Saturday, May 19, 2012

Let it go ;)

Assalamualaikum w.b.t

Dalam keadaan penat,letih dan lesu,aku menggagahkan diri untuk menulis new entry sebab dah tiga hari aku tak update kenss?Hmm,baru tiga hari dah kecoh.

Ok.Hari ni penat sebab temankan adik aku main open chess sehari suntuk.Dia main sah sah penat.Aku ni yang menunggu melangut lagi penat.ha ha ha.
Bila dah penat tu yang rasa macam malas nak update sebab letih sangat,tapi ada sebab kenapa aku gagahkan diri.

Buat pengetahuan korang,tarikh hari ini 19 MEI 2012 mungkin menjadi penantian bagi pelajar-pelajar lepasan Stpm,sebabnya hari ini semakan temuduga bagi pendidikan dibuka.Oh perasaan aku?Aku excited tapi aku tak excited.

Acaner tu? Hu hu hu

Alkisahnya,lepas spm,aku isi maktab untuk further study la kononnya,sebab cita-cita aku memang untuk menjadi seorang guru.Aku yakin, dengan berbekalkan keputusan yang aku rasa baik dan skill-skill yang aku ada ni,mampu menjadikan aku seorang guru yang dedikasi bla,bla,bla dan bla,eceh.Yakin sangott.Tup tup,bila result maktab keluar,dukacita dimaklumkan bahawa aku gagal.Sedih tak terkata.

Tapi aku tak give up lagi.

So,aku sambung form six.Orang cakap,sambung form six ini,peluang jadi pendidik lebih cerah.Orang cakap la.Aku tak tau.So,bila aku isi upu bulan empat hari tu,aku masih diberi peluang untuk pilih kos Pendidikan.
Memandangkan cita-citaku suatu ketika dahulu ingin menjadi seorang guru masih belum hangus di bakar api,aku pilih juga kos bimbingan dan kaunseling-Bed(UPSI)

Hmm,dapat ke tidak?Kalau dapat temuduga,lulus temuduga,Insya-Allah aku akan sambung di UPSI la kenss?

Tuptup.Hari ini bila aku buat semakan temuduga.Dukacita dimaklumkan bahawa sekali lagi aku gagal.Sobs Sobs Sobs ;( Tipulah kalau sikitpon aku tak rasa kecewa,sedih dan seangkatan.Kecewa sikit.Sedih sikit.Memang kena ada la.Tapi aku kuatkan hati untuk menerima.Bermula saat itu juga,aku cakap dengan diri aku yang Allah dah tentukan rezeki aku di tempat lain.Dan mungkin guru bukan kerjaya yang sesuai dengan aku.Hmm,hmmm,hmmm.Semuanya sudah ditentukan-Nya.

Aku give up ?

Kali ini aku bukan give up tapi aku redha dengan ketentuan-Nya.Sebab aku percaya dengan janji-Nya.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui' [2:216]




sms-UPU cakap semakan temuduga itu ditangguhkan kerana ada masalah teknikal.Nanti ada semakan semula.Mungkin ada peluang kedua?Tapi aku tak berharap.Close your eyes,Clear your heart,Let it go.Okay.Take care.
Salam.

4 comments:

  1. Don't give up :) tak semestinya yang kita suka itu ialah yang terbaik untuk kita. Benda yang berlaku ada hikmahnya okay :). Berdasarkan pengalaman sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aida ludin - Hmm, tak give up.Cuma dah sampai masanya untuk menerima yang 'cikgu' itu bukan pilihan terbaik.Mungkin dah ditentukan yang lain dari-Nya.Yaa.setiap yg ajdi tu mmg ada hikmahnya.Tak banyak ,sikit.Thanks ;)

      Delete
  2. teruskan berdoa syg. He knows best :)

    Alhamdulillah, diuji :) ujian tanda Allah sayang, tanda Allah rindu suara kita merintih kepadanya (Ustazah Asma)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nia ridzwan-Alhamdulillah.Insya-Allah akan terus berdoa.Jazakillah.

      Delete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...