abeer yang baru sahaja meletakkan bekas air milo diatas meja mendengus kecil apabila masing-masing sunyi sepi dari berkata-kata.

“ Kau nak diam sampai bila?”

Rafa dipandang tajam.Wajah kawannya ini tak berubah banyak.Cuma Rafa dilihatnya semakin matang,tidak seperti dulu lembik dan pemalu.Rafa menarik nafas seketika.Kemudian,Rafa menggosokan kedua-dua belah tangannya,sebelum diraupkan kemukanya.

“Aku tahu aku salah.Tapi aku tak tahu nak start cerita macam mana”

Rafa mula berbicara perlahan.

“Memang salah kau pun.Siapa suruh kau tak contact aku?Aku ni macam orang bodoh tunggu kau telefon,cari kau.Tapi sia –sia!Macam ni ke kawan?” sembur Abeer.

Matanya yang merah sudah mula berair sedikit.Dia masih bersabar menunggu Rafa memulakan kisah tujun tahun lepas.

Tujuh tahun lepas,Rafa menghilangkan diri tanpa sebab.Ketika itu,mereka masing-masing sudah  diterima pihak Ipta untuk melanjutkan pelajaran masing-masing dengan kos tertentu.

Pada awalnya mereka saling berhubungan  tapi beberapa bulan selepas itu,tiba-tiba Rafa mendiamkan diri.Seolah-olah ada sesuatu yang terjadi,cuma tak diberitahu kepadanya.

Abeer  yang menyedari hal itu,segera menelefon Rafa untuk mengetahui berita dari Rafa tapi Rafa gagal dihubungi.Lama dicuba,sehingga dia bertekad untuk tidak mencari Rafa lagi.Baginya Rafa  sudah melupakan  dirinya saat semua sudah mula membawa haluan maisng-masing.

Pernah juga ditanya sama tok dan wannya ,kalau-kalau Rafa pernah pulang ke kampung halaman mereka berdua.Tapi jawapan yang tok bagi menyebabkan Abeer  putus asa dan tidak mahu mengambil tahu tentang Rafa lagi.

Rumah Rafa yang pernah  dikunjungi kosong tidak berpenghuni.Kedai makan milik emak Rafa juga ditutup tanpa sebab.Bertanya jiran-jiran yang dikenali juga turut menemui jalan buntu.

Mata Abeer sedikit berair itu ditenung lama oleh Rafa sebelum Abeer bertindak melarikan pandangannya kearah  manusia yang lalu lalang di luar restauran segera itu.Rafa serba salah.Dia tahu dia bersalah kerana tidak cuba untuk berkongsi cerita dengan kawan baiknya.

Seumur hidupnya,dia hanya punya seorang teman baik yang dikenali ketika mereka sama-sama bersekolah menengah.Sama-sama berkongsi suka dan duka.Dan saat ini dia betul-betul rasa menyesal dengan tindakannya  yang menghilangkan diri tanpa berita malah pernah berazam untuk tidak mahu menemui Abeer lagi.Ahhh Bodohnya dia! Detik hati Rafa.

“Abah pinjam dengan along Rm20 000”

Kenyataan Rafa yang jelas dipendengaranku membuatkan aku terkedu sesaat.Aku menegakkan pandangan kearah Rafa.Mataku mulai membulat reaksi terkejut dipamerkan seolah-olah aku bertanya kepada Rafa ‘Pak cik Razali berhutang dengan ‘ah long’.Rafa angguk perlahan-lahan.

Aku seperti tidak percaya.Mana mungkin Pak cik Razali pinjam dari ah long.Aku lihat Rafa masih mencari-cari kata-kata yang sesuai untuk meneruskan bicaranya.

“Aku,along dengan ayin terpaksa cari kerja.Kedai mak,kitaorang jual dan duit jualan tu bayar dekat along.Bila ada baki lagi,kitaorang ganti abah cari kerja untuk lunaskan hutang tu semua.Mujur along kerja tetap,so dia yang tolong settlekan sikit-sikit baki pinjaman along tu."

Seketika kemudian Rafa diam,memberi aku peluang untuk bertanya lebih lanjut.Bagi aku biar aku tahu segala-galanya malam ni supaya aku tidak terus  bersangka buruk dengan Rafa.

Melihat keadaan Rafa ketika itu,sedikit sebanyak aku menyesal dengan setiap kata-kata yang terluah tadi.Dan yang paling dikesalkan saat kawan baiknya dirundung malang,dia tidak berada di sisi Rafa.Kawan baik apa macam tu ?

“Kenapa tak pernah nak berkongsi dengan aku?Apa gunanya kawan?”soal Abeer.Kawan sudahlah lama,bila masa aku susah aku cari je Rafa minta tolong tapi bila Rafa susah aku tak tahu langsung.Rafa sepi tanpa balasan.

 “Okay.Mungkin aku tak boleh tolong kau masa tu sebab aku pon belajar lagi tapi aku boleh minta tolong tok dengan wan?Boleh pinjam dari tok.”jelas Abeer.

Sungguh aku pelik,kenapa dia tak minta tolong ,mesti ada yang nak menolong kan?Rafa kulihat tersenyum hambar.Air gas yang masih tinggal separuh disedut senafas sebelum menjawab soalanku. 

Tampak Rafa mula bertenang berbanding mula-mula berjumpa,mungkin dek kerana reaksi ku sekarang berbeza.Kalau tadi menyinga,sekarang seperti sahabat yang memahami dan prihatin.

“Nak pinjam memang boleh Abeer.Tapi mak aku tak nak.Mak aku malu.Lagi satu,nilai yang abah pinjam tu banyak.Tok dengan wan kau dah banyak tolong keluarga aku,masa nak buka kedai makan dulu tu  pun guna duit tok kan.Mak aku dah tebal muka.Mak cakap tak nak susahkan kau sekeluarga dan paling penting keselamatan kau,tok dengan wan.Tahu je lah along ni macam mana kan?”

Rafa melepaskan lelah seketika.Aku terangguk-angguk  mula faham.

Ahlongni yang aku tahu,apabila peminjam gagal membayar pada masa yag ditetapkan ,ahlong akan menyembur,menyimbah atau menconteng dengan cat merah pada dinding rumah atau bangunan  milik peminjam tersebut sehinggalah si peminjam membayar hutangnya.dan ada juga kes dimana peminjam dibelsah ataupun harta benda mereka di musnahkan.Menakutkan.

“Kalau dah settle,kenapa kena pindah juga?”Aku musykil.Dari tadi nak bertanya,tak terkeluar-keluar.

“Mak malu.Susahkan tok dengan wan.Tapi bukan mak je malu,aku ,along dengan ayin pon malu juga.Yelah abah,diam-diam pinjam dari ah long sampai ah long serang keluarga aku dekat rumah."Ujar Rafa sambil menarik lengan bajunya kesiku.

“Hmm,susahkan tok dengan wan aku?”Aku hairan.Ape kaitannya dengan tok dan wan aku.

“Ha’ah.Tok dengan wan keluar duit juga untuk bayarkan pada ah long.Tok yang paksa ayin amik duit.Memang la bukan semua tapi bagi aku sekeluarga tok dah banyak tolong keluarga aku.Sebab tu aku cari kau semula.Aku tak nak jasa orang berlalu macam tu ja.AKu tak nak orang cakap ,aku sekeluarga tak kenang budi.”

Aku angguk.Cuba mencerna bait-bait dari Rafa.Nafas ku lepaskan perlahan-lahan.Hujung tudung kebetulkan.

“Maknanya selama ni tok dengan wan tipu aku.”Sebaris ayat kulontarkan dengan nada yang sukar dipercayai.

“Jangan salahkan tok dengan wan kau.Aku yang minta sangat-sangat supaya benda ni jadi rahsia.Aku dah cakap tadi,aku malu nak berkongsi dengan kau.” 

Terang Rafa bersungguh-sungguh.Rafa meredupkan pandangannya kearah ku supaya aku terima kata-katanya.Aku tertunduk dan berfikir sejenak.Masa yang berlalu tak mungkin kembali lagi walaupun sesaat cuma.Masa meningalkan kita dan mendewasakan kita.


Mugkin sudah sampai masanya aku dan Rafa berkawan semula seperti dahulu,kerana aku tidak pernah berniat untuk memutuskan hubungan persahabatan mereka berdua.Memulakan semula apa yang sudah terputus.Biarlah ikatan dan jalinan persahabatan kami terikat semula dengan kenangan-kenangan yang lalu.


"Dan satu lagi yang kau perlu tahu.Err.aku dah berkahwin." Saat itu dirasakan dunianya seakan kelam.Matanya berpinar-pinar mendengar sebaris ayat yang meluncur keluar dari bibir Rafa.


"Betul?Kau tak tipu aku kan?"Bulat matanya menandakan dia inginkan kepastian dari Rafa.Anggukan Rafa berkali-kali menjawab tanda tanya yang bersarang di hati kecilnya.


"Tahniah"ucap Abeer tanpa nada.


Rasa kusut datang tiba-tiba.Dan kenapa aku pula yang terasa macam hati ni sakit sangat.Nah.Seingatnya dia bertemu dengan Rafa hanya ingin mengetahui kisah tujuh tahun lepas.Mana tahu Rafa sudah pun memegang tanggungjawab sebagai suami.Suami kepada siapa?

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...